Tahniah lah dah menang 5-0 tetapi….

 

Tahniah lah dah menang 5-0 tetapi….




MENTERI BESAR PARTI MENANG SATU KERUSI HADAPI UJIAN GETIR


Beliau berpendapat, usul undi percaya itu menunjukkan bahawa saluran biasa di dalam kerajaan tidak lagi efektif untuk UMNO bersuara sehingga mereka terpaksa berbuat demikian. "Dahulu mereka kutuk PAKATAN HARAPAN dan saya sendiri dituduh menjatuhkan Ahmad Faizal sedangkan kita tak pernah bawa usul sedemikian. Tetapi sekarang UMNO sendiri tidak tahan sehingga terpaksa main kasar.

BERTABAHLAH KELUARGA ADIB..MEREKA TELAH MELUPAKAN KERANA TELAH MENJADI KERAJAAN.

 




Bertabahlah wahai keluarga Arwah Adib. Mereka dah jadi kerajaan tebuk atap, mereka tengah leka diulit kemewahan dan kerusi empuk di Putrajaya. Mana ada masa untuk fikir jauh sekali untuk berhimpun melaungkan pembelaan ke atas arwah?

Tunggulah, tidak lama lagi mereka akan jadi Pembangkang semula dan waktu itu bolehlah kita dengar nasib Arwah Adib ini diperjuangkan.

"Usah diharap padi di seberang,

Entahkan jadi entahkan tidak,

Usah diharap lebai di Marang,

Mulut tersumbat dipenuhi dedak"

WFAUZDIN NS



Kisah politik yang ramai orang tak perasan...


Hamdan Taha


Apabila Tun M bagun tidak menyokong budget seramai 13 orang sahaja. Ada peristiwa belaku selepas itu....


Azmin Ali mulakan buat pendedahan tentang TunM. Perkara ini selama ini tidak berlaku,seolah olah Tun M dan Azmin Ali ada perjanjian tersembunyi. Tetapi apabila Tun M tak kuat dan ada sokongan tapi kecil Azmin mula buat pendedahan. Ini sangat menarik...akhirnya Azmin dan dr m saling berbalas serangan....maka terdedah lah berbagai perkara.

Pendedahan Azmin Ali

1. PN adalah gerakan terancang yang di mulakan oleh Tun  M dan tujuan utama adalah menukarkan Kerajaan PH.

2. Perancangan Tun M bukan lah baru tetapi daripada awal kemenangan PH. Tun Dr M meminta Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali bergerak ke arah itu dengan segera

3. Perancangan Tun  M untuk mengagalkan Anwar Ibrahim menjadi PM selepas beliau

4. Tun Dr M mahu kekal menjadi PM sehingga habis penggal

5. Tun Dr M mahu umno di matikan dan di musnahkan terutama kebangkitan semula Dato Najib....

Jawapan Balas oleh Tun dr M terhadap pe jelasan Azmin.

1. Azmin ali mempunyai masalah besar dengan Anwar dalam PKR

2. Video sex antara azmin dan haziq itu betul dan benar tetapi ianya telah di rancang oleh musuh Azmin iaitu Anwar Ibrahim. Walaupun perkara itu benar berlaku tetapi kerana tujuan video itu di buat kerana politik dan menjatuhkan pihak lawan maka tun dr m mempertahankan Azmin Ali.

3. Azmin Ali bercita cita tinggi iaitu mahu menjadi TPM dan PM sehingga boleh melakukan apa saja dan berjaya sekarang mendapat jawatan TPM dan Bakal PM

4. Tun dr m berkata perancangan menjatuhkan PH bukan datang dari beliau tetapi dari pihak azmin dan hamzah juga TSMY.

5. Tun dr m mengesahkan video sex azmin itu benar dan betul berdasarkan kenyataan balas tun dalam tulisan beliau. Tafsiran itu boleh di fahami jika di baca

Apakah perasaan umno dan pas bila bekas PM mengesahkan tentang video itu. Apakah pas dan umno boleh menerima pemimpin yang tidak bermoral ini....bukan tersembunyi kisah ini tetapi adalah nyata...

