30 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL
TERIMA KASIH KERANA MELAWAT WRLR. SILA TEKAN BUTANG > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI. SOKONGAN ANDA ADALAH AMAT DIHARGAI.
DEMI MEMULIAKAN TITAH AGONG, USUL UNDI TIDAK PERCAYA SEPATUTNYA DIDAHULUKAN SEBELUM BELANJAWAN DIBENTANGKAN
Sebagaimana dilaporkan media, terdapat 25 usul undi tidak percaya dan 2 usul undi percaya telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen untuk Sidang Dewan Rakyat bermula 2 November depan.
25 usul undi tidak percaya itu dikemukakan oleh wakil rakyat blok pembangkang, manakala 2 usul percaya pula datang daripada blok kerajaan.
Ini bererti, baik pembangkang atau kerajaan, kedua-duanya mahu soal keabsahan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri perlu segera ditentukan agar tidak berlaku lagi pertikaian di lain masa.
Begitu pun, dalam amalan lazim Parlimen, usul-usul persendirian sebegini tidak akan diberi keutamaan, melainkan setelah semua usul kerajaan selesai dibentangkan terlebih dahulu.
Dengan kata lain, adalah mustahil laluan boleh diperolehi untuk usul persendirian kerana usul kerajaan tidak akan habis sehingga hari kiamat sekali pun.
Kalau hampir habis pula, ada saja usul baru yang tiba-tiba muncul.
Tanpa kedudukannya Perdana Menteri dapat disahkan terlebih dahulu, apatah lagi Muhyiddin sendiri beberapa lagi menunda dan mengubah tarikh Sidang Parlimen, ia adakah suatu tindakan yang jelas menunjukkan beliau tiada majoriti.
Selain itu, dari semasa ke semasa juga terlihat semakin ramai Ahli Parlimen blok kerajaan sendiri mula bosan dengannya, dengan itu soal keabsahan beliau tidak boleh lagi dibiarkan terus berpanjangan.
Dalam bahasa yang mudah, untuk memastikan kerajaan yang stabil, tidak celaru dan dapat berfungsi dengan sewajarnya, mesti ada kata putus yang muktamad di Parlimen berhubung keabsahan Perdana Menteri.
Dengan pelbagai halangan untuk mengesahkan kedudukan Muhyiddin sejak lapan bulan lalu, maka wujud kecenderungan di kalangan Ahli- Ahli Parlimen untuk menjadikan pengundian Belanjawan 2021 pada Sidang Dewan Rakyt akan datang sebagai pilihan ke arah itu.
Jika belanjawan ditolak, bermakna kerajaan, bersekali dengan Muhyiddin, akan turut jatuh dan masuk parit bersama.
Menyedari gugatan itu, Muhyiddin kemudian mencadangkan perisytiharan darurat yang segmen utamanya ialah menggantung Parlimen dan mengelakkan belanjawan diundi.
Bagaimanapun, cadangan yang dipersetujui kabinet itu ditolak oleh Agong setelah mendapat pandangan Majlis Raja-Raja.
Dua hari lalu, sesuatu yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku telah muncul di mana Agong mengeluarkan titah agar Ahli-Ahli Parlimen menyokong dan meluluskan pengundian Belanjawan 2021.
Oleh kerana titah itu dikeluarkan selepas Muhyiddin mengadap Agong di Istana Negara bagi memenuhi jadual rutin sebelum menyuarat kabinet, ramai yang beranggapan bahawa Muhyiddin mungkin telah mengadu mengenai kedudukannya yang genting kepada baginda atau merayu agar talian hayat diberikan kepadanya.
Sementara blok kerajaan pastinya menarik nafas lega dengan titah tersebut, Ahli Parlimen blok pembangkang ternampak agak keberatan untuk akur begitu saja.
Rata-ratanya berpendapat, Agong hanya boleh memberi saranan agar Belanjawan 2021 disokong, tetapi tidak boleh sampai memaksa.
Sebab itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasituon menyebut, titah Agong harus dijunjung dengan cara Belanjawan 2021 itu diteliti, dikaji dan dibahas terlebih dahulu, kemudian barulah diputuskan sama ada untuk menyokong atau sebaliknya.
Terdapat juga Ahli Parlimen blok pembangkang lain yang berpendapat, mereka tidak seharusnya ditekan, dipengaruhi atau dikongkong dalam menyatakan pendirian berhubung Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan.
Gambaran awal ini memperlihatkan, belum ada jaminan Belanjawan 2021 akan disokong sepenuhnya dan ini bukan bermakna Ahli-Ahli Parlimen ingkar kepada titah Agong atau tidak mengutamakan rakyat dengan enggan menyokong belanjawan, tetapi kerana di sebalik sokongan itu ia bererti mengekalkan lagi kedudukan Muhyiddin yang diragui keabsahannya.
Sebagai jalan tengah dalam hal ini, sementelah pula banyak usul undi tidak percaya dan usul undi percaya telah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen, adalah penting untuk Speaker Parlimen mengambil langkah objektif dengan membenarkan salah satu usul tersebut dikemukakan sebelum belanjawan dibentangkan.
