PAS -SUDAH TERIKAT DENGAN BERSATU ATAU BERSAMA DENGAN UMNO DALAM MN
Sementara hubungan UMNO dengan Pas dalam Muafakat Nasional ternampak semakin renggang dan menjauh, Bersatu pula kian merapatkan hubungannya dengan parti Islam itu melalui Perikatan Nasional.
PN yang kini dianggotai Bersatu, Pas, Star dan Sapp bukan saja telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya sebagai persiapan menghadapi PRU15 akan datang, malah turut bersetuju membentuk Majlis Presidennya sendiri.
Menurut Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung Bersatu, Majlis Presiden itu akan dianggotai oleh ketua-ketua parti dalam PN.
Katanya, dengan pembentuan Majlis Presiden itu, ia akan menjadi platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan serta mengukuhkan kerjasama antara parti.
Selain itu, tambah Hamzah lagi, PN juga akan segera melaksanakan program-program “flagship” di seluruh negara bagi membantu kebajikan semua lapisan rakyat.
Perkembangan PN ini nyata berbeza dengan MN yang rasanya sudah lama tidak mengadakan sebarang pertemuan antara pimpinan UMNO dan Pas.
Program bersama antara UMNO dan Pas juga tidak kedengaran lagi sekarang ini.
Berbanding awal penubuhan MN dahulu di mana pimpinan UMNO dan Pas kerap bertemu atau bermesyuarat dan mengadakan program bersama, keadaannya itu nampaknya sudah tidak wujud lagi.
Apakah kerana UMNO dan Pas sudah berada dalam kerajaan dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri, maka mereka tiada kesempatan lagi untuk bertemu seperti dahulu?
Jika keadaan berterusan begini, ke mana akhirnya hubungan UMNO dan Pas dalam MN ini?
Juga, jika berterusan Pas kian aktif bergerak bersama Bersatu dalam PN, apakah mungkin Pas akhirnya akan meninggalkan UMNO dan keluar daripada MN?
Pas – sudah terikat dengan Bersatu atau masih kekal bermuafakat dengan UMNO?
(Shahbudindotcom 03/12/2020)
KITA MAHU TENGOK PULA GAMBAR BEGINI DARI WATAK BERBEZA
KITA MAHU TENGOK PULA GAMBAR BEGINI DARI WATAK BERBEZA
Tiga ketua parti Melayu telah berjumpa secara santai sesuai dengan era Covid. Mereka Muhyiddin Yassin selaku ketua parti Bersatu, Zahid Hamidi ketua Umno dan Abdul Hadi Awang alias Tok Dor Hadi daripada parti agama se Tanah Melayu (Pam).
Menurut laporan dikeluarkan yang memetik kata Muhyiddin perjumpaan ini bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan PN khasnya gabungan MN dengan BN.
Baguslah ketiga-tiga pihak nampaknya terus mengadakan perundingan dan mencari ikhtiar untuk memperkuatkan gabungan dan memantapkan kerjasama. Tujuan itu antara tiga mereka adalah berbeza, yang semuanya kononya untuk kepentingan Melayu, walhal ia lebih kepada kepentingan peribadi. Mereka pakai topeng Melayu untuk tidak menampakkan wajah sebenarnya mereka.
Zahid masih tercari-cari jalan untuk tidak tersasar ke dalam penjara dengan kes yang sedang dibicarakan kini. Khabarnya masa untuk Zahid semakin suntuk. Beliau diberi jangka masa tiga bulan untuk menyelesaikan masalah dan membayangkan masa depannya. Jadi beliau kena menuruti buntut Muhyiddin demi selamatkan diri.
Begitu juga dengan Muhyiddin bukan sangat untuk Melayu dan Islam, beban beliau kini ialah untuk mempertahankan kerajaan dan dirinya sendiri sebagai PM. Setidak-tidaknya beliau mahu menghabisi tempoh parlimen penggal ke 14 ini, kemudian berhenti. Muhyiddin tidak ada niat untuk duduk lama, dan dia hanya PM sementara sahaja. PMTCN.
Itu yang beliau fikirkan. Soal nasib kerajaan PN selepas ini, tidak menjadi titik pemikirannya. Begitu juga dengan siapa penggantinya kalau tertakdir kerajaan PN itu bersambung. Muhyiddin tidak boleh menunjukkan siapa penggantinya, sebagai bukti beliau tidak berani melantik timbalannya. Dengan meletakkan empat atau lima orang menteri kiri kanan, ia memberi gambaran Muhyiddin mengenai kerajaanya sendiri.
Bagaimana pula dengan Tok Dor Hadi. Beliau dan partinya tidak ada political will. Apa yang beliau inginkan ialah agar DAP tidak berada dalam kerajaan. DAP yang dianggap seperti anjing tidak boleh masuk ke dalam surau atau masjid. Jadi boleh dikatakan peranan dan keberadaan Pas dalam kerajaan hanya untuk memuaskan hati sendiri khasnya sebagai balasan atau kepada bekas rakan-rakan mereka yang telah berada dalam kerajaan 22 bulan lepas. Sebelum ini Tok Dor boleh berdakapan dengan pemimpin DAP, kerana tatkala itu darurat... darurat.
Menarik dan yang kita tunggu, akan ada pula foto seperti ini tetapi ia melibatkan watak-watak lain yang saya kira sedang ditunggu dan dinanti oleh banyak orang. Itu yang saya diberi tahu.