Apakah kita kena sokong azmin ali.....aduhh berat



KEJATUHAN INDUSTRI PENERBANGAN KESAN DOMINO KEPADA EKONOMI


TENGKU ZAFRUL MAIN SILAP MATA MORATORIUM, KWSP, MP UMNO U-TURN


JANGAN SERANG SANGAT PKR, NANTI BERTANDING SEMUA KAWASAN BARU TAHU

 JANGAN SERANG SANGAT PKR, NANTI BERTANDING SEMUA KAWASAN BARU TAHU

JIKA AZMIN MASTERMIND KENAPA SEWAKTU MELEATKKAN JAWATAN TIDAK BERBINCANG DENGAN MAJLIS PRESIDEN?

 AZMIN, MUHYIDDIN MASTERMIND PENUBUHAN PH – TUN M

SEBENARNYA IDEA PH BAIK..NAMUN GURU GURU INILAH ANTARA PENYOKONG KUAT BMF SEWAKTU PH MEMERINTAH.BIARKAN MEREKA MENDESAK PN SEKARANG INI.


 PENYERAPAN GURU KAFA KE JAWATAN TETAP - YB FUZIAH MAHU IDEA KERAJAAN PH INI DILAKSANAKAN 


Isnin 30/11 - Hari ini bermula perbahasan di peringkat Jawatankuasa - dan hari ini ialah giliran JPM dan MOF 

Saya telah membawa Usul untuk menambah peruntukan sebanyak RM1,900,000.00 kepada peruntukan JAKIM

untuk membolehkan projek rintis penyerapan jawatan tetap guru- guru KAFA bermula. Ini ialah usaha untuk menyerapkan batch yang pertama guru-guru KAFA kedalam Contract Of Service, satu usaha yang saya telah mulakan dari tahun 2018. 

YB Menteri Agama Dr Zulkifli telah pun berjanji bahawa projek rintis akan bermula pada tahun 2021. Beliau mengesahkan apabila menjawab soalan saya di Dewan Rakyat July 2020, bahawa usaha yang saya telah mulakan tersebut akan di sambung dan di teruskan. 

Sekiranya usul ini di terima, 

Maka penyerapan guru-guru KAFA ke jawatan tetap melalui Contract of Service dengan Gred S29 akan dapat dilaksanakan. Penantian selama 30 tahun akan berakhir. InshaAllah 


Doakan kejayaan. 

Bismillah.. Semoga Allah Permudahkan - Aamiin


YB HAJJAH FUZIAH SALLEH 

MP KUANTAN



Belanjawan 2021: Kenapa kelirukan dewan, moratorium, KWSP hanya keputusan kabinet



Moratorium pinjaman selama 6 bulan dan pengeluaran RM10,000 Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak sewajarnya diumumkan sebagai perkara utama dalam sesi penggulungan Belanjawan 2021 pada 26 November lalu.

Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz sengaja mahu mengelirukan anggota Parlimen apabila membesar-besarkan polisi berkenaan.

Sedangkan, katanya, belanjawan harus membentangkan perbelanjaan kerajaan sahaja, bukannya polisi KWSP atau moratorium bank-bank swasta.

Sebelum ini pun dalam pakej ekonomi melawan pandemik Covid 19, menurut Azan, moratorium dilaksanakan melalui keputusan kabinet dan tidak dimasukkan dalam belanjawan tambahan yang diluluskan di Dewan Rakyat, begitulah juga KWSP.

"KWSP itu duit simpanan rakyat Malaysia yang mencarum. Soal pengeluaran tidak ada kena mengena dengan perbelanjaan kerajaan dan kerajaan 'tebuk atap' tak ada sumbang satu sen pun untuk pencarum.

"Begitu juga soal moratorium. Walaupun ditambah dari 6 bulan sehingga setahun pun ia tidak menjejaskan apa-apa buat rakyat, yang kena bayar rakyat juga dan bukannya pihak kerajaan.

"Tetapi kedua-dua ini seolah-olah menjadi tumpuan kerajaan kononnya tumpu meringankan bebanan rakyat, sedangkan keputusan yang dibuat Menteri Kewangan itu tidak ada kena mengena dengan belanjawan pun.

"Kerajaan PN main 'silap mata' dengan rakyat untuk mendapat sokongan supaya belanjawan diluluskan sahaja," katanya ketika dihubungi.

Silap mata Tengku Zafrul pada 26 November lalu berjaya mengurangkan Ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyididn Yassin.

Banyak pihak menjangkakan sekiranya dua tuntutan Ketua Backbenchers BN, Najib Razak berkenaan moratorium dan pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP tidak dilayan maka Ahi Parlimen Umno akan menumbangkan Muhyiddin dalam Undi Belah Bahagi pada peringkat kelulusan dasar.



