NAK TUNJUK KAYA KENA SAMBUT KRISMAS.

Hamdan Taha

Kedua ibu bapa saya tidak pernah mendidik saya supaya kejar menjadi kaya...


Dia doa dan minta supaya anak dia senang dan murah rezeki sahaja. Dia doa supaya anak anak dia hidup lebih baik dari mereka....setakat itu sahaja...


Tetapi dunia hari ni ada sedikit bahaya kerana semua terdidik supaya menjadi kaya...jika kita pergi ke kursus motivasi atau seminar yang di anjurkan oleh penasihat kekayaan ni....semua ajar kita mengejar kekayaan....dan di ajar pula supaya boleh jadi kaya...buat lah apa pun yang penting kaya....kerana kaya baru di kira berjaya....


Selagi tak dapat sejuta sebulan...tak pakai kereta mec,Bmw atau setaraf dengannya itu belum berjaya dan itu belum kaya....tambah lagi jika hujung tahun tak ke london bercuti itu belum kaya dan berjaya....


Tu yang ramai anak muda sekarang malam krismas sambut krismas....buat majlis makan malam ajak kenkawan yang satu kepala...pakai pakaian krismas...lebih parah lagi tukar tukar hadiah sesama mereka....di rumah ada pokok krismas....jika buat semua ni baru di kira berjaya dan moden....terpelajar..