Siapakah mereka yang diharap akan duduk seperti ini, menjadi seperti tiga tungku penjeram. Tunggu, sampai masa dan ketika kita sama-sama merisik dan mengulasnya. Trims.
- MSO
KESIAN MAK CIK KIAH
MALANG CIK KIAH....
Makcik kiah bekerja sebagai cleaner yang bergaji RM1,000.00, ketika pandemik syarikat telah kurangkan gaji makcik kiah sebanyak 20% , tinggal lah gaji makcik kiah RM800.
Maka makcik kiah pun pergi ke kwsp untuk memohon i-sinar.
Tetapi tidak layak kerana gajinya dikurangkan 20% bukan 30%.
Lain pula cerita Bidin. Bidin bekerja sebagai jurutera yang bergaji RM10.000 dan dikurangkan gaji 30% kerana pandemik.
Maka gaji Bidin hanya berbaki RM7,000.
Tetapi Bidin lulus i sinar.
Bidin tersenyum dan makcik Kiah hanya mampu makan Super Ring sambil menonton Buletin TV3.
I-Sinar atau I-kencing? 😎😎
PAIP 4 INCI NAK GALI HASIL 43 TRILLION
Satu lagi lawak daripada MB Kedah...nak keluarkan hasil RM43 trilion rupa-rupanya hanya guna paip 4 inci saja.
Berapa lama nak dapat hasil tu, sedangkan paip air tepi jalan pun lebih daripada 4 inci...
MAHATHIR HIJACK PH?
Mahathir hijack PH?
Saya tidak percaya pimpinan tinggi Amanah tidak mengetahuinya. Saya tidak percaya tanpa sokongan pimpinan mereka berani berbuat demikian. Sebab itulah saya katakan kpd PKR… perkuatkanlah parti anda sendiri dan jgn lupakan utk merampas kembali mandat rakyat melalui SD.
Saya telah mengatakan sebelum ini, Amanah telah ‘dihijack’ oleh Mahathir. Sekadar teori saya… Mahathir mahu menggunakan PH sebagai agenda politiknya… bagaimana?
Sebelum itu ingin saya maklumkan apa yg ditulis adalah sekadar teori penulis. Mahu percaya boleh jika menolak pun boleh sebab ia tidak semestinya betul tetapi ia sekadar instinct saya sendiri. Anda baca dan nilai. Bukan satu kewajipan perlu jadikan ia satu pegangan. Bukan juga berniat utk adu domba tetapi sebagai teori pemahaman politik saya utk difikirkan rakan2.
Saya melihat Mahathir mahu provokosi penulis2 Amanah ini mampu membuatkan PKR termakan utk mengambil keputusan drastik seperti meninggalkan PH. Dgn itu PKR akn dipersalahkan seolah olah Anwar Ibrahim hanya mementingkan diri sendiri utk menjadi PM.
Instinct saya telah lama berkata dan strateginya sama sepertimana apa yg dilakukan oleh kartel. Saya yakin Anwar mengetahuinya dan pasti sgt kecewa tetapi apa yg mampu dilakukannya sekadar mampu melihat kerana ia di luar batas kekuasaannya. Bagi saya dlm erti kata sebenarnya PH telah ‘dihijack’.
Saya ada menulis Anwar berhadapan 3-1. Amanah, Dap, Warisan sebenarnya telah menyebelahi Mahathir. Lihat apa yg berlaku di Parlimen ketika ini? Nyata Warisan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat hanya kerana tidak suka dgn pimpinan Anwar.
Kesediaan Warisan menerima Amanah yg keanggotaannya sgt kecil di Sabah utk bertanding dan kesediaan Dap menggunakan logo Warisan ia jelas menampakkan kesepakatan ketiga tiga parti itu telah berlaku dlm senyap.
Kesefahaman Amanah, Dap dan Warisan telah berlaku di Sabah lagi dan tentu ramai dpt melihat bagaimana Syafie berhubung dgn Mahathir ketika itu memaklumkan kehadiran Mat Sabu bersamanya. PH plus itu adalah Mahathir, Amanah, Dap dan Warisan.
Apabila ramai pimpinan Amanah bersama Mahathir berdiri di Parlimen ia jelas…jiwa mereka bersama Mahathir. Provokasi yg dicetuskan pemuda parti itu kononnya Anwar mahu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH adalah utk Anwar atau PKR sendiri termakan hasutan tersebut dan mengambil keputusan segera meninggalkan PH.
Imej Anwar diburukkan saban hari dari selepas Subuh hingga lewat malam. Bukan sekadar provokasi utk Anwar membawa PKR keluar PH tetapi sebagai option agar Anwar menyerah diri ( meletakkan jawatan ) sebagai Pengerusi PH.
Apabila Anwar dan PKR meninggalkan PH, Mahathir akn mengambil alih mengetuainya. Adakah Mahathir bersungguh sungguh membawa PH utk menjadi kerajaan? Jawapan saya tidak. Ia sekadar buy time utk melengah lengahkan atau menghalanb Anwar menjadi PM. Matlamat Mahathir satu saja dlm kehidupannya skg… Anwar tidak boleh menjadi PM.
Faktor kedua Mahathir yg menguasai PH dan PN.. akn menjaga kepentingan Bersatu Muhyiddin. Hasrat Mahathir mahu Bersatu ‘hijack’ UMNO sebagai parti dominan Melayu masih berterusan.
