SALAM SEMUA PAK LEBAI-PESANAN DAH DISAMPAIKAN DAN MINTA ULASAN SEBAGAIMANA SEBELUM INI BEGITU GHAIRAH MENGOMEN SEMASA ZAMAN PH-JUDI NI..



MOHD SHAH RIM


Abis semua aku mention, pasal kjaan PAS/PN nak tambah Cabutan Khas No Ramalan dari 8 masa PH kepada 22 tahun 2021 nanti, jika tak sampai kat dorang, tak tahu nak kata apa lagi..
hahahar



Image may contain: one or more people and close-up


Salam Dato Seri Tn Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Duta Khas Bertaraf Menteri mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti

 Image may contain: 1 person


Salam Dato Seri Tn Ibrahim Tuan Man, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti



Image may contain: 1 person

Salam Dhuha Ustaz Idris Ahmad, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti

Image may contain: 2 people, people standing

Salam Ustaz Tar Senik dan Dato Seri Khairuddin Hud Hud Takiri, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti




Image may contain: 1 person, dancing and sittingSalam, Dato Seri Haji Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti


Image may contain: 1 person, standing


Salam Ustaz Ir Khairil Nizam, Ketua Pemuda PAS mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti..
err tak penat ke buat tangan macam tu??

Image may contain: 1 person


Salam Dato Seri Haji Zulkifli Al Bakri, Menteri Agama PN, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti



Image may contain: 1 person

Salam Ustaz Roslan Sms ASB 4.5 % dari PAS Selangor, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti


Image may contain: 1 person, close-up and text


Salam Ustaz Dasuki Rani, mohon ulasan mengenai pertambahan Cabutan Khas No Bertuah dari 8 semasa PH kepada 22 kali setahun yg bakal dikuatkuasakan oleh Kjaan PN pada 2021 nanti



NAK TUNJUK KAYA KENA SAMBUT KRISMAS.

Hamdan Taha

Kedua ibu bapa saya tidak pernah mendidik saya supaya kejar menjadi kaya...


Dia doa dan minta supaya anak dia senang dan murah rezeki sahaja. Dia doa supaya anak anak dia hidup lebih baik dari mereka....setakat itu sahaja...


Tetapi dunia hari ni ada sedikit bahaya kerana semua terdidik supaya menjadi kaya...jika kita pergi ke kursus motivasi atau seminar yang di anjurkan oleh penasihat kekayaan ni....semua ajar kita mengejar kekayaan....dan di ajar pula supaya boleh jadi kaya...buat lah apa pun yang penting kaya....kerana kaya baru di kira berjaya....


Selagi tak dapat sejuta sebulan...tak pakai kereta mec,Bmw atau setaraf dengannya itu belum berjaya dan itu belum kaya....tambah lagi jika hujung tahun tak ke london bercuti itu belum kaya dan berjaya....


Tu yang ramai anak muda sekarang malam krismas sambut krismas....buat majlis makan malam ajak kenkawan yang satu kepala...pakai pakaian krismas...lebih parah lagi tukar tukar hadiah sesama mereka....di rumah ada pokok krismas....jika buat semua ni baru di kira berjaya dan moden....terpelajar..



Media wajar diberi penghargaan lapor kebenaran

 

Oleh Nor Miswary Ramli

(Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Segambut)

Pihak media wajar diberi penghargaan apabila berjaya membongkar kartel penyeludupan daging tidak halal yang dibawa masuk ke Malaysia yang kemudiannya dijual sebagai daging berstatus halal.

Apa yang lebih mengejutkan ialah beberapa siri laporan media itu juga turut mendedahkan kartel penyeludupan tersebut bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi Kerajaan sehingga ada yang mendapat habuan dalam pelbagai bentuk untuk membolehkan kartel ini terus beroperasi.

Pembongkaran yang dibuat oleh pihak media sehingga kini tidak langsung diberi penghargaan oleh pemimpin Kerajaan dan hanya tertumpu kepada isu menunding jari kepada siapa yang harus dipersalahkan.

