Jajaran baharu UMNO, DAP selepas PRU-15 bukan mustahil – UMNO Paya Besar
By
18 May 2021
Noraini
Ahmad bersama Ong Kian Ming
KUALA LUMPUR – Tidak mustahil untuk UMNO dan DAP membuat jajaran
baharu politik selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Beliau berkata, kemungkinan itu boleh
berlaku disebabkan tiada parti yang dilihat lebih dominan selepas PRU-15 untuk
membentuk kerajaan.
“UMNO akan banyak bergantung kepada pelbagai rundingan dengan
parti-parti politik selepas pilihan raya.
“Jadi, kemungkinan berlakunya jajaran baharu ini boleh berlaku.
Persoalannya adakah tidak wajar sekiranya ia berlaku? Ramai kata sekarang ia
tak wajar.
“Bagaimanapun, kejatuhan Barisan Nasional
(BN) dahulu kerana jajaran baharu juga antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) dengan PKR dan DAP. Kalau itu sebagai sesuatu yang tidak betul,
kenapa pula dulu boleh diterima oleh Bersatu?” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.
Ahmad Tajuddin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Noraini
bahawa kehadiran Ahli Parlimen Bangi itu semasa lawatannya bersama Ketua Pengarah
Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Hussaini Omar di kediaman pelajar PhD di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Azura Omar, yang sedang berjuang melawan
penyakit kanser di Sungai Merab, Bangi, adalah secara kebetulan.
Menteri Pengajian Tinggi itu juga berkata, pertemuan tersebut
tidak melibatkan sebarang arahan daripada pimpinan UMNO.
Noraini sebelum ini menjelaskan,
pertemuan itu berlaku ketika beliau sedang melakukan lawatan ke Pusat Pemberian
Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Bagaimanapun, Kian Ming dalam laporan media menjelaskan program
ziarah itu dibuat secara terancang selepas pemimpin DAP itu memberi maklumat
mengenai mahasiswa tersebut yang menghidapi kanser tahap empat.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Tajuddin berkata, jajaran
politik baharu UMNO bersama DAP dan PKR tidak mustahil menjadi kenyataan
memandangkan Pas pernah bekerjasama dengan kedua-dua parti di bawah Pakatan
Rakyat (PR).
Justeru itu, beliau menasihatkan ahli-ahli UMNO agar bersedia
untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Persoalan sekarang ini ialah kesesuaian dari segi ideologi sama
ada DAP, PKR dan UMNO boleh duduk semeja bergantung kepada kesesuaian ideologi.
“Tetapi kalau tengok kepada yang ada hari ini, memang kesesuaian
itu tidak ada dan ia sekali lagi bergantung kepada jajaran untuk disatukan
berdasarkan kesesuaian dari segi ideologi.
“Kalau bertegas dengan masing-masing ideologi yang ada sekarang
tak mungkin boleh berlaku,” katanya.