Jika betul dia bersama Muhyiddin menaiki kereta ke destinasi yg tidak diketahui… ia menguatkan lagi teori bahawa perancangan ini dibuat begitu rapi. Dlm erti kata lain PKR dan UMNO sdg dilemahkan oleh Mahathir utk dia mencapai cita cita legasi politiknya.
Kehebatan Mahathir bagi saya adalah hanya dlm tempoh 4 tahun dia sudah mampu ‘hijack’ parti yg dibina oleh Anwar Ibrahim. Semua org tahu sebelum muncul Anwar dlm pembangkang… pembangkang yg terdiri dari Pas dan DAP paling kuat hanya mampu memperolehi sekitar 20 kerusi Parlimen.
Siapa sangka akhirnya pembangkang boleh memperolehi 108 kerusi. Semua itu hasil kerja Anwar dgn menyatukan parti2 pembangkang yg berlainan ideologi.
Ada bertanya saya bagaimana dgn peranan DAP? Saya telah jelaskan apa yg berlaku PRN Sabah membuktikan DAP telah bersama pembentukkan PH yg baru. Cuma pimpinan DAP tidak mahu menampakkan peranan mereka lebih serius kerana bimbang penyokong mereka perasan bahawa parti itu telah meninggalkan perjuangan bersama Anwar dan kini menganggap Mahathir sebagai peneraju PH yg baru.
Secara jujur Anwar sdg dipermainkan oleh ketiga tiga parti tersebut. Sebab itulah saya katakan PKR perkuatkan parti sendiri. Saya percaya nanti akan berlaku perselisihan faham yg lebih serius antara komponen PH menjelang PRU15.
Sebab itulah saya katakan PKR mesti bekerja keras dari skg utk mengambil Parlimen Shah Alam, Kota Raja, Sepang dan Titiwangsa… jika tidak nanti jumlah Parlimen itu akn digunakan Mahathir utk kepentingan politik peribadinya.
KENAPA AZMIN SANGGUP JADI ORANG SURUHAN MAHATHIR?
KENAPA AZMIN SANGGUP JADI ORANG SURUHAN MAHATHIR?
Kenapa Azmin sanggup jadi orang suruhan Mahathir?
Oleh: Pentadbir
Jul Reformasi
Dua sebab. Pertama, Mahathir menjanjikan kepada Azmin jawatan Perdana Menteri. Jika PPBM berjaya membolot lebih separuh kerusi UMNO dalam PRU15 nanti, Mahathir akan mengangkat Azmin sebagai TPM. Diketika itu UMNO sudah hilang suara dan lemah.
Kedua, jika Azmin menolak arahan Mahathir, Mahathir akan mengheret Azmin ke mahkamah atas dakwaan penyelewengan dan hubungan seksual luar tabi’i.
APAKAH NANTI MUHYIDDIN TETAP SEBAGAI PM?
TIDAK. Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, Muhyiddin tidak boleh dipercayai. Jika PPBM menang dan masih menerajui kerajaan, Mahathir dan partinya PEJUANG akan menyokong kerajaan yang menang. 3-4 kerusi yang dimenangi PEJUANG penting bagi kerajaan. Azmin akan membentang karpet merah kepada Mahathir menyertai kerajaan. Ketika itu file Muhyiddin pula Mahathir buka. Muhyiddin berada lama di bawah Mahathir. Semua penyelewengan Muhyiddin ada dalam genggaman Mahathir. Dan di ketika itu, dalam Bersatu akan terbentuk team Azmin untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mengangkat Mahathir sebagai PM. Jawatan PM itu kemudiannya bakal diserahkan kepada Azmin dan Mukhriz Mahathir akan dilantik menjadi TPM.
JADI APA YANG PERLU UMNO LAKUKAN?
MUDAH. Pertama, jangan sesekali bekerjasama dengan PPBM dalam PRU15 nanti. Jika UMNO masih mahu bekerjasama, UMNO akan menjadi lemah dan hilang banyak kerusi. Tidak mustahil juga UMNO bakal gulung tikar dan diharamkan setelah PRU15.
Kedua, UMNO harus terus meyakinkan PAS bahawa MN adalah jalan terbaik dalam menghadapi PRU nanti.
Ketiga, jika PAS memilih untuk bersama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional, BN perlu yakin untuk bersendirian.
ELOK BERI ELAUN BULANAN M40, B40 DARIPADA KELUAR KWSP
Elok beri elaun bulanan M40, B40 daripada keluar KWSP
Oleh: Redzuan RF8 Media
Elaun bulanan selama setahun lebih wajar untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 dan kelas menengah M40 berbanding pengeluaran simpanan hari tua dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid.
“Tanggungjawab kerajaan membantu rakyat ketika susah. Bantuan bulanan harus diberikan kepada B40, M40.
“Ini bukan benda baru. Jepun buat, Singapura pun buat. Malah di Jepun beri pinjaman mikro untuk isi rumah. Bantuan bulanan dalam 6 bulan.” kata pengarah urusan DM Analytics.
Beliau yang menjadi penasihat ekonomi kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad diwawancara oleh The Malaysian Insight dalam program bual bicara Insight Talk. Wawancara bertajuk “Ada Apa Dengan KWSP?”.
Menurut Muhammed, skim pengeluaran dana KWSP bagi mereka yang terjejas pendapat akibat penularan Covid-19 tidak difikirkan dengan mendalam oleh kerajaan.
