I-Sinar, jaminan mikro kredit kerajaan dan belenggu riba

 I-Sinar, jaminan mikro kredit kerajaan dan belenggu riba


1- Ramai peniaga kecil, Yang hilang pendapatan hari ini terpaksa mengeluarkan simpanan hari tua mereka di KWSP hanya untuk meneruskan hidup..Menampung kesempitan perniagaan mereka.. Tetapi apakah ini jalan terbaik ? Bagi aku ini hanya jalan Populis dan Mendera Rakyat..

2- Jika seseorang mengeluarkan RM 20 ribu simpanan hari tua mereka hari ini, Tahukah kta dalam 15-20 tahun akan datang, Duit simpanan itu mungkin nilainya berjumlah RM 35-40 ribu pada masa akan datang.. Jika mereka keluarkan RM 20K hari ini ini bermakna mereka kehilangan RM 40 ribu pada hari tua mereka..

3- Berapa ramai yang sudah keluarkan RM 10K I-Sinar mereka, Ditambah I-Lestari jumlahnya mungkin RM 16 Ribu masih dibelenggu dengan kesempitan.. Sedangkan simpanan kebanyakan rakyat dilaporkan 70% punya simpanan hanya dibawah RM 50K.. Tetapi rakyat terdesak hari ini.. Nak taknak keluarkan lah duit sendiri dari meminjam Ah Long..

4- Jadi bagaimana kita mahu keluarkan rakyat dari belenggu riba ? Dalam konsep Zakat mereka sudah ditakrif kelompok asnaf Ar-Riqab. Aku cadangkan Kerajaan PH tawarkan jaminan Kredit dari Kerajaan.. Kerajaan boleh saja pinjam RM 10 Billion atau terbitkan hutang dari KWSP , KWAP malah dari PETRONAS sekalipun, tawarkan mereka jaminan Kredit, Mikro kredit Tanpa faedah.. Dan cagaran mereka adalah simpanan KWSP..

5- Sebagai contoh, Seorang Peminjam yang ada simpanan KWSP yg terbukti kehilangan pekerjaan dan terjejas pendapatan Perniagaan boleh mohon Pinjaman Mikro Kredit RM 20K.. Dan simpanan mereka jadi cagaran dan jaminan disamping boleh terus dilaburkan dalam KWSP.. Katakanlah mereka tak mampu bayar, Simpanan mereka akan dipotong pada hari mereka bersara nanti, Mungkin simpanan RM 20K sudah jadi RM 40K, Maka mereka masih kekal ada RM 20K..

6- Bagi aku Kerajaan yang sepatutnya Berhutang dengan KWSP bukan menggunakan duit sendiri, Jangan diikut cara Populis Najib menjahannamkan masa depan dan hari tua rakyat.. Bayangkan RM 4 Billion duit KWAP yang diambil SRC dalam kes salahguna Najib, Nilai RM 4 Billion itu boleh diagihkan RM 10K untuk 400 ribu orang..

7- Jadi tolonglah jangan terus dibohongi dengan idea populis Najib.. sebab matlamat utama dia hanya mahu mengolah sokongan rakyat untuk BN kembali berkuasa PRU 15, lal dia akan lepas dari Penjara..

8- Bagi aku inilah Penyelesaian Islam, Pertama kita bebaskan Rakyat dari belenggu riba, Pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi..Kedua ia membantu mereka yang mempunyai sedikit simpanan untuk dibelanjakan pada hari tua mereka.. Jadilah seorang ayah yang meminjam untuk menolong anaknya, Bukan seorang Ayah yang pecahkan tabung anaknya untuk makanan anak dia untuk terus hidup…

9- Tolonglah PH tawarkan solusi berbeza dalam Ekonomi… Belajar untuk berfikir jangan terperangkap dengan idea Populis Najib dan PN.. penyelesaian kita untuk kekalkan pendapatan rakyat mencipta peluang pekerjaan jangka Panjang.. ! 🙂

Ipohmali