Hentilah peralatkan Mahiaddin, biarlah beliau rehat BAHAGIAN 2 ULASAN

 

Hentilah peralatkan Mahiaddin, biarlah beliau rehat  BAHAGIAN 2

ULASAN 

 

 

Jangan kerana kita hendak mempertahan dan menjaga kepentingan kita, kita menyusahkan dirinya. Fahamilah penderitaan, maruah dan perasaan Mahiaddin dan keluarganya. Biarlah perdana menteri ke-8 itu berihat dan hidup secara alami dengan keluarganya. Cukuplah, selama 18 bulan lalu kita menyeksanya.  

 

Usaha diteruskan.

 

Saya difahamkan sejak semalam berbagai pihak berusaha dan memujuk Mahiaddin agar tidak meletak jawatan. Baik daripada dalam partinya, para menteri kabinet daripada Umno, Pas, McA, MiC dan lain-lain. Semua berusaha, dan pertemuan serta perbincangan secara maya atau fizikal dijalankan untuk memastikan Mahiaddin tidak berundur. Usaha itu dilakukan dan berlaku hingga ke hari ini dan dipercaya awal pagi esok.

 

Pagi ini pun dilaporkan ahli parlimen Bersatu mengadakan pertemuan. Sudah tentu pertemuan dan mesyuarat itu membincangkan berhubung dengan cadangan peletakan jawatan Mahiaddin atau pun alternatif lain. Dalam pertemuan yang sedang berlangsung sekarang, mesti ada cadangan dan juga alasan diberikan supaya Mahiaddin tidak berundur. Mereka juga memberi jaminan-jaminan di luar kotak untuk kelangsungan kekuasaanya.

 

Dalam pada itu berbagai rumours berhubung hal itu. Ada berbagai cadangan katanya dikemukakan termasuk yang tidak terfikir. Sekiranya Mahiaddin sudah nekad dengan keputusan itu, ada cadangan agar semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong Mahiaddin mencadangkan nama Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri. Walaupun perbuatan itu songsang dan melanggar perlembagaan, tetapi itu cadangan alternatif untuk mengelakkan perdana menteri jatuh kepada pembangkang (PH).

 

Selain itu ada juga cadangan agar Dr Mahathir diangkat sebagai perdana menteri semula. Semua itu merupakan cadangan tidak masuk book, tetapi dilontarkan kerana motif tertentu dan khianat. Yang penting para parasit yang selama ini menghisap darah mentah Mahiaddin terus boleh survive.

 

Kenapakah dalam kemelut dan keributan itu tidak difikirkan sesuatu yang boleh menjernihkan suasana. Misalnya Mahiaddin boleh lakukan tindakan terpuji semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong nanti tidak membuka mulut membuat apa-apa cadangan yang boleh menyebabkan beliau dilihat berpihak dan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. 

 

Kita ada Perlembagaan, ada peraturan turut dan ikutlah Perlemnbagaan. Dan jikalau Mahiaddin gentleman, ada integriti, ada sisa ketulusan mengapa tidak kalau beliau mengembalikan secara simbolik kerajaan PH yang hilang dahulu dengan menerima blok terbanyak waktu ini (PH dengan suara 92) untuk membentuk kerajaan baru. Kenapa tidak ada yang menasihat penyelesaian sebegitu?

 

Sekali lagi kepada parasit baik dalam Bersatu, dalam Umno atau diluar sana, berupa NGO yang selama ini menjadi pengadu domba yang menunggang agama dan bangsa, yang bertindak sebagai propagadis, berhentilah ganggu Mahiaddin. Kalau anda ingin hidup usahalah sendiri jangan terus-terusan menumpang atas usaha dan pengaruh orang lain. 

 

Mahiaddin akan dilihat jujur dan mulia kalau beliau sedia menerima PH dengan memberi sokongan kepadanya membentuk kerajaan. Kalau kita tergamak dan sanggup menawar dan mengajak mereka untuk bersama kita, kenapa tidak untuk menyambut mereka (PH) sebagai tebusan atas perbuatan sebelum ini. 

 

Hidup kalau pun tidak mahu berbuat pahala ingatlah akan kebenaran dosa. [wm.kl.11: 40  am 15/08/21]