JANGAN SERANG SANGAT PKR, NANTI BERTANDING SEMUA KAWASAN BARU TAHU
Jangan serang sangat PKR, nanti bertanding semua kawasan baru tahu
Oleh: Mohamad Saja
Saya tengok orang muda Amanah galak nak serang PKR. Depa tak baca yang ada move dalam PKR nak bertanding di semua kawasan.
Dan untuk PRU 16, Memang PKR yakin mereka boleh menang 55 peratus kerusi. Tak mustahil kalau invoke digital masuk campur. Sebab PRU14 pun salah satu faktor kemenangan adalah invoke.
Seperkara lagi. Tak mustahil dalam Amanah yang berjiwa PKR ramai. Mereka ni anytimes berduyun masuk sebab masa Amanah ditubuhkan mereka masuk kerana mereka mahu parti Islam yang lawan Pas.
Merit dan orang muda
Tapi bila dah jadi macam ni. Mereka nampak Amanah level walaun dia sama macam pas. Malah kekuatan sepatutnya boleh ganti pas tapi kekuatan setakat boleh menang di kawasan separa bandar. Lebih baik masuk PKR. Macam apa yang berlaku baru ni.
Dengan sentimen masyarakat malaysia menyampah dengan YB politik. Tak mustahil PRU masa depan ia melibatkan merit dan orang muda.
Waktu Anwar pun dah pencen. Malah DAP pun mungkin hilang kawasan mereka kalau orang Cina mengalih sokongan kepada PKR. Sebab DAP tak banyak ahli, harap sokongan saja.
Kajian terbaharu menyatakan Cina pun dah mula tolak chauvanisme dalam DAP. Persoalan, adakah Amanah waktu tu masih ada? Fikir-fikirlah jangan berpolitik setakat hidup hari ni.
U-turn undi bajet
Dalam isu bajet. Saya pun tak setuju dengan Anwar pasal u-turn keputusan mesyuarat. Cuma berpegang kepada prinsip dalam tentera yang saya belajar dari Sun Tzu dan pengalaman perang, risikan berbulan-bulan tak menjadi satu alasan kukuh untuk dikatakan relevan pada hari kejadian.
Mungkin alasan tu menyebabkan peristiwa 26 November berlaku. Yang lain, Allah saja yang tahu. Yang membuat keputusan kita tak tahu, mungkin ada hikmah lain.
Hang pa komen dan marah Anwar sebab dia gagal mengurus PH, tapi hang pa tak tahu Rafizi pun ada pendapat lain.
Rafizi bukan tak mahu campurtangan tapi dia tahu campurtangan tak boleh selesai masalah ekonomi sekarang. Elok tunggu PRU16. Tapi aku tak setuju waktu dah lewat. Usaha membina semula negara perlu dua kali ganda usaha.
Malah usaha seterusnya, ‘keras kepala’ Anwar perlu diredakan. Insyallah ada orang tengah cuba. Tak lama dah 18.12.2020. Lepas parlimen nanti kita boleh tengok apa move seterusnya.
Politik perjuangan panjang
Jadi kepada pemimpin muda Amanah yang nak baru up. Perjuangan politik ini panjang. Jangan tengok isu semasa tanpa lihat kesan masa depan. Saya nak pesan tu saja. Sebab pada saya politik ni level geli-geli saja.
Tak puashati buat pertemuan dengan presiden PKR dan nyata ketidakpuasan hati. Ni tembak macam ahli parti orang lain takda mata. Nasib baik ada orang macam Abang Mat dan Abang Din. Tengok abang mat. Matang.
Kita perlu berkawan dengan semua orang dan Anwar penting untuk PH. Tapi ide tak dikongsi oleh pemuda dalam Amanah. Jadi sapa yang tak pandai politik?
Sekian. Saya tiada kepentingan dan saya sekadar menulis.