Walaupun ada 25 usul tidak percaya dan 2 usul percaya, salah satu daripadanya sudah memadai untuk dipilih kerana kesemuanya itu memberi maksud yang sama iaitu cukup untuk menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Jika Muhyiddin berjaya melepasi halangan usul itu, maka bukan saja kedudukannya tidak lagi menjadi pertikaian, bahkan tidak berbangkit lagi sama ada Belanjawan berdepan masalah untuk diluluskan atau tidak.
Kalau gagal, Muhyiddin haruslah berundur dan menerima ketentuan Tuhan dengan hati yang terbuka untuk negara yang dicintai ini ditadbir seterusnya oleh seorang Perdana Menteri yang baru.
Yang lebih penting, dengan mendahulukan usul tidak percaya atau percaya ini, dapat sama menjadikan titah Agong berkaitan kelulusan Belanjawan 2021 disokong dan dimuliakan sepenuhnya.
Selain Muhyiddin kena ada keberanian membenarkan perkara itu dilaksanakan, ini juga juga penentuan kepada jati diri dan intergriti Azhar Azizan Harun sebagai Speaker Parlimen di mana sebelum dilantik ke jawatan tersebut, beliau pernah memberi kenyataan bahawa usul undi tidak percaya mesti diberi keutamaan berbanding usul-usul lain berdasarkan nilai kepentingannya.
Sekarang, sudah duduk di kerusi Speaker, bila lagi mahu jadi manusia yang bikin seperti apa pernah dikata? (Shahbudindotcom 30/10/2020)
HARAKIRI- TAMBRIN TUN GHAFAR
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat – 30/10/20
( 1 – 25 )
1. Jika berlaku di Eropah, India atau Australia, pemimpin dan semua Ahli Kabinetnya PASTI akan letak jawatan TANPA diarah atau TANPA menunggu Undi Tak Percaya diusulkan di Parlimen.
2. Di zaman Samurai di Jepun tindakan lebih ekstrim dilakukan – HARAKIRI.
3. Istiadat membunuh diri dilakukan dengan memakai pakaian serba putih dan diikuti dengan menikam perut dengan pedang yang disediakan.
4. Kesemuanya ini dilakukan kerana mereka bertanggungjawab, malu dan bermaruah di atas kegagalan yang telah berlaku.
5. Apabila Sinzo Abe, Perdana Menteri Jepun meletak jawatan kerana kesihatan, Muhyiddin TIDAK TERAGAK – AGAK memuji tindakan Abe itu.
6. Di Malaysia walaupun Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu MENOLAK cadangan Kabinet Muhyiddin bagi melaksanakan Darurat atau Emergency, namun beliau LIAT, TIDAK BERASA MALU DAN MENUNJUKAN SIKAP TIDAK BERMARUAH langsung dengan ENGGAN MELETAK JAWATAN.
7. Inilah kali pertama dalam sejarah negara, Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu MENOLAK cadangan Kabinet.
8. Cara Raja – Raja Melayu bertindak adalah begitu TERTIB dan HALUS yang sepatutnya difahami oleh Muhyiddin sedangkan rakyat keseluruhan amat faham YANG TERSIRAT DAN TERSURAT.
9. Keingkaran MELETAK JAWATAN membuktikan SIKAP SOMBONG DAN BIADAP beliau TERHADAP Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu itu sendiri.
10. ‘Jika Takut
Di Lambung
Ombak
Jangan Berumah
Di Tepi Pantai
Jika Takut
Hilang Jawatan
Hentikan
Perbuatan
Merampas Kuasa’
11. Keputusan UMNO menyokong Kerajaan Muhyiddin SENGAJA dilakukan seolah – olah mereka INGKAR DAN MENCABAR RAJA – RAJA MELAYU itu sendiri.
12. Apabila hilang sokongan, Tun Dr. Mahathir TIDAK TERAGAK – AGAK melepaskan jawatan Perdana Menteri – inilah sikap seorang yang TIDAK GILA KUASA, beliau mengikut AMALAN DEMOKRASI.
13. Di Jakarta dan di Bangkok ribuan rakyat berdemonstrasi setiap hari, namun Kerajaan mereka tidak pula memgisytiharkan darurat seperti dicadangkan Muhyiddin.
14. Belum ada mana – mana negara yang bercadang berbuat demikian walaupun angka kematian akibat Wabak Covid jauh lebih tinggi dari Malaysia.
15. SEBENARNYA Muhyiddin dan sebahagian besar Menteri-Menterinya TAKUT BERHADAPAN dengan Ahli – Ahli Parlimen menjelang Sidang Parlimen mulai 2hb November ini yang diikuti dengan Pembentangan Belanjawan Negara 4 hari selepas itu, justeru cara yang mudah ialah MENGISYTIHARKAN DARURAT.
16. Rakyat Bersyukur dan Menjunjung Kasih kepada YDP Agong dan Raja – Raja Melayu yang lebih MEMENTINGKAN RAKYAT dan NEGARA dari beberapa individu yang HANYA MEMENTING KAN DIRI.
