Meeting sana sini panas...
NORMAN RADZUAN
Khabarnya MKT UMNO merasa bimbang apabila meeting MKT ditangguhkan.
Ini kerana ada yg berkata MKT bimbang perlantikan Menteri oleh Ismail
dipengaruhi Bersatu dan membelakangi MKT. Meeting PH juga berlangsung tadi agak
sedikit panas utk pelbagai isu tapi kembali redha.
Bila Muhyiddin letak jawatan tak sampai 1/2 jam ada yg bertanya
saya siapa PM9? Bila Ismail Sabri dia anugerahkan jawatan PM tak sampai 1/2 jam
mereka bertanya pula siapa bakal TPM? Manalah saya tahu saya bukan Agong dan
saya juga bukan org BN....
Kita sebenarnya tak perlu ambil peduli siapa Ismail nak letak.
Sebab ini kerajaan mereka iaitu kerajaan 69. Siapa bakal TPM panas kerana
dikatakan ia menjadi rebutan pelbagai parti.
Kita hanya boleh membuat andaian. Pendapat saya kemungkinan
besar 'Kerajaan 69' ini tidak mewujudkan lantikan TPM utk atasi kemelut
perebutan jawatan. Mungkin 5 jawatan Menteri Kanan diwujudkan... 2 UMNO, 2
Bersatu dan 1 GPS. PAS atau pun Tok Peti mungkin dpt Menteri Agama ...andaian
saya begitulah.
Wah sibuk PM kita meeting sana sini. Begitulah tugas PM. Selamat
berjaya Abg Mail dan jaga negara ini baik2.