ZUS DIN
Lebai KHAI Darling bertanggungjawab utk menjawap segala
PERSOALAN yg ditimbulkan oleh SEDAR Malaysia ini. Ia sudah tular di Whatsapp
Group dan FB mungkin juga di lain-lain platform SocMed.
KHAI mesti membersihkan dirinya dari terpalit dgn hal yg
dikhuatiri punya unsur-unsur Salahguna kuasa dan Rasuah. Rakyat juga ingin tahu
samada ia benar atau tidak.
PERJELASKAN pd Rakyat. Jangan pula...satu lagi skandal dlm KERAT
- KERAjaan daruraT ini terbongkar? Apa hgpa dah buat ni?
Wallahualam
- Zus Din
27 May 2021
**********************************
SEBARKAN! SKANDAL TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA! YB MENTERI
KHAIRUDDIN AT TAKIRI SILA JAWAB!
SEDAR Malaysia telah menerima satu doket yang dipenuhi maklumat
mengenai dua skandal berkaitan tanah yang dimiliki oleh Lembaga Getah Malaysia.
Kami menggesa YB Menteri Khairuddin At Takiri untuk memberi penjelasan.
Skandal pertama melibatkan tanah Lembaga Getah Malaysia Lot No
200013 (lot lama No 76) seksyen 88, Jalan Ampang. Telah diputuskan untuk
dipajak selama 15+10 tahun kepada Al-Noor Foundation dengan harga pajakan tidak
masuk akal sebanyak RM0.70 sekaki. Harga pasaran ialah dalam lingkungan RM2.50
sekaki. Surat jawapan Menteri bertarikh 18 Disember 2020 kami sertakan untuk
tatapan anda.
YB Menteri kami ingin tahu -
1 - Betul atau tidak Al-Noor Foundation yang menaja lawatan YB
ke Turkey yang menyebabkan YB kena kecam pasal tidak kuarantin?
2 - Apa hubungan YB dengan Al-Noor Foundation sehingga benarkan
Al-Noor Foundation membayar harga pajakan yang tidak masuk akal dan merugikan
Lembaga Getah Malaysia?
3 - Adakah betul dakwaan YB kutip duit komisen dari pajakan yang
tidak masuk akal ini?
YB telah menghantar satu surat kepada Lembaga Getah Malaysia bertarikh
05/01/21 mengarahkan semua moratorium tanah dibatalkan dan lot tanah yang
bersesuaian dicadangkan untuk dijual. Adakah YB sudah mempunyai niat untuk
menjarah tanah Lembaga Getah untuk kepentingan diri sendiri?
Skandal kedua melibatkan tanah milik Lembaga Getah Malaysia di
Lot bernombor 20012 dengan Nombor Geran 79145 juga di Jalan Ampang seluas 8.89
ekar. Tanah ini juga dikatakan berstatus tanah warisan.
Pada 11/03/21 YB hantar lagi surat untuk tindakan Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia. Surat itu YB panjangkan dengan surat dari Eurowhite
Sdn. Bhd, yang membawa satu cadangan membeli tanah itu dengan harga begitu
murah. RM1032.92 sekaki sedangkan harga pasaran dalam RM1400 sekaki.
Soalan kami,
1 - Kenapa YB suruh Ketua Pengarah untuk ambil tindakan susulan
dengan tawaran yang tidak masuk akal itu?
2 - Apakah benar apa yang desas-desus YB mahu ambil komisen
sebanyak RM50 juta jika tanah itu berjaya dijual?
Kami berharap YB memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang
kami ajukan ini. Kerana dari dokumen yang kami terima, kami yakin ada sesuatu
yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku. Apatah lagi sejak akhir-akhir
ini kami mendengar ura-ura beberapa YB PAS terlibat dalam beberapa percubaan
merompak aset negara demi mengumpul dana untuk menguasai pemilihan PAS dan ini
sangat menakutkan.
- SEDAR Malaysia