17. Keadaan beliau sekarang umpama durian yang PASTI jatuh – sila baca tulisan saya pada 20hb Oktober 2020 bertajuk :
‘MUHYIDDIN UMPAMA DURIAN YANG PASTI JATUH’
tamrintunghafar.blogspot.com
18. Kini selepas Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu menolak cadangannya itu, beliau boleh buat pilihan :
i. JIKA BERMARUAH DAN MALU, LETAK JAWATAN SECARA TERHORMAT.
ii. BUAT PELAN B ATAU APA-APA PELAN BARU BAGI
MENGEKALKAN JAWATAN.
iii. UMPAMA DURIAN, PECAH JIKA JATUH DI ATAS TANAH ATAU BORGOLEK KE DALAM LONGKANG
19. Terdapat sebuah pantun yang dipinjam dan diolah :
‘Apa Guna
Memakai Sari
Jika Tidak
Dengan
Selendang
Elok Sungguh
Jadi Menteri
Dan
Perdana Menteri
Gaji Banyak
Walupun
BANGANG’
20. SEMOGA MUHYIDDIN TIDAK MELIBATKAN TUANKU YDP AGONG MEMBANTU BELIAU MENGHADAPI PARLIMEN; INILAH SEBAIK – BAIK GELANGGANG TEMPAT RAKYAT BERSUARA.
21. Menjadi TANGGUNGJAWAB Ahli-Ahli Parlimen MENGKAJI dan MENYOAL SETIAP perkataan dan angka yang dikemukakan oleh Kerajaan.
22. YDP Agong boleh memberi nasihat tapi tak boleh MEMAKSA; Parlimen BUKAN ‘rubber stamp’ yang boleh diarah.
23. RAKYAT PERLUKAN TALIAN HAYAT BUKAN DARURAT.
24. Mereka MESTI TAHU dari mana sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana kewangan negara dibelanjakan, maka SELEPAS itu barulah mereka membuat keputusan – MENYOKONG atau MENOLAK – jika majoriti tolak ia bermakna Kerajaan HILANG SOKONGAN, maka KENA letak jawatan.
25. Ketika itu Muhyiddin TIDAK LAGI BOLEH bersembunyi seperti kanak-kanak bersembunyi di dalam kain.
Sila kongsikan pandangan saya ini untuk generasi semasa dan akan datang.
Terima Kasih
Wassalam.
Dasyat peguam di zaman PN memerintah.
FAEZUDDIN PUAD
Dasyat peguam di zaman PN memerintah.
Disamannya Yang Di-Pertuan Agong sebab tak terima pengisytiharan
darurat.
Siapa yang bersungguh-sungguh nak darurat? Ya kerajaan PN yang
dipimpin oleh Muhyiddin, Azmin dan Hamzah.
Persoalannya adakah Peguam ini ada kaitan dengan Muhyiddin,
Azmin dan Hamzah?
Apa macam Muhyiddin? Ini dikira lawan YDPA tak? Kalau lawan
ambil la tindakan. Jangan diamkan pula.
Perlu sesi libat urus sebelum sokong Belanjawan 2021
Pakatan
Harapan bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN)
meluluskan Belanjawan 2021 tetapi mahu sesi libat urus dan penelitian
belanjawan dilakukan terlebih dahulu.
Ahli
Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tanpa wakil-wakil
parti Pembangkang diberi input seperti dalam pindaan atau penggubalan rang
undang-undang sebelum ini, maka keikhlasan kerajaan dalam proses menghasilkan
belanjawan bersama diragui.
"Urusan
belanjawan ini tentulah urusan anggota-anggota Parlimen untuk kita bawa di
Dewan Rakyat, untuk dibahas dan menyatakan pandangan serta pendirian kita.
"Walaupun
Menteri Kewangan sebelum ini menyatakan ini merupakan belanjawan yang tidak
sewajarnya dipolitikkan, tetapi di masa yang sama, kita mesti lihat sama ada
belanjawan ini menguntungkan rakyat ataupun tidak.
"Di
situ perlunya satu libat urus antara kedua-dua pihak kerajaan dan juga
Pembangkang," katanya dipetikI.
Menurut
Shamsul lagi, tanpa sesi libat urus kerajaan akan dilihat mahu mempolitikkan
keadaan dan memaksa kelulusan belanjawan dengan alasan titah Yang di-Pertuan
Agong.
Katanya,
jika Pembangkang tidak dibenar meneliti belanjawan sebelum dibentang di Dewan
Rakyat maka rakyat akan melihat tidak ada kesungguhan di pihak PN dalam memastikan
belanjawan tersebut memenuhi segala aspek yang diperlukan rakyat.
"Banyak
kali kita lihat di dalam Dewan Rakyat, beberapa sesi libat urus berlaku
terutama melibatkan hal undang-undang yang penting.
"Sewajarnya,
ia diteruskan. Kalau begitu (tanpa libat urus), ia seolah-olah Kerajaan cuba
berpolitik dalam isu belanjawan untuk mengekalkan kelangsungan dan keabsahan
pimpinan Muhyiddin," katanya.
Runding dwiparti Belanjawan 2021 jika PM Muhyiddin junjung titah Agong - PH
Pakatan Harapan (PH) sedia menjunjung titah Yang di-Pertuan
Agong untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentang oleh kerajaan
Perikatan Nasional (PN) sekiranya diwujudkan rundingan bersama sebelum sesi
Parlimen 6 November ini.
