katan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kota Raja semalam meluluskan usul utama menyokong Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.
Menurut kenyataan AMK Kota Raja, Mesyuarat Agung Tahunan Cabang
Kota Raja kali ini mengundang Timbalan Ketua Cabang, Ustaz Zawawi Mughni untuk
merasmikan mesyuarat, semalam.
"Setelah beberapa tahun, kami telah kembali dengan tradisi
parti iaitu menjemput Timbalan Ketua Cabang Kota Raja iaitu YB Ustaz Zawawi
Mughni untuk merasmikan MATAMK kali ini.
"Kehadiran anggota parti yang terhad dengan mematuhi SOP
telah melancarkan prosesnya. Mesyuarat secara sebulat suara telah membuat usul
menyokong Datuk Seri Anwar mengetuai Pakatan Harapan dan menjadi calon tunggal
Perdana Menteri dalam PRU akan datang," kata kenyataan itu.
Turut hadir adalah Ketua AMK Cabang Shah Alam, S Sarawanan sebagai
pemerhati.