LAGI RESTORAN DEKORASI KOMUNIS DIKESAN.
BELAJAR BERSYUKUR DI TANAH AIR SENDIRI......JANGAN MAINKAN ISU
PERKAUMAN.
MENGAPA PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERLEPAS PANDANG?
Sebuah lagi restoran dikesan menjadikan imej-imej semasa
Revolusi Kebudayaan China termasuk wajah pemimpin agung Komunis China, Mao
Tse-tung sebagai dekorasi.
Restoran Austin Steambot ini terletak di 83 Jalan Mutiara Emas
10/19 Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.
Menerusi paparan pada laman Facebook restoran itu juga didapati
para pekerjanya turut berpakaian seperti tentera China semasa era Mao Tse-tung
lengkap dengan topi berbucu tiga dan bintang merah.
Pendedahan menerusi aduan awam ini tidak sampai 24 jam selepas
laporan Informasi Tempur berhubung dua buah restoran di Pulau Pinang yang
memaparkan dekorasi berunsur komunis.
Revolusi Kebudayaan China iaitu era dimana warga China harus
mematuhi aturan ketat komunisme, hanya membaca surat khabar tertentu dan harus
membawa buku kecil merah berisi pernyataan dan pidato Mao Tse-tung.
Pada gambar-gambar propaganda ini menunjukkan pemuda-pemudi
Tentera Merah memegang dan mengangkat buku kecil iaitu Buku Merah ideologi
komunis.
Sumber: Informasi Tempur