Majlis Presiden PH dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi,
menyambut baik titah Agong menasihatkan semua Ahli Parlimen memberi sokongan
kepada belanjawan demi kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang
terkesan akibat pandemik Covid-19.
"Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan
petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak
Covid-19.
"Ia perlu menetapkan halatuju yang mampu memastikan negara
terus maju sewaktu dan selepas pandemik - termasuk mengenalpasti
strategi-strategi pembangunan baharu untuk ekonomi dan membantu jutaan rakyat
yang terkesan.
"Berjuta-juta rakyat yang berada pada atau di bawah paras
kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini. Golongan yang
tidak harus ketinggalan juga adalah yang mengharapkan moratorium pinjaman
dilanjutkan.
"Atas sebab-sebab ini Majlis Presiden amat bersetuju dengan
DYMM Yang di-Pertuan Agong bahawa amat penting dan serius untuk Belanjawan 2021
dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen," ujar
kenyataan tersebut yang dikeluarkan sejurus usai mesyuarat di Ibu Pejabat
KEADILAN di Petaling Jaya, Selangor.
Sehubungan itu, Majlis Presiden PH mengharapkan Perdana Menteri
(PM) Muhyiddin Yassin yang sebelum ini gagal mendapat perkenan Agong
mengisytihar darurat ke seluruh negara untuk berkongsi dokumen belanjawan agar
dimaklumi dan diberi sumbang saran oleh pihak Pembangkang.
Sekiranya hal itu gagal dilakukan, maka pihak PM Muhyiddin boleh
dilihat tidak ikhlas mahu berdamai dan kekal berpoliticking biar pun
ditegah Yang di-Pertuan Agong.
"Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah Agong dengan
mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak Pembangkang berkenaan
isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen, supaya ia
dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku.
"Majlis Presiden yakin semua Ahli Parlimen akan terlibat di
dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan belanjawan mengutamakan
kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah
dititah oleh Tuanku," kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, kenyataan bersama Majlis Presiden turut menjunjung
kasih terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja
di atas penolakan berprinsip terhadap permohonan PM untuk mengisytihar darurat.
"Kenyataan Majlis Raja-Raja bertarikh 25 Oktober
menjelaskan pertimbangan yang telah diambil kira oleh Raja-Raja Melayu dalam
isu yang amat serius ini.
"Duli-Duli Tuanku sedar tentang hak dan budi bicara serta
peranan seperti yang termaktub di dalam Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
dalam mengimbangi pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan
membatasi unsur penyalahgunaan kuasa, dan telah membuat keputusan berdasarkan
perkara tersebut," kata mereka lagi.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden KEADILAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP
Lim Guan Eng.
DULU TAK BAGI ISTANA CAMPUR POLITIK …..
Dulu tak bagi istana campur politik …..
WFAUZDIN NS
Dulu, dia ni bukan main marah kalau istana campurtangan politik. Sekarang, apa dah jadi? Nak buat bajet pun nak bergantung dengan istana? Kamu tahu ke tidak buat tugas PM? Kalau tidak tahu, letak saja jawatan. Memegang jawatan yang bukan hak itu haram hukumnya. Nak makan gaji haram sampai mati?
Lebai pun sama. Dulu, lebai juga ajar kita. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu adalah satu kezaliman. Mengambil sesuati yg bukan hak kita, satu pengkhianatan. Kedua2nya haram dan berdosa besar.
Adakah meletakkan muhyiddin sbg PM itu kena pada tempatnya? Apatah lagi mmg jelas tiada sokongan dari majoriti MP? Kenapa lebai serban tebal ini sanggup sokong juga? Kerajaan yang wujud hari ini adalah kerajaan yang tidak pernah diangkat oleh rakyat di dalam pilihanraya. Dia wujud kerana perbuatan khianat. Perbuatan khianat atau pembelot itu satu perbuatan yg dikeji oleh agama dan tidak akan mencium bau syurga. Apakah lebai boleh berlepas diri dari perbuatannya menyokong satu pengkhianatan?
Menyokong pengkhianat sama seperti menggalakkan pengkhianatan. Usah bicara lagi soal hudud selagi lebai sendiri bersekongkol dengan pengkhianat walaupun parti berjenama Islam ini pernah merasai betapa sakitnya dikhianati sewaktu mereka memerintah Kelantan, Terengganu dan Perak.
Semoga bajet dari kerajaan pengkhianat ini ditolak sehingga yang hak dikembalikan.
SOP KEPALA BANA?
Ibrahim Mat Isa
Kata mereka face itu benda wajib, termasuk dalam SOP penjarakan sosial.
Sempena hari Jumaat yang barokah ini, sama-sama kita menilai bagaimana menteri dari PAS ini menilai SOP yang kerajaan jadikan peraturan. Atau menteri PAS memang jenis kepala batu umpama bapa ketam ajar anak jalan lurus?
SOP Kepala Bapak!
DEMI KESTABILAN: PN PERLU BUAT KERAJAAN CAMPURAN BERSAMA PH
Demi kestabilan: PN perlu buat kerajaan campuran bersama PH
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pandemik Covid 19 yang memburuk dan kerapuhan Kerajaan Perikatan Nasinonal (PN) memerlukan pendekatan baharu dalam politik Malaysia.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin yang dilihat semakin lemah sebaik-baiknya membuka kerjasama kepada Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.
