Akaun Amanah ini ditubuhkan pada 14 Disember 2018 di bawah Seksyen 9, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61). .
Wang daripada akaun amanah ini antaranya digunakan untuk membayar hutang syarikat 1MDB, menampung kos operasi syarikat dan akaun amanah serta pelaburan simpanan tetap. Sejumlah RM2.170 bilion telah diterima pada tahun 2019 dan sejumlah RM791.41 juta telah dibelanjakan bagi pelunasan kupon 1MDB. Pada 31 Disember 2019, baki akaun amanah ini berjumlah RM695.81 juta.