PUNYA TAK MALU MINTA JAWATAN BILA NAMA BELUM DISENARAIKAN

 Shahbudin Husin.

Alamak...mula-mula kata jatuhkan Peja suatu penderhakaan dan pengkhianatan, kemudian umum tak mahu terlibat dengan kerajaan baharu, sekarang dah sampai meminta-minta pula...



TERNYATA YANG PAS KEJAR HANYALAH JAWATAN

 

Kemudian ini penegasan Pas sebaik Peja dijatuhkan…

Akhirnya, setelah Saarani mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, ini pula permintaannya….

Ehhh…perjuangan Pas ini apa sebenarnya?

Ingatkan yang menjadi keutamaan parti itu ialah hudud, RUU355, membela Adib, kempen BMF dan lain sebagainya.

Rupa-rupanya jawatan dalam kerajaan juga yang mereka kejar dan utamakan.

Sebab itulah dalam sekelip mata saja sanggup buat u-turn dari segi pendirian.

Tak malu ke sampai sanggup meminta-minta begini? (Shahbudindotcom 10/12/2020)

BERITA TERGEMPAR!!!

 




TOK ABAH

Berturut-turut sudah media asing melaporkan berita terkini mengenai kesahihan dan keberkesanan vaksin oleh jenama Pfizer khususnya berita terkini mengenai kes kematian dua orang pesakit setelah menggunakan vaksin jenama tersebut di Amerika Syarikat.

Di negara Britain pula, k'jaan pula cuba mengaburi mata rakyat dengan tindakan memberi perlindungan kepada syarikat pembuatan jenama Pfizer yang mana syarikat ini bebas daripada sebarang tuduhan ataupun tindakan undang² yang mungkin timbul terhadap mereka. Tindakan ini amat mencurigakan kerana tidak pernah sebarang syarikat pembuatan ubat diberi perlindungan sebergini oleh k'jaan.

Di negara Indonesia, syarikat BioFarma membuktikan bahawa keberkesanan vaksin Sinovac oleh negara China jauh lebih tinggi daripada vaksin Pfizer.

Persoalannya sekarang adalah, jikalau vaksin Pfizer benar² berkesan mengapakah berlakunya kematian kes pesakit? Mengapa k'jaan cuba melindungi syarikat tersebut daripada tindakan undang²?

Yang amat penting sekali bagi kita sebagai rakyat M'sia, mengapakah k'jaan Pintu Belakang PN masih sanggup memperuntukkan sebanyak RM12.8 juta untuk vaksin tersebut jikalau kualiti dan keberkesanannya masih diragui dan dipersoalkan?!

Keprihatinan k'jaan terhadap nasib dan nyawa rakyat tidak diendahkan sama sekali? Ataupun nasib rakyat begitu murah dan tidak berharga sehingga rakyat disifatkan sebagai "Tikus makmal" untuk mencuba vaksin tersebut?

#MuhyiddinOUT

#ByeByePN

#Belanjawan2021

#VaksinCovid

 

TEPAT SASARAN

 

Image may contain: 1 person, text that says "BERNAMA EEANAMA Tiga kali istiadat pelantikan MB Perak selepas PRU14 cerminan kegagalan ahli politik dapat sokongan. Insan beriman tidak perlu tawar sogokan atau imbuhan untuk dapat sokongan yang belum terjamin kesetiaan. --Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Translate weet SERNARIA"

AHMAD SHAHRIL

Tepat kat dahi kepala sasaran tu....

ANTARA intipati titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak yg bertitah pagi ini sebelum istiadat mengangkat sumpah MB, begitu tajam dan sinis.

Ianya bukan shj utk negeri Perak tetapi utk semua pimpinan kjaan termasuk kjaan PN dipusat.

Antara kandungan titah Baginda adalah berikut:

1. Sejak PRU-14, sudah terdapat 3 kali istiadat angkat sumpah Menteri Besar dilakukan di negeri Perak.

2. Kerajaan tidak dapat mengekalkan kuasa secara konsisten (menunjukkan yang kerajaan tidak stabil).

3. Sifat sebenar seseorang akan terserlah ketika seseorang itu mendapat kuasa, di mana kata tidak dikota atau bertukar nada dan berlainan irama, dan bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan putih itu hitam.