Muhyiddin boleh melibatkan PH seperti pada era Tun Razak yang mewujudkan kerajaan pelbagai parti selepas darurat 1969.
“Soal memerintah dan mentadbir ini kerajaan kena buka peluang kerjasama dengan pembangkang atau mana-mana pihak sekalipun kerana itu tanggungjawab dia sebagai PM. Dia kena mencari ikhtiar merujuk dan berunding dengan pembangkang mewujudkan suasana yang tidak akan menyusahkan rakyat.
“Pembangkang tugasnya semak-imbang dan kita tak mahu kerajaan buat sesuka hati gunakan wang yang banyak dalam perbelanjaan, beri habuan kepada menteri, buat lantikan GLC untuk menyokongnya. Jika kerjasama ini berlaku kerana untuk tangani Covid-19, tidak ada siapa yang tak bersetuju.
“Tetapi saya rasa kerajaan Muhyiddin tidak mampu untuk menangani isu ini kerana kerajaannya ketika ini sedang ‘sibuk’ kekalkan kuasa dan tidak mahu jatuh.
“Dia kena ingat kerajaan ‘tebuk atap’ ini tidak boleh buat sesuka hati, tidak boleh suka-suka membelanja wang negara. Dia kena dapat pengesahan dan sokongan dulu (melalui Parlimen), namun ini isu yang cuba dilarikan Muhyiddin dan menteri kabinetnya,” katanya dipetik Suara Keadilan.
Mengulas lanjut kegagalan Muhyiddin mengisytihar darurat, Azan menegaskan kerajaan PN sesungguhnya telah hilang majoriti.
Menurutnya, Muhyiddin tidak akan memohon perisytiharan darurat sekiranya beliau yakin mempunyai sokongan mencukupi di Dewan Rakyat.
Hanya faktor pandemik Covid 19 dan titah Yang di-Pertuan Agong agar ahli politik jangan terlalu berpoliticking menyelamatkan kerajaan PN.
“Jika Muhyiddin betul ada sokongan majoriti sebagai PM dia takkan minta darurat. Dalam keadaan sekarang, Muhyiddin kelam kabut untuk kekal memerintah, beliau menggunakan istana untuk kekalkan kuasanya dan juga menteri-menterinya.
“Bila darurat Parlimen digantung, tidak ada lagi semak-imbang, beliau boleh buat apa sahaja yang dia suka tanpa melalui Parlimen, tanpa dipersoalkan dan dibahas keputusan yang dibuat. Ini juga membuktikan dia tak ada sokongan lagi daripada Ahli Parlimen.
“Dalam hal ini nampak Datuk Seri Anwar mempunyai sokongan cukup untuk dilantik sebagai Perdana Menteri,” katanya lagi.
Sejak kegagalan perisytiharan darurat sehingga hari ini PH masih menunggu Muhyiddin menawarkan kerjasama dengan langkah awal meneliti bersama dokumen Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Parlimen.
Sekiranya kerjasama itu tidak berlaku maka tiada jaminan kerajaan PN akan selamat dalam sesi Parlimen November ini.
PH BOLEH TOLAK BAJET 2021
PH boleh tolak bajet 2021
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
PH Boleh Saja Tolak Belanjawan Kerajaan Tebuk Atap..
Aku rasa takda sebarang kesalahan dari sudut dan kerangka perlembagaan, Malah menepati apa yang ditekankan dalam kenyataan rasmi Majlis Raja Raja, Perlunya ada semak Imbang dalam membatasi salahguna kuasa.. Perkataan Membatasi itu diletakkan tanda merah..
PH boleh saja memberikan tawaran atau membentuk Belanjawan Alternatif.. Jika pihak kerajaan tebuk atap masih berdegil.. sudah masanya Belanjawan itu ditolak..
dan bagi aku ini peluang terakhir Ds Anwar menggunakan proses Parlimen dalam menyatakan Undi tidak percaya kepada PM Tebuk atap..
KERANA PERTAHAN KERAJAAN PN EDITOR MEDIA PENING KEPALA
Kerana pertahan kerajaan PN editor media pening kepala
Oleh: Redzuan RF8 Media
FB Imlan Abadi
Ketika rakyat sambut baik titah Yang di-Pertuan Agong untuk tidak perkenan darurat, pengamal media diarahkan untuk menyiarkan berita seolah-olah darurat pilihan terbaik untuk membendung Covid-19.
Ada yang dakwa kerajaan bertindak tepat tapi malangnya tak dapat perkenan Istana.
Agenda ini boleh kita lihat setiap hari di akhbar perdana walaupun media digital lebih menyokong tindakan Agong.
Wartawan dan editor terpaksa akur wahyu dari Putrajaya.
Zaman saya di media DULU berlaku isu wahyu ni namun sekarang lebih aktif.
Seorang Makcik berperanan untuk memastikan media hanya menyiarkan berita yang diarahkan.
Editor yang tidak setia kepada Makcik dianggap penderhaka kepada rejim sedia ada.
Saya simpati nasib akhbar. Ketika jualan merudum dan kos operasi meningkat, media diarahkan pemberitaan membodohkan pembaca.
