ADAKAH J/KUASA KHAS DARURAT BENAR-BENAR BEBAS?


Jawantankuasa Khas Darurat in ditubuhkan oleh kerajaan selepas pengistiharan Darurat pada 11 hb Januari 2021.

Tidak pernah dalam sejarah negara yang telah banyak kali mengistihar darurat ada sebuah Jawatankuasa saperti ini untuk memberi nasihat kapada DYMM Yang DiPertuan Agong.

Dibawah Perlembagaan, tanggungjawab ini di beri kapada Cabinet atau Perdana Menteri bukan Jawantankuasa Khas Bebas.

Jawantankuasa ini bukan sahaja khas tetapi bebas. Sesebuah Jawatankuasa itu bebas dan bukan “rubber stamp” jika tindakan mereka bebas dari arahan atau pengaruh orang lain.

Misalnya jika Jawatankuasa itu mendapat taklimat dari orang Kerajaan semata mata ; maka ia tidak bebas.

Jika mereka hanya mendengar taklimat dari PM ,Takiyuddin dan Azmin Ali atau Ismalil Sabri; tetapi tidak pula mendapat input dari Tun Mahathir, Najib Razak, Anwar Ibrahim dan lain lain, termasuk pakar pakar dari bidang perubatan lain; maka sukar nak percaya mereka ini bebas.

Beranikah Jawatankuasa Bebas ini memamgil Tun M dan Anwar dan Najib, dan Rafidah Aziz misalnya untuk mendapat nasihat yang baik?

Tentu tidak sekali.

Yang paling mengejutkan saya ialah kenyataan jawatankuasa ini semalam. Pada perenggan akhir kenyataan itu Jawatankuasa telah menetapkan beberapa kriteria yang akan menetukan samada Darurat akan di lanjutkan atau berakhir.

Bila pulak mereka diminta membuat penetuan ini?

Bukan kah darurat akan berakhir pada 1hb Ogos 2021 seperti yang diwartakan?

Dari kenyataan Pejabat PM semasa mengumumkan penubuhan Jawatankuasa ini mereka di tugas kan untuk menasihati DYMM Yang Di Pertuan mengenai pengurusan kerajaan ( yang mesti transparent dan orderly) dalam waktu darurat ini.

Waktu darurat ialah dari Januari hingga 1 Hb Ogos. Tidak pernah kita diberitahu ada perkara lain yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas bebas ini.

Ada baiknya Jawatankuasa bebas tunjuk kapada orang ramai apa kah terma atau terms of reference perlantikan mereka.

Kalaulah niat Kerajaan hendak meneruskan darurat pada tarikh lain, dan bukan Ogos 1 2021, kepada tarikh baru sehingga PM puas hati darurat tidak lagi diperlukan, apa guna janji bahawa darurat akan berakhir pada 1 hb Ogos.

Rakyat tidak lah perlu kepada penubuhan sebuah Jawatankuasa 19 orang yang ternama untuk membuat keputusan samada darurat perlu di sambung; PM seseorang pun cukup dan boleh buat keputusan itu dan menasihati Yang Di Pertuan Agong.

Tidak perlu rakyat habis duit dan membazirkan wang menubuhkan Jawatankuasa Khas dan bebas.

Pakatan Harapan ada dua orang wakil; Dr Zulkifli dan Anthony Loke dalam Jawatankuasa Khas Bebas Ini. Mungkin kerana kehadiran mereka maka Jawatankuasa ini jadi Bebas.

Tetapi saya percaya mereka akan jadi macam UMNO. UMNO sentiasa kritik kelemahan kerajaan tetapi mereka juga kerajaan. Mereka tidak sedar yang mereka dipergunakan.

Bagitulah nasib Pakatan Harapan dalam Jawatankuasa Bebas ini. Apa apa keputusan Jawatankuasa ini untuk melanjutkan darurat selepas Ogos ini , mereka akan terikat, kerana mereka juga menganggotai Jawatankuasa yang mereka sendiri percaya ia bebas.

Inilah nasib kita wahai rakyat bawahan.

DATUK ZAID IBRAHIM

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

28 Mei 2021.