Retail, hartanah dan subdisi sewa: Bila CEO Mydin kata retail hampir mati, bagaimana pula nasib peniaga IKS dan PKS?

 

Retail, hartanah dan subdisi sewa: Bila CEO Mydin kata retail hampir mati, bagaimana pula nasib peniaga IKS dan PKS?

1- Kelmarin bila aku menulis tentang kesan teruk F&B(Kedai Makan) dan Food Rider, Aku ada sentuh sektor kedua terkesan teruk, Iaitu Retail(Peruncitan). Dan semalam ia diakui oleh datuk Ameer Mydin Majoriti peniaga-peniaga sektor peruncitan di negara ini terutama peniaga Melayu sudah ‘hampir mati’ akibat perlaksanaan PKP Bodoh 3.0..

2- Bayangkan biarpun Mydin dikenal sebagai pusat Pasaraya yang menjual keperluan makanan dan barang basah, Dia juga terkesan teruk..Agaknya bagaimana IKS dan PKS yang lain ? Untuk Pengetahuan,IKS dan PKS adalah penyumbang cukai dan peluang pekerjaan terbesar kepada Kerajaan, iaitu hampir 70%..

3- Kenapa Pasaraya seperti Mydin terkesan ? Untuk pengetahuan sektor retail berkait rapat dengan pemilikan dan sewaan Hartanah.. Sebagai contoh Mydin dan AEON, Antara sumber pendapatan utama bagi menampung operasi pasaraya mereka adalah sewaan premis & Lot pernigaan dan Promosi.. Begitu juga pemilik bagunan komersial dan rumah kedai..

4- Itu sebabnya bila aku sebut tentang model rangsangan German dan Singapura paling tepat.. satu keperluan Akta dan Subsidi sewa diperkenalkan, Ramai yang tidak faham, Kesannya besar.. Tidak lama lagi banyak sewaan peniaga Kecil dan IKS akan tertangguh, Mungkin banyak yang akan tutup operasi dan akhirnya menyumbang kepada pembuangan Pekerjaan besar besaran..

5- Kenapa Subsidi sewa lebih baik dari Moratorium, Sebab ia akan menyasarkan kepada sasaran yg tepat.. Umpamanya, Jika Mydin terpaksa memberikan pengecualian sewa, Dalam waktu yang sama Mydin yang ada hutang Korperat dengan Bank dikecualikan atau dibenar penangguhan(Moratorium).. Akhirnya semua dapat Manfaat..

6- Jangan samakan kos sewa di Pasaraya sama dengan warong tepi jalan, Atau dengan sewaan Foodcourt bagunan milik PBT.. Bayangkan Ground floor pasaraya saja sewaan dia mencecah RM 10-25 ribu satu bulan, Tapak Promosi seluas 10 kaki boleh mencecah RM 3-5 ribu.. Manakala Foodcort pasaraya dari RM 2-4 Ribu.. Itu kebiasan rate pasaraya Mydin.. agaknya bagaimana kesan pada pasaraya yg lain ?

7- Bayangkan semua jenama, Outlet seperti Paparich menutup Operasi, Atau sekurang kurangnya mengecilkan operasi..agaknya bagaimana kesan pembuangan Pekerja akan berlaku ? Bagi aku ianya satu bencana.. disebabkan Kluster Kilang Retailer, Syarikat Francais , Peniaga Kecil akan menjadi mangsa..

8- Bayangkan jika sebulan Syarikat dan Outlet ditutup..Aku jangkakan, dari kos sewa, Gaji Pekerja, Tidak termasuk susut nilai Barang dan stok.. agaknya berapa kerugian mereka ? Kalau aku ada setengah Juta rezab dan kecairan tunai pun, Hanya akan mampu bertahan tidak lebih dari 5 Bulan, hampir pasti kos setiap bulan paling kurang RM 50 ribu angus macam tu saja….

9- Bila syarikat IKS dan PKS mati.. Apa akan berlaku, Maka berlaku lah sepertimana kes seorang peniaga tertekan lalu terjun dari pangsapuri tingkat 10, dan seorang Suami dan Isteri kehilangan Pendapatan, Dari kelompok T20-M40 Mereka jadi lebih miskin dari kelompok B40..

10- Itu sebab aku mengatakan dalam keadaan Pandemik, Ia bukan soal takrif B40 atau M40..Tetapi mereka yang berpendapatan dan hilang pendapatan.. Ia bukan Soal Moratorium dan subsidi Upah, tetapi keperluan aliran dan mudah tunai kepada IKS dan PKS sebagaimana model di German..

11- Apa kesan akhirnya dari semua kisah ini..Tidak lama lagi sektor kewangan dan Perbankan akan menerima kesan dari NPL dan ketidaupayaan peminjam melunaskan hutang.. ia juga menggambarkan ada isi rumah hilang pendapatan dan Pekerjaan.. Bencana Ekonomi ini semakin hampir..dan tanda tandanya sudah pun kelihatan dari laporan laporan Akhbar..

12- Inilah bencana Besar selepas Kesihatan, Ketika aku menolak Perlaksanaan Total Lockdown, Aku mengatakan..nanti rakyat akan mati tak makan dari mati disebabkan Covid-19.. Akhirnya apa berlaku..kes tidak kurang.. Kematian makin meningkat, Ekonomi semakin teruk..

13- Inilah Bencana dan kerosakan atas tangan tangan yang membenarkan Pengkhianatan biarpun atas nama agama sebuah Kerajaan yang mendapat rahmat Tuhan.. inilah gambaran Ruwaibidhah..

14- Begitu teruk nasib rakyat dan wabak di dalam negara ini biarpun dalam perlaksanaan Dharurat.. Ramai masih memejamkan mata dan memikirkan soal Kepentingan Politik dan kuasa… mereka lupa akan kepentingan rakyat dan Negara..!

15- Jadi fahamkan bila aku kata, Ketepikan Kepentingan Politik parti dan Peribadi..Masanya untuk membina kestabilan dengan hanya bermatlamatkan kepentingan Negara..!

Ipohmali