LAVEL SEBENAR SEORANG YANG ADA GELARAN DOKTOR...
PANTUN ATTAKIRI
Papaku pulang dari Turki
Papaku belikan ku sari
Nama papaku Attakiri
Maksudnya tak payah kuarantin diri
Papaku pulang dari Turki
Mamaku senyum kembang pipi
Rakyat tak kuarantin kena gari
Papaku terlepas sebab dia menteri.
😆😆😜😜🥴🥴
..nampak tak level sebenar doktor mcmna...
Saya baru pulang dari Sabah bah..
Pokok pangkal, jauh perjalanan, lebih ramai yang kita jumpa, lebih banyak barangan yang kita sentuh, lebih banyak udara yang mungkin tercemar kita hirup...
maksudnya, kita lebih berisiko samada untuk dijangkiti atau terjangkit atau mungkin juga jadi agen rebakan jangkitan Covid 19. Nauzubillah..
Tadi, anak-anak mahu sambut saya di KLIA tetapi saya bilang...NO!! Lebih-lebih lagi saya tahu cucuenda comel saya pasti ikut sekali menyambut saya di situ..
I said...”Let mama go back to the house by myself and clean up 1st once I reached home...”
Sesampai di rumah cucuenda terus aja nak menerpa saya , I just had to distance n ran away from him dah macam main belon achah ajer tadi 😅
Saya memang rasa bimbang, walupun saya yakin, saya dah ikut seboleh mungkin SOP yang KKM sarankan,
pakai mask, cuci tangan dengan sabun sekerap mungkin dan guna sanitizer yang sentiasa ada dalam beg tangan saya..
Nak ceritanya, kalau kita faham dan ada rasa tanggungjawab perihal bahaya jangkitan Pandemik Covid19 ini, pastinya kita tidak akan mengambil apa-apa pun dan sekecil manapun risiko dalam rantaian jangkitan itu.
Bagaimana mungkin seorang yang bergelar Menteri acuh tidak acuh dalam hal ini.
Bagaimana mungkin seorang yang bertanggungjawab menjaga rakyatnya mengabaikan keselamatan apatah lagi nyawa rakyatnya sendiri.
Seharusnya beliau tidak bersikap angkuh, sehingga mahu menunjukkan kuasa mencari sehingga ke “lubang cacing” siapa yang mendedahkan maklumat beliau keluar negara.
Seharusnya, beliau sebagai Menteri tunjuklah sikap kepimpinan melalui teladan, jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Berdegar-berdegar wajibkan rakyat yang pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan, itu pun atas kos sendiri, berdegar-degar mahu menyaman rakyat yang marhaen dan tidak mampu untuk membeli walaupun sehelai topeng muka,ribuan ringgit kalau tidak patuh aturan, berdegar-degar mahu rakyat patuhi SOP, berdegar sana berdegar sini...tapi sendiri ???
Saya tidak kata langkah-langkah itu tidak wajar, memang saya sokong 200 % , apatah lagi saya sendiri seorang Doktor tentulah saya faham kenapa ia dilaksanakan.
Cumanya...kenapa Menteri harus bersikap angkuh begitu. Seharusnya dia berterima kaseh kerana ada yg sudi memperingatkan . Tidak salah merendah diri dan mengakui kesilapan bahkan saya yakin beliau akan diangkat kemuliannya oleh rakyat jikalau beliau bersikap terbuka dan sedia menerima teguran.
Wallahualam bissawab....
CNP Dr zaliha
Papaku pulang dari Turki
Papaku belikan ku sari
Nama papaku Attakiri
Maksudnya tak payah kuarantin diri
Papaku pulang dari Turki
Mamaku senyum kembang pipi
Rakyat tak kuarantin kena gari
Papaku terlepas sebab dia menteri.
😆😆😜😜🥴🥴
..nampak tak level sebenar doktor mcmna...
Saya baru pulang dari Sabah bah..
Pokok pangkal, jauh perjalanan, lebih ramai yang kita jumpa, lebih banyak barangan yang kita sentuh, lebih banyak udara yang mungkin tercemar kita hirup...
maksudnya, kita lebih berisiko samada untuk dijangkiti atau terjangkit atau mungkin juga jadi agen rebakan jangkitan Covid 19. Nauzubillah..
