Oleh BORHAN AHMAD / November
10, 2021
Berdasarkan tinjauan dan
analisis semasa, Barisan Nasional (BN) dijangka akan memenangi pilihan raya
negeri (PRN) Melaka kerana pengundi Cina yang menjadi penyokong tegar Pakatan
Harapan sebelum ini buat masa sekarang enggan keluar mengundi.
Penganalisis dari
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali yang sudah dua kali
berkampung di Melaka sejak PRN diumumkan berkata, peratusan orang Cina tidak
mahu keluar mengundi agak besar sekarang.
“Berdasarkan data ini,
saya rasa Barisan Nasional (BN) akan menang dan Pengerusi BN yang juga
Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Rauf Yusoh bakal dinobatkan sebagai Ketua
Menteri Melaka selepas PRN nanti,” beritahu Mazlan ketika ditemui Malaysia
Dateline di Melaka.
Rauf yang sebelum ini adalah
Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka bertanding mewakili BN di DUN Tanjung
Bidara, salah satu kerusi yang paling selamat untuk Umno di Melaka.
Dalam
pilihan raya umum lalu, calon BN Datuk Md Rawi Mahmud menang dengan Majaoriti
2,864 mengalahka calon PH.
Dalam
PRN ini, beliau akan bertembung dengan Datuk Mas Ermieyati Samsudin
(PN-Bersatu) dan Zainal Hassan (PH-PKR).
Menurut
Dr Mazlan, keputusan pengundi Cina untuk tidak turun mengundi sesetengahnya
kerana kekecewaan mereka apabila Pakatan Harapan tetap mengambil dua calon Umno
dalam pilihan raya lalu yang didakwa mereka sebagai pemimpin yang tidak ada
intergriti kerana ‘melompat’ parti.
“Bagi
mereka, kerana sikap lompat parti inilah yang menjadi punca kerajaan PH jatuh
dahulu. Jadi mereka tidak senang dengan tindakan ini dan mengambil keputusan
tidak akan keluar mengundi dalam PRN ini,” kata Dr Mazlan.
Menurut
Dr Mazlan, apabila orang Cina tidak keluar mengundi sedangkan Rauf dan Umno
pula mendapat banyak sokongan di kalangan orang Melayu terutama di
kampung-kampung, ia akan membolehkan BN menang dalam PRN ini.
Dr
Mazlan sebelum ini juga berkata, berdasarkan kajian beliau, dua pemimpin dan
Adun Umno yang diambil oleh PH sebagai calon mereka itu mempunyai pengaruh yang
besar di kalangan orang Melayu di Melaka.
Bagi
pemimpin Pakatan Harapan pula, kedua-dua mereka, iaitu Datuk Seri Idris Harun
dan Datuk Nor Azman Hassan yang menjadi calon PH dalam PRN ini tidak melompat
parti tetapi mereka hanya keluar dari menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri
Sulaiman Md Ali sebelum ini.
Selepas
itu, mereka telah dipecat oleh Umno kerana menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan
Sulaiman itu.
Selepas
tidak lagi menjadi ahli mana-mana partinya, PH menawarkan kerusi untuk
kedua-duanya dan menolak dua lagi rakan mereka yang menarik diri dari kerajaan
pimpinan Datuk Seri Sulaiman itu, kata mereka.
PH
menolak Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu -Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan
Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) yang terlibat menjatuhkan kerajaan PH sebelum ini
untuk menjadi calon mereka dalam PRN ini.