Oleh MALAYSIA DATELINE / November
9, 2021
Keputusan PN untuk
bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekaligus memperlihatkan siapa
sebenarnya PN apabila bertindakan melawan ketuanya sendiri iaitu BN.
AJK AMANAH Nasional
Zolkharnain Abidin berkata, secara logiknya ketua kerajaan Persekutuah adalah
BN, jadi PN tidak sepatutnya lawan ketuanya.
“Lagi pun satu keluarga.
Sebab apa gaduh sesama sendiri? Ini yang MP Pokok Sena sebut sebagai kerajaan
caca merba,” kata beliau.
Katanya, jika sebelum ini Bersatu
telah mengkhianati Pakatan Harapan melalui Langkah Sheraton sekarang Bersatu
pula mengkhianati BN dengan melawannya di PRN Melaka.
“Begitulah
kalau biasa khianat. Ibarat anjing yang sudah terbiasa makan bangkai,” kata
beliau.
Melihat
kedudukan Pas yang nekad melawan BN di Melaka Zokharnain berkata Pas hanya
mengekor sahaja seperti tidak ada prinsip.
“Pas
hanya mengekor saja. Tak ada prinsip. Sekejap MN, sekejap PN. Sekejap dua-dua
sekali. Siapa banyak bagi tulang, di situlah Pas “menjelir”.
“Sembang
sana-sini Melayu – Islam konon, perpaduan ummah konon. Sembang bolehlah, tapi
amalannya bagaimana?
Sembang perpaduan ummah tapi jika sesama sendiri pun bertelagah, macam mana nak
uruskan ummah?
“Tapi tak apalah, setakat nak
sembang boleh saja. Lagi pun semua orang dah tahu, P45 memang pandai sembang.
Sembang bukan kena bayor,” katanya lagi.
Pas
memutuskan untuk menggunakan lambang PN di PRN Melaka sekali gus mengundang
pelbagai kecaman daripada BN dan juga Umno.
Sehinggakan
Ulama Pas Mokhtar Senik membangkitkan siapa sebenarnya Umno di mata mereka dan
mahu Umno kecundang dalam PRN 20 November ini.
Pas
dan Bersatu masuk bertanding untuk menang sekali gus terpaksalah mengalahkan
BN.