Tadi, anak-anak mahu sambut saya di KLIA tetapi saya bilang...NO!! Lebih-lebih lagi saya tahu cucuenda comel saya pasti ikut sekali menyambut saya di situ..
I said...”Let mama go back to the house by myself and clean up 1st once I reached home...”
Sesampai di rumah cucuenda terus aja nak menerpa saya , I just had to distance n ran away from him dah macam main belon achah ajer tadi 😅
Saya memang rasa bimbang, walupun saya yakin, saya dah ikut seboleh mungkin SOP yang KKM sarankan,
pakai mask, cuci tangan dengan sabun sekerap mungkin dan guna sanitizer yang sentiasa ada dalam beg tangan saya..
Nak ceritanya, kalau kita faham dan ada rasa tanggungjawab perihal bahaya jangkitan Pandemik Covid19 ini, pastinya kita tidak akan mengambil apa-apa pun dan sekecil manapun risiko dalam rantaian jangkitan itu.
Bagaimana mungkin seorang yang bergelar Menteri acuh tidak acuh dalam hal ini.
Bagaimana mungkin seorang yang bertanggungjawab menjaga rakyatnya mengabaikan keselamatan apatah lagi nyawa rakyatnya sendiri.
Seharusnya beliau tidak bersikap angkuh, sehingga mahu menunjukkan kuasa mencari sehingga ke “lubang cacing” siapa yang mendedahkan maklumat beliau keluar negara.
Seharusnya, beliau sebagai Menteri tunjuklah sikap kepimpinan melalui teladan, jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus. Berdegar-berdegar wajibkan rakyat yang pulang dari luar negara untuk dikuarantinkan, itu pun atas kos sendiri, berdegar-degar mahu menyaman rakyat yang marhaen dan tidak mampu untuk membeli walaupun sehelai topeng muka,ribuan ringgit kalau tidak patuh aturan, berdegar-degar mahu rakyat patuhi SOP, berdegar sana berdegar sini...tapi sendiri ???
Saya tidak kata langkah-langkah itu tidak wajar, memang saya sokong 200 % , apatah lagi saya sendiri seorang Doktor tentulah saya faham kenapa ia dilaksanakan.
Cumanya...kenapa Menteri harus bersikap angkuh begitu. Seharusnya dia berterima kaseh kerana ada yg sudi memperingatkan . Tidak salah merendah diri dan mengakui kesilapan bahkan saya yakin beliau akan diangkat kemuliannya oleh rakyat jikalau beliau bersikap terbuka dan sedia menerima teguran.
Wallahualam bissawab....
CNP Dr zaliha
AT TAKIRI AKAN DISELAMATKAN
Shahbudin Husin
Kalau didenda RM12,000 macam tauke nasi kandar di Kedah atau RM8,000 seperti makcik di Perak kerana melanggar kuarantin, kedudukan Khairuddin Attakiri sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus akan tergugur dengan sendirinya.
Majoriti PN di Parlimen hanya satu kerusi saja ketika ini.
Maka, percayalah - Khairuddin akan diselamatkan.
LANGGAR KUARANTIN: HANYA LETAK JAWATAN REDA KEMARAHAN RAKYAT
Langgar kuarantin: Hanya letak jawatan reda kemarahan rakyat
EDY NOOR REDUAN
Menteri Langgar SOP Kuarantin – Hanya Perletakkan Jawatan Menteri dan Ahli Parlimen Mampu Meredakan Kemarahan Rakyat
1. Beberapa laporan media telah menyebut Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
2. Menurut Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menteri terbabit telah melalui ujian saringan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan didapati negatif pada 7 Julai susulan lawatan ke Turki.
3. Sepatutnya walaupun hasil keputusan didapati negetif, Mohd Khairuddin perlu melalui kuarantin di rumah secara mandatori selama 14 hari.
4. Namun pada tarikh 13 Julai 2020, Mohd Khairuddin didapati turut berada di parlimen dalam satu pengundian belah bahagi untuk mengenepikan speaker Dewan Rakyat, iaitu hanya selepas 6 hari pulang dari negara Turki.