4. Rakyat umpama kancil tersepit di antara gajah-gajah yang beradu kekuatan, membuat rakyat teraniaya; jangan aniaya rakyat kerana doa orang teraniaya tiada dinding dengan Allah.

PEMBANGGUNAN YANG DI RANCANG LEMBAB-KORUPSI

 

TEUKU SHAFIZ RULLAH

Anda boleh bercakap apa sahaja berkenaan pembangunan Ekonomi. Realitinya perbangunan ekonomi tidak berlaku dalam industry dan yang dirancang kerajaan PN begitu lembab.

Satu lagi, dah baca apa foreigner living in Malaysia kata? Ada kepala otak tak pakai kan. Pakai kepala lulut.


Image may contain: 1 person, text that says "A foreigner living in Malaysia once posted this: "When came to Malaysia, corruption was crime. Later it became acceptable. Now it's legal. better leave before it becomes compulsory". Corruption in Malaysia 師 E 7 HoF Before, under table After that, above table Now, including table"

 

Kerajaan jangan aniaya rakyat – titah Sultan Perak

 


Kerajaan jangan aniaya rakyat – titah Sultan Perak

Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin .

“Rakyat ‘jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.’

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah baginda sempena istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, hari ini.



Pada 4 Disember lalu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Adun Chenderiang yang juga Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu tumban apabila dia gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undian percaya.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya. satu undi rosak atau berkecuali. Dengan itu Ahmad Faizal akan berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar.

Sebaliknya, selepas hampir seminggu berlalu, Umno, Bersatu dan PAS akhirnya bersetuju mencalonkan Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar yang baru.

Pada titahnya, hari ini, Sultan Nazri turut menyebut bahawa apa yang berlaku sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

PASAI APA NAK MINTA 50 JOTA PULAK ?KAMI GUNA AYAQ SG MUDA BELAH PENANG...PIANG BETOI MB

 


MOHD AFFENDI ABAS

Sungai Muda tu mengalir semulajadi ke Pulau Pinang.

PBAPP abstrak air dari sempadan Pulau Pinang, tak masuk pun ke sempadan Kedah.

Dah 44 tahun Pulau Pinang guna air dari Sg Muda tak kena apa-apa caj pun kerana tiada apa-apa perjanjian.

Kenapa pula Sanusi berbunyi mintak RM50 juta pulak?




 

Exco Perak: Pas belum tersenarai

 


Exco Perak: Pas belum tersenarai

Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada UMNO dan seorang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), di Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan itu.


Tiada wakil ADUN PAS dilantik hari ini. Turut hadir pada majlis istiadat itu, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Mendahului senarai mengangkat sumpah jawatan itu ialah ADUN Sungai Manik yang juga Setiausaha BERSATU Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Empat ADUN UMNO ialah ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Keempat-empat ADUN UMNO itu adalah barisan EXCO ketika kerajaan sebelum ini pimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sementara Zainol Fadzi adalah penasihat Menteri Besar.

Selesai mengangkat sumpah, kesemua mereka menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim.

Sebelum itu, Saarani pada sidang media tengah hari tadi memaklumkan, lima ADUN berkenaan dipilih bagi membolehkan fungsi kerajaan negeri berjalan termasuk pembentangan Belanjawan 2021 negeri, Rabu depan.



Sultan Nazrin: PEMIMPIN BERIMAN TAK PERLU SOGOKAN, UGUT UNTUK SOKONGAN


https://www.kinitv.com/.../e3554e3f-f000-4648-b218... Betul-betul kena atas kepala PM Yiddin,Umno,Bersatu dan Pas..Cuma Sultan Perak tak sebut nama sahaja..Tapi siapa yang dimaksudkan pemimpin yang memberi sogokan dan ugutan untuk mendapat sokongan dan kekal berkuasa,semua rakyat boleh faham dan boleh fikir..

Jawatan Menteri/Tim Menteri 70 orang..

Disogokkan tempat dalam GLC..

Dilantik sebagai Duta- Khas Mewakili PM,yang fungsinya bertindih dengan Duta-duta  yang telah sedia ada dan macam-macam sogokan jawatan dan pangkat lagi..