Skim itu “terlepas pandang” mereka yang memerlukan bantuan, ketika kebanyakan rakyat yang menghadapi masalah kewangan kesan pandemik ialah mereka yang berada dalam sektor tidak formal, yang mencarum secara sukarela dengan KWSP.
“KWSP tidak ada gunanya untuk mereka walaupun mereka ini yang sangat tertekan,” katanya.
“Jadi siapa yang kita cuba hendak bantu? Kalau kita hendak bantu mereka yang hilang pekerjaan atau yang kena potong gaji, mereka sepatutnya diberikan bantuan tunai.”
Semasa membentangkan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 khusus bagi mereka yang kehilangan kerja, sebanyak RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan.
Pengeluaran RM6,000 itu adalah tambahan kepada RM6,000 yang dibenarkan pada hujung Mac di bawah skim i-Lestari.
Pelbagai pihak termasuk parti politik terutamanya Umno dan Barisan Nasional bagaimanapun kemudian mendesak had dan skop pengeluaran diperluaskan.
Skim i-Sinar kemudian diperluaskan kepada 2 juta ahli KWSP yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan untuk mengeluarkan caruman dari Akaun 1, antara RM9,000 hingga RM60,000 tertakluk kepada baki simpanan.
Skim itu sekali lagi dipinda dan diumumkan pindaannya semasa Zafrul menggulung perbahasan Belanjawan 2021 peringkat dasar pada Khamis lepas.
Mereka yang sebelum ini dibenar mengeluarkan 10% daripada simpanan atau minimum RM9,000 kini diberi kelonggaran membuat pengeluaran sehingga RM10,000 dan memberi manfaat kepada 8 juta pencarum.
Kelonggaran yang kerajaan beri untuk mengeluarkan simpanan hari tua rakyat bagaimanapun dikritik oleh banyak pihak yang melihatnya sebagai petunjuk keadaan suram ekonomi dan dasar kerajaan yang gagal menangani isu kos sara hidup.
Belanjawan 2021 juga mencadangkan pengurangan caruman pekerja daripada 11% kepada 9% bagi menambah aliran tunai mereka.
Menurut Muhammed, kerajaan “tersalah keutamaan” dalam Belanjawan 2021 apabila menyediakan dana yang besar untuk menubuhkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), serta memperuntukkan bonus kepada kakitangan awam.
“Apa sebab beri bonus kepada kakitangan awam, mereka bukan hilang pekerjaan dan tak kena potong gaji.
“Lebih baik kalau (peruntukan) itu diberi kepada mereka yang hilang pekerjaan atau yang bekerja di sektor tidak rasmi.
“Soalnya bukan kurang dana tetapi pengagihannya tidak betul,” tambahnya.
Secara keseluruhannya, beliau berkata Belanjawan 2021 dengan cadangan perbelanjaan RM322.5 bilion dan RM305 bilion pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan pada awal tahun ini bagi menampan kesan pandemik ke atas ekonomi, tidak memuaskan dari segi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Tiada bantuan baharu, katanya, ketika bantuan tunai sudah sedia wujud sejak ia diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak, yang ketika itu dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Bantuan ini disalurkan dari 2012 hingga 2019 dan ketika itu tiada krisis.
“Apabila ada krisis, bantuan tambahan dan bantuan bentuk baharu perlu diberi. Tetapi tiada bantuan baharu untuk tahun depan,” katanya.
MALAYSIA BERDUKA..MANA LEBAI BMF???
MALAYSIA BERDUKA. - Gambar profil aku dihitamkan sehingga mereka terlibat diheret.
Sampai RM30 juta daging seludup tak disembelih, siap diedar seluruh Malaysia. Boleh bayang 1,500 tan banyak mana? 1.5 juta kg. Susun dalam lori 3 tan, ada 500 buah lori. Kalau disusun lori-lori tu, ada 3km panjang dia oi.
Belum disahkan lagi ada negeri terkecuali daripada menerima daging ini. Kena tunggu keputusan rasmi. Lebih parah, menurut PPIM, daging halal lain bercampur dengan tak halal dalam 1 gedung.
Masa ni lah rindu negeri Kelantan, rakyat dia support kaw-kaw daging sembelih sendiri. Masa ni lah, terkenang projek mega Shahrizat yang memang asalnya dibuat demi persediaan nak hadapi isu ini, tiris setirisnya.
Akhirnya, isu daging beku ini telah tiba ke kemuncaknya.
Saya dah seru ahli keluarga sendiri, mula pulaukan segala mak nenek yang berkait DAGING BEKU. Semua kena ditahan serta-merta. Fastfood, pasaraya, restoran, warung, kedai mamak, food apps, makanan proses sejuk beku, SEMUA.
KECUALI, mereka yang declare daging masing-masing dapat dari mana dan dokumen sekali. Kalau berani, semua kedai makan declare daging kalian datang dari mana. Kalau berani, tunjuk resit dari pembekal/pasaraya mana.
Masa ni lah, pengembala ternakan daging, kalian kena munculkan diri, tampil war-warkan kewujudan anda. Selama ni iklan korang kena sabotaj kartel setempat, selama ni produk daging segar korang sampai dianaktiri walau dalam freezer pengedar.
Masa ni, aku teringat pakcik aku di Kluang yang bela ayam sampai berpeluh naik turun lori, sampai demam memikirkan nasib ayam-ayamnya yang bersaing dengan produk beku. Mudah-mudahan terjawab doa kalian.
