MEROYAN SAKAN...TAKUT HILANG JAWATAN GAMAKNYA....ATAU HILANG KUASA DAN HABUAN

 

Panas !!! Zahidi dakwa keputusan MKT buka peluang Anwar jadi PM


Zahidi dakwa keputusan MKT buka peluang Anwar jadi PM.Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak berasas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, tindakan tersebut hanya akan memberi peluang kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

“Saya tidak kisah kalau calon Perdana Menteri itu bukan dari UMNO sekalipun. Kalau datang dari Bersatu atau Pas saya akan sokong.

Apa yang saya lihat kemungkinan sekarang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan beliau ada SD yang cukup kerana disokong oleh Ahmad Zahid.

“Sebab itu saya amik keputusan untuk tidak sokong keputusan mesyuarat MKT sebab saya berpegang kepada prinsip ‘No Anwar No Dap’,” katanya.