Tanpa kita sedari, inilah peranan media yang seringkali diperlekehkan oleh pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional. Lihat sahaja bagaimana respon Menteri Kanan Kerajaan PN ke atas isu dokumentari layanan buruk terhadap migran di Malaysia yang dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa Al Jazeera.

Akhirnya Menteri Sumber Manusia mengaku merasa malu apabila melihat sendiri keadaan pekerja asing selepas beliau mengadakan lawatan mengejut di kemudahan penginapan pekerja di sebuah kilang di Kajang tempohari.

Malah terdapat Timbalan Menteri Kerajaan PN yang menganggap pihak media sengaja mensensasi laporan seperti isu kes jenayah yang melibatkan agamawan semata-mata mahu melariskan berita dan menasihatkan isu seperti itu seboleh-bolehnya ditutup.

Pemimpin Kerajaan seperti beliau sepatutnya berterima kasih kepada pihak media kerana melaporkan isu yang berkepentingan awam seperti itu. Malah, beliau wajar mengambil kesempatan untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa golongan agamawan juga tidak terkecuali berpotensi melakukan jenayah yang mangsanya mungkin terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Para pemimpin Kerajaan PN harus sedar bahawa pihak media mempunyai peranan tersendiri dalam memberi kesedaran dan melaporkan kebenaran untuk tujuan mendidik masyarakat supaya lebih berwaspada serta bersiap-siaga.

Pendedahan pihak media mengenai isu kartel penyeludupan daging tidak halal telah membuktikan peranan mereka begitu penting buat kita rakyat Malaysia. Menyampaikan yang benar itu pahit, namun ubat penyakit tidak pula berasa manis. Kita wajar hargai pihak media dan perlu berterima kasih kepada mereka. 

ANDA TAK TAHU MANA SATU...NAK ATOK ATAU SERABUT LAGI? SERTAILAH PKR


Image may contain: text that says "PKR Pilihan Terbaik"



Mahathir dah kata, dia tak perlu patuh dan taat kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang atau Pengerusi PH.

Ini peluang baik. Anwar pun 'offer" kat Mahathir, Kalau mahu join PH, mesti terima prinsip dan reform yg akan dibawa oleh PH dan jangan ulang perangai buruk yg lama.

Korang agak Mahathir yg terkenal dgn egonya dan telah berjanji tidak akan patuh kepada Anwar, akan terima tak syarat Anwar? Kompom tidak, kan? Maka...kita semua akan selamat dari sang saka.....

Bijak tak Anwar? Haha....

Dia kata, Pie Bedal Warisan tu bila2 masa boleh hadir meeting PH, tapi Anwar tak panggil. Nak salahkan Anwar la tu.

Warisan bukan gabungan PH, takkan bekas menteri sebengap itu kot? Dah dia bukan ahli dalam PH, buat apa nak jemput datang mesyuarat? Mesyuarat Warisan dia ada jemput korang ke??

ANDA BERSERABUT DENGAN PARTI ANDA? ANDA TOLAK MAHATHIR DAN PENGKHIANAT?

Jangan berputus asa dengan politik. Anda perlu bijak buat pilihan. Dulu, kita harapkan Tun Mahathir untuk melakukan reform atau perubahan di dalam negara ini. Malangnya, beliau bukan berjiwa reform. Mahathir telah memusnah harapan majoriti rakyat Malaysia yang memilih PH untuk melakukan reform. Beliau punca pengkhianat menyusup mudah dan menjatuhkan kerajaan mandat rakyat.

Maka, Keadilan tegas menolak Tun Mahathir untuk kembali bersama usaha mengambil kembali mandst rakyat. Jika anda merasakan kita perlu melakukan ini, maka anda perlu bersama kami di dalam parti Keadilan. Bagaimana untuk menyertainya dengan mudah?

Sertai kami Parti Keadilan Rakyat, wadah

terbaik

buat rakyat melalui 6 langkah mudah.