Saya ingat pesanan A SAMAD SAID dalam HUJAN PAGI: WARTAWAN JATI JARANG MAKAN GAJI JIKA TIDAK MAKAN HATI…
JIKA PN IKHLAS MULAKAN SEGERA KONSULTASI KERAJAAN-PEMBANGKANG
Jika PN ikhlas mulakan segera konsultasi kerajaan-pembangkang
Oleh: Redzuan RF8 Media
Wanita KEADILAN menyeru kerajaan Perikatan Nasional agar memulakan segera dialog biparti bersama pembangkang bagi memenuhi saranan Yang di-Pertuan Agong, khususnya dalam urusan meluluskan Belanjawan 2021.
Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, proses konsultasi harus dilakukan segera memandangkan pembentangan belanjawan dijadualkan pada 6 November ini.
“Kerapuhan dan ketidakstabilan kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin mendorong kepada keperluan mendesak proses konsultasi biparti dimulakan demi kepentingan negara.
“Oleh yang demikian, Wanita KEADILAN mendesak demi mempertahankan prinsip semak dan imbang dan menyingkapi semangat demokrasi sebagai tunjang institusi Parlimen, wajar ketika ini PM memulakan proses konsultasi tersebut dan memberikan ruang kepada semua Ahli Parlimen meneliti keseluruhan belanjawan yang dicadangkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Fuziah lagi, dalam mendepani cabaran pandemik Covid 19 dan implikasi pasca pandemik yang masih melingkari kehidupan rakyat, belanjawan yang dicadangkan harus menumpukan kepada kesejahteraaan rakyat, khususnya yang terkait dengan isu pengangguran kritikal di kalangan belia, kehilangan pekerjaan akibat pandemik serta unjuran kemiskinan multi dimensi yang semakin meningkat.
“Justeru, Wanita KEADILAN bertegas belanjawan yang akan dibentangkan mestilah inklusif, melindungi golongan rentan serta mengutamakan belanjawan yang responsif gender, terutama kepada isu-isu sosial yang terkait dengan impak pandemik.
“Selain itu, kekuatan institusi Parlimen yang melaksanakan prinsip semak dan imbang juga mesti dipertahankan dalam apa jua keadaan dan dalam masa yang sama Wanita KEADILAN menggesa proses konsultasi biparti dimulakan oleh kerajaan tanpa lengah demi kepentingan negara,” katanya lagi.
HUTANG PENEROKA RM7.3 BILION, APA KESUDAHANNYA?
Hutang peneroka RM7.3 bilion, apa kesudahannya?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Ridhuan Esa
Menoleh kebelakang, berkenaan matlamat kewangan FELDA melibatkan:
- Pinjaman KWSP RM6.5 Bilion (2009)
- Pendapatan IPO FGVHB RM6 Bilion (2012)
- Pinjaman Bank Tampung Operasi dan bayaran balik Pinjaman RM10.7 Bilion (2014 – 2017)
- Pinjaman Kementerian Kewangan RM0.577 Bilion (2018 – 2019)
Dalam masa 20 tahun ini RM23.7 Bilion telah dijana melalui pinjaman dan pendapatan dengan liabiliti hutang lebih dari RM14 Bilion (2017) RM10 Bilion (semasa).
Terima kasih kerajaan Malaysia kerana bersungguh untuk membina semula FELDA yang telah runtuh dengan memperkenankan terbitan sukuk bernilai RM9.9 Bilion.
Namun, setelah diumumkan penyata hutang peneroka berjaya disenaraikan, peneroka dan generasi masih tertunggu-tunggu kesahihan hutang peneroka berjumlah RM7.5 Bilion yang diumumkan mantan Pengarah Besar FELDA. KERTAS PUTIH FELDA hanya menyatakan hutang peneroka pada 2017 adalah bernilai RM2.3 Bilion.
Diharapkan penstrukturan semula hutang peneroka dan pemerkasaan pengurusan ladang peneroka dilibatkan dari sebahagian terbitan sukuk ini dan dibelanjakan dengan berhemah serta tidak tiris sebagaimana apa yang telah berlaku.
Kita tidak mahu wang sukuk ini disalah belanja seiring cita-cita kononnya nak bina menara kembar 3 untuk FELDA. Menara FELDA sedia ada, 112 638 peneroka FELDA hanya mampu melihat, tak mampu menggapai. Setiap nilai RM yang dibelanja adalah wang rakyat kepada FELDA dan warganya.
Adakah satu lagi nilai bilion ini mampu merubah atau merebah FELDA?
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Salam Maulidur Rasul.
29 Oktober 2020
Generasi Ke 2 FELDA Sungai Sibol
Generasi Ke 3 FELDA Sri Jaya
KISAH ORANG UMNO BERANGAN NAK SEMBAH KAKI BERAATU
Rozy Razit
Kita tengok siapa yang kena.. ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
**Agong titah stop politik, yang diaorang ni dari hari Agong bertitah meeting tak abis-abis. Derhaka tak kalo macam tu?? #hakaktanyaje...derhaka akak.,
Ayah Rani Kulup dari parti mana? Tapi dia juga boleh jadi PM..nak jadi Raja tak boleh la..
