'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

 


Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, hakikatnya generasi muda bosan dengan politik yang berlangsung pada waktu ini.


Hal itu didedahkannya dalam ucapan penyertaan rasmi beliau ke dalam KEADILAN, petang tadi.


"Selama setahun saya dedikasikan diri saya untuk pendidikan dan rakyat Simpang Renggam. Setelah setahun keadaan di sini diurus dengan lebih baik dan isu pendidikan saya dapat perjuangkan di atas platform Jawatankuasa Pendidikan PH


"Saya rasa sudah sampai waktunya untuk beri sumbangan substantif kepada PH. Iaitu kerja secara kolektif lebih baik daripada kerja berseorangan.

Dr Maszlee berucap dalam majlis sertai KEADILAN

"Saya juga mendapati generasi muda muak dan bosan dengan politik lapuk hari ini. Politik lama (BN) yang kini sudah dominan semula di pusat atau di peringkat negeri Melaka baru-baru ini.


"Saya melihat selepas PRN Melaka rakyat sedar bahawa sikap tidak mahu ambil peduli (tidak mengundi) dan membiarkan politik kepada politikus akan menyebabkan negara terus dijarah oleh politikus tidak berintegriti dan bermaruah. Rakyat tidak boleh membiarkan masa depan negara di tangan mereka," katanya.


Menurut Maszlee, ura ura penyertaannya ke dalam KEADILAN bukan tidak mendatangkan risiko, malah beliau disindir kononnya menyertai parti yang sedang menurun dan tidak lagi diterima rakyat.


Namun bagi Maszlee yang sukakan cabaran, beliau melihat keadaan itu mungkin memberikannya kelebihan untuk membuat perobahan pada masa hadapan.


"Sementara KEADILAN berada dalam situasi dan populariti yang tidak menggalakkan pada waktu ini, selepas kekalahan di Melaka saya terpanggil untuk melakukan sesuatu perubahan.


"Ada yang bertanya mengapa saya nak menyertai parti yang kalah. Apa erti saya sertai KEADILAN yang melemah? Kepada mereka dan rakyat saya katakan, inilah harga sebuah perjuangan," katanya.


Bagaimanapun, Dr Maszlee berkata, penyertaan ke dalam KEADILAN ini merupakan kali yang kedua kerana beliau pernah didaftarkan sebagai ahli pada 2017.


"Di mana saya didaftarkan, orang (lain) mendaftarkan di Cabang Ampang pada 2017. Malangnya hati saya terlalu berat untuk sertai politik kepartian waktu itu terutama keputusan sangat besar, meninggalkan alam akademia.


"Namun menjelang PRU 14 temuan kajian saya terhadap perlunya penglibatan politik pada masa itu mendapati PH menghadapi defisit kepercayaan dari pengundi Melayu.


"Mereka perlukan jaminan dan juga wajah segar politik baru yang mampu membariskan pemimpin Melayu yang bersih tanpa bebanan politik.


"Setelah siri perbincangan dan libat urus pada Mac 2018 saya meyertai politik dan meninggalkan kehidupan akdemia," katanya


Dr Maszlee juga menceritakan bahagian paling sukar dalam hidupnya apabila parti yang dianggotainya, Bersatu berkhianat pada Februari 2020 dan beliau terpaksa mendahulukan suara hatinya untuk tidak kekal bergayut pada jawatan, sebaliknya memperjuangkan mandat rakyat.


"Pada pemilihan (Bersatu) Bahagian Simpang Renggam saya menang secara bergaya. Pada waktu itu saya hadapi dilema. Kalau ingin pangkat dan jawatan ikut sahaja keputusan kepimpinan dan akan kembali ke jawatan menteri


"Tetapi bukan kerana itu saya tinggalkan akademia dan menceburi politik. Selepas 2 bulan saya ambil keputusan kekal bersama PH.


"Saya memilih bersama dengan PH di peringkat pusat tanpa parti. Media pening dengan saya. Kedudukan macam mana? Saya bersama PH tetapi tiada parti.


"Apa pun saya gembira dengan KEADILAN, Amanah dan DAP yang sanggup menerima saya biar pun telah diusir dari parti sendiri," katanya lagi.