Walaun ni, kalau kutuk lebai mesti komen dia, mati nanti jangan panggil lebai uruskan mayat. Entah siapa la yang ajar benda tu sampai sepakat semua walaun guna komen yang sama.
Ok, selama hidup aku, tak pernah aku tengok lebai PAS uruskan kematian. Mungkin ada tapi bukan depan mata aku. Tempat aku tinggal dulu penuh dengan orang UMNO.
Tapi tak pernah lagi ada mayat terbiar tak disolat dan tak dikebumikan. Alhamdulillah, tak perlu pun lebai PAS. Lagi pun, sekarang ni urusan jenazah berbayar eh. Bukan free. Fahamkan.
Kedua, kalau mayat aku terbiar pun lepas aku mati, apa masalah aku? Aku dah mati beb. No hal. Yang akan tanggung dosa adalah orang hidup yang dah abaikan fardhu kifayah.
So kalau sebab aku kutuk lebai maka mayat aku nak dibiarkan, no problem la. Tanggung la orang yang hidup tu dosa. Ko pijak mayat aku pun aku dah tak rasa apa. So apa aku nak risau?
Seterusnya, soal talqin tu semua aku tak heranlah. Bukan amalan Nabi saw pun benda tu (fatwa tentang talqin ada pelbagai. Aku tak anggap sunat tapi aku tak pula anggap berdosa). Kalau aku mati dan lebai tak talqin pun, kematian aku tetap 'sah'. Faham tak?
Dan akhir sekali, bukan semua orang agama itu lebai. Ada yang benar ulama. Yang lebai ni cuma jenis nampak pandai tapi poyo je yang lebih. Aku tak payah bagi contoh korang pun dah tau siapa.
So walaun, tak payahlah pakai ayat "mati nanti..." tu. Tak laku pun. Orang jahil sahaja yang akan ulang ayat separuh masak begitu.