Masa ni kalau korang nak mengepak, terbang, ini memang peluangnya. Harga naik kerana supply dan demand. Kalian patut jadi hero di saat ini.
Masa ni, baru kau nampak hak-hak haiwan di zoo yang selama ni anak beranak yang conquer jawatan dalaman tu. Buat semua haiwan karnivor di zoo seluruh Malaysia, kami kembalikan hak keperluan daging buat santapan kalian. Selama ni kalian kurus kering kerana rakusnya tangan-tangan manusia. Mungkin daging tak disembelih ini adalah hak kalian yang tertangguh.
Tak pasal Majlis Mufti nak kena bersidang lepas ni untuk setkan status daging yang dah beredar.
Sekarang ni baru aku faham, macam mana daging yang asalnya berstiker 'buffalo' bila sampai ke Pasar Selayang terus dilabel 'beef'. Misleading sesuka hati dia ya. Rupanya status 'halal' pun cuma di stiker je ya. Memang &#*$&$
Baru aku faham, kenapa orang Bangladesh Muslim yang merantau ke Malaysia bermati-matian tak mahu daging beku. Kau bagi makan free fast food pun dia tengok kita atas bawah.
Baru kau faham, kenapa mereka sanggup pikul ayam hidup naik motor/lori. Sanggup sembelih sendiri dalam toilet asrama mereka, sampai jiran mengadu bunyi ayam bising. Sanggup buat tempat sembelihan tak berlesen di belakang kedai-kedai runcit bangsa mereka.
Kerana...
Orang mereka sendiri menjadi saksi kepada perjalanan daging beku di tanah air kita ini.
Kita sudah nampak sejelas-jelasnya kali ini.
Aku percaya, berapa pihak dah 'tertampar' muka masing-masing kerana kes ini. Dari atas sampai ke bawah. Dari pemegang resit sampai ke stereng. Dari tangan ke tangan. Habis maruah Malaysia dan JAKIM sebagai leader No 1 sijil halal dunia. Habis lebur maruah tanahair.
Kesian kedai-kedai makan halal. Dahlah ekonomi tengah semput sekarang ni. Habis satu Malaysia kena tampor. Tali barut nak lari pun kemain senang, pintu gate terbuka luas.
Heret. Jangan tak heret.
MALAYSIA BERDUKA. - Gambar profil aku hitamkan sehingga mereka terlibat diheret.
COVID, dengan izin Allah, you're such an interesting lesson for us.
KWSP RM10k, GKP RM3k, BPN dll, akhirnya akan beralih tangan ke pengusaha daging segar yang halal.
Finally, the cash cycle has been shuffling up.... Again.
Berita lanjut:
https://www.sinarharian.com.my/article/112898/LAPORAN-KHAS/Kartel-tukar-daging-haram-jadi-halal
Lagi video:
https://youtu.be/d6E9U_EOFYc
https://youtu.be/kJnRKyCZpUY
MENAMBAH LAGI PERISA KEBURUKAN LEBAI...
Lima lagi laporan diterima, polis gesa semua mangsa ustaz selebriti tampil
Polis Selangor menerima kira-kira lima lagi laporan dibuat mangsa jenayah seksual membabitkan pendakwah selebriti yang ketika ini masih dalam tahanan reman.
Semua laporan itu diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Petaling Jaya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.
“Siasatan masih berjalan, setakat ini dua daerah terima laporan polis berhubung tindak laku pendakwah terbabit. Polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang.
“Jumlah laporan terkini kira-kira empat hingga lima, jadi kita menggesa semua tampil ke hadapan sekiranya mereka menjadi mangsa pendakwah ini,” katanya.
Noor Azam berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mudah tertarik dengan cara pendakwah itu meyakinkan mereka.
“Kebanyakan mangsa masih muda, usia sekitar 21 hingga 25 tahun, mungkin tertarik dengan pendakwah itu kerana cara dia mendekati mangsa dalam usia sebegini.
“Apabila dia menggambarkan diri dia sebagai pendakwah yang boleh menenang dan meyakinkan mangsa terutama bercakap lebih menjurus kepada keagamaan, ini menjadi tarikan kepada mangsa.
“Tarikan dari segi rupa paras itu bergantung pada yang melihat, ada nampak dia tampan, ada sebaliknya tetapi cara dia bercakap yang dapat menarik mangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman yang disampaikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, selaku Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Berhubung dakwaan peserta program realiti Da’i itu menggunakan ilmu pengasih, katanya, setakat ini pihaknya tiada maklumat mengenainya.
“Ilmu pengasih saya tidak tahu, tapi kadang-kala lelaki warga asing kulit hitam pun boleh dapat gadis yang muda cantik juga.
“Ini bermakna cara bercakap, mendengar masalah, itu yang menjadi kelemahan wanita apabila mendapat nasihat dan tunjuk ajar.
“Itu adalah satu faktor yang penyebab mereka terjerat dengan pendakwah terbabit,” katanya.
Beliau berkata, semua laporan dibuat mangsa akan disiasat dan dikumpulkan daripada pelbagai sudut, termasuk bagaimana perkenalan mereka serta medium digunakan.
“Bila siasatan lengkap, kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan fakta dan bukti, sama ada boleh dakwa atau tidak, keputusan itu terpulang kepada pihak pendakwaan,” katanya.
