BOB KELANANG
DS Anwar setia kepada janji. Rela dituduh penipu namun untuk
dedahkan nama mereka yang ada dalam SD, tidak sekali-kali. Akhirnya orang lain yang
dedahkan dan sahih DS Anwar bukan penipu.
Cuma yang menuduh sahaja yang tidak berakhlak dengan akhlak
Islam. Sudahlah terbukti salah dan memfitnah DS Anwar, jangankan untuk meminta
maaf, bahkan mereka cipta pula tohmahan lain.
Perlu diingat, yang mahu PH ambil alih kerajaan ini adalah puak
pembenci DS Anwar sendiri. Bukan DS Anwar sangat pun. Malah mereka tergamak
tuduh DS Anwar gagal sebagai Ketua Pembangkang hanya kerana gagal jatuhkan PN.
Tapi apabila terdedah DS Anwar punya cukup sokongan untuk
jatuhkan PN, mereka tuduh pula DS Anwar gadaikan prinsip kerana terima sokongan
UMNO. Walaupun DS Anwar telah jelaskan hanya terima mereka yang akur kepada prinsip
PH.
Kalau tanpa sokongan UMNO, nak dapatkan dari mana lagi bagi
cukupkan lebih 112? Bukannya mereka yang aktif menghina DS Anwar dalam socmed
ini boleh beri kerusi extra pun!
Sebenarnya, mereka cuma mahu gagalkan DS Anwar dari menjadi PM.
Itu sahaja. Bukan mereka kisah lagi siapa sokong. Asalkan DS Anwar cukup
kerusi, maka mesti serang biar DS Anwar gagal.
Tapi kalau orang tua yang jadi pujaan mereka itu cukup kerusi,
datang dari planet mana pun mesti terima. Itulah kesimpulan yang boleh aku
buat. Mereka hanya mahu halang DS Anwar jadi PM.
Tapi kenapa?
Entah. Mungkin kerana ketegasan DS Anwar dalam mempertahankan
integriti. Mereka ini jenis orang yang tiada kelayakan untuk pegang apa-apa
jawatan dalam kerajaan. Kalau DS Anwar jadi PM, mereka amat pasti tidak akan
dapat apa-apa.
Sedang Mahathir, maharaja kronisme di galaksi Bina Sakti ini
tidak pernah kisah kelayakan calon. Asal boleh diperkuda, kamu akan kaya.
Mungkin sebab itu mereka mahukan Mahathir, bukan DS Anwar.
Mudahnya begini sajalah. SD yang didedahkan oleh Annuar Musa itu
sebenarnya sudah tidak punya makna lagi. Tapi kalau menjadi semula, aku rasa
patut DS Anwar teruskan sahaja. Bentuk saja kerjasama dengan UMNO.
Tinggalkan sahaja mereka yang banyak bunyi itu. Mereka pun tidak
signifikan kewujudannya dalam persada politik Malaysia. DS Anwar tidak akan
rebah tanpa mereka. Tapi mereka yang akan lemas tanpa DS Anwar.
Aku lebih memilih PRU berbanding kerajaan SD. Tetapi jika ini
caranya untuk berikan mereka pengajaran, maka teruskanlah. Biar mereka sedar
yang mereka itu bukan penting mana pun.
Mungkin tulisan aku agak keras dalam kias. Tapi aku sudah bosan
dengan hipokrasi mereka. Cukuplah. Mereka tidak layak berketuakan orang yang
berintegriti seperti DS Anwar.
Biar mereka pergi jahanam bersama saka tua yang belum pernah
puas rompak harta negara untuk kayakan keluarga dan kroninya.
Raja Gelap