INI SAHAJA YANG MUHYIDDIN LAKUKAN

Kerajaan setuju peraturan lebih ketat bagi sektor ekonomi, sosial

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju mengetatkan pelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan mengetatkan sektor ekonomi dan sosial bagi membendung penularan Covid-19.

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Mengambil kira perbincangan dan penelitian dalam Sidang Khas pada hari ini, mesyuarat sebulat suara bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang berkuat kuasa dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial,” kata yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

“Sidang Khas ini turut melibatkan kerajaan negeri bagi mengambil kira situasi semasa di negeri masing-masing serta pandangan mereka terhadap usaha untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Katanya, keputusan mengetatkan lagi sekatan itu dibuat memandangkan penularan dalam komuniti yang semakin meningkat dan kewujudan varian baharu lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan tinggi menyebabkan usaha melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa lebih panjang walaupun SOP ketat PKP 3.0 telah diperkenalkan.

Terkini jumlah harian jangkitan Covid-19 dilaporkan sekitar 6,000 kes dengan angka kematian juga meningkat sekitar 50 orang sehari.

Katanya, perincian lanjut mengenai sekatan tambahan itu akan diumumkan Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob esok.