Andrian
Lee
Sudah
berkuasa... tapi Dong Zong masih belum diharamkan.
Apakah
ini sebab Ahli-ahli Parlimen Melayu Muslim UMNO PPBM PAS takut dengan MCA?
Hebat.
Dewa Wee Ka Siong sudah berjaya mandulkan pendekar-pendekar Melayu UMNO PPBM
PAS.
“HARAMKAN DONG ZONG” - PERTUBUHAN RASIS
SEMPIT
Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu
yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya. Jika ada
isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan
Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya. Apakah kita sekarang
ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan
isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.
Dalam soal Tulisan Khat dan Tulisan Jawi ini
walau Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat
jelas seperti “Keputusan mengenai Khat adalah muktamad”, seharusnya tidak lagi
timbul pertikaian dari Dong Zong serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP kerana
ia merupakan keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh DAP. Kenapa lagi perlu petisyen
dan sebagainya. Mereka sengaja mengaitkan isu jawi dengan ugama sedangkan jawi
hanya tulisan arab dan Khat pula merupakan seni tulisan.
Seperti yang kita tahu bahawa Dong Zong
merupakan salah satu Hua Tuan (Persatuan-Persatuan Cina Utama Malaysia) dari
lebih 2065 persatuan cina yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan di
dalam Dokumen Siqiu. Pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan
Orang Melayu Bumiputera Islam. Pelbagai perkara dalam perlembagaan cuba mereka
ubah dan hapuskan untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.
Setiap perkara yang berkaitan Orang Melayu
menjadi masalah kepada Dong Zong. Apakah Dong Zong ini “Pelampau Cina”
yang menjadi “Tangan Jahat” bagi pihak Bangsa DAP? Apakah Tulisan Khat yang
menjadi sebahagian dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303 (Batu Bersurat
Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP? Apakah Dong Zong
lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan Majoritinya juga Melayu Islam?
Dalam cadangan Kerajaan era Tun Mahathir sebagai
Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu Sekolah Wawasan dimana
Sekolah Kebangsaan,SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan dalam satu kampus ditentang
oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya melayu diterapkan kepada anak-anak
mereka nanti.
Antara tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam
Siqiu ialah menuntut agar sistem kuota di universiti ,penjawat awam,pinjaman
dan bantuan pelajaran dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau
berasaskan kebolehan dan pencapaian.
Dong Zong juga merupakan pemain utama dalam
menggesa Kerajaan mengiktiraf Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan
DAP-PH, Dong Zong menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada
Sekolah-Sekolah Persendirian Cina (Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH
secara terus merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah
Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta dibawah
peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada diluar sistem atau dasar
Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan dan secara
tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar kerajaan. Ini juga merupakan
tuntutan yang ada dalam Siqiu.
Tuntutan Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi
seolah suatu perkara yang harus diutamakan dalam Kerajaan DAP-PH hari ini.Untuk
kepentingan mereka semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada Orang
Melayu Islam dalam bab Tulisan Khat pun mereka menentang dan bersuara lantang
dengan pelbagai cara.
Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong
Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit
mana yang mereka sedang junjung hari ini. Ini Tanah Melayu dan majoritinya
masih Melayu Islam. Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal
mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969
satu ketika dahulu. Dong Zong jangan jadi “Pelampau Cina” yang akhirnya
membakar kemarahan Orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara
kaum.
Saya amat setuju dengan kenyataan Tun
Mahathir bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru
itu saya mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar
menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau
negara yang tidak selamat apabila berlaku pertembungan etnik, kaum dan agama.
Negara pasti tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang. Dong
Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya
juga adalah Melayu. Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa saja membakar
setiap kulit Chauvinist yang tidak sedar di mana bumi dipijak dan langit mana
yang mereka junjung.
#Allahuakbar
#TanahMelayuPelbagaiKaum