Malaysia memalukan oleh Menteri yang gagal DUNIA SEDANG DALAM PROSES PEMULIHAN...

 

NORMAN RADZUAN


Tolak negara China yang saya anggap magic. Tak tahulah samada benar mereka yg mencipta virus dan mereka yang awal-awal  sudah ada formula vaksin hingga negara tersebut hampir sifar Pandemik. Pelik bermula di Wuhan tapi Shanghai dan Beijing biasa-biasa sahaja dan ekonomi berjalan dgn lancar.

Brunei sudah setahun tanpa Covid19. Semalam rakan di Merlbourne tunjukan gambar dia bersiar siar di Mall tanpa mask. Hari ini kawan saya di Adelaide, pula beritahu perkara yg sama mereka kini bebas tanpa mask walaupun katanya ramai di kalangan mereka tidak menjalani vaksinasi... mereka diberi pilihan samada mahu divaksin atau tidak.

Rakan FB Salina Denis di Paris memberitahu rakyat France boleh mendapat vaksinasi di Pharmacy, buat temujanji di klinik-klinik dan sebagainya. Kawan FB Cik Tie di Amerika pula memberitahu mereka boleh vaksinasi secara drive thru.

Kata Salina, "France ni antara negara yg kes COVITnya paling tinggi kat Europe....Restaurant’s yang ditutup lamatu gov bantu bagi subsidi. Manakala perkerja pulak utk mengelakan byk kes pembuangan . Setiap Compnay depa cut cost mana yang perlu. Dan gaji perkerja jugak dipotong berapa % utk cover up.

Tapi gaji yg dipotongan tu dibayar semula sepenuhnya lps keadaan beransur pulih (including gov ia). Mana kala yang dibuang kerja.. mereka still terima gaji bulanan mcm biasa, cuma dapat 1/2 dari gaji asal. Sampailah mereka ni dapat kerja yang lain (systemni dah lama wujud ia).

Companies besar/kecik jugak dibantu utk mengelakan close down. Semua peruntukan tu dibayar guna tax rakyat. Sebab tu jangan terkejut kenapa tax kat France ni tinggi gila Description: 😁. Dan kenapa ramai rakyat negara luar excited sgt nak tinggal DiFrance. Alhamdulillah minggu lps semua biz dah beroperasi mcm biasa lps covid kes mula menurun."

Di Israel mereka kini bebas tanpa mask walaupun penduduknya baru sekitar 60% divaksinasi dan begitulah juga beberapa negara Eropah. Taiwan pada Mac lalu istihar 222 hari tanpa sebarang kes.

Dlm negara lain menuju pemulihan di negara kita melucukan apabila kes meningkat paling tinggi di dunia, pembelian vaksin paling mahal, sistem pendaftaran paling mahal ( RM 70 juta ), tapi vaksin lambat sampai dan proses vaksinasi sgt lembab dan hanya menggunakan kaedah 'kuno'. Harapkan belajar Universiti hebat tapi otak tak hebat. Lebih memalukan vaksin negara dikawal oleh sebuah syarikat yg akhir boleh mendedahkan kpd monopoli atau salah guna kuasa.

Hari ini saya ingin nasihatkan rakyat dan kerajaan mesti mainkan peranan agar kita dpt hentikan virus ini dan ekonomi berjalan seperti biasa. Di Eropah atau negara Asia Timur berjaya adalah kerana gabungan kerajaan dan rakyatnya mampu bekerjasama.

Rakyat mestilah disiplin diri dgn memakai mask, disiplinkan diri jika sakit kuarantinkan diri seperti negara barat. Manakala kerajaan kena telus tetapi damage have been done. Sebab utama apabila berlaku kasta undang2 yg mengakibatkan rakyat protes utk mematuhi SOP.

Darurat ini utk apa jika sekadar menutup Parlimen. Sepatutnya ketika Darurat inilah tentera mengambil tempat membantu KKM yg kepenatan seperti mengawal kawasan kes meningkat selain mengawal pusat2 kuarantin yg hanya perlukan pelindungan. Jadi tidak perlulah 100% staff KKM di pusat kuarantin.

Selain klinik-klinik swasta, beratus atau beribu tentera boleh dilatih untuk proses vaksinasi. Ala setakat cucuk jarum tu ramai yang boleh... macam ramai pesakit diabetes yg cucuk insulin sendiri. Berikan khusus seminggu utk cucuk ini... kata anak buah saya senang saja Uncle.

Peringatan sahaja untuk kerajaan gagal ini... jangan sesekali kalian cuba mendapatkan talian hayat utk menutup Parlimen lagi dgn melanjutkan darurat... jika tidak rakyat akn langsung tidak percaya dgn kes Covid19 dan lebih percaya kpd teori konspirasi. Maka akn gagal lah untuk kita mengekang Pandemik ini.

Lepas ini Ketua Pengarah Kesihatan please la jgn buat muka sedih dan serius lagi dekat kaca TV. Dulu masa kes bawah 100 pun muka camtu. Please psikologi rakyat dengan senyuman tapi jangan sampai ketawa macam Pasir Salak. Please la tukar pula dengan dahulukan dengan kes penyembuhan. Maklumkan berapa jumlah vaksinasi yang dilakukan KKM semalam. Doc sibuk beritahu jumlah kes tapi dengan kerajaan Selangor data yang detail tak mahu beritahu...apa kes Doc?


MAAF TIDAK SEMPAT EDIT EJAAN YANG RINGKAS.PENULISAN YANG BAIK APABILA EJAAN TIDAK DIRINGKASKAN.