8 BULAN KERAJAAN TANPA MANDAT RAKYAT MENTADBIR TAPI TIDAK PERNAH AMAN. MENGAPA?
Gangguan, kesempitan, bencana, kesusahan, tekanan terus menghantui era pemerintahan rejim pintu belakang sejak feb lalu hingga kini.
Meskipun setiap hari PM membacakan doa, namun bukan kelapangan yang diperolehi bahkan kesempitan semakin mendatang. Masalah politik berterusan bagaikan tiada kesudahan. Sesama PN berantakan, manakala Bersatu pimpinan Muhyiddin setiap hari berperang dengan Umno pimpinan Zahid, keji mengeji sehingga ada yang buat laporan polis. Meskipun umno cuba meredakan situasi dengan mengistiharkan genjatan senjata dengan PN, namun tidak menampakkan hasil hingga di dalam tempuh tidak sampai dua minggu dua kali Umno terpaksa mengadakan mesyuarat bagi meleraikan kemelut politik di antara parti ini dengan kerajaan PN.
Semakin dinasihati oleh Agong, semakin bergelora politik di bawah kerajaan tanpa mandat rakyat ini. Sesama mereka saling curiga mencurigai. Apa yang di bincangkan sesama mereka sehingga bermesyuarat selang beberapa hari hanyalah kerana tentang jawatan dan kedudukan masing-masing. Persetankan soal Covid, peduli apa tentang rakyat. Apa yang penting, selagi Muhyiddin boleh berpaut untuk mengekalkan kuasa, dia akan lakukan hatta berpaut dengan payung kuning sekalipun.
Rakyat boleh nilai sendiri semenjak 8 bulan kerajaan yang dibina atas rampasan dan air mata rakyat ini wujud, bilakah saatnya kita melihat negara ini dapat diuruskan dengan baik dan lancar? Bagaimana dengan ekonomi negara? Masalah pengangguran? Kawalan terhadap wabak Covid? Semakin baik atau bagaimana? Mahu uruskan pembahagian jawatan dalam kabinet pun gagal, masih berebut-rebut dan tidak mendatangkan kepuasan hati sesama mereka. Jawatan menteri dan timbalan sehingga mencapai 70 jumlahnya, namun perebutan masih berlaku.
Ke mana berakhirnya kisah Mak Cik Kiah dan Pak Mat? Sudah kaya rayakah mereka? Sudah habiskah duit KWSP dikeluarkan oleh rakyat marhaen dan kini mereka hidup selesa? Berapa lama lagi PKPB mahu diadakan angkara tindakan politik yang rakus sewaktu wabak ini melanda? Rakyat dimangsakan.
Rakyat masih ingat. Feb yang lalu, disaat kerajaan PH sedang menangani permulaan wabak yang baru melanda negara ini, puak-puak ini sibuk merancang kerja jahat mereka. Ketika itu, kerajaan PH berjaya tanganinya dengan baik dan selesaikan dengan pantas. Tiada satu kematian pun berlaku. Tiada kluster baru. Kes-kes ditangani dengan pantas dan kesemuanya bebas dari hospital. Malangnya, pengkhianat ini muncul ketika ini untuk merampas kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat.
Kerajaan PH tidak tumbang di tangan rakyat. Kerajaan ini tumbang angkara pembelot dari dalam yang terdiri dari Muhyiddin dan Azmin serta juak-juaknya. Kerja jahat ini tidak akan berjaya jika tidak dibantu oleh orang tua yang lupa diri dan mungkir janji bernama Mahathir. Tidak juga lengkap pengkhianatan ini kalau tidak mendapat kerjasama dari Umno dan Pas. Maka, terdirilah sebuah kerajaan tidak bermaruah bernama Perikatan Nasional sehingga hari ini.
Apakah anda nampak keberkatannya kerajaan yang kononnya kerajaan melayu Islam tanpa Dap ini? Apa yang mereka boleh buat dengan negara ini setelah mereka merampasnya dari kerajaan PH? Tanpa Dap pun isu ekonomi tidak boleh selesai. Tanpa Dap yang dimusuhi pun kes mabuk dan kes Adib gagal diselesaikan. Covid meningkat mendadak walaupun tanpa Dap bahkan negeri Sabah yang bukan Dap perintah adalah negeri tertinggi dengan kes ini berpunca dari PRN baru-baru ini. PRN tercetus sebab apa jika bukan kerana kemaruk mahu rampas Sabah?
Sepanjang Covid melanda, berapa negeri yang telah kamu rampas setelah kamu rampas kerajaan Pusat? Nah, kamu lihat hasilnya sekarang. Apakah kamu bangga menjadi kerajaan yang tidak pernah punyai majoriti di dalam Parlimen? Negara luar mana yang mahu hormat sebuah kerajaan yang PM nya tidak punyai majoriti? Kamu hanya berjaya mencipta sejarah selaku PM yang mahu kepada darurat tetapi ditolak oleh Istana. Maksudnya, nasihat kamu tidak terpakai. Ertikata lain, kamu wajib letak jawatan dan kembalikan semula hak rakyat yang dirampas itu.