5. Adakah hanya kerana ingin mengundi bagi mendapatkan calon Speaker Dewan Rakyat yang baharu maka keselamatan rakyat ekoran kemungkinan penularan kluster baru pandemik Covid-19 diabaikan begitu sahaja?
6. Sebagai seorang Menteri dan juga wakil rakyat, sepatutnya keselamatan awam khususnya dalam soal penyakit berbahaya Covid-19 ini diberi keutamaan dan dipastikan terkawal. Menteri harus tunjukkan teladan yang betul.
7. Perkara yang jelas di sini ialah, kehadiran Mohd Khairuddin ke Parlimen pada tarikh tersebut merupakan satu pelanggaran SOP Covid-19 yang mampu memberi bahaya kepada seluruh negara apabila pada waktu yang sama, ratusan Ahli Parlimen dari seluruh negara telah berkumpul di Parlimen.
8. Malah statistik Covid-19 juga menunjukkan ketika kunjungan Mohd Khairuddin ke Turki, negara tersebut mencatatkan 5,600 kes baru dan 93 kematian dalam masa sehari. Turki juga merekodkan sebanyak lebih 6,000 kematian akibat gejala Covid-19.
9. Pelanggaran SOP yang dilakukan oleh Mohd Khairuddin adalah amat serius dan wajar dihukum tanpa kompromi sebagaimana rakyat marhein yang didenda ribuan ringgit dan ada yang terus diheret ke mahkamah.
10. Saya menggesa perletakkan jawatan sebagai menteri dan Ahli Parlimen dilakukan oleh Mohd Khairuddin. Ia dilihat sebagai satu langkah awal yang mampu meredakan kemarahan rakyat ekoran polemik ‘dua set undang-undang’ yang sedang berlaku.
BERSATU GANGGU HUBUNGAN PAS – UMNO?
Bersatu ganggu hubungan Pas – Umno?
Oleh: Redzuan RF8 Media
MSO
Hubungan Pas dengan Bersatu kian rapat apabila kedua parti bersetuju untuk menjadi penaja kepada penubuhan Perikatan Nasional (PN). Perkembangan ini menyebabkan hubungan Pas dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN) jadi tanda tanya.
Apa dimaklumkan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan
parti itu akan menjadi penaja bersama dengan Bersatu seperti benar apabila tersebar satu surat yang ditandatangani Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk Pas menjadi penaja bersama menubuhkan PN.
parti itu akan menjadi penaja bersama dengan Bersatu seperti benar apabila tersebar satu surat yang ditandatangani Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk Pas menjadi penaja bersama menubuhkan PN.
Pas menamakan dua pemimpin kanannya sebagai ahli jawatankuasa, (biar saya rahsiakan nama mereka dulu) kerana surat itu tidak dapat disahkan keabsahan setakat ini.
Dengan berpandukan kepada sikap Zahid Hamidi yang mengulangi Umno tidak sedia bersama dalam PN, dan berkata projek Pas dengan Bersatu itu di luar pengetahuannya, surat dan nama pemimpin dipilih Pas sebagai ahli jawatankuasa penaja itu seperti benar.
Perkembangan ini memberi gambaran seperti hubungan Umno dan Pas tidak sepadu dahulu gara-gara ada orang ketiga, Bersatu.
LIHAT BERCELARUNYA PN DAN MN
HAMDAN TAHA
BERTELAGAH TIDAK BAIK UNTUK UMNO PAS DAN BERSATU
Berlawan hujah dan penjelasan oleh presiden parti dan di sokong
oleh su agung parti dan di tujukan kepada timbalan presiden sesuatu yang tidak
begitu baik buat umno....
Isu Pas dan Umno menjemput Bersatu bersama MN bagi saya bukan
satu isu yang besar untuk saling tuduh menuduh. Jemputan yang di buat oleh dua
presiden itu bagi saya wajar dan tidak ada apa yang menjangalkan. Sekadar
mengajak bersama dalam satu gabungan MN apa masalahnya...
Masalah jika tidak dapat di elakkan pun ialah perebutan kerusi
yang nak di pertandingkan oleh parti masing masing. Di sini lah masalah akan
timbul dan boleh menyebabkan perpecahan. Kerana ketiga tiga parti berebut
tempat yang sama. Kepimpinan pusat mungkin boleh selesai tapi peringkat negeri
belum tentu...apatah lagi di akar umbi....di sini lah peranan kepimpinan masing
masing perlu...