1. Pegi ke Google, taip Parti Keadilan Rakyat

2. Pilih "Sertai Kami - Parti Keadilan Rakyat

3. Pilih "Permohonan menjadi anggota Keadilan"

4. Baca syarat2 permohonan dan arahan

5. Isi butiran peribadi

6. Tekan "Daftar".

Mudah sahaja cara2 memohon menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

PRU15 nanti, pastikan anda hanya mengundi calon2 Parti Keadilan Rakyat dan pihak yg diiktiraf sebagai sekutu politik Parti Keadilan Rakyat.

#SertaiKeadikan

#TolakMahathir

#TolakPengkhianat

 

PAK CIK LEBAI .AWAK KAT MANE ? DI MANA TIMBALAN MENTERI AGAMA DARIPADA PAS YANG LANTANG SEMASA JADI PEMBANGKANG DULU?


Saya tertanya-tanya dimana kehebatan YB Dr MARZUK semasa beliau jadi pembangkang dulu. Iaitu sebelum menjadi Timbalan Menteri Agama. Beliau suruh (waktu jadi Pembangkang dulu) PH peranggi “Perjudian Dihalalkan” seperti MAGNUM, PUSAT JUDI GENTING HIGHLAND, Sport Toto dan Da Ma Cai.


Sekarang beliau dah jadi Timbalan Menteri Agama dan PAS sudah jadi Kerajaan serta berada dalam KABINET KERAJAAN MALAYSIA.Kenapa sekarang menjadi BISU? Mana demontrasi? Pemuda Pas pula dah bisu, lepas KP jadi Senator.


PAS: Sila kotakan apa yang sebutkan dulu.


Kredit Syam Ghaz





Tulis kisah politik sikit...


Hamdan Taha

Pemimpin umno yang pro kepada PN sentiasa buat kenyataan bahawa umno perlu sedar diri bahawa umno tidak kuat seperti dulu. Umno tidak mampu berdepan dengan mana mana parti dalam pru ke 15 jika tampa gabungan Pas dan Bersatu...


Tengku Razalie pula buat kenyataan semenjak bila umno dan Bn jadi penakut ni...kenapa begitu takut untuk jadi BN dan bertanding pru bukan kah selamanya Bn bertanding pru tampa gabungan lain. Kenapa tidak Bn masih seperti dulu....


Puad pula kata apa perlunya umno bersama bersatu. Kerana kerusi bersatu tu lebih dari separuh adalah kerusi umno. Kenapa perlu bersama bersatu jika dengan pas tu adalah manasabah itu pun sebenenarnya masih tidak menguntungkan umno....


Pendapat saya orang kerdil ni pula....sebenarnya parti mana yang perlukan kerjasama politik ni...? Cuba kita renungkan sebentar....!....bagi saya yang beria ia nak kerjasama dengan umno ni ialah Pas dan Bersatu...bukan umno....kenapa saya kata begitu....kerana Bersatu tahu jika dia dan pas sahaja bergabung dan lawan tiga penjuru dengan BN dan PH maka keputusan atas kertas pun kita tahu....Muhyuddin pun alruyupbiiiiii di Pagoh kali ini....usah lah kita cerita Peja...Hamzah...dan lain lainnya...


Kenapa jadi begitu....kerana bersatu ahlinya sangat sedikit....dan kali ni cina yang bagi mereka undi sudah tidak akan beri mereka lagi....umno pulak pru ke 14 undi yang mereka perolehi itu dah habis teruk dah....tak mungkin teruk lagi pada pru ke 15....


Jadi yang perlukan gabungan sangat sangat ni ialah Bersatu....dan bijaknya Bersatu dia dah nikah bersama Pas....Pas pula dia tak kisah...jenis janda...dah banyak kali kawin....bagi Pas dia tetap akan menang 18 kerusi tu....berapa penjuru pun 18 dah ada...KING....jawatan Duta Timur Tengah tetap dapat....apa ada hal....

27 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL .JOM DENGAR KULIAH MENGENAI KERAJAAN SETANG....INI BUKAN FITNAH ..INI ADALAH REALITI



TERIMA KASIH KERANA MELAYARI WRLR. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL.

SILA TEKAN  >   UNTUK MEMBACA BERITA AWAL

BERSAMA SAMA KITA DENGAR KULIAH DAN FATWA BARU MENGENAI PERTAMBAHAN UNDI JUDI.  CINA DAP DAH TURUN ...MELAYU ISLE PULA TAMBAH SEMULA....

