Tall & Stupid
AKHIRNYA RAKYAT DISURUH MEMBELI VAKSIN
Akhirnya Menteri yg menyelaras program Imunisasi Covid-19 ini
berkata rakyat yg mahu segera divaksin boleh ke sektor swasta dan terpaksa
membayar sendiri kos tersebut. Gila apa ni?
Kita semua tahu Pharmaniaga adalah satu2nya syarikat yg dilantik
utk membeli vaksin. Perlantikkan itu juga sebenarnya pelik kerana di
kebanyakkan negara2 dunia kerajaan mereka yg membeli sendiri vaksin tersebut.
Syarikat ini juga mengimport vaksin dari China di mana mereka membungkusnya
secara domestik menerusi prosedur "fill and finish".
Persoalan mengapa bukan KKM yg menguruskan pembelian? Kenapa
negara kita lewat menerima bekalan vaksin? Kenapa perlu dijual kpd pihak
swasta? Ke mana 5 juta dos vaksin yg disumbangkan oleh negara2 Eropah?
Bagaimana tidak sampai 10 juta divaksinasi kita boleh kekurangan vaksin?
Kenapa tidak diberikan dos vaksin tersebut kpd seluruh negeri
dgn mekanisma pengurusan negeri masing2 bagaimana proses vaksinasi boleh dibuat
dlm jumlah harian yg tinggi?
Sdgkan kita dimaklumkan byk negeri kekurangan vaksin. Jadi apa
perlu dijual kpd syarikat swasta. Kita sudah ada perancangan menggunakan
khidmat Klinik swasta, Kem Tentera, van bergerak dan malah Stadium Nasional
sudah bersedia menerima puluhan ribu sehari... jadi apa perlu rakyat pergi klinik
atau hospital swasta membayar utk mendapatkan vaksin?
Adakah lantikan tunggal itu semata mata ingin memberikan
keuntungan kdp Phamarniaga membolot keuntungan atas penderitaan rakyat? Setahu
kita pembelian vaksin itu menggunakan taxpayer atau duit rakyat. Bolehkah duit
rakyat yg sepatutnya diberikan percuma kpd rakyat boleh diniagakan kpd pihak
swasta?
Sdgkan rakyat yg miskin juga perlukan segera vaksinanasi ini?
Apa nasib mereka yg masih berjuta menunggu vaksin ini? Apakah kerajaan
menguruskan proses vaksinasi ini, rakyat akn menerima nasib sepertimana
penumpang2 kapal Titanic?
Saya bukan mahu menuduh tetapi mahu KJ menjawab semua persoalan
yg saya ajukan. Jika saya salah anda sebagai Menteri betulkan. Ini lah
masalahnya apabila Parlimen tidak mahu dibuka maka Ahli2 Parlimen tidak
berpeluang bertanya dan menyuarakan kebimbangan rakyat. Maaf kata, jika saya
katakan KJ ini tall and stupid dlm menguruskan vaksin negara.
Tahap stress rakyat ketika ini bukan sahaja kpd Covid19 dan
tiada duit utk survival tetapi kpd karenah Menteri2. Rakyat dah la ramai yg
bunuh diri dan peningkatan 20% yg sakit mental... kalian ni pula menambah beban
dan resah rakyat.