Kamu bakal berdepan dengan pembentangan bajet pula beberapa hari lagi. Seperti juga dengan darurat, mendepani bajet ini pun kamu mahu berlindung di tembok Istana? Mana kekuatan dan moral kamu? Apakah kamu lebih suka disingkirkan berbanding dengan meletakkan jawatan? Jika ini berlaku, jangan salahkan sesiapa jika kamu mendapat aib besar nanti.
Itulah pembalasan dari Allah apabila kamu mengambil hak orang. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya itu adalah satu kezaliman. Negara ini tidak akan mendapat keberkatan dan bantuan dari Allah jika pemimpinnya rakus, tamak, sombong dan pentingkan kuasa. Sebab itu, kamu tidak pernah dapat tidur lena walaupun telah berada di mahligai Putrajaya. Kita lihat, sampai bila Muhyiddin mahu tunjuk keras kepalanya.
WFAUZDIN NS
INGAT DYMM AGONG NI KETUA KAMPUNG KA
Shahbudin Husin
Dr. Rais ni ingat Agong tu macam ketua kampung agaknya boleh hulur permohonan yang sama yang sudah ditolak sebelum ini...
.
UMNO TOLAK JAWATAN TPM,TOLAK BELA NJAWAN 2021. HAYAT POLITIK MUHYIDDIN SUDAH TAMAT.
Berikut di bawah adalah kenyataan media yang dikeluarkan UMNO selepas parti itu mengadakan mesyuarat khas MT yang berakhir lewat tengah malam tadi.
———————————————————–
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan:
1. UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya Gencatan Politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.
2. UMNO juga ingin mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa kami menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.
3. UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada Kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapan (frontliners) dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara. Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.
4. Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Sekiranya pendirian UMNO dalam perkara ini masih dipersoalkan, UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.
5. UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka, semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.
6. UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mengujudkan Kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihanraya Umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.
AHMAD ZAHID HAMIDI
29 Oktober 2020.
————————————————————
Secara keseluruhannya, tiada apa-apa yang menarik dan baharu daripada keputusan mesyuarat khas MT UMNO kali, ia lebih kurang sama saja dengan keputusan mesyuarat khas pada Isnin lalu.
Kepada yang mengharapkan UMNO mampu berbuat sesuatu yang drastik dan “jantan”, tentu saja agak kecewa dengan keputusan MT UMNO malam tadi.
Asyik mesyuarat dan berbincang berkali-kali, tapi keputusannya “wal hasil balik asal” juga akhirnya.
Tetapi, ada dua perkara yang tidak harus diketepikan begitu saja dalam keputusan MT UMNO kali ini.
Pertama, UMNO tidak membuat sebarang ketetapan mengenai calon Timbalan Perdana Menteri, meski laporan awal sebelum ini mengatakan mesyuarat khas itu diadakan, tujuan pentingnya ialah untuk memutuskan perkara tersebut.
Sementara Muhyiddin Yassin dikatakan menolak nama Zahid Hamidi dan mahu pemimpin UNNO yang lain dicalonkan, nama-nama lain yang disebut ramai iaitu Mohamad Hasan, Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein turut tidak diputuskan untuk mengelak perpecahan dalam UMNO.
UMNO nampaknya sedar perangkap dan buli di sebalik tawaran Muhyiddin untuk calon Timbalan Perdana Menteri itu.
Dengan itu, UMNO secara tersiratnya menolak untuk mana-mana pemimpinnya diletakkan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Kedua, walaupun UMNO menjunjung kasih terhadap titah Agong, tetapi mesyuarat khas malam tadi tidak membuat sebarang ketetapan untuk menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November akan datang ini.
Sebaliknya, selain ingin beberapa penambahbaikan dalam Belanjawan 2021 dan memutuskan agar semua pemimpin UMNO yang memegang jawatan kabinet terus kekal berada dalam kerajaan, keutamaan sebenar UMNO ialah mahu mengembalikan mandat kepada rakyat membuat pilihan melalui PRU yang perlu diadakan sebaik saja pandemik Covid19 dapat dikawal dan berada di tahap minimum.
Dengan keutamaan mahu PRU awal itu, bergantung kepada keadaan semasa Covid19, UMNO dalam kata lain, sedia menarik keluar sokongannya terhadap kerajaan PN pada bila-bila masa.
Jika ketika pengundian Belanjawan 2021 yang dijangka pada penghujung November nanti pandemik Covid19 sudah menurun dan di tahap terkawal, maka UMNO akan membuat keputusan menolaknya pada waktu itu.
Bagi UMNO, hanya dengan menolak Belanjawan 2021 saja cara paling mudah untuk nenjatuhkan kerajaan, seterusnya membolehkan PRU semula diadakan segera.
Menanti ke tarikh tersebut, UMNO dipercayai tidak akan melalukan sebarang perundingan dengan Muhyiddin dan Bersatu berkaitan pembahagian kerusi.
Mudah kata, melalui pendirian yang ditetapkan menerusi mesyuarat khas MT UMNO malam tadi, kerajaan PN dipimpin Muhyiddin ini paling mungkin akan tamat hayat politiknya sebelum tirai tahun 2020 dilabuhkan.
Seawal tahun 2021 adalah tahun PRU diadakan yang diharap-harapkan.
Bye bye Muhyiddin!!!
(Shahbudindotcom 30/10/2020)