UNDI BELANJAWAN TAK SAMA DENGAN TUKAR KERAJAAN, BAGAIMANA JIKA UNDI MUHYIDDIN SENTIASA KURANG 111?

 


Semalam, Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi dua kementerian melalui undi belah bahagi.

Dua kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Bagi undian peringkat Jabatan Perdana Menteri, pihak kerajaan atau PN memperolehi 105 undi berbanding blok pembangkang 95 undi.

Untuk peringkat Kementerian Kewangan pula, pihak kerajaan memperolehi 107 undi, manakala blok pembangkang masih kekal dengan 95 undi.

Bermakna, sementara banyak lagi pengundian peringkat jawtankuasa akan berlangsung selepas ini, realiti yang harus diterima kalah PN telah menang 2-0 setakat ini.

Kelulusan di peringkat dua jawatankuasa tersebut tidak mustahil membuatkan PN akan memenangi kesemua pengundian belah bahagi selepas ini sebelum bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 dilakukan dan pengundian sekali lagi akan diadakan.

Kekurangan undi blok pembangkang adalah disebabkan ada beberapa Ahli Parlimen tidak hadir, selain lapan Ahli Parlimen Warisan memutuskan memulau pengundian kerana tidak setuju dengan Anwar Ibrahim berhubung perubahan pendirian di saat-saat akhir yang diputuskan beliau selaku Ketua Pembangkang sebelum pengundian peringkat dasar sebelum ini.

Tetapi, kekurangan undi pembangkang itu tidaklah penting berbanding undi yang diperolehi oleh kerajaan atau Muhyiddin.

Dalam pembangkang, khususnya berkaitan Anwar yang sebelum mempersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong bahawa beliau memiliki sokongan yang kukuh dan meyakinkan, kekurangan undi itu harus difahami bahawa undi belanjawan tidak sama dengan sokongan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Berkaitan undi belanjawan, UMNO dan BN telah memutuskan untuk menyokongnya kerana dua tuntutan yang mereka minta iaitu berkaitan KWSP dan moratorium telah pun dipenuhi kerajaan.

Ia berbeza dengan sokongan yang telah dinyatakan oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan yang mana sehingga ini surat yang ditandatangani kedua-dua mereka yang telah dibawa ke Istana Negara tidak pernah dinafikan sampai hari ini.

Bermakna, jika ada usaha lagi selepas ini untuk menjatuhkan Muhyiddin oleh Anwar atau tiba-tiba Agong memanggil semula ketua-ketua parti mengadap baginda kerana ia tertangguh berikutan Covid19 sebelum ini, kedudukan Perdana Menteri masih lagi tidak selamat.

Selagi surat itu tidak dinafikan, usaha menukar kerajaan melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO masih lagi terbuka, walaupun mereka menyokong belanjawan diluluskan.

Menyokong belanjawan adalah berkaitan peruntukan pembangunan dan kebajikan untuk rakyat, manakala menjatuhkan Muhyiddin adalah demi masa depan sebelum terus dibuli dan ditelan oleh Bersatu.

Pengundian di peringkat dua jawatankuasa semalam dengan jelas memperlihatkan Muhyiddin hanya memperolehi paling tinggi sebanyak 107 undi saja.

Jumlah keseluruhan Ahli Parlimen ialah seramai 222 orang dan berdasarkan kedudukan itu, majoriti paling minimum ialah 112.

Begitu pun, oleh kerana dua Ahli Parlimen telah meninggal dunia – Batu Sapi dan Gerik – sepatutnya undi majoriti paling minimum yang diperolehi Muhyiddin adalah 111.

Tanpa jumlah tersebut, bermakna Muhyiddin memang tiada sokongan majoriti dan kerajaannya dianggap tidak sah.

Bagaimana jika semua pengundian peringkat jawatankuasa atau kementerian selepas ini, semuanya memperlihatkan tiada satu pun undi yang diperolehi mencecah 111?

Bolehkah Muhyiddin terus berbangga dengan keududukannya sebagai Perdana Menteri?

Sebab itu, strategi Anwar dan PH membiarkan pengundian diheret sehingga ke peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga adalah suatu keputusan yang bijaksana.

Ia akan memperlihatkan kepada dunia bahawa setiap hari ketika ada pengundian, majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin terdedah secara terbuka.

