Kerajaan PN ni memang lembap.
Sewajarnya Pelan Pemulihan Negara dibuat tahun lepas lagi.
Sekarang sudah masuk PKP 3.0 dan 3.1. Setelah hampir setahun selepas PKP 1.0 baru kerajaan nak umum Pelan Pemulihan Negara?
Semua ini puncanya kerana tidak ada persidangan Parlimen. Polisi kerajaan hanya ditentukan oleh kabinet tanpa adanya semak dan imbang serta perbahasan di Parlimen.
Sepatutnya apabila berlakunya pandemik sebegini, Parlimen perlu kerap bersidang supaya isu-isu rakyat dan negara dapat dibincang bersama. Tetapi kerajaan PN nampak Parlimen macam rumah hantu.
Inilah puncanya bila kamu jadi kerajaan secara tidak demokratik. Pencuri mana berani bersemuka dengan tuan rumah yang dia curi. Rasa serba salah. Takut. Bimbang kena tangkap, kena pukul, kena ikat dengan tuan rumah dan ditangkap polis. Begitulah perumpamaannya.
Sepatutnya SOP sidang Parlimen ni sudah awal-awal lagi selesai. Itu tugas Takiyuddin sebagai Menteri JPM.
Adakah selepas dua kali YDPA menitahkan agar Parlimen bersidang baru Takiyuddin kelam kabut nak buat SOP? Atau adakah ia hanya satu helah untuk melambat-lambatkan sidang Parlimen?
Kalau minggu depan kita nak pergi bercuti ke luar negara, awal-awal lagi kita sudah mula buat persiapan dan persediaan. Kita sudah listkan pakaian apa yang nak dibawa, barang apa yang nak dibawa, berapa duit perlu disediakan dan macam-macam lagi.
Ramai pakar perubatan jangkakan bahawa Covid19 ambil masa untuk selesai. Bila jadi macam ini, kita sepatutnya buatlah SOP dengan lebih awal bagaimana persidangan Parlimen sepatutnya dilakukan dalam suasana Covid19.
Tapi apa persediaan yang Takiyuddin buat sejak darurat diumumkan? Tak pernah terdetik ke rasa Parlimen perlu bersidang balik bila-bila masa nanti? Pengumuman Takiyudin ni seperti dia tak berminat langsung mahu Parlimen bersidang semula.
Letih !
#kitajagakita
Sumber: https://www.facebook.com/764123100/posts/10158883616683101/?d=n