Mkk




VIDEO MENARIK UNTUK DITONTON : PARTI KECIL PIMPIN KERAJAAN JADIKAN NEGARA TIDAK STABIL - HUSAM MUSA


Bagaimana negara ini boleh stabil dan diyakini sekiranya PM datangnya dari 

parti kecil ? Anwar cuba betulkan keadaan ini - Husam Musa




HUJAH TAKIYUDDIN UNTUK MENGHALANG UNDI PERCAYA/TIDAK PERCAYA TERHADAP PM DISEGERAKAN DI PARLIMEN AMAT DANGKAL


Semalam, Speaker Parlimen kata beliau tiada kuasa untuk menentukan usul percaya/tidak percaya terhadap PM dibentangkan di Parlimen dengan segera. Speaker tiada kuasa di dalam menentukan kedudukan usul? Mengapa Speaker di Perak tiada masalah untuk melakukannya? Jika begitu, elok Speaker di Parlimen menjadi speaker PA System saja, ada juga kuasa Watt.

Speaker Parlimen kata, yang berkuasa adalah menteri. Wahai Speaker, cuba beritahu menteri mana yang bodoh akan membenarkan usul tidak percaya terhadap PM yang melantiknya sebagai menteri? Speaker tidak perlu perbodohkan rakyat. Sanggup jadi robot berada di Parlimen.

Hari ini, menteri berkaitan Parlimen, Takiyuddin pula cuba perbodohkan Ahli-Ahli Parlimen yang kebanyakannya lebih lama dari Takiyuddin berada di Parlimen. Dia juga cuba perbodohkan rakyat dengan membawa dua hujah mengapa usul percaya/tidak percaya terhadap PM itu tidak perlu disegerakan.

Pertama hujahnya, beliau mengimbas kembali tentang dokumen yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Istana di mana Anwar menyatakan beliau punyai jumlah sokongan yang kukuh. Beliau menyatakan mengapa Anwar tidak nyatakan senarai nama MP yang menyokongnya? Walhal, Anwar melakukan proses yang sama seperti Muhyiddin lakukan sewaktu merampas kerajaan mandat rakyat pada Feb yang lalu di mana tiada siapa tahu senarai nama yang ada pada Muhyiddin ketika itu. Apakah waktu itu nama Mahathir, Mukhriz, Syed Sadiq, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah dan beberapa yang lain menyokong Muhyiddin? Mana senarai nama 114 orang yang dikatakan menyokong Muhyiddin ketika itu?

Senarai nama ini tidak berbangkit sekiranya proses seterusnya berjalan di mana semua Ketua Parti dipanggil ke Istana dan ketika itu baru diketahui samada Anwar benar-benar ada sokongan atau tidak. Tetapi kita sedia maklum proses tersebut tidak berlaku. Jika proses tidak berlaku sepenuhnya, Takiyuddin tidak perlu mengambilnya sebagai hujah untuk menyatakan Anwar tiada sokongan dan Muhyiddin masih memiliki sokongan majoriti.

Hujah kedua Takiyuddin untuk memperkuatkan dakwaannya bahawa Muhyiddin masih ada sokongan majoriti sebagai PM adalah apabila beliau mengambil contoh undian bajet peringkat dasar di mana bajet itu lulus apabila tiada undian belah bahagi diadakan. Pada pandangan Takiyuddin, sokong Bajet bermaksud sokong PM? Lupakah beliau kepada titah Tuanku agar jangan menyulitkan pembentangan bajet? Bajet ini untuk rakyat bukan untuk PM. Amat zalim kita menolak PM tetapi rakyat menjadi mangsa walaupun segala tuntutan kita terhadap bajet itu telah diberi perhatian secara dasarnya.

Oleh kerana dua hujah dangkal di atas, maka Takiyuddin anggap tidak menampakkan bahawa PM hilang sokongan maka usul tersebut tidak perlu disegerakan.

Jika bajet mahu diambil kira, butakah mata Takiyuddin bahawa setakat ini kerajaan tidak pernah memperolehi undian melepasi 112 undian terhadap bajet di peringkat kementerian? Adakah kerajaan sekarang kukuh apabila undian di Parlimen terhadap bajet tidak sampai ke angka 112 ? Kerajaan sebenarnya amat lemah jika pun memperolehi hanya separuh dari keseluruhan Ahli Parlimen.

Jika kedua2 hujah Takiyuddin itu boleh dipercayai untuk menyatakan Muhyiddin sebenarnya punyai sokongan kuat, sewajarnya tidak perlu takut dan bimbang untuk membawa usul PERCAYA kepada PM seperti di Dun Perak. Kalau mahu bawa usul PERCAYA pun tidak berani, usul TIDAK PERCAYA pun takut, maka apakah status kerajaan sekarang?