Ustaz Azhar Idrus 2011 - Kerajaan Setan





RINA HAMZAH

Malaysia digemparkan.. Saya Ulang !! digemparkan dengan langkah k'jaan Melayu-Islam PN menambah kekerapan Cabutan Khas No Ramalan tahun depan walaupun kjaan PH dulu telah mengurangkan drpd 22 kali kpd 8 kali setahun saja..

MANA PEJUANG MELAYU-ISLAM..?? MANA LEBAI PAS, WALAUN & GAMIS YANG SUKA TUNJUK PENUMBUK..??

PAS parti munafik, depan walaun cakap haramkan judi, masa jadi k'jaan tambah lagi cabutan khas no ramalan..!!

SR

Image may contain: text that says "Cabutan khas ramalan MAGNUM, SPORT TOTO, DA MA CAI kembali subur di bawah PN Kerajaan Melayu-Islam BN 22 KALI DALAM SETAHUN PAKATAN HARAPAN suxa SR pbell Kerajaan Pakatan Harapan 8 KALI DALAM SETAHUN Jap Cari Dalil PERIKATAN NASIONAL Kerajaan Melayu-Islam PAS, BERSATU, UMNO 22 KALI DALAM SETAHUN haili"

 



SEDIAKAH MAHATHIR UNTUK BENAR2 TERBUKA?

 

Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa saja untuk bekerjasama termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, asalkan berpegang pada prinsip perjuangan gabungan itu.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, pihak yang diundang tidak boleh membawa agenda peribadi serta kerosakan ke dalam gabungan tersebut.

“Itu saya serah pada PH. Siapa pun boleh undang, tapi perlu patuh pada prinsipnya.

“Bukan bawa agenda peribadi dan meneruskan kebobrokan yang lama,” katanya lagi.

Begitu pun, Anwar ketika ditanya mengenai keinginan Tun Mahathir untuk kembali menerajui negara, berkata, perkara berkenaan sudah tidak relevan lagi dibangkitkan sekarang ini.

Tegasnya, siapa saja yang ingin menjadi Perdana Menteri harus mempunyai tekad untuk melaksanakan reformasi dan tadbir urus yang baik untuk negara.

“Bagi saya soalan itu tidak relevan…tidak peduli siapa pun, dari parti mana, mesti ada komitmen untuk memerangi rasuah dan tidak melindungi keluarga dan kroni.

“Komited untuk memperjuangkan dan membantu penderitaan orang miskin di luar bandar, masyarakat terpinggir harus menjadi keutamaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berpendapat, kemasukan Tun Mahathir ke dalam PH harus membuka jalan ke arah merealisasikan perjanjian asal menyokong Anwar untuk memimpin negara seperti yang dijanjikan selepas PH memenangi PRU14 lalu.

“PH harus kembali kepada perjanjian asal di mana mandat rakyat dalam PRU14 adalah jelas iaitu menyokong Anwar untuk memimpin negara selepas Tun Mahathir.

“Justeru, saya percaya Amanah boleh meyakinkan Tun Mahathir untuk mendokong segala usaha Anwar mengembalikan semula mandat rakyat yang telah dikhianati,” ujar Shamsul lagi.

Dalam hal ini, sediakah Tun Mahathir untuk akur menerima prinsip perjuangan PH dan menyokong Anwar untuk menduduki kerusi Perdana Menteri?

Anwar dan PKR nampaknya telah menunjukkan keterbukaan, tetapi apakah Tun Mahathir benar-benar terbuka? 


(Shahbudindotcom 29/12/2020)



Penyatuan rakyat, atasi kemiskinan agenda besar politik negara - Anwar

 


Agenda menyatukan berbilang kaum di Malaysia, melawan korupsi dan membasmi kemiskinan seharusnya menjadi agenda paling besar ahli-ahli politik Malaysia.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyatuan tidak wajar hanya terhad kepada isu gabungan pembangkang atau menumpukan kepada penyatuan kaum-kaum tertentu sebagaimana di dalam kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengaitkan ucapannya dengan agenda Grand Coalition yang sedang diusahakan beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini.