Ketika ditanya mengapa kebanyakan mangsa mengambil masa lama untuk membuat laporan polis, katanya, berkemungkinan masing-masing malu kerana membabitkan maruah diri.
“Kadang-kadang mangsa malu, kita tidak boleh salahkan mangsa sebab ini melibatkan maruah tetapi apabila seorang keluar, mesti dua tiga orang mangsa akan keluar lagi.
“Jadi, saya menyeru, yang pernah jadi mangsa datanglah ke balai dan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan, tidak perlu takut,” tambahnya lagi.
WARISAN SABAH KENA PILIH ANTARA DUA - DENDAM KEPADA ANWAR LEBIH UTAMA ATAU RAKYAT SABAH LEBIH UTAMA?
Sepanjang perbahasan dan pengundian di peringkat Kementerian
yang sedang berlangsung di Parlimen sekarang, nampaknya Warisan langsung tidak
menunjukkan minat membawa suara rakyat.
Di peringkat pengundian belah bahagi yang telah berlangsung
setakat ini, parti Warisan seolah-olah melupakan tanggungjawab mereka untuk
menentang segala kepincangan yang berlaku di peringkat bajet kementerian di
mana ahli-ahli Parlimen Warisan tidak mengambil bahagian hanya kerana dikatakan
tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim. Apakah dengan mendendami Anwar maka
nasib rakyat khususnya di Sabah akan terbela?
Ini bukan soal sokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang atau
sebagai PM. Ini waktu pengundian bajet di setiap kementerian dan ini lebih
terperinci dan lebih utama dari pengundian di peringkat dasar. Apakah apa yang
diumumkan di peringkat dasar itu benar-benar direalisasikan dengan betul atau
hanya perisa di dalam bajet sahaja?
Hari ini difahamkan satu usul yang amat penting yang akan dibawa
oleh wakil dari Sabah sendiri untuk rakyat Sabah. Saya penuh yakin, semua MP
dari PH tiada masalah untuk menyokong usul ini dan akan menentang apa jua
keputusan dari pihak kerajaan yang merugikan rakyat termasuk di Sabah. PH tetap
berjuang untuk rakyat Sabah.
Persoalannya, adakah semua MP dari Warisan masih kekal dengan
keputusan untuk boikot pengundian hanya kerana mahu tunjuk keegoaan mereka?
Rakyat Sabah hari ini mahu melihat wakil rakyat mereka berjuang untuk mereka
bukannya untuk melihat wakil rakyat yang mereka pilih bermain politik dendam.
Mengapa harus ikut telunjuk Mahathir sehingga sanggup mengabaikan kepentingan
Sabah? Apakah setelah Warisan tidak lagi menjadi kerajaan negeri maka
terhentilah tanggungjawab mereka terhadap kepentingan Sabah?
PH sentiasa komited dengan agenda rakyat. Kita membenarkan bajet
dasar ini tanpa kita membantah keras dengan mengadakan undian belah bahagi
adalah kerana ingin melihat sejauh mana kerajaan PN serius di dalam
melaksanakan apa yang mereka bentangkan. Apabila ada kepincangan, kita
menolaknya di dalam undian di peringkat ini. Kalah menang soal kedua, tetapi
kita harus beritahu rakyat bahawa PH bukan bermain politik di dalam perkara
besar seperti bajet ini.
Saya harap Warisan akan berani bersuara untuk rakyat. Jika isu
rakyat Sabah pun Warisan tidak mampu perjuangkan, biarkan saja kami di dalam PH
akan mempertahankannya. Jangan izinkan MITI di bawah Azmin memperkotak-katikkan
kepentingan Sabah.
WFAUZDIN NS
APA PUNYA MERAPU MB KEDAH NIH?
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ada simpan data kewujudan di perut bumi Malaysia segala mineral dan galian berharga. Lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilai dll.
Semalam sy menonton video hebahan oleh mb kedah Sanusi Mohd Nor yg menyebut nilai Rare Earth Element (REE)di Sik bernilai RM43trillion!( kemudian dibetulkan mjadi RM62bilion).
Komen saya
1. Angka RM43trillion tak masuk akal, angka RM62 bilion juga merapu( rujuk info dlm web kementerian dan terus ke jabatan mineral dan geosains.. baca)
2. Di Sik REE ini ditemui di hutan simpan bukit enggang di kawasan seluas 50,000 ekar dgn anggaran 250ribu tan bernilai USD3bilion( lebih kurang 3 x 4.08 = RM12.24bilion!). Mana datang RM62bilion?
3. MB umum lesen teroka telah diberikan kpd sebuah sykt dari KL. Ini proses pertama. Hanya sykt ini dibenar masuk dan ambil sample tanah utk dianalisis dsb. Akan ada proses selanjutnya seblm REE boleh diusaha hasil. Yang perlu diingat lesen teroka ini bukan lesen masuk dan tebang balak lebih2 lg bukit enggang ini statusnya hutan simpan.
Sy akan ikuti dari dekat setiap tdkn kjaan kedah dan berkongsi info dgn rakyat kedah khususnya rakyat kulim bandar baharu. Lebih2 lg sbb di Hutan Simpan Gunung Bongsu , Kulim juga ada galian ini di kawasan seluas 62,500 ekar dgn anggaran 312,500 tan bernilai USD3.75bilion.
Kot-kot laa lepas Sik depa mai kot Kulim pulak
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, AHLI PARLIMEN KULIM BANDAR BARU/SETIAUSAHA AGUNG PKR.
