NORMAN RADZUAN
Realitstik atau tidak PKR bertanding 222 Parlimen?
TUN TANDING 120 PARLIMEN UMPAN PERPECAHAN
Beberapa hari selepas kegagalan PH menjadi kerajaan sekali lagi
bebanan tersebut diletakkan kpd Anwar Ibrahim. Yg sgt mengecewakan ia hadir
daripada anak2 muda parti Melayu, Amanah. Ia suasana yg sungguh tidak
'harmoni', 'cetek ilmu sains politik' dan 'jenis mengharap kpd org lain'.
a)Kenyataan anak muda itu tidak harmoni dlm kepelbagaian parti
dan disiplinnya ( tidak menghormati parti kawan dan tidak menghormati
kepimpinan ). Jika profesional atau ada jiwa pejuangan sepatutnya mereka mahu
diperkuatkan parti (PH).
b)Lemah Sains Politik apabila mahu menukar pengerusi tapi mereka
tidak mampu meletakkan siapakah calon yg mempunyai kualiti seperti yg kita ada
skg ini. Mereka mudah terpedaya dgn Tun. Barangkali kerana kepimpinan mereka
tidak jujur memberi alasan kenapa perlu bersama Tun yg menjatuhkan kerajaan PH
Kelmarin Tun beritahu Pejuang akn bertanding 120 kerusi
Parlimen. Anda ingat ia realistik? Tanya saya ia sgt mengarut. Bersatu yg
pernah menjadi kerajaan pun tidak mampu mempunyai grassroots yg hebat
sepertimana UMNO, PAS, PKR dan DAP.... apatah lagi Pejuang. Jadi kenapa Tun
keluarkan kenyataan itu?
Ia sebenarnya sebagai signal utk mengumpan kpd mana2 parti dlm
PH utk bersamanya membentuk jajaran baru. Jgn terkejut jika Pejuang menawarkan
50 kerusi Parlimen kpd mana2 parti di dlm PH yg bersamanya. Ia umpama jerat
tikus... mana2 tikus meleleh umpan yg diletakkan di dlm sangkar akn masuk
perangkapnya.
Siapa tak mahu ada tajaan?... itu sekadar andaian saya. Pecah
dan perintah memang kepakaran beliau. Ini pandangan politik saya kenapa beliau
mahu bertanding 120 Parlimen. Kenapa 120? ... ia kawasan majoriti Melayu. Ia
mahu penyokong atau pengundi PH terpecah dua. Beliau sendiri yg sinis sikap org
Melayu apabila kecewa wujudkan parti baru sdgkan beliau sendiri berbuat
demikian.
c) Pernah tak anda mempunyai rakan yg bersama sama ingin membuka
peniagaan tetapi dia tidak mahu keluarkan modal tetapi mahu menjadi menjadi
rakan kongsi?
Rakan kita ini tidak mahu menanggung risiko tetapi mengharap
peniagaan yg dirancang itu berjaya. Jika sukses dia akn meminta share dlm
company tapi jika gagal dia akn berkata, " Tu la aku tak mahu bagi modal.
Hampa cakap aku tak mahu dengar. Ikut kepala hampa saja". Dia salahkan
rakan2 tadi sdgkan dia modal pun tak keluar. Jenis manusia mcm ini mahu hidup senang
cara mudah tanpa mahu berusaha atau mengambil risiko sendiri.
PKR bertanding 222 ibarat marah nyamuk kelambu dibakar
Saya agak skeptikal bila ada yg mahu parti (PKR) bertanding 222
Parlimen. Berbeza pandangan saling menegur ia perkara biasa dlm sesebuah
organisasi apatah melibatkan parti2 yg berbeza di dlm PH. Sepatutnya pemimpin
parti masing2 menunjukkan komitmen ke arah perpaduan perkuatkan parti dan bukan
membiarkan perpecahan. Itulah silapnya pimpinan PH.
Cuma saya ingin menegur ramai juga ahli2 parti yg mahu PKR
bersendirian bertanding 222 Parlimen. Bagi saya niat tersebut terlalu mengikut
amarah hati. Saya ingin bertanya apa kekuatan PKR bertanding sindirian?
Sebenarnya PKR, DAP dan Amanah saling memerlukan sesama sendiri.
Perpecahan berlaku bila hadirnya Tun. Sdgkn sejak 2008 PR/PH sudah solid. PAS
ternoda dgn Najib dan skg Amanah dilihat ternoda dgn Tun. Jika PAS dahulu tidak
terpedaya dgn Najib, mereka sudah menjadi sebahagian yg kukuh dlm kerajaan
Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Malaysia.
Pandangan saya sikap Amanah dan DAP mahu bekerjasama dgn Tun
bukan memperkukuhkan PH tapi memecah belahkan sahaja. Saya masih boleh terima
jika ingin bekerjasama dgn Warisan tetapi utk bekerjasama dgn Tun
memperlihatkan pemimpin tidak ada daya pemikiran yg kritis dan hidup terlalu
bergantung dgn org lain.
Apakah Amanah dan DAP tidak yakin dgn PH? Di mana kekuatan Tun?
Di kala Tun menjadi PM kita kalah berturut turut dlm PRK. Lojikkah umur 96
tahun mahu aktif dlm politik utk rakyat? Tun mahu buy time selagi dia bernyawa
utk menidakkan Anwar menjadi PM.
Tanya saya, mengajak parti bertanding 222 Parlimen suatu perkara
yg melucukan. Tiada asas... lagipun tiada parti dlm negara yg mampu berbuat
demikian. Di mana asasnya kekuatan PKR bersendirian?
Simple matematiknya adakah PKR mempunyai 5 juta keahlian? Adakah
PKR mempunyai dana ratusan juta ringgit utk menanggung kos PRU utk bertanding
222 Parlimen tersebut? Ia tidak boleh hanya ada dgn semangat sahaja tetapi kita
mesti ada strategi.
Rasulullah saw walaupun tahu dan yakin bantuan Allah tapi
baginda sebelum berperang bermesyuarat memasang strategi. Ada yg digali
longkang, ada pasukan berkuda mengeliling bukit, ada skuad pemanah... malah
baginda sendiri memakai lengkap pakaian perang. Rasulullah tidak berperang dgn
takbir dan semangat begitu sahaja.
PKR, DAP dan Amanah masing2 tidak mampu bersendirian. Kita boleh
menegur mana2 pimpinan yg tidak betul, tapi kita jgn berkata kita mampu
sendirian walaupun PKR ini parti berbilang kaum. Ya benar PKR ada strong
support from urban states seperti di Selangor, Penang, KL dan Johor. Tapi
demografi Malaysia ini sgt unik.
Unity sahaja dari skg. Berbincang dari sekarang dgn Warisan.
Warisan mampu berjaya dgn sokongan PKR dan DAP di Sabah. PH juga boleh berjaya
dgn sokongan Warisan. Tapi jika Warisan masih mahu bersama Tun...tinggalkan
mereka dan perkukuhkan saja PH. Kalau kita berpecah kita akan gagal... rasional
dan percayalah bertanding 222 Parlimen itu adalah pilihan yg akn menghancurkan
harapan rakyat.