"Saya tekankan dalam ucapan tadi tidak terkait mana-mana secara khusus tetapi secara umum, baik orang Melayu, kita bicara pasal perpaduan Melayu, penyatuan rakyat Malaysia.

"Ini semua adalah usul atau gagasan yang menarik. Tetapi untuk apa? Itu yang perlu dijawab. Adakah untuk membawa perubahan ke arah kebaikan? Atau mempertahankan kecurangan dan kebobrokan yang ada?

"Ataupun membuat tempelan? Ada peluang kita memerintah, serang kelompok lain yang rasuah tetapi tutup mata dengan pembaziran dan kegelojohan dan ketamakan rakan-rakan kita, sehingga berlaku pengkhianatan?

"Atau pun membuat langkah-langkah yang tidak menunjukkan kehebatan kita menangani masalah kemiskinan atau kesenjangan. Bagi saya ini masalah pokok yang harus kita tangani.

"Apakah perubahan yang kita usulkan mampu memberikan suatu keyakinan kepada rakyat bahawa kita lebih serius untuk menyelesaikan masalah pemacuan ekonomi, keadilan bagi rakyat serta mengatasi masalah kemiskinan (kalangan marhaen) yang sangat buruk," katanya selepas Majlis Peluncuran Buku: "100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008 - 2011" karya Dinsman di Institut Darul Ehsan, Shah Alam pagi tadi.

Menurut Anwar, masalah rakyat marhaen adalah agenda yang perlu dijulang tetapi tidak wajar diharapkan kepada elit politik untuk menyelesaikannya kerana sudah lama diberi peluang namun tidak ada kesungguhan melaksanakan.

Katanya, semua perlu kembali kepada landasan. Apakah bentuk persatuan Melayu atau antara kaum itu mahu menjamin keadaan yang lebih baik bagi negara, ekonomi dan keselesaan rakyat atau pun sebaliknya?

Mengulas pertanyaan adakah PH masih boleh bersama-sama tokoh-tokoh yang pernah membentuk kerajaan bersama sebelum ini, Anwar menjawab hal itu perlu diputuskan sendiri oleh pimpinan gabungan berkenaan.

"Itu terserah kepada PH, siapa pun kita boleh undang (menyertai) tetapi patuh kepada prinsipnya. Bukan bawa agenda peribadi dan meneruskan kebobrokan yang lama," katanya.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan sesiapa yang mahu mengambil alih kepimpinan negara haruslah bersungguh-sungguh membawa agenda reformasi, urustadbir baik, memerangi rasuah serta tidak melindungi keluarga sendiri atau kroni dan mengkayakan mereka dengan nama perubahan atau mandat rakyat.

Katanya, pemimpin mestilah jelas dengan agenda melawan rasuah dan menjadi juara kepada golongan miskin, masyarakat terpinggir, Melayu luar bandar, India estet atau kemiskinan dalam kalangan kaum Iban, Kadazan di Malaysia Timur.

 

Tun M kembali ke Pakatan Harapan? Ini jawapan Anwar Ibrahim...

 

Tun M kembali ke Pakatan Harapan? Ini jawapan Anwar Ibrahim...

