SALAM.
Azmin mahu berdamai? Atau, dia mahu kekal berlakon sebagai
pemain Politik Malaysia?.
Selepas nadanya semalam yang menyokong saranan YDPA agar Dewan
Parlimen di buka dengan segera, Azmin menjelaskan "saya telah menghubungi
beberapa orang otai reformasi semasa kami bersama-sama berjuang untuk reformasi
dahulu. Antaranya Ezam dan Rafizi. Saya jelaskan tentang kemelut hubungan saya
dan Anwar. Saya katakan kepada mereka bahawa, perseteruan saya dan Anwar adalah
di sebabkan oleh HASUTAN oleh seorang 'lelaki Tua' yang masih tergila-gilakan
kuasa yang telah mengapi-apikan hubungan di antara kami. Saya memang
terpengaruh dengan pandangannya ketika itu kerana percaya bahawa negara kita
akan kembali menjadi harimau di Asia jika Malaysia di pimpin oleh TS
Muhyiddin".
Jelas Azmin lagi "ini semua hanyalah berkaitan dengan
Politik sahaja dan bukannya melibatkan perkara personal. Namun, saya mulai
sedar bahawa saya hanya menjadi batu loncatan atau kambing hitam kepada 'orang
tua' itu untuk menyokong kumpulannya untuk terus mengekalkan kuasa. Saya juga
tahu bahawa 'orang tua' hanya menjadikan TS sebagai puppet peliharaannya dan
semua arahan sebenarnya datang dari 'orang tua' itu sendiri. Pelan untuk
menubuhkan Kerajaan baharu pula..hanya bermula, apabila saya telah di arahkan
'membayar' sejumlah wang iaitu sebanyak RM400 juta kepada sebuah parti yang
menguasai negeri di Pantai Timur dengan tajuk pembayaran di atas nama 'ROYALTI
MINYAK'. Tujuannya hanyalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan
'golongan-golongan Lebai' supaya menyokong kumpulan 'orang Tua' itu demi
menghancurkan Kerajaan PH dan menggagalkan usaha DS Anwar menjadi PM".
"Kini barulah saya sedar, bahawa saya telah melakukan satu
DOSA yang besar terhadap Anwar, ahli-ahli parti, kawan-kawan dan semua
pengundi-pengundi saya di Gombak. Selepas mendengar audio rakaman ucapan dari
'orang tua' itu seperti yang sedang tular di media sosial...saya mula yakin
bahawa 'orang Tua' itu tidak pernah ikhlas dalam memberikan nasihat dan
pandangan samada kepada saya atau Kerajaan. Saya katakan kepada Ezam bahawa
saya ingin kembali ke pangkuan Parti lama, walaupun saya tiada apa-apa jawatan
sekalipun. Saya ikhlas dan bersedia menjadi pemain di belakang tabir untuk
parti. Saya jelaskan juga kepada Rafizi betapa pentingnya permuafakatan dan
persaudaraan sebagaimana kami pernah bersama-sama di dalam perjuangan REFORMASI
sedikit masa dahulu. Akhirnya, saya juga katakan bahawa, kita semua ini bekas
Pejuang utama reformasi...perlu MEMBUANG SEGALA YANG KERUH dan MENGAMBIL APA
JUA YANG JERNIH" ujar Azmin lagi.
*(Kenyataan ini boleh di dapati di dalam mana-mana portal milik
penyokong-penyokong beliau)*