WAHAI SEMUA ORANG KAMPUNG..MARILAH DENGAR BANTUAN BAIK KONONNYA DARI KERAJAAN...

 

PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini

Firdaus Azil
PKP 2.0: PM Muhyiddin umum berita baik untuk rakyat petang ini
Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai Pakej Bantuan Khas secara langsung pada pukul 4 petang, hari ini
Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman itu akan disiarkan secara langsung di kesemua stesen TV kerajaan dan swasta.Walaupun tiada perincian mengenai bantuan itu, ia dijangka akan menyentuh mengenai langkah-langkah yang bakal diambil kerajaan bagi meringankan tekanan kesan ekonomi ke atas rakyat, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama dua minggu, bermula 13 Januari lepas.
Baru-baru ini, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan EIS-UPMCS (EU-ERA), Perkeso berpandangan kesan ekonomi ke akibat PKP 2.0 itu adalah sederhana.
Bagaimanapun, mereka berkata, bantuan bersasar kepada golongan terjejas terutamanya mereka yang bekerja di sektor tak formal dan pekerja bergaji harian perlu diambil perhatian.
“Sekiranya PKP 2.0 dilanjutkan, pakej rangsangan mini-PENJANA yang bersasar perlu dipertimbangkan. Cadangan pakej rangsangan ini bertujuan untuk menyokong pemulihan sektor ekonomi dan pekerjaan yang terjejas,” menurut EU-ERA lagi.
Sewaktu pelaksanaan PKP 1.0 tahun lepas, Kerajaan telah menyalurkan bantuan menerusi beberapa pakej, antaranya, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Selain itu, turut dilaksanakan ialah pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i-Lestari dan i-Sinar.