Jika pimpinan Umno di Sabah dan di pusat juga negeri negeri
lainnya di lihat bertelagah ini akan menyebabkan Pas dan Bersatu merasakan
kesukaran utk berbincang. Itu antara satu sebab Pas ambil peluang untuk bersama
Bersatu menubuhkan PN. Penubuhan PN menguntungkan Pas bukan merugikan. Pas
matlamatnya hendak bertanding di 50 kerusi dan target nenang 40 kerusi supaya
dia akan kekal berada dalam kerajaan walaupun siapa rakan kongsi tidak ada
masalah bagi mereka....
Bagi Bersatu pula mereka yang penting semua jumlah kerusi yang
mereka ada sekarang mereka nak bertanding dan ada tambahan lagi 20
kerusi....cukup untuk mereka....siapa pun lepas ni nak jadi kerajaan Bersatu
dan Pas kononnya dah ada 80 kerusi....jadi mereka berdua sudah jagi king....
BERKONGSI
AMAT SUKAR BAGI PARTI MELAYU INI
Berkerjasama
Bergabung Bermufakat ini semua boleh berlaku dengan baik dan mudah juga
tenang.....jika sekadar bekerjasama
Tetapi bila BERKONGSI
ini bukan mudah dan senang untuk berjaya. Kerana perkongsian ini melibatkan
semua perkara....
BERKONGSI pula jika
berdua walaupun sukar tapi masih boleh berjaya. Walaupun perkongsian berdua ini
ramai yang berjaya tetapi ramai juga yang bercerai berai. Sedikit yang berjaya
hidup aman damai dan tenang tapi masih ada yang berjaya. Walaupun dua dua yang
berkongsi itu sangat kuat solat dan zikirnya....tetap goyang.
BERKONGSI bertiga ada
tapi tidak ramai yang berjaya ke arah ini. Jika sudah tiga masa sudah sangat
terbatas dan kemungkinan isteri yang pertama berbaik dengan isteri yang ketiga
sangat cenderong kerana dendam isteri pertama kepada isteri ke dua sangat
dalam.
Beberapa pengalaman yang saya lihat bila sudah
ada tiga potensi penceraian terhadap isteri no dua itu sangat tinggi....kerana
isteri kedua pula dendam dengan isteri ke tiga....kecuali cari lagi satu yang
ke empat....
Itu perkongsian dalam
rumah tangga....perkongsian dalam gabungan politik juga ada kesamaan jika mahu
di lihat dan di bincang
Mic,Mca Gerakan parti
bukan Melayu mereka boleh sahaja bergabung dengan Umno tampa perbalahan besar
tentang perebutan kerusi kerana agihan kerusi itu sudah lengkap mengikut fomula
jumlah pengundi dan kaum tertentu. Itu sebab gabungan Bn bole bertahan lama....
Begitu juga antara
Dap...Pkr...dan Pas semasa mereka bersama di dalam PR. Perebutan ada tetapi
tidak lah terlalu rumit untuk di agihkan kerana akhirnya masing masing dapat
jumlah yang hampir sama banyak...kawasan Pkr yang Melayu akan bertanding dengan
Umno....begitu juga Pas....maka Pas...Dap...dan Pkr dapat bersama berlawan
dengan BN selama 20 tahun. Selepas 20 tahun baru ada perpecahan....
Tetapi MN dan PN baru
sahaja beberapa bulan ujud walaupun MN agak awal berbanding PN tetapi kerjasama
mereka ini apabila berbincang tentang Kerusi akan ada kebuntuan yang sangat
ketara. Kenapa ? Kerana mereka berebut kerusi yang sama kerana ke tiga tiga
parti ini bertanding dan berebut di kerusi yang sama....
Saya ambil contoh
kerusi di Kota Raja sekarang ini milik Mat Sabu seorang ahli politik yang
mentafsirkan hijrah itu pelarian. Kerana kerusi ini pernah di menangi oleh Pas
dua penggal pada 2008 dan 2013 maka kerusi ini di tuntut oleh Pas selangor
tambahan pula polisi Pas di mana Amanah bertanding di situ bagi mereka adalah
kerusi mereka.