Undi yang diperolehi untuk menjatuhkan kerajaan tidak lagi menjadi persoalan pokok, tetapi yang utama ialah mengapa undi Muhyiddin sebagai kerajaan tidak pernah sampai kepada angka 111?

Akhirnya, apa moral yang tinggal pada PN dan Muhyiddin?

 

(Shahbudindotcom 01/12/2020)



Pembangkang yang kualitinya ke laut lepas

 

Terdapat banyak suara dan cemuhan bahawa pentadbiran Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin adalah kerajaan paling teruk dalam sejarah negara ini. Tambahan pula, yang menjadikannya lebih nista dan menjengkelkan ialah ia tidak diundi dan direstui majoriti rakyat sebagai blok politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Blok politik ini hanya terbentuk selepas PRU14, dan dijadikan satu platform sendal terompah untuk mengkhianati mandat rakyat. Lebih sadis, blok ini terlalu mewakili satu kaum.

Namun, satu hal yang kurang juga diperkatakan ialah negara ini juga memiliki barisan parti pembangkang paling haruk, cacamarba, bercemperaan, kelam-kabut, tidak bersatu, tiada hala tuju, wawasan ke laut, serbah-serbih, tunggang-langgang, simpang-siur, mabuk, tak semenggah, hiruk-pikuk, tertonggeng, terlentang dan ke laut. Bukan sebarang laut, tetapi laut lepas; nun jauh di Laut China Selatan.

Terdapat banyak sebab-musabab untuk menyangkut semua kata sifat dalam perenggan di atas dengan barisan pembangkang, Pakatan Harapan.

Saya akan beri 3 yang paling membuatkan pengundi atas pagar meluat, dan berfikir banyak kali; wajar dan berbaloikah jika mereka diberikan undi sekali lagi pada PRU15?

Pertama, ini ialah barisan pembangkang yang paling tidak jelas siapa ketuanya. Sebagai ketua pembangkang, si dia adalah calon bayangan perdana menteri untuk pentadbiran paling tidak stabil, paling entah apa-apa dan paling kemaruk dalam sejarah Malaysia moden, dan sejarah orang Melayu berparlimen.

Ketua pembangkang misalnya bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dengan sangkaan punya angka. Kita, yang duduk di atas pagar; selaku rakyat memerhatikan dengan jelak tikaman angka itu.

Kita diberikan khabar yang angin-angin bahawa angka itu mungkin saja ampuh dan kukuh kerana ada sekumpulan penyangak bersedia menghulurkan tangan. Like what?

Gara-gara itu, barisan pembangkang ini menjadi lebih kacau-bilau. Ada wakil dari Amanah misalnya, melompat ke parti gabungan itu, iaitu PKR, yakni sesama sendiri entah sebab apa.

Khabar angin secara meluas juga tersebar sesetengah wakil Amanah yang “kaki usrah rahmatan lil-alamin” ini cenderung kepada ketua pembangkang sebagai perdana menteri.

Dalam benak mereka, maqasid maqasid maqasid. Manakala yang selebihnya pula menerima dengan suam-suam kuku, suam-suam gusi, suam-suam ketiak dan suam-suam kelangkang ketua pembangkang itu.

Dalam DAP pula, ada yang tidak dapat menerima ketua pembangkang yang akan menenggek di atas punggung sehimpunan mereka yang ada kes. Sementara sekumpulan lain pula terhegeh-hegeh mengulum gula-gula yang diberi. Rakyat tidak faham. Rakyat tidak diberi isyarat yang betul.

Hal yang sama juga terkesan dalam parti ketua pembangkang itu sendiri. Terdapat satu falasi, jika ahli tidak menerima si A, maka ahli itu adalah puak B. Ini tidak benar.

Terdapat juga wakil atau ahli dewan yang tidak mesti memuja ketua pembangkang, dan tidak pula mesti berselimut dengan kumpulan yang meneran keluar dirinya, iaitu kaum pengkhianat.

Ada ahli atau wakil dalam parti itu memang ada fikiran dan kepala otak sendiri. Makanya, sokongan untuk ketua pembangkang itu sendiri tidak pernah padu padat.

Kedua, kita mempunyai jumlah pembangkang tertinggi dan ramai dalam sejarah negara, akan tetapi blok pembangkang ini gagal memiliki Kabinet bayangan yang utuh untuk dicermin dan dinilai rakyat.

