DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA DAN
REKOD DIPADAMKAN. TIADA KESALAHAN YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG. Rujuk Video
disertakan. Youtube Link : https://youtu.be/PHc3Ga8zCOE
#ViralBroadcast
#Sebarkan
SELUASNYA sebagai menangkis Persepsi yg cuba dibina oleh Lockman Adam,
Walaun-cai PNkhianat, PANtuk Oren Masam dan PANjilat2 Mahathir KUNUNNYA DSAI
tidak layak jadi Perdana Menteri.
- Zus Din (20 June 2021)
*****************************
PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR
1. Dalam sehari dua ini, timbul isu berkenaan keteraturan
pengampunan yang telah diperolehi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16.5.2018
lepas.
2. Hujah utama yang dikemukakan untuk mencabar pengampunan
tersebut adalah bahawa keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018
adalah bercanggah dengan Perkara 42(5) dan (11) Perlembagaan Persekutuan,
kerana: a) Tiada Peguam Negara yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan
tersebut, lantas menyalahi Perkara 42(5); dan b) Tiada Menteri Wilayah
Persekutuan yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut,
bertentangan dengan Perkara 42(11).
3. Kedua-dua figura yang disebutkan di atas ini tidak menghadiri
mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut kerana: a) Bekas Peguam Negara, Tan Sri
Apandi Ali telahpun bercuti pada ketika itu; dan b) Setakat 16.5.2018, Jemaah
Menteri Persekutuan masih belum dilantik. Perkara 42(5) – Kehadiran Peguam
Negara
4. Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa Peguam Negara hendaklah
menjadi anggota Lembaga Pengampunan.
5. Walaubagaimanapun, bahagian kedua dalam Perkara 42(5)
memperuntukkan bahawa “Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat
cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada
mana-mana orang lain”.
6. Dalam konteks mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung
pada 16.5.2018, Peguam Negara telah diwakili oleh Peguamcara Negara ketika itu,
Engku Nor Faizah Engku Atek yang menghadiri mesyuarat tersebut mewakili dan
menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, selaras dengan
Perkara 42(5).
7. Rujukan juga dibuat kepada seksyen 114(e) Akta Keterangan
1950, yang mana hendaklah dianggap bahawa “… tindakan rasmi telah dilaksanakan
mengikut aturan”.
8. Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa
satu-satu fakta tersebut adalah wujud melainkan dibuktikan sebaliknya, dan
beban pembuktian diletakkan kepada mereka yang ingin mempertikaikan fakta
keteraturan tindakan rasmi yang telah dilakukan.
9. Dalam konteks kehadiran kehadiran Engku Nor Faizah Engku Atek
dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan mewakili dan menjalankan fungsi Peguam
Negara sebagai anggota Lembaga itu, seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini
menganggap bahawa kehadiran Peguamcara Negara tersebut adalah satu tindakan
rasmi, dan tindakan rasmi tersebut adalah teratur, selaras dengan Perkara
42(5).
10. Sekiranya ada pihak-pihak yang mempertikaikan keteraturan
tindakan rasmi Peguamcara Negara tersebut, maka beban pembuktian diletakkan
kepada mereka untuk membuktikan bahawa kehadiran beliau tersebut adalah tidak
teratur. Perkara 42(11) – Keanggotaan Menteri bertanggungjawab terhadap
Wilayah-wilayah Persekutuan
11. Perkara 42(5) juga menghendaki “Ketua Menteri Negeri”
berkenaan menganggotai Lembaga Pengampunan tersebut.
12. Dalam konteks Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Ketua
Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang
bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan
Putrajaya.
13. Adalah menjadi fakta matan bahawa setakat 16.5.2018, Jemaah
Menteri Persekutuan masih belum dibentuk. Justeru, seorang Menteri yang disebut
sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga tiada semasa itu.
14. Namun, hal ini tidak langsung mencacatkan tubuh Lembaga
Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut.
15. Rujukan perlu dibuat kepada seksyen 2(1)(a) Akta
Fungsi-fungsi Menteri 1969, yang memperuntukkan bahawa “Yang di-Pertuan Agong
boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu bahawa seseorang Menteri telah
diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab
mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu …”
16. Kemudian, rujukan silang dibuat kepada Warta Kerajaan
Persekutuan PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, iaitu Perintah Menteri-menteri
Kerajaan Persekutuan 2018 yang memperuntukkan seperti berikut: Nama dan
permulaan kuat kuasa 1. … (2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa
pada 10 Mei 2018. Fungsi-fungsi Menteri 2. Diberitahu bahawa Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, adalah dipertanggungkan dengan tanggungjawab
mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya jabatan
itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.
17. Walaupun pada tarikh 16.5.2018 tersebut belum ada seorang
Menteri Wilayah Persekutuan, namun berdasarkan seksyen 2(1)(a) Akta
Fungsi-fungsi Menteri 1969 dan dibaca bersama PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018,
Yang di-Pertuan Agong telah memasyurkan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun
Dr. Mahathir adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap semua jabatan
Kerajaan Persekutuan, termasuklah jabatan yang berkenaan dengan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
18. Oleh yang demikian Tun Dr. Mahathir adalah merupakan
“Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”
bagi maksud Perkara 42(11).
19. Media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghadiri
mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut. Justeru,
kehadiran Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat tersebut adalah dalam kapasiti
beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur …”.
Kesimpulan
20. Berdasarkan hujahan di atas, keanggotaan Lembaga Pengampunan
pada tarikh 16.5.2018 tersebut adalah sah dan teratur. Hal ini kerana: a)
Peguamcara Negara telah hadir mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, mewakili
dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu selaras dengan
Perkara 42(5); dan b) Tun Dr. Mahathir telah menganggotai mesyuarat Lembaga
Pengampunan tersebut dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang
bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”, selaras
dengan Perkara 42(11).
21. Oleh kerana keanggotaan Lembaga Pengampunan adalah teratur,
maka Lembaga tersebut boleh dan telahpun memberikan nasihat yang wajar kepada
Yang di-Pertuan Agong dan Baginda bolehlah bertindak selaras dengan nasihat
yang diberikan oleh Lembaga ini.
Mohd Ruzaini Bin Zulkifli ialah seorang peguam dan beramal di
Tetuan Hafiz Ruzaini & Co.
Kredit utk artikel : Abdul Rauf Hj. Jainullah.
Kredit utk video : FB page Anwar ibrahim