Umno tidak ada
sejarah bertanding di kerusi Kota Raja maka Umno tidak ada masalah tetapi bagi
MIC pula ini kerusi tradisi mereka yang bertanding...maka MIC yang berada dalam
BN sudah tentu bermatian menuntut kerusi ini.....
Parlimen Shah Alam
juga antara kerusi yang sangat di minta oleh Pas kerana bagi mereka itu kerusi
Amanah yang sepatutnya bertanding adalah Pas. Apakah umno tidak berminat dengan
kerusi Shah Alam ? Sudah tentu minat....apakah Bersatu tak minat ? Sudah tentu
minat.....habis siapa yang berhak....kan susah tu...sebab masing masing
berpendapat jika mereka dapat mereka akan menang kali ini kerana ada gabungan
MN dan PN....
Kerusi Gombak....ada
pengundi melayu 77 peratus dan sekarang ini Azmin ali di situ. Pas dan Umno
bahagian kedua duanya nampak tidak gembira dengan Azmin ali. Pas juga telah
lama korbankan kerusi ini kepada Azmin dari tahun 2008 2013 kerana semasa dalam
PR kerusi ini di tukar dengan Kota Raja kerana Azmin Ali berminat kerusi
Gombak. Sekarang ini sudah tentu di tuntut oleh Bersatu....kerana Azmin Ali dalam
Bersatu....apakah Pas dan Umno bersetuju.....? Bukan mudah....perasaan akar
umni di bawah menolak Azmin Ali...
Bukan mudah untuk
tiga parti politik Melayu ini nak agih kerusi.
Semasa sebelum ini ketiga tiga parti nampak
baik dan senyum bersama kerana masa itu belum bincang bab kerusi. Sekarang
nampak telah ada perbalahan merana sekarang masing masing sedang berunding
kerusi untuk di pertandingkan....bukan senang....
Tetapi jika sekadar
Pas dan Bersatu sahaja mungkin lebih mudah....atau antara Pas dan Umno
sahaja....juga ada ruang kepada perkongsian...
Sabah adalah tempat
untuk menguji kaedah perkongsian ini....berjaya atau tidak....
'Mulakan semula langkah ke Putrajaya secara berprinsip'
Penyertaan
600 ahli Bersatu Port Dickson ke dalam KEADILAN pada sambutaan Maal Hijrah
semalam boleh dianggap satu permulaan baharu memperkasakan langkah ke
Putrajaya.
Penghijrahan
ahli Bersatu paksi Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin kebelakangan ini bukan
sahaja kepada parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas PM Tun Mahathir, tetapi
juga melimpah kepada KEADILAN.
Bagi ahli
Bersatu yang mahu perjuangan konsisten mewujudkan Malaysia baharu dan terbukti
tidak goyah selama 20 tahun, KEADILAN adalah pilihan wajib dan berasas.
Menurut
bekas pemimpin Bersatu, Ibrahim Khan Amanulla Khan, KEADILAN mempunyai seorang
ikon yang cekal, boleh dipercayai dan tidak pernah lari dari perjuangan, iaitu
presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apabila
saya tidak lagi percaya perjuangan Bersatu, tidak susah saya cari pemimpin yang
fokus dalam perjuangan. Selama berpuluh tahun, Datuk Seri Anwar, berjuang
membina Malaysia yang lebih baik. Beliau hadapi segala cabaran dan tohmahan
namun pendiriannya tidak mampu digugat oleh sesiapa.
"Sukar
kita mencari pemimpin yang begitu cekal dalam perjuangan. Nama Anwar akan
dikenang dalam sejarah negara sebagai pejuang perubahan," ucapnya di
majlis penyertaan ahli Bersatu ke dalam KEADILAN semalam.
Bagi
Ibrahim, Anwar wajar untuk marah apabila janji penyerahan kuasa dalam tempoh 2
tahun dikhianati pemimpin Bersatu namun sikapnya sebagai negarawan sejati kekal
tenang dan lebih mementingkan rakyat berbanding mengejar kuasa.
