Menara Kuala Lumpur disinari dengan lampu berwarna bendera
negara Palestin sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin berikutan
ketegangan di antara Palestin dan Israel ketika tinjauan lensa Malaysia
Gazette, Kuala Lumpur .Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 MEI 2021.
KUALA LUMPUR – Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan
himpunan bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan Israel di hadapan kedutaan
Amerika Syarikat (AS).
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata,
ini susulan daripada sokongan yang disuarakan oleh Presiden AS, Joe Biden
terhadap Israel baru-baru ini.
Jelasnya, pendirian demikian menyalahi prinsip demokrasi dan hak
asasi yang sering dijaja negara berkenaan sebelum ini.
“Keberanian jutaan rakyat Malaysia dalam bersolidariti dan
bersama-sama perjuangan rakyat Palestin ketika ini wajar dipuji. Malah amaran
kerajaan Israel untuk bertindakbalas jelas memberikan signal bahawa
gerakan solidariti ini telah memberikan kesan dalam perang psikologi (psywar)
menentang imperialis Zionis Israel.
“Kita meyakini bahawa asakan dan bantuan dalam membela Palestin
yang tertindas wajar digerakkan secara agresif dan lebih membekas.
“Selain serangan bertali-arus di media-media sosial berkaitan
Israel yang perlu konsisten dan berterusan, tekanan juga harus terarah kepada
kerajaan Amerika Syarikat (AS), setelah Pejabat Presiden negara berkenaan
menyatakan dokongan terhadap Israel,” katanya menerusi kenyataan.
Baru-baru ini Presiden AS Joe Biden menyatakan sokongan terhadap
keselamatan dan hak sekutu kuatnya, Israel.
Dalam pada itu, Pemuda Pakatan Harapan menyeru agar rakyat
Malaysia mengakitfkan kempen kibar bendera alestin di setiap rumah dan
kenderaan sebagai tanda solidariti.
Jelas Shazni, kempen tersebut merupakan simbol solidariti
fizikal, gerakan ini juga berfungsi sebagai langkah kesedaran awam demi
membebaskan Palestin daripada penjajahan zionis Israel.