MOGA PAK LONG MAIL TAK MAKAN UGUT ATAU TEKANAN SESIAPA

 



NORMAN RADZUAN


Biar gambar berbicara....24 jam yang penuh dengan pelbagai drama dan cerita. Saya berharap PM baru, tidak menjadi 'puppet' kpd mana2 pihak. Saya berharap Ismail tidak mendengar atau ugutan dari sesiapa. Jagalah negara ini utk rakyat dan fokus kpd Covid19...cukuplah kesilapan Muhyiddin yg lebih menumpukan menjaga ahli2 politik dari rakyat.

Sekadar bertanya mengapa Azmin bersama team kartelnya bukan bersama Bersatu di saat ini? Sepatutnya Azmin dan rakan2nya yg bersama Bersatu bersatu hati dgn partinya atau bermesyuarat bersama. Seolah olah ada perpecahan atau team tersendiri di dlm Bersatu..... seronok juga tgk drama episod Melayu vs Melayu ini.

Azmin ini sebenarnya utk PRU15 jika UMNO dan PAS tidak melayaninya dia akn hilang kedudukannya sebagai ahli Parlimen atau DUN. Azmin tiada kekuatan bersama Bersatu. Azmin dilihat berkuasa kerana dia ada 11-12 pengikut yg menjadi penentu kewujudan kerajaan PN dan BN. Hebat Azmin memanipulasi kartel utk karier politiknya. Itulah politik...