Kenapa Parlimen Perlu Bersidang Sekarang Bukan Lagi 3 Bulan

 



MOHD MUKHLIS


Dalam siri kali ini saya hendak sentuh tentang peningkatan pesakit mental yang berkadaran terus dengan keadaan buruk ekonomi. Lepas 17 hari kita lockdown semula, kes tak pernah kurang dari 5000 dan hari ini tiba-tiba naik semula jadi 6.4K. Yang peliknya majoriti dari kluster tersebut adalah kluster kilang, kluster industri bukanya peniaga kecil. Dengan kes postif dalam lingkungan 6-7%, saya rasa hujung bulan ini pun takkan dapat 3 angka lagi.

Saya duk tengok kedai baju kena tutup, kedai kasut kena tutup, kedai perabut, kedai alat tulis kena tutup sebab bukan essential padahal kalau hendak di lihat berapa peratus jangkitan berasal dari kedai-kedai dan peniaga yang kecil? Lepas itu kena tutup sebulan sudah pasti, kalau extend lagi, tak ramai yang mampu bertahan tanpa bantuan kewangan dari Kerajaan. Nak harap menteri Kewangan, nanti dia sibuk jaga kebajikan bank, padahal dia lantik untuk menjaga kepentingan rakyat bukan bank. Ini masalah bila yang dilantik tak ada political wills.

Lepas itu bila SME yang merupakan bread and butter ekonomi negara akan lingkup, akan bertambahlah lagi senarai pengangguran, lagi ramai yang elok dari M40 terus turun taraf jadi B40. Ini semua akan ada reaksi berantai, bila ramai orang susah dalam satu masyarakat, ekonomi tak berkembang, kes jenayah naik, ramai orang susah dan ramai tak mampu bayar zakat. Nak bina balik ekonomi bukan mudah.

Paling teruk bila ramai yang tertekan depress bila dah kena buang kerja, kerja masih ada tapi gaji kena potong, elaun tak ada, stress dengan anak-anak belajar dari rumah dan macam-macam lagi. Paling teruk sampai cuba hendak membunuh diri.

Tapi tahukah anda, jika seseorang itu di dapati cuba membunuh diri regardless sengaja atau sebab sakit mental, mereka boleh di dakwa di bawah Seksyen 309 kanun kesiksaan yang peruntukkan denda dan penjara sehingga setahun? Ini yang Parlimen perlu bersidang segera, untuk mansuhkan Seksyen 309, kalau nak tunggu sampai September, berapa ramai yang akan bunuh diri atau cuba bunuh diri? Nak harap menteri wanita, sibuk dengan potong ususnya, yang ada wanita kena belasah dengan suami sampai koma ada dia komen?

Itu belum masuk bab yang mati akibat kekurangan katil ICU akibat Covid-19. Tidakkan rasa bersalah ke menteri-menteri kabinet yang kematian sekarang ini paling kurang 60 orang sehari, kalau tunggu 3 bulan lagi 5,400 orang akan kehilangan nyawa! Mana hilang sifat insan dan ihsan sesama manusia?! Bila menteri-menteri semua nanti di hitung di hadapan Allah S.W.T memohon belas ehsan, berdoalah semoga ruh yang mati akibat dari kecurangan kamu dahulu di dunia tidak mendakwa kalian.

Yang paling peliknya, dalam ordinan darurat mereka boleh sahaja pinda undang-undang macam ini, tapi biasalah, tak ada kepentingan untuk mereka. Kalau bab pinda akta KWAN yang boleh benar mereka guna wang rakyat tanpa lalui parlimen, itu tak apa nak guna ordinan darurat.

Saya sendiri sedih dan empati tengok orang susah sekeliling, tapi apakan daya, saya hanya seorang. Sedangkan orang yang Allah uji dengan kuasa, yang Allah pinjamkan amanah buat-buat tak kisah dengan nasib orang bawah dan rakyat jelata. Dia tahu dia lemah, tak berkemampuan tapi dia masih bergayut pada jawatan. Benar hadis Nabi yang gila kuasa ini akan menyebabkan penyesalan di hari akhirat.

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan (jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di hari akhirat. Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan (pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan nikmat kepada rakyat).

(Sahih al-Bukhari, no: 7148

PS: Kerajaan PH dahulu sudah rancang untuk pinda Seksyen 309 pada pertengahan tahun 2020; tapi kita semua tahu ia telah di hijack oleh pengkhianat dan juga tukang sertu mereka. Moga mereka ini berbangga dengan hasil dari apa yang telah mereka kerjakan di dunia.