Firdaus Azil
Tun M kembali ke Pakatan Harapan? Ini jawapan Anwar Ibrahim...
Ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi, tegas Anwar Ibrahim. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) boleh mengundang sesiapa sahaja untuk menyertai gabungan itu ataupun di bawah payung PH Plus, tetapi dengan syarat harus patuh kepada prinsip penubuhannya, kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, mana-mana ahli politik atau parti yang ingin menyertai PH tidak boleh sama sekali membawa agenda kepentingan peribadi atau cuba membawa kembali budaya kebobrokan ke dalam gabungan berkenaan.
Menurut beliau, soal sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) atau mana-mana parti yang ingin menyertai gabungan itu, terserah kepada kelulusan PH melalui Majlis Presidennya.
“(Penyertaan Tun Mahathir) Itu terserah kepada PH. Siapa pun boleh kita undang tapi harus patuh kepada prinsipnya. Bukan bawa agenda peribadi dan meluluskan kebobrokan yang lama,” katanya kepada media selepas Merasmikan Majlis Peluncuran Buku “100 Esei Seni & Sastera Era Reformasi 2008 - 2011”, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada gabungan baharu yang bakal diwujudkan itu, akan mempertimbangkan penyertaan Dr Mahathir dan Pejuang serta parti-parti politik yang lain.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, persoalan sama ada beliau atau sesiapa sahaja yang mendakwa boleh memimpin pembangkang pada Pilihan Raya Umum akan datang harus memegang kuat prinsip reformasi.
Katanya, apa yang penting ialah perlu ada usaha untuk meyakinkan rakyat bahawa PH serius dalam menyelesaikan masalah ekonomi, kemiskinan serta keadilan untuk rakyat.
“Bagi saya ini perkara pokok yang harus kita selesaikan, perubahan yang kita usulkan mampu memberi kepada rakyat bahawa kita lebih serius untuk menyelesaikan masalah pemacuan ekonomi, keadilan bagi rakyat dan mengatasi masalah kemiskinan yang sangat buruk.
“Tak boleh harap elit kuota dan elit politik untuk benar benar merasa terpanggil bertanggungjawab selesaikan masalah ini, kerana sudah lama kita bagi peluang, tapi tak ada kesungguhan,” katanya lagi.


Azan Ismail: Usah terlalu berahsia status halal vaksin Covid-19

 

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail menggesa kerajaan supaya tidak terlalu berahsia dalam soal mengenal pasti status perolehan vaksin Covid-19 termasuk sama ada ia halal dan sah di sisi undang-undang dan agama.

Beliau berkata sebagai kerajaan, Perikatan Nasional (PN) perlu telus dan jujur kepada rakyat.

Baginya, pendekatan PN ketika ini dirasakan ketinggalan zaman.

“Kerajaan PN seolah-olah hendak mengheret rakyat kepada zaman yang semuanya rahsia, hanya kerajaan yang tahu segalanya. Rakyat tak perlu tahu apa-apa.

“Ini sangatlah kuno cara pentadbiran dan cara pengurusannya,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Azan menambah, meskipun terikat dengan perjanjian kerahsiaan (NDA) antara kerajaan dengan syarikat pengeluar vaksin, namun soal maklumat ejen yang terlibat dengan perolehan vaksin dan pihak yang akan menilai status halal vaksin perlu didedahkan.

Katanya, ini bagi mengelakkan isu seperti kartel daging import haram berulang di masa akan datang.

“Kalau benda ini juga dirahsiakan, keraguan timbul.

"Lebih-lebih lagi, sekiranya ejen yang dilantik tidak mempunyai kaitan dengan bidang perubatan, maka rakyat perlu tahu apakah kelayakan syarikat itu sehingga menjadikannya layak dilantik sebagai ejen," katanya.

 

MANA LEBAI NI MENGHILANG ? SEMBUNYI KER...???

 

ISU JUDI - MANA SUARA LEBAI YANG LANTANG SEBELUM INI? 

Sewaktu berita ini keluar, kerajaan PH memerintah.  Bukan main lagi lebai hentam kerajaan PH pasal judi, hinggakan pertikai judi haram dengan judi tidak berlesen.  Mana ada judi halal, kata lebai.  Walhal ketika itu, kerajaan PH telah kurangkan cabutan no ekor dari sebanyak 22 kali di era kerajaan Bn, dikurangkan kepada 11 kali sahaja dan kemudiannya dikurangkan lagi sehingga hanya 8 kali sahaja.  

Baru2 ini, dikhabarkan di bawah kerajaan tebuk atap yang ditunjangi oleh parti melayu dan parti lebai tanpa Dap, kerajaan telah benarkan cabutan sebanyak 22 kali, sama seperti era kerajaan Bn dahulu.  

Mana perginya lebai?  Habis bisu kesemuanya dek dedak tebuk atap?  Atau sudah ada fatwa baru ada 'judi syarie"?  Nampak tak bagaimana ugama dijual demi kuasa.  

