PEEGEDAH- TAK PAYAH JADI DR PHD PUN ORANG KAMPUNG DAPAT FIKIR-PAS NAK JADI PENENTU MACAMANA KALAU SATU KERUSI PUN TAK MENANG ?

 

MGF11042017_IKSIM02-1


Dr Kamarul Zaman Yusoff

KUALA LUMPUR – Pas boleh menjadi penentu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pandangan itu dilontarkan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusof selepas meneliti keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Katanya, Pas mampu menjadi penentu dan boleh mengubah situasi.

“Sukar untuk difahami bila ada yang masih berani memperkecilkan dan membuang terus Pas dari perkiraan mereka dalam PRN Melaka.

“Sepertimana yang kita semua tahu, dalam PRU14, PH (Pakatan Harapan) hanya menang 15 kerusi manakala BN (Barisan Nasional) pula menang 13 kerusi di DUN Melaka.

“Tetapi tahukah anda jika BN dan Pas bekerjasama dalam PRU14 lalu, PH sebenarnya hanya mampu menang 9 kerusi sahaja di DUN Melaka?” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kamarul Zaman berkata, enam daripada 15 kerusi yang dimenangi PH dalam PRU-14 lalu sebenarnya kalah oleh gabungan undi BN dan Pas.

Kerusi-kerusi tersebut katanya adalah DUN Gadek, Durian Tunggal, Kelebang, Duyong, Telok Mas dan Bemban.

“Memang benar situasi dalam PRU14 mungkin agak berbeza dengan situasi sekarang, tetapi tidakkah anda mahu belajar dari kisah silam yang memeritkan?

“Mengapa kita masih mahu memperjudikan nasib dan merisikokan diri sendiri sedangkan kita tahu keadaan pasti akan berubah dengan wujudnya perpaduan? ujarnya. – MalaysiaGazette