Jenama Umno Hebat Tapi Jurujual Tak Kuat

 

DARI FB wall A Kadir Jasin...

Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid?

freemalaysiatoday.com
Kumpulan mesra PPBM dalam Umno mahu singkir Zahid?
Beberapa ‘tokoh besar’ dikatakan berusaha mempengaruhi anggota Majlis Tertinggi Umno supaya menyokong parti Muhyiddin Yassin.


1. Inti pati berita ini adalah mengenai ketidakpuasan hati sesetengah pemimpin tertinggi Umno dengan kepemimpinan parti itu dan sedang berusaha mengubahnya.

2. Secara khusus mereka tidak mahu Ahmad Zahid Hamidi terus menerajui parti. Mereka mahu beliau mengundurkan diri. Ahmad Zahid pernah "bercuti" selama enam bulan mulai Disember 2018 tetapi kembali menerajui parti itu pada 30 Jun 2019.

3. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa dalam tempoh percutian Ahmad Zahid itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, yang memangku jawatan Presiden, ternyata berkesan dan popular.

4. Setahun setengah selepas kembali menerajui Umno, parti itu menjadi lebih teruk sehingga terpaksa menumpang Bersatu untuk kembali berkuasa.

5. Itu pun tidak membantu mengukuhkan Umno sebaliknya memecahbelahkan lagi parti itu menjadi beberapa feksyen yang antaranya feksyen pro-Bersatu iaitu mereka yang berjawatan Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri dan ahli lembaga GLC; feksyen Najib-Ahmad Zahid dan OKT; dan feksyen Tok Mat.

6. Yang menjadi penghalang kepada penerimaan terhadap Umno dan pemulihan sokongan kepada parti itu bukan jenama Umno. Umno adalah satu jenama yang terkenal dan popular. Yang menjadi masalah adalah jurujualnya. Umno memerlukan "sales team" baru.

7. Jadi gerakan baru yang mahu Ahmad Zahid kembali bercuti atau berhenti terus adalah langkah yang lojik jika Umno mahu kembali menjadi "force" dalam politik Malaysia.

8. Persoalannya adalah sama ada Umno bersedia mengambil pendirian yang realistik demi kelangsungan atau terus setia membuta tuli kepada kepimpinan yang membawa kekalahan kepada parti.

9. Dari segi keahlian, Umno masih parti terbesar yang mustahil boleh ditandingi oleh mana-mana parti tapi ahlinya tidak lagi bermotivasi kerana sukar mempertahankan kepemimpinan yang cemar dan mementingkan diri sendiri.

10. Ini terbukti apabila mereka membuat rundingan dan persetujuan sulit dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim setelah gagal mendapat apa yang mereka harapkan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin.

11. Ini adalah realiti politik Malaysia. Umno telah jadi macam DAP. Tanpa penyertaan salah satu daripada mereka, sukar bagi mana-mana pakatan menang pilihan raya dan menubuhkan kerajaan.

Wallahuaklam. Terima kasih.

- AKJ