Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran
universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta
mendambakan ilmu pengetahuan
By
-
Join us
on Telegram and Instagram for the latest.
Penantian empat tahun lamanya bagi keputusan mahkamah berkenaan
pembunuhan kadet Universiti Pertahanan Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain
akhirnya selesai.
Hukuman
penjara 18 tahun dikenakan kepada enam tertuduh yang mengakibatkan kematian
serta hukuman tiga tahun penjara kepada 12 tertuduh yang lain yang
mengakibatkan kecederaan teruk diterima dengan reaksi bercampur-baur – yang
bolehlah kita fahami dengan melihat kepada keadaan serta sifat kesnya ini.
Pejabat
Peguam Negara mengumumkan bahawa ia akan membuat rayuan terhadap keputusan
Mahkamah Tinggi serta akan mengembalikan pendakwaan awal melibatkan tuduhan
pembunuhan terhadap enam pelajar di bawah Seksyen 2 Kanun Keseksaan.
Oleh
itu, proses perundangan masih berjalan dan ia sepatutnya tidak dispekulasikan
secara lanjut.
Apa
yang perlu kita ambil kisah sebenarnya adalah keadaan lain yang menyelubungi
kes pembunuhan ini, khususnya berkaitan keselamatan serta kesucian kampus
universiti di Malaysia serta kakitangan dan pelajarnya.
Support
the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly
newsletters or both
·
Make a one-off
donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran every month or every
quarter
Benar,
bagaimana dan mengapa jenayah sebegini terjadi di sebuah ruang yang sepatutnya
dikelilingi orang yang berdisiplin tinggi serta keadaan yang terkawal sungguh
mengelirukan dan menggusarkan.
Perkara
ini perlu dijelaskan bagi memastikan kita dapat mengelak peristiwa tragik
sebegini dari berulang. Apa yang dilalui oleh kadet muda ini jangan pernah
diulang, tidak kiralah di UPNM atau di tempat lain.
Meneliti
peristiwa yang berlaku serta persoalan yang timbul, beberapa perkara ini perlu
kita perhalusi:
·
Peristiwa tragik yang mengakibatkan kematian Zulfarhan berlaku
di dalam UPNM di bawah seliaan mereka. Ia sesuatu yang memelikkan saatnya
keseluruhan peristiwa ini – yang berlaku beberapa hari – tidak mendapat
perhatian warden bertugas serta pelajar lain yang berada di asrama
·
Dengan status UPNM sebagai universiti ketenteraan di bawah
Kementerian Pertahanan, apakah ia tidak mempunyai laporan serta prosedur
keluar-masuk kampus yang ketat? Jika begitu, mengapa kita dapat mendapat tahu
bahawa kadet ini dapat keluar masuk kampus dan bahkan berada semalaman di luar
kampus sekali gus membuatkan kita tertanya-tanya, adakah (a) peraturan ini
wujud dan jika begitu, (b) adakah peraturan dan prosedur ini – dijalankan dan
dikuatkuasakan oleh universiti?
·
Seperti universiti awam dan swasta lainnya, UPNM pastinya
mempunyai polisi kedatangan yang ketat bagi kelas akademiknya, bukan. Bagaimana
ketidakhadiran kadetnya yang begitu lama tidak disedari pensyarah sekali gus
mengakibatkan persoalan berkaitan dengan penguatkuasaan serta pelaksanaan
polisi ini
READ MORE: Post-colonial
universities in the service of autocratic states
Berdasarkan
ulasannya terhadap laporan ini yang ditulis oleh Ffree Malaysia Today pada 18
Jun 2017, Menteri Pertahanan ketika itu, Hishamuddin Hussein, menyatakan bahawa
peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada UPNM serta tentera, dan
sepatutnya tidak lagi diulangi.
Di
dalam kenyataan sama, beliau mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan
“melihat kepada keperluan untuk menilai semula sistem sedia ada di UPNM”.
Beliau
juga dipetik dengan berkata, “Saya serius. Saya mahu melihat UPNM dan pusat
latihan ketenteraan kita bertanggungjawab (atas kematian Zulfarhan)…. Mereka
(UPNM) tidak boleh cuci tangan ke atas kes ini, dan kematian pelajar ini takkan
sia-sia.”
Kini,
saatnya semua sudah selesai dengan kes tragik ini, inilah masanya bagi menteri
pertahanan untuk kembali menilai janjinya serta kembali melihat kepada akar
isunya ini.
Tidak
disangkal lagi bahawa kedua-dua tenaga pengajar serta wakil tentera di
universiti ini wajib menjawab beberapa persoalan – jawapan yang patut mereka
ada selepas renungan selama empat tahun lamanya ini.
Di
dalam penghujahannya bagi menolak permintaan peguambela bagi memohon hukuman
yang lebih ringan, timbalan pendakwaraya menyatakan bahawa kadet yang dituduh
mempunyai peluang untuk menghentikan penyeksaan namun tidak melakukannya.
Beliau mengatakan bahawa pengaruh budaya di universiti itulah sebagai punca.
Beliau
dipetik berkata, “Saya ingin menyebut tentang budaya seperti
yang dinyatakan oleh semua yang tertuduh. Adakah kita mahu mendukung budaya
sebegini, adakah kita mendukung kadet yang sebegini yang kemudian akan menjadi
askar, bagi melindungi negara kita?”
Aspek
budaya, persekitaran yang menyelubungi tindakan sebegini perlu disiasat.
Jelas,
sebuah inkuiri bebas, yang perlu ditubuhkan bersama oleh Kementerian Pertahanan
serta Kementerian Pelajaran Tinggi, perlu dilakukan bagi menjalankan tugas
tersebut.
READ MORE: Higher education in
Malaysia: The way forward
Dengan
hanya memberi hukuman kepada 18 kadet yang tertuduh di atas kesalahan yang
mereka lakukan ini hanyalah seakan menutup pengakhiran tragis kepada gejala
yang lebih merbahaya. Akar puncanya, tidak kiralah di dalam budaya mahupun
pentadbiran, perlu diteliti dan diubati pada tempatnya.
Bagi
memetik hero Perang Dunia Kedua Field Marshall William Slim, di dalam perang
“tidak ada tentera yang jahat, hanya pegawai yang jahat”.
Barangkali
inilah waktunya untuk kita mengetahui siapa pegawai jahat yang bertanggungjawab
mengacu kadet yang buruk ini dalam usaha menggantikan mereka dan budaya yang
didukung dengan pemimpin yang lebih manusiawi.
Kita
memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi
menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan –
bukannya keganasan, kebencian, atau perasan macho yang cukup toksik serta membodohkan.
Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
16 November 2021
Terjemahan oleh: Zikri Rahman