Darurat: Kenapa rakyat salahkan PN?
Via WhatsApp
Kenapa nak salahkan kjaan PN penularan COVID19 sedangkan negara lain lebih teruk lagi.??
Jawapan .
Mula mula kita rakyat Malaysia, kita bukan rakyat negara lain, bukan Amerika, UK ataupun Afrika Selatan, tapi Malaysia dan rakyat negara lain tak salahkan PN kerana kes COVID19 dinegara mereka, mereka juga mahukan langkah pengawalan terbaik oleh kerajaan disana.
Penularan gelombang ke tiga COVID19 diMalaysia berlaku atas faktor politik bila ada cubaan menjatuhkan kjaan WARISAN di Sabah dan varian mutasi covid ‘A701B, A701V dan D614G di kesan di Sabah dan merebak keseluruh negara.
Ketiga varian ini mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding kebiasaan.
Walaupun gelombang kedua dan ketiga mula menular di Malaysia, kjaan PN sibuk dgn agenda politik bila lebih mementingkan pembahagian jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergaji besar sesama mereka untuk membeli sokongan MP terhadap kjaan.
Kelemahan yang paling jelas melibatkan vaksin COVID19, negara jiran seperti S’pore dan Indonesia telah memulakan proses vaksinasi bagi melindungi rakyat mereka, sementara itu diMalaysia urusan tersebut diserahkan kepada tiga syarikat yang rapat dengan pemimpin politik kerajaan dan dijangka paling cepat proses vaksinasi dimulakan adalah akhir Mac 2021..
Rakyat berhak mempersoalkan kredibiliti kerajaan kerana memiliki jumlah menteri dan timbalan menteri yang ramai..31 Menteri dan 38 timbalan menteri, ada kementerian mempunyai dua orang timbalan menteri termasuk Kementerian Kesihatan, kementerian mempunyai Timbalan Menteri I dan II adalah –
Kementerian Pendidikan, Kesihatan, Kewangan, Dalam Negeri, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar, dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Tak cukup dgn Menteri dan timbalan menteri yang ramai, kjaan PN melantik Duta Khas Bertaraf Menteri ke China, Timur Tengah dan Asia Timur, sedangkan lantikan itu sekadar memenuhi agenda politik semata mata.
Mereka yang memegangan jawatan dalam kerajaan bertanggung jawab kepada rakyat kerana jawatan itu menuntut mereka menunaikan amanah yang sepatutnya menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.