Situasi ini menjadikan kerajaan kita tidak diyakini oleh pelabur. Rakyat menjadi mangsa akibat sikap orang politik yang mengampu pemimpin demi perut mereka sendiri. Sudahlah kamu menjadi kerajaan dengan cara khianat dan belot kepada mandat rakyat, masih juga tidak punyai sokongan kukuh tetapi masih mahu memegang kuasa. Amat malang sekali, parti Islam turut bersekongkol dengan puak ini bahkan paling kuat mengampu.

WFAUZDIN NS

 

BUAT APA PERCAYAKAN FITCH REPORT-ORANG KAMPUNG KATA JANJI KAMI BOLEH MAKAN

 

MOHD MUKLIS

Road to Nirvana.

Image may contain: skyscraper and text


Dari gred A- stabil sampai ke gred BBB+ untuk Malaysian Cash Cow; nanti ada yang bidas, buat apa percayakan Fitch report, kita hanya perlukan sertuan SSST, nescaya semua akan jadi "rahmat" kepada alam semesta.

TUKAR MB BUKAN SEJARAH YANG DIBANGGAKAN- SULTAN PERAK

 Sultan Perak mengingatkan pemimpin politik bahawa tanggungjawab dan amanah tidak harus sama sekali dipandang ringan atau diringankan. - Foto Jabatan Penerangan


KUALA KANGSAR: Krisis politik hingga menyebabkan pertukaran kerajaan dan Menteri Besar bukanlah perkara yang boleh dibanggakan.

Sebaliknya, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan perkara itu merupakan cerminan kepada kegagalan sebuah pentadbiran.

“Sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum keempat belas, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan; perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini.

“Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat,” titah Sultan Nazrin.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Tambah Sultan Nazrin, setiap ahli Dewan Negeri yang dipilih adalah atas kepercayaan rakyat yang meletakkan harapan bahawa ADUN tersebut akan dapat membantu mereka.


Mereka diharapkan untuk menambah baik kawasan tempat tinggal, membantu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi serta membantu memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka.

“Rakyat dalam semua kawasan Dewan Negeri, sama ada diwakili oleh ADUN Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan, sama ada orang Melayu, orang Asli, orang Cina dan orang India, begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu dan pengikut Buddha, serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, menagih perhatian yang sama.

“Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddhist, ialah makhluk ciptaan Ilahi; kesemua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

"Kesemuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni.

“Rakyat jelata, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, rakyat yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik COVID-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu.

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah baginda.

Justeru, baginda mengingatkan para pemimpin politik bahawa tanggungjawab dan amanah tidak harus sama sekali dipandang ringan atau diringankan..


DEMI MASA DEPAN PERIUK NASI AKU


TARMIZI MOHD JAM

Image may contain: 3 people, people standing


Pada 4 Disember 2020 Pas TIDAK akan menyertai kerajaan baharu Perak. Lima selepas itu, pd 9 Disember 2020 tiga Adun Pas sign SD SOKONG kerajaan baharu Perak. Siapa yg ikuti Pas era Hj Hadi, menang sarat dgn kluk klik, flip flop. dan dolak dalik. Amacam?



20 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR.


SILA TEKAN      >         UNTUK MEMBACA BERITA AWAL .



Image may contain: text that says "Isu MB Perak: PH berjaya di Peralatkan oleh umno dlm Kemelut utk umno capai cita2nya utk Rampas jawatan MB Perak dgn ikut Telunjuk umno Tolak Peja dari jawatan itu! PH telah di Perangkap dlm Budaya Cah Keting Kawan Makan Kawan dan Tikam Belakang umno dlm mencapai cita2nya Matlamat Menghalalkan Cara, PH Mudah Lupa bahawa DNA umno&Bersatu adalah sama serupa yg bergelumang dgn Amalan Politik Wang, Sogokan, Tumbuk Rusuk,"

PESANAN UNTUK MUHYIDDIN – JANGAN BIARKAN NASIB PEJA TERHOYONG-HAYANG TANPA DIBELA


 Setelah berakhir krisis politik di Perak, yang menjadi penantian kini ialah apakah pembelaan yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin kepada Ahmad Faizal Azumu atau Peja?