Ibrahim
mengenang kembali ketika Anwar dicari sehingga ke penjara bagi memastikan
pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Namun perjuangan yang tidak
mengutamakan rakyat, katanya, berakhir dengan pengkhianatan.
Yakin
dengan tekad berjuang mewujudkan Malaysia yang lebih baik, Ibrahim dan
rakan-rakan bertekad akan meneruskan perjuangan dalam wadah KEADILAN bagi
memulakan sekali lagi perjuangan rakyat menawan ke Putrajaya.
"Oleh
itu, saya membuat keputusan meninggalkan Bersatu dan berhijrah ke dalam
KEADILAN. Ingin saya maklumkan bahawa saya tidak bersendirian. Bersama-sama
saya ialah 600 ahli yang lain untuk menyertai KEADILAN.
"Saya
berharap agenda mewujudkan sebuah Malaysia yang bersih dan bermaruah akan dapat
diteruskan. Laluan ke Putrajaya akan kita mulakan semula dengan semangat dan
prinsip yang betul," katanya.
Sebelum
itu, Ibrahim menyentuh mengenai perjuangannya sebagai antara pengasas Bersatu
di Negeri Sembilan. Betapa parti lamanya komited menentang kletokrasi sehingga
rakyat Negeri Sembilan tidak ragu-ragu memberi mandat dalam Pilihan Raya Umum
ke 14 lalu. Namun, kemudiannya dengan tanpa rasa bersalah para pemimpin Bersatu
bersekongkol pula bersama pemimpin rasuah yang mereka tentang habis-habisan.
"Kita
harungi pelbagai cabaran. Perjuangan asal Bersatu sangat sukar. Saya adalah
antara yang terawal menyertai Bersatu.
"No
keahlian 136. Waktu itu kita mahu melahirkan Malaysia baru yang boleh
dibanggakan. Matlamat kita membasmi rasuah dan menjatuhkan kerajaan kleptokrat.
Saban hari kita dendang matlamat ini. Ternyata rakyat teruja dan telah memberi
sokongan sehingga Pakatan Harapan membentuk kerajaan.
"Saya
hairan bagaimana kita boleh menghancurkan amanah yang diberi. Kita menubuhkan
Bersatu dengan ramai yang berkorban dalam usaha penubuhan.
"Kita
lupa pengorbanan pejuang asal Bersatu. Apa yang hendak kita cari? Bagaimana
kita boleh berkumpul dengan pemimpin yang dulunya kita tentang?" soalnya.
Turut
menyertai Bersatu bersama Ibrahim adalah Ketua Pemuda dan Ketua Srikandi
Bersatu Bahagian Port Dickson, Bendahari dan Timbalan Pengerusi Tetap Bersatu
Cawangan Telok Kemang serta AJK cawangan.
Majlis
itu diadakan di pusat peranginan Tasik Villa International Resort, Port Dickson
dan disaksikan wakil khas Anwar di Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal
Abdullah bersama beberapa ahli politik tempatan.
Mungkin Pas, Umno bertanding 3 penjuru di Terengganu - Azan
Kemelut politik yang berlaku di
Terengganu antara Pas dan Umno tidak mungkin boleh diselesaikan dengan mudah.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, persaingan politik dalam Muafakat Nasional
(MN) di negeri itu tidak sama dengan negeri-negeri di Pantai Barat.
Katanya, ahli bawahan Pas misalnya
mempunyai pendapat tersendiri mengenai Umno sejak sekian lama. Begitu juga ahli
Umno yang mencurigai ahli Pas.
Jika di negeri lain, kata Azan,
pimpinan atasan parti boleh memaksakan kehendak mereka dan ahli bawahan patuh.
Di Terengganu keadaan agak berlainan. Gelombang perubahan akar umbi misalnya
pernah mengkhianati Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2018.
Terengganu mempunyai ahli Umno yang
banyak namun negeri itu tumbang ke tangan Pas kerana pemikiran ahli dan
penyokong yang beralih arah.
Satu lagi faktor, menurut Azan,
sekiranya pembahagian kerusi tidak selesai dan Pas berkeras mahu mempertahankan
6 kerusi Parlimen dimenangi sekarang, Umno juga pasti berkeras menuntut
dibahagikan 8 kerusi Parlimen Terengganu secara sama rata.
