Ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP baru
dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua
orang, hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih
daripada enam orang.
Gambar berlatar belakangkan banner yang tertera Program
Pertanian Bandar (Urban Farming) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13
Februari 2021 itu mula tersebar, memperlihatkan tujuh orang sedang menjamu
selera termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bertempat di
Kebun Komuniti Bandar Urban Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia Desa Petaling
Kuala Lumpur.
Tersebarnya foto berkenaan, warganet mula mempertikaikan
perbuatan mereka yang dikatakan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan
pada PKP2.0 ini.
“Level kayangan”, kata Nor Azizuddin Abdul Manan.
“SOP… 1 meja untuk 2 orang tu hanya TERPAKAI untuk rakyat biasa
sahaja. TIDAK pada VIP@Menteri,” tulis Suhaizy Shamsudin.
“Prasangka yg baik baik… Mungkin gambo nie diambil tahun 2011
kot eakk,” sindir RN RN Mohamed.
“Takkan bro tak tau SOP dibuat khas untuk rakyat. Covid-19 hanya
boleh detect rakyat biasa. Menteri, VVIP dan tokey-tokey virus tak berani nak
masuk sebab takut kena saman,” kata Mohd Shafique Effendie.
Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu
semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.