Kami, tidak tahu markah yang harus diberikan kepada barisan pembangkang ini. Mereka terlalu bercempera sesama sendiri.

Di tengah-tengah itu, juga ada GPS yang kononnya keinginan mereka hanya untuk mengutamakan hasrat rakyat Sarawak. Macam ya!

Dalam masa sama, kita juga tidak merasakan kejelasan solidariti antara Warisan, Pejuang dengan blok pembangkang ini; yang jelas kerana mereka itu konon – bebas – ya ampun bebas macam apa? Manakala yang memilih untuk betul bebas, sekerat dua orang juga tidak terlihat punya kejelasan yang berwibawa.

Seorang manusia tidak ada istilah bebas, merdeka sesifar-sifarnya, dia si manusia ini tentu memiliki satu kecenderungan. Akan tetapi apa? Yang ini juga gagal dibaca rakyat menyebabkan kekeliruan berganda. Ini kerana ideologi yang sekerat dua ini juga menyebabkan kita pengundi biasa gagal menebak.

Pembentukan Kabinet bayangan ini tidak susah mana, jika blok pembangkang memang kuat dan tidak bercemperaan. Bahkan sesetengah wakil pembangkang ini sudah pun ada pengalaman dalam kerajaan selama 22 bulan, tetapi mereka tidak dilihat benar-benar bersedia menyelamatkan rakyat.

Ketiga, di tengah sorak-sorai belanjawan yang ditawarkan kerajaan sedia ada ini banyak kepincangannya, barisan pembangkang yang ramai ini tetapi kualitinya entah ke mana, tidak pun dapat menawarkan bajet alternatif jujur dan telus untuk rakyat.

Padahal sebelum ini, ketika pembangkang tidak seramai ini, mereka pernah dan telah menyediakan belanjawan tawaran secara tradisi dan ia menjadi panduan kepada rakyat atau pengundi atas pagar yang celik politik. Kali ini, tidak kali ini. Mereka ikut sama terbuai dengan ketidakstabilan kerajaan sedia ada. Orang bergaduh, dia pun syok bergaduh.

Tidaklah menghairankan sesetengah pihak melihat pihak kerajaan mahupun pembangkang patut dilaga dan dihantukkan kepala mereka antara satu sama lain.

Kegagalan jentera kerajaan dan pembangkang dapat dilihat pada satu sosok manusia. Nama manusia itu adalah Ebit Lew.

Kelihatan Lew tanpa berpijak mana-mana blok boleh menyediakan harapan untuk rakyat negara ini. Cuma, beliau masih berkebajikan atas nama kepercayaan agamanya. Jika Lew berlari membantu segala kaum lain dan agama selain Islam; maka beliaulah abah sebenar Malaysia.

Agak menyedihkan dalam keadaan krisis politik dan kesihatan yang begitu sengit ini, barisan pembangkang gagal muhasabah dan munasabah untuk menawarkan sesuatu yang hebat, dan memaparkan diri sebagai ganti yang berguna untuk kerajaan megafon hari ini.

Lebih dahsyat ialah formula pembangkang dan kerajaan hampir sama, iaitu gantinya; orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Iaitu orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua dari dekad 1980-an. Jadi, rakyat tidak dapat melihat bezanya.

Adakah Malaysia terperangkap dalam dekad 1980-an? Helo pembangkang, orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Pembangkang tua.

Terima atau tidak, bajet paling mahal kali ini bukan soalnya. Siapa pun yang dipilih ke Parlimen nampak gayanya macam hampas. Baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang. Kekal atau tidak pemimpin atau pimpinan sedia ada ini selepas hari ini bukan lagi bicaranya.

Kami, rakyat sudah meluat. Apa maksud meluat? Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan ia bererti “berasa hendak muntah; meloya”. Reti? Reti tidak duhai pembangkang?

Kami sudah jeran dan jelak. Kami malas. Tutup radio. Tutup TV. Tutup telefon bimbit. Tutup Twitter dan Facebook. Lagi satu, rencana ini tidak berbayar. Tiada jasa menabur bakti pada huruf dan perenggan yang sedang kamu baca ini.

Ini bukan rencana terserempak menteri sedang mengayuh basikal sambil mendengar lagu Whitney Houston.

Rasa hendak muntah dan loya ini tulen. Kerajaan dan pembangkang sama. Semua tentang kuasa. Kami rakyat menunggu mati.