Kongsikan artikel ini
PINDA PERUNTUKAN JASA LAWAN COVID 19
Pinda peruntukan JASA lawan Covid 19
Oleh: Redzuan RF8 Media
Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) meminda nama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kepada J-KOM dan janji Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk mengurangkan peruntukan kepada agensi propaganda kerajaan itu tidak membawa apa-apa makna.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, sekiranya kerajaan PN benar-benar ikhlas untuk memfokuskan peruntukan kepada usaha memerangi Covid 19 maka pindaan Belanjawan 2021 hendaklah memansuhkan terus peruntukan RM85 juta kepada J-KOM.
“Apa yang boleh diharapkan kepada kerajaan tebuk atap ini? Memang tidak boleh dipercayai. Zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah kita sudah batalkan tetapi kerajaan PN hidupkan semula dan ia ia dilihat sebagai propaganda untuk kerajaan sahaja.
“Fungsi JASA terbukti bertindih dengan kementerian sedia ada. Bayangkan JASA ada 30 kakitangan tetapi peruntukkannya sampai RM85 juta. Sepatutnya digunakan untuk tangani masalah Covid-19 ketika dan lihat keperluan yang lebih utama, bukannya membazir.
“Kalau betul PN kerajaan yang jujur dan ikhlas, batalkan terus JASA dan Zafrul tidak perlu meneruskan peruntukkan untuk JASA ini. Kerajaan tebuk atap hanya pandai menipu dan tidak logik untuk berlaku jujur,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Kata Azan lagi, rakyat yang bijak berfikir boleh menilai bagaimana Menteri Kewangan hanya mahu mempengaruhi pemikiran rakyat apabila menjanjikan pelbagai peruntukan tetapi dalam isu-isu pembaziran mereka tidak pula mahu membatalkan peruntukan.
“Zafrul umum peruntukkan untuk rakyat dan tujuan dia jawab di Parlimen hanyalah untuk mengambil hati rakyat. Dan tujuannya untuk kita (Ahli Parlimen PH) percaya dan bersama-sama meluluskan bajet itu.
“Zafrul memotong bajet untuk rakyat boleh, untuk tambah (bajet kesihatan) dia tak boleh. Dia tetap berdegil dengan angka dia,” katanya sinis.
GRM yakin kebijaksanaan percaturan politik Anwar
Gabungan Reformis Malaysia (GRM) berkeyakinan Pengerusi Pakatan
Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kebijaksaan politik tersendiri
dalam percaturan politik negara.
Menurut Penyelaras GRM, Mustaffa Kamil Ayub, rakyat Malaysia juga semakin matang dalam menilai politik negara dan mampu menangani menangani sebarang kemelut.
"GRM memahami langkah strategik yang diambil oleh Datuk Seri Anwar dalam mengendalikan urusan Rang Undang Undang Perbekalan 2021.
"Kami juga berkeyakinan dengan kebijakan yang diambil oleh Anwar dalam melakar persefahaman baharu bersama bagi mengembalikan mandat rakyat dalam PRU 14 dengan Agenda Reformasi sebelum PRU 15, melalui proses yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
"GRM turut menjunjung kasih atas sebarang kebijakan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut politik negara bagi mewujudkan kerajaan yang stabil, dihormati dan mampu membawa Malaysia ke era yang makmur sejahtera," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, GRM menyeru rakyat supaya terus bertenang dengan ikhtiar kehidupan diteruskan, memperbanyakkan doa dan solat hajat agar dikurniakan keselamatan dan kesihatan Kebawah Duli Yang Mana Mulia Yang di-Pertuan Agong.
GRM yang diwakili 10 NGO reformis juga meminta para aktivis menjunjung tinggi institusi Raja Berperlembagaan Malaysia serta menghayati semangat baharu "Reformis sedia berkhidmat, Reformis terus berjasa".
SUMBER BANYAK YANG TIDAK DIURUSKAN DENGAN BAIK
Mohd Sharif Mohd Mukhlis
Apa yg aku cuba sampaikan ialah...perkara ini tidak mustahil. Malaysia ni Allah anugerahkan mcm2 minerals dan komoditi. Cuma tidak diuruskan dgn baikMengikut sejarah zaman dulu, galian besi di Merbok Kedah adalah antara yg
terbaik
di dunia utk dibuat pedang dan kelengkapan perang.Zaman dulu, China dan Thailand memanggil Semenanjung Malaysia sebgai The Golden Peninsular. Kenapa?
Jawapannya tertanam 2,000 kaki di bawah perut Semenanjung Malaysia dgn bongkah yg sgt padu bernilai TRILLION USD. Klau ikut Teori Konspirasi la...aku tak pasti betul ke tidak bab ni...Kununnya USA dan China berebut mahu Malaysia disebelah negara masing2 disbbkan perkara ini. Wallahualam.
Aku dedahkan setakat perkara yg aku tahu ni bila Sanusi mula berckp pasal "Mineral" berharga ni dgn nilai yg tak masuk akal. Bagi Benefit of the Doubt dulu. Adakah mereka being approach by a group of European Geologist dgn satelite images? Who knows?
APA YANG SEBENARNYA
MOHD MUKLIS MOHD SYARIF
Sebenarnya rare earth tu depa bukan nak sangat pun, nak process pun tak reti belum campur dengan toxic waste dia tak tau nak campak ke mana. Tapi lebai, and modus operandi depa biasalah apa lagi. Tengok status tanah tu pun dah tau sebab apa. Kes dia macam lebai Kelantan kena scam karbon creditla.