Apakah dengan Bersatu dan Pas akhirnya sedia menyokong Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dikehendaki oleh UMNO, tetapi melakukannya dengan cara memalukan Peja, nasib bekas Menteri Besar Perak itu akan berakhir begitu saja?

Apakah Peja bakal senasib dengan bekas Menteri Besar Johor, Dr. Shahruddin Jamal yang juga terpaksa menyerahkan jawatannya kepada pemimpin UMNO, Hasni Mohamad mengambil alih tempatnya, namun hanya diberi imbuhan menjaga nanas selaku Pengerusi Lembaga Nanas saja?

Dalam hal ini, sesuatu yang tidak harus kita lupa ialah kedudukan Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu, pemimpin nombor dua dalam parti selepas Muhyiddin.

Sebagai pemimpin nombor dua Bersatu, apabila beliau dimalukan oleh UMNO melalui usul undi percaya, tetapi sebenarnya merupakan undi tidak percaya untuk menjatuhkannya, bermakna Bersatu secara keseluruhannya turut sama telah dimalukan.

Maka, Peja sepatutnya dibela dengan memberikan kedudukan yang setaraf dengan jawatannya dalam Bersatu.

Tentu akan memalukan sekali lagi andai beliau hanya diberi jawatan “sekadar di pinggiran” seperti yang diberikan kepada Dr. Shahruddin, bekas Menteri Besar Johor sebelum ini.

Lagi pula, dalam Bersatu, dua Naib Presidennya, Dr. Radzi Jidin dan Dr. Ronald Kiandee adalah masing-masing diberi jawatan Menteri Kanan Pendidikan serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Seorang lagi Naib Presidennya, Rafiq Naizamohideen adalah Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri dan calon yang kalah bertanding jawatan Naib Presiden, Redzuan Md Yusof atau Pak Wan masih dikekalkan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.

Azmin Ali yang dipecat daripada PKR dan kemudian menyertai Bersatu, lalu diberi jawatan Ahli MPT, senang-senang dapat jawatan Menteri Kanan MITI.

Beberapa pemimpin lain dalam Bersatu, sama ada memang asal daripada Bersatu atau melompat daripada UMNO atau PKR, masing-masing ada jawatan dalam kerajaan sebagai menteri atau timbalan menteri.

Maka, takkan Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu hanya mahu dibiarkan terhoyong-hayang begitu saja tanpa jawatan?

Selain mengaibkan institusi parti dengan membiarkan beliau tanpa jawatan, jika berlanjutan sampai ke pemilihan seterusnya, jawatan yang disandangnya sekarang pun boleh turut sama melayang.

Mahu tidak mahu, Peja semestinya harus diberikan jawatan dalam kerajaan yang bersesuaian dengan kedudukannya.

Setelah dijatuh dan dimalukan oleh UMNO, apabila diberikan jawatan, setidak-tidaknya ternampaklah ada pembelaan terhadapnya.

Muhyiddin dan Bersatu pun tidaklah dipandang orang sebagai tidak tahu mengenang budi serta menghargai pengorbanan Peja selama ini.

Selain tentu banyak sumbangan dan jasa beliau, baik kepada kerajaan negeri atau parti, kemuliaan dan sumbangan terbesar Peja ialah kesediaannya berundur secara baik dan kemudian akur dengan keputusan Bersatu menyokong Saarani sebagai Menteri Besar baharu, meskipun orang itulah yang mengetuai gerakan menggulingkannya melalui tipu daya usul percaya.

Orang lain belum tentu ada kesediaan berjiwa besar sepertinya.

Maka, jangan tidak dihargai dan tidak dibela nasib Peja dengan tidak memberikannya apa-apa, walaupun beliau memang diketahui sudah kaya-raya.

Tanpa keraguan dan pernah ditulis sebelum ini, paling sesuai untuk menghargai Peja ialah dengan Muhyiddin tanpa berlengah lagi melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Di samping padan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Bersatu dan bekas Menteri Besar, pejabat Timbalan Perdana Menteri dan kediaman rasmi Sri Satria pun sudah lama kosong begitu saja.

Dengan adanya Peja mengisi pejabat dan kediaman itu, sekurang-kurangnya meriah juga dua tempat tersebut.

Para penyokong Peja pun adalah juga tempat baru untuk berteruh dan bernaung. 

