Hamdan Taha
Bila ada kenyataan macam ini setahu saya ini gambaran ada pihak yang sedang berbuat sesuatu untuk menjatuhkan Perdana Menteri dari Parti tersebut...
Semasa umno memerintah dan najib sebagai PM sebelum pru ke 14 dan ketika itu Tan Sri Muhiddien sebagai TPM pun berlaku juga tiba tiba pengerusi perhubungan buat kenyataan taat setia kepada Presiden termasuk Pemuda,wanita dan puteri...
Kali ini dalam parti Bersatu pula mula pengerusi perhubungan membuat kenyataan. Jika sekadar undi tidak percaya atau undi percaya surat ini tak perlu...
Saya yakin perkara ini berlaku kerana ada desas desus menyebut ahli parlimen dari umno cuba mendapatkan SD dari MP untuk mengantikan Muhiden dan di sokong pula oleh menteri dari Bersatu sama ada secara terang atau senyap Allahualam tapi jika tokoh dari Umno itu di angkat jadi PM dia akan jadi TPM...
Pergolakan seperti ini cukup tidak baik buat negara dan kerajaan. Bagi saya tak ada masalah Muhidden terus jadi PM tapi di perkukuhkan dengan tindakan yang lebih baik dan mantap. Beri keyakinan pada rakyat menteri dan kerajaan yang cukup besar ini kuat dan boleh menjadi kerajaan yang mampu menangani isu covid dan ekonomi
Muhiddie boleh saja mengadakan pertemuan secara terbuka dengan semua presiden parti parti pembangkang untuk mengelakan berlaku undi tidak percaya di parlimen buat satu perjanjian terbuka. Rakyat akan menilai dan buka parlimen dengan kadar segera biarkan di bahas apa juga isu di situ...maka tak perlu lah pengeruai negeri bersatu buat kenyataan menyokong muhiddien....
Semua perkara boleh di selesaikan dengan perundingan jika mahu di buat perundingan tapi jika terlalu ego dan yakin diri terlalu kuat maka ini akan ada masalah...
Saya sangat berharap adanya kerajaan yang adil dan serius...itu saja...kami rakyat ni bukan dapat apa pun dari mana mana parti dari segi keuntungan. Tapi akan dapat kebaikan jika kerajaan kuat dan stabil maka semua pihak boleh hidup aman damai dan menumpukan ke arah mencari rezeki dan amal....
Siapa pun Pm rakyat tak kisah tapi rakyat kisah jika PM itu gagal...itu saja