Tu la nak habaq, depa ni bukannya cerdik pun, Negeri depa budget
semua defisit, tapi dia punya sembang macam pakar kewangan antarabangsa. Nak
buat camna, jadi MB pintu belakang, dapat la yang haq IQ atas sikit dari biskut
marie.
MANA SATU BETUL NYA NI...
BOB KELANANG
HOYOO… ini bukan salah titik perpuluhan ni… bukan typo, ni namanya nak menipu…
43 trilion dan 62 bilion, jauh sangat perbezaannya… bukan sikit tu…
KOH KOH KOH… jilaker!!
GEMPAR!! DANA NAIK TARAF PEJABAT MENTERI 119 KALI BANYAK DARI MAJUKAN LADANG!!
Datuk Seri Dr
Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mempersoalkan mengapa peruntukan untuk
menaik taraf pejabat Menteri Perusahaaan Perladangan dan Komoditi dalam
Belanjawan 2021 mencecah RM23.8juta.
Pengarah Strategi
AMANAH itu mempersoalkan jumlah peruntukan itu memandangkan hanya RM200,000
diperuntukkan bagi Program Pembangunan Kepakaran Perladangan dan Komoditi
(00526).
“Saya celah YB Sepang
(Hanipa Maidin) berucap meminta Menteri jelaskan, di mana prioriti Menteri?”
soalnya.
Peruntukan bagi
menaik taraf pejabat menteri itu adalah 119 kali ganda lebih banyak berbanding
usaha untuk memperkasakan kepakaran peladang.
Semalam, peruntukan
bagi Kementerian Perusahaaan Perladangan dan Komoditi dalam Belanjawan 2021
lulus di peringkat jawatankuasa dengan melalui proses undi belah bahagian.
Lebih 15 Ahli
Parlimen bangun meminta undi belah bahagian dibuat selepas undian mengikut
suara.
Rang Undang-Undang
Perbekalan 2021 bagi kementerian itu lulus di peringkat Jawatankuasa selepas
sejumlah 108 Ahli Parlimen mengundi menyokong, 95 tidak bersetuju manakala 17
tidak hadir.
Turut diluluskan
semalam peruntukan bagi Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara.
Ini menjadikan
peruntukan bagi kementerian yang telah lulus di peringkat jawatankuasa setakat
semalam ialah lima dengan dua daripadanya diluluskan mengikut undian suara
terbanyak manakala tiga melalui proses undi belah bahagian.
Isu berhubung EPF dan Moratorium Terpanggil merungkai
ENG HUAT KOH
Isu berhubung EPF dan Moratorium
Terpanggil merungkai
Isu yang
berbangkit adalah :-
A) EPF - kebenaran mengeluarkan duit simpanan hari tua
B)Moratorium- penangguhan bayaran ansuran utk :-
I) Pinjaman Sewa Beli utk pinjaman kereta- kadar bunga tetap.
Tiada bunga tambahan utk tempoh penangguhan
ii) Pinjaman Perumahan- kadar bunga berasaskan baki pinjaman.
Kadar bunga masih dikenakan utk tempoh penangguhan
Keperluan EPF
dan Moratorium
Rakyat terkesan dan bantuan kerajaan tidak mencukupi dgn kos
sara hidup
Rasional -
Dari Aspek Belajawan Dan Peranan Kerajaan
Kedua-dua Isu
ini tidak mempengaruhi PERUNTUKAN KERAJAAN didalam BELANJAWAN
-Keperluan dan Peranan Kerajaan hanyalah sebagai PENGANTARA
Langkah Kerajaan Didalam Isu Ini
Kerajaan seolah-oleh gagal memahami dan tidak menunjukan
keperihatinan
Langkah Yang
Sepatutnya Di ambil oleh Pihak Kerajaan Yg Prihatin:-
1) Isu EPF - sekiranya berkemampuan kerajaan sepatutnya
mempertingkatkan bantuan atau suntikan subsidi upah terutama kpd golongan
terkesan tidak kira B40 mahupun M40. Sebaliknya kiranya tidak berkemampuan
kerajaan sepatutnya membenarkan
2)Isu Moratorium:-
a)Pinjaman Sewabeli - sepatutnya mengarahkan pihak bank
membenarkan secara automatik kerana
bank hanya kerugian denda lewat sebanyak maksimum 8% keatas
ansuran Tertunggak. Utk rekod Untuk setiap ansuran bulanan sebanyak RM1000
denda lewat yg terpaksa di tanggung hanya berjumlah RM6.57 sahaja {(RM1000 X 8%
X30 hari)/365 hari} utk sebulan.
b)Pinjaman Perumahan - Sepatutnya Kerajaan mengarahkan bank
memberi kebenaran kpd peminjam kerana keuntungan tidak terjejas hanya
kekurangan untung sebab tidak dibenarkan penggenaan caj lewat. Seperkara lagi
disebabkan kadar bunga adalah berasaskan baki pinjaman, kerajaan sepatutnya
mengarahkan kadar bunga yg dibenarkan adalah pada KADAR BUNGA ASAS yg telah
merangkumi kos pinjaman dan kos pengurusan bank
DIHARAP PENCERAHAN DIATAS ADALAH JELAS IBARAT SUDAH TERANG LAGI
BERSULUH