WFAUZDIN NS


UCAPAN KRISMAS SEBAGAI ALAT PERMUSUHAN AGAMA.

 Image may contain: 9 people, people standing


BOB KELANANG


UCAPAN KRISMAS DEDAH TOPENG OLAMAK PAS

Sesungguhnya Allah telah jadikan Hari Krismas untuk membuka topeng-topeng jahat ulama PAS yang selama ini menipu umat Islam.

Jelas sekali PAS sememangnya parti Islam liberal selama ini.

Jika sebelum ini mereka jadikan Hari Krismas sebagai alat permusuhan agama. Mereka sengaja keluarkan hukum agar rakyat bertelagah sesama sendiri.

Hari ni Allah jadikan Hari Krismas untuk menghina mereka. Mereka pula yang berlumba-lumba mengucap Selamat Hari Krismas. Dan kali ini giliran rakyat pula mula meluat dengan PAS.

Kifarah Allah itu benar.

PAS memang sudah liberal.

 

DAHULUNYA SEKITAR 40AN DAN 50 AN DIBUANGNYA TREM DI PENANG...KINI IKONIK FERRY PULA NAK DIBUANG...NAK SAPU SAHAJA..ASAL MASYKK.

 

NGO mendesak supaya kekalkan Feri ikonik Pulau Pinang seperti biasa. Pada mulanya Kerajaan Perikatan Nasional(PN) dan Penang Port Sdn Bhd telah sedaya upaya cuba memberhentikan terus perkhidmatan Feri ikonik ini tapi akhirnya ia diteruskan hanya untuk motorsikal dan basikal saja.Perkhiamatan ferry ini adalaj identiti negeri yang kaya sebagai pusat pelancong .Hasil pelancongan mencecah billion RM dan salah satu punca ekonomi utama selepas perinduatrian dan pelaburan asing dalam berbagai bidang dan kemudahan pengangkutan darat laut dan udaranya.Penang ada destinasi makanan pelbagai..


Image may contain: one or more people and people standing

CABUTAN KHAS NOMBOR EKOR DITAMBAH, PAS JADI SETAN BISU ....WOIIII....ISLE MANA..ISLE...???

 

BOB KELANANG

Image may contain: one or more people, text that says "Agensi Nombor Ramalan 万能万字票 magnum e"

Senator YB Liew Chin Tong hari ini mendedahkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah mengembalikan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Menurut senator daripada DAP itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas daripada 22 kali pada tahun 2018 (yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional), kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

Namun, apa yang dikesalkan kerajaan Perikatan Nasional hari ini telah mengembalikan kekerapan cabutan khas itu kepada 22 kali pada tahun 2021.

Kerajaan Pakatan Harapan menurut beliau, komited untuk mengurangkan aktiviti perjudian kerana perkara itu boleh menyebabkan pertambahan masalah sosial kepada masyarakat meskipun kerajaan mendapat pulangan yang lumayan dalam bentuk cukai.

“Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas,” tambah beliau.

Perkara itu turut menjadi persoalan, dimanakah suara Pas, salah satu parti pemerintah hari ini yang mengaku memperjuangkan Islam namun tidak berani membantah keputusan itu? Apakah Pas sudah terlalu mabuk dengan kuasa sehingga tidak kenal lagi halal haram?

 

KAH...CINA DAP PECAH LUBANG UNDI 22 KALI...YB PAS DIAM BISU...WALAUN PA CERITA??? HIDUP MELAYU ISLE??TAAKKKKKDIRRRRR

 


Kerajaan PN tambah cabutan khas nombor ekor kepada 22 kali, mana suara walaun Pas?

Kerajaan PN tambah cabutan khas nombor ekor kepada 22 kali, mana suara walaun Pas?

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu; cabutan khas dimulakan pada tahun 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu. Kerajaan pada masa itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan. Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.

Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan. Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi. Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas.

Oleh itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas. Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasioal.

Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.
Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu; cabutan khas dimulakan pada tahun 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu. Kerajaan pada masa itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan. Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.
Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan. Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi. Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.
Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas.
Oleh itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas. Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.
Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasioal.
Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.