 

BANYAK YANG TIDAK DIKETAHUI ISU GANGGUAN BEKALAN AIR SELANGOR


Kenapa saya tertarik pada PKR walau bukan ahlinya

 

Fokus sahaja pada parti kalian...


Image may contain: 6 people, crowd


Kenapa saya tertarik pada PKR walau bukan ahlinya

SAMPAI BILA MELAYU & CINA ADA PERASAAN SANGSI

Walaupun rakan2 saya mengatakan DS Anwar masih on track... saya mengambil pendekatan tidak mengapalah jika Anwar bukan menjadi PM yg penting parti PKR ini diperkukuhkan kerana ia parti masa depan jenerasi Malaysia.

Jika ditakdirkan Allah, Anwar bukan menjadi PM kita kena redha. Namun Anwar tetap akn dikenang oleh anak cucu kita sebagai jambatan rakyat melawan korupsi yg menjadi kanser rakyat negara ini. Anwar akn menjadi ikon Reformasi yg akn dikenang dari zaman ke zaman.

Bayangkan jika Anwar tidak berani. Maka semakin ramai pemimpin menjadi penyamun. Mcm dulu2 kita hanya menunjuk Istana hebat itu rumah wakil rakyat. Terima kasih Anwar kerana sanggup terkorban utk generasi Malaysia.

Saya yakin suatu masa nanti mungkin bukan generasi saya... cucu2 saya pasti akn dpt melihat Malaysia yg baru. Di mana Malaysia rakyatnya takut utk melakukan rasuah, hukuman yg tidak berbeza, pemimpin tidak menjadi kaya raya dan yg penting tidak ada permusuhan atau kebencian antara kaum yg kritikal lagi angkra politik.

Saban tahun bangsa Malaysia akn melahirkan generasi yg semakin bijak. Dgn kemudahan media sosial ini... rakyat tidak sukar lagi mendapat maklumat yg betul. Jika 60 tahun dahulu org Melayu hanya berani membisik ke telinga utk melawan kemungkaran ... kini segalanya dihujung jari.

Yg penting mesti ramai yg muncul berani menulis kebenaran. Semua org boleh menjadi pemimpin, penceramah yg ribuan membacanya. Rakyat perlukan maklumat dan ia tidak boleh terhenti. Percaya tak BN dulu ditewaskan kerana kuasa media sosial. Kerana keberanian saudara2 semua bukan kerana Mahathir.

Bukan sahaja lawan korupsi tapi tugasan kita menghapuskan kebencian antara kaum ini. Kalian di dlm PKR semua bangsa mesti memainkan peranan... yg Melayu tulis kebaikan org Cina, yg Cina tulis kebaikan org Melayu... begitulah juga bangsa India dan lain2.

Saya melihat PKR ini adalah parti masa depan. Ia akn menjadi hampir sempurna menjelang 2050. Pemikiran pemilik parti ini sgt jauh ke hadapan. Politik perkauman akn terhapus suatu hari nanti apabila cukup 70% org Melayu bijak.

Saya melihat di dlm PKR ramai Melayu, India, Cina, Dayak, Iban, Dusun, Bajau, Suluk, Bugis intelektual. Sebab itulah kekuatan PKR adalah di bandar2 besar buat masa ini. Teruskan Insyallah 20 tahun lagi kita akn dpt benar2 melihat Malaysia baru.

Anwar Ibrahim mungkin sudah tiada 20 tahun lagi. Harap2 Mahathir pun sama. Jadi apa yg kita perjuangkan adalah utk masa depan anak cucu kita sepertimana dilakukan oleh Ghandi... Jadi fokus perkuatkan PKR...suatu hari nanti mungkin parti ini boleh sendiran menjadi kerajaan kerana ia parti bangsa Malaysia.

Masihkah kita ingat kata2 ini hampir 100 tahun dahulu... We'll never surrender, we'll win or die you have to fight the next generation and the next...and I' live more than my hanger... ia kata2 hebat As Syahid Omar Mothar. Beliau tewas dlm kemenangan. Kemenangan Omar Mothar apabila perjuangnya yg disambung generasinya.

Utk saya... saya berbangga menjadi sebahagian pejuang2 kecil melawan kerosakkan politikus itu. Akhir kata Anwar tidak tewas walaupun dia gagal menjadi PM... dia sebenar menang. Dia adalah satu2nya pemimpin yg menerima sokongan begitu ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

 

NORMAN RADZUAN