(Shahbudindotcom 10/12/2020)



Perang melawan rasuah bermula dari puncak kuasa - Anwar

 

Malaysia mempunyai pelbagai slogan anti rasuah sejak beberapa dekad lalu namun perang melawan jenayah keji itu masih tidak menunjukkan tanda-tanda kejayaan.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020 berkata, usaha membanteras rasuah sesungguhnya memerlukan integriti, kekuatan serta jaminan bahawa setiap institusi negara bebas hendaklah dari pengaruh eksekutif dan para pemuka politik.

"Kita mengumumkan pelbagai slogan dalam melawan rasuah, namun kuncinya adalah pada sikap dan iltizam politik, kerana jika tidak ia hanya sekadar retorik yang berulang dan memualkan.

"Di Malaysia, masih banyak yang mesti dilakukan bagi membanteras rasuah dan meletakkan negara di jalur demokrasi yang punya kekuatan institusi.

"Reformasi institusi wajib menjadi tunjang dalam menggendong matlamat ini, kerana saat ini impian itu belum terwujud secara nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar, ketika usaha melawan pandemik Covid 19 diutamakan negara tidak boleh menolak ke tepi perang malawan rasuah yang semakin buruk sewaktu pemerintahan era kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya, usaha perlu dipergiatkan melalui reformasi institusi agar peluang melakukan rasuah dikurangkan.

"Saat kita masih disibukkan dengan usaha membendung wabak Covid-19 seperti hari ini, reformasi institusi menjadi terpenting bagi mengelakkan kemungkinan kebocoran dan ketirisan pelbagai bantuan kepada rakyat yang diumumkan kerajaan.

"Marilah bersama-sama kita mengakhiri mimpi buruk ini dengan membetulkan sikap terhadap rasuah dan bangunkan bangsa yang bermaruah dan berintegriti," kata Anwar lagi.

Jenayah rasuah ditakrifkan meliputi gejala menggunakan wang sebagai timbal balas kepada faedah yang diberikan, selain menggunakan kedudukan dan kuasa, sama ada bagi membeli dukungan atau kesetiaan politik.

Amalan rasuah juga berkait dengan persoalan tatakelola dan tadbir urus sesebuah negara.

Malaysia ketika diperintah oleh Pakatan Harapan mencatatkan kemajuan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2019 yang meningkat ke kedudukan 51 daripada 61 setahun sebelum itu.

Namun dengan pertukaran kerajaan, kedudukan Malaysia kembali merosot.



 


Elaun khas RM500 akan terus diperjuangkan - Fahmi Fadzil

 

Elaun khas RM500 kepada barisan hadapan akan terus diperjuangkan, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Beliau yang pernah membawa isu berkenaan sewaktu perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2021 telah meminta jumlah RM500 diberi bukan sahaja kepada petugas barisan hadapan (frontliners) Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja tetapi juga frontliners lain seperti PDRM, ATM, malah juga petugas kebersihan di hospital.

Dalam kunjungan NGO Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), khusus berkait isu petugas kebersihan di hospital kerajaan baru-baru ini Fahmi berjanji akan terus memperjuangkan isu elaun khas tersebut sehingga menjadi kenyataan.

"Menteri Kewangan setuju untuk tambah jumlah penerima namun elaun hanya RM300. Saya tidak setuju dan terus perjuangkan RM500, dan pohon dimasukkan cleaners ini sebagai salah satu kumpulan frontliners.

"Hari ini saya difahamkan, berdasarkan kajian JPKK, terdapat lebih kurang 50,000 petugas pembersihan yang bertugas di lebih 140 hospital kerajaan seluruh negara. Namun terdapat beberapa isu berkait gaji dan kebajikan, yang mana saya akan teliti.

"Pihak JPKK telah menyerahkan laporan kajian mereka dan saya akan berusaha untuk hubungi beberapa pihak nanti untuk perluaskan perbincangan berkenaan isu ini," katanya dalam kenyataan.

Dalam kunjungan JPKK ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Fahmi menyumbang pelitup muka dan hand sanitizer untuk para petugas pembersihan di beberapa hospital.

"InshaAllah saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain akan terus meneliti dan memperjuangkan nasib pekerja, di dalam dan di luar Parlimen," katanya lagi.




KELANTAN NEGERI KE-2 TERMISKIN, HANYA MB, EXCO KAYA?


DERMA RM10 TAK MESTI KEPADA LEBAI


INGATKAN MUHYIDDIN JE BODOH, MENTERI DIA PUN SAMA