Perlukah projek mega di ketika negara dicengkam krisis ekonomi dan rakyat kehilangan punca pendapatan?



Ketua Pembangkang, DS Anwar cadangkan dalam parlimen agar projek mega ditangguhkan dan tumpukan kepada membantu rakyat.
Dalam satu komen, aku terbaca ada komentar yang berpendapat jika projek mega dihentikan, maka banyak peluang pekerjaan akan hilang.
Kalau setakat nak bantu rakyat, selama mana sahaja kerajaan boleh bertahan, tulisan si pemberi komen itu lagi.
Aku sama sekali tidak membantah pendapat ini tetapi wajar juga kita bertanya, jika projek mega diteruskan, yakinkah kita yang rakyat akan dapat faedahnya?
Sejauh mana kita yakin dana negara tidak akan diselewengkan ketika projek mega itu berjalan? Selepas projek mega itu siap, rakyat dapat apa?
Jika aku diberikan peluang mentadbir, apa yang aku akan buat bukanlah projek mega. Sebaliknya projek kecil yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.
Contohnya sekarang ini ada krisis ayam. Baik aku berikan bantuan kepada rakyat, terutama mereka yang terjejas akibat COVID ini untuk mulakan perniagaan ayam.
Daripada bisnes anak ayam sampailah ke kilang proses dedak ayam. Supaya dapat tingkatkan bekalan ayam dan turunkan harga pasaran ayam sekaligus cipta peluang pekerjaan.
Ayam ni contoh saja. Ada banyak lagi benda yang kita masih bergantung kepada import. Benda begini yang kita kena mula hasilkan dalam negara.
Berbanding projek mega yang mana kita terpaksa bayar yuran yang mahal kepada perusahaan luar, projek kecil begini memberi lebih peluang kepada rakyat tempatan.
RM400 bilion boleh buat macam-macam projek yang boleh bantu rakyat dapatkan punca rezeki. Kalau projek mega, rakyat cuma dapat gigit jari.
Ya, aku sependapat dengan DS Anwar. Negara tak perlukan projek mega pada masa ini. Dan ya, rakyat memang perlu dibantu pada masa ini.
Dan aku yakin, bantuan yang dimaksudkan oleh DS Anwar bukanlah bantuan tunai tapi bantuan untuk rakyat mulakan hidup baharu seperti dana untuk mulakan perniagaan.
Aku cukup faham PM dan kabinetnya tidak cerdik dan tidak kompeten. Tapi aku harap mereka tidak bodoh sombong, tidak mahu dengar cadangan dari Ketua Pembangkang yang jelas lebih bijak.