Jackie Chan tidak wariskan harta RM 1billion pada anak KITA PATUT WARISKAN HARTA UNTUK 'DIRI SENDIRI'


May be an image of 2 people


Jika ada yg perasan beberapa tahun dahulu saya ada menulis jika kita ada lebihan harta... sebaiknya separuh dari harta itu, kita lakukan investment utk diri kita sendiri sebagai bekalan di akhirat nanti.
Alasan saya mudah, dari pengalaman hidup hampir setengah abad ini..anak2 yg kematian ibu atau bapa, atau keduanya sekali.. mereka bersedih hanya sehari dua.
Kemudian mereka akn kenangkan kita hanyalah sebulan dua. Selepas setahun dua, hanya di hari raya mereka menziarahi kuburan kita... Selainnya mereka sibuk dgn keluarga sendiri. Yg berjawab dgn malaikat kita sorang2.
Telah byk kita dgr cerita tentang adik beradik bergaduh dan putus saudara kerana harta pusaka. Malah dlm pengalaman sendiri juga, ada beberapa keluarga terdekat pun ramai yg begitu.
Tanah kubur masih merah sudah mahu dijual rumah. Masing2 mengaku harta itu ini peninggalan dari bapa utk mereka. Tak cukup puluhan ekar mahu ratusan ekar. Akhirnya bermasam mukalah adik beradik.
Saya selalu pesan dkt anak2 jika mahu kahwin.. cari duit sendiri seperti kedua org tua mereka. Tak cukup duit kami pinjam bank asalkan tak menyusahkan kedua org tua.
Nasihat saya kpd mereka, majlis perkahwinan buat simple saja utk keluarga terdekat. Buat apa hanya utk majlis 2 jam tersebut habis RM30-40 ribu...membazir. Duit yg ada bagus beli rumah. Realistik dgn kemampuan sendiri.
20 tahun dahulu ada kenalan arwah mertua seorang lelaki Cina bergelar jutawan terkenal dtg ke rumah. Kebetulan saya pulang ke Sabah kerana berhari raya.
Dlm perbualan isteri jutawan itu sedih sb suaminya hanya beri cukup duit belanja dan sewa rumah utk anak mereka. Jadi kedua anaknya yg sdg belajar di Amerika kena bekerja secara part time.
Apa kata suaminya ketika itu..." Tan Sri bukan saya kedekut tapi saya mahu anak saya belajar cari duit sendiri. Jika tidak mereka hanya tahu menghabiskan duit sahaja." Ilmu yg berguna utk saya ketika itu.
Saya beritahu isteri apa yg kita ada atau yg dia akan ada... duit itu cukup tabungan membesarkan anak2 dan pendidikan mereka. Selain itu gunakan utk emergency, holiday dan paling penting membeli saham akhirat utk kami.
Ada bertanya kenapa Holiday?... ya bajetkan utk holiday melihat bumi ciptaan Allah ini. Life too short to worry abt anything. Bukan kita yg berikan rezeki anak2 kita nanti tapi Allah.
Maksudnya separuh dari duit yg ada sebaiknya kita gunakan utk bantu sumbangan membina surau, TahfiZ dan sebagainya. Inilah saham dan bekalan kita nanti yg kekal berpanjangan.
Utk saya adalah lebih baik daripada membuat Umrah saban tahun. Pahala buat Umrah hanya ketika kita menunaikannya tapi pahala membina rumah Allah ia kekal selagi Majis itu digunakan. Ini pendirian dan cara saya tiada paksaan sesiapa mengikutinya.
Tahukah anda bahawa Jackie Chan yg mempunyai aset lebih RM 1 billion tidak akn mewariskan sebarang hartanya kpd anak. Malah dia akn mewariskan kpd badan2 amal.
Apatah lagi apabila anaknya, Jaycee Chan ditahan polis kerana dadah membuat Jackie tidak mahu anaknya lebih rosak apabila mengenangkan harta yg akan diwarisi kpdnya nanti.
"Jika saya boleh mencari wang sendiri, Jaycee juga mampu utk mencari wang seperti saya. Jika tidak dia hanya membazirkan wang yg diwariskan kpdnya," ujar Jackie.
Ramai yg terkejut dgn keputusan Jackie. Apapun ramai akhirnya memberi pujian bahawa tindakan Jackie adalah yg
terbaik
utk masa depan anaknya dan wajar dicontohi.
Mark Zuckerberg, CEO Facebook mempunyai anak bernama Priscilla Chan yg lahir pada 2015. Mereka juga membuat pengumuman tidak akn mewariskan harta kekayaan pada Max. Sebaliknya, mereka mendirikan Yayasan Chan Zuckerberg Initiative yg berkomitmen di bidang pendidikan, kesihatan dan sosial di seluruh dunia.
Billionaire Warren Buffett pula berjanji akn menyumbangkan 99% dari seluruh kekayaannya kpd badan amal. Sementara hanya 1% yang diwariskan kpd ketiga anaknya. Buffet selama ini memang dikenali sebagai seorang dermawan di dunia.
Siapa yg tidak kenal Bill Gates org paling kaya di dunia selama 4 tahun berturut turut. Dia memutuskan tidak akn mewariskan seluruh harta kpd anak anaknya.
Sebahagian besar harta Gates juga akn disumbangkan kpd badan amal. Menurut Gates, ketiga anaknya harus belajar bekerja utk mendapatkan apa yg diinginkan mereka.
Hanya anak Menteri2 kita sahaja yg kaya raya. Sebab bangsa kita rumah mesti mcm Istana, kereta mesti pakai Velfire ikut trend, plat kereta mesti 1 digit, majlis perkahwinan mesti bak Puteri Gunung Ledang, Honeymoon mestilah Maldives, Venice or Paris... ini syarat utk menjadi Melayu sejati.