Mungkin persetujuan dicapai sebelum
tarikh penamaan calon tetapi jangan dilupa Pas pernah tidak menepati janji.
Misalnya dalam PRU 13 parti itu memperuntukan kerusi untuk KEADILAN di Pantai
Timur tetapi mereka meletakkan calon dan berlaku pertandingan 3 penjuru.
Malah di negeri yang Pas tiada
pengaruh kuat seperti di DUN Kota Damansara, Selangor pun berlaku pertandingan
3 penjuru di dalam Pakatan Rakyat.
"Saya yakin (dalam keadaan
terburuk) Pas akan mengulangi cara lama dalam pilihan raya. Pas parti politik
bukannya parti agama. Kalau berpegang teguh pada agama memang perjanjian itu
mustahak dan perlu ditunaikan. Kalau berpaksi pada Allah dia kena tunai tetapi
dalam politik (sebelum ini) dia kata lain.
"Saya tak terkejut Pas akan
meneruskan agenda ketetapan sebagaiaman dia umumkan (bertanding 6 kerusi
Parlimen). Semasa Pas dalam Pakatan Rakyat dulu kita buat perjanjian dengan
kukuh pun mereka cari jalan tindih kerusi kita. Jadikan pertandingan tiga
penjuru sehingga kedua-duanya kalah dan mereka tidak rasa bersalah.
"Apatah lagi dengan Umno yang
selama ini dia kata undi Umno itu haram, tidak boleh didekati dan musuh, serta
ia sama sekali ditegah (berurusan) dalam agama," kata Azan kepada Suara
Keadilan.
Keadaan akan menjadi lebih buruk,
katanya, jika isu Terengganu tidak dibawa berbincang secara serius oleh MN
peringkat pusat dan kedua-duanya bertanding tidak menggunakan logo yang sama.
Pemimpin peringkat negeri mungkin
akan mendesak presiden Pas mengeluarkan watikah bertanding untuk calon Pas
secara senyap-senyap dan hanya akan diketahui bertindih kerusi pada hari
penamaan calon.
PPBM HANYA MENYUMBANG JAWATAN PM JIKA MASUK MN
PPBM hanya menyumbang jawatan PM jika masuk MN
Oleh: Redzuan RF8 Media
PPBM bukanlah aset sebaliknya liabiliti jika masuk Muafakat Nasional.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata, berdasarkan ahli sahaja PPBM tidak mungkin memainkan peranan yang besar sebagaimana mereka mahu dilihat dan dilayan.
“Umno mempunyai kira-kira 3 juta ahli dan PAS pula mempunyai kira-kira 1 juta, manakala PPBM hanya 300,000 ahli.
“300,000 ahli ini pun belum dikira selepas berpecah kepada kepada ‘parti merah’, ‘parti hitam’, termasuk dengan kewujudan parti baru, iaitu Pejuang,” katanya merujuk kepada kumpulan yang menyokong presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini Muhyiddin berkata, partinya berhasrat menyertai MN selepas dijemput secara rasmi untuk berbuat demikian oleh Umno dan PAS.
Setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa selepas itu dilaporkan berkata, MN juga bersetuju secara prinsip untuk menerima PPBM.
Bagaimanapun, timbalan presiden Umno Mohamad Hasan mendakwa akar umbi parti itu tidak selesa dan tidak bersetuju dengan idea PPBM menyertai MN yang merupakan gabungan antara 2 parti besar orang Melayu yang diwujudkan September tahun lepas.
Beliau berkata, Umno dan PAS memperjuangkan orang Melayu dan Islam dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat itu, terutama di kawasan luar bandar.
“Pengaruh PPBM jika mahu dibandingkan dengan Umno dan PAS umpama langit dan bumi,” katanya.
“Umno dan PAS mempunyai sejarah panjang dalam dunia politik sebelum ini dan mempunyai ‘tapak’ kukuh berbanding PPBM yang baru beberapa tahun ditubuhkan,” katanya.
Baginya, sukar bagi PPBM untuk menjadi pemain dalam MN disebabkan terpaksa “tunduk” kepada suara majoriti ahli Umno dan PAS.
“Di peringkat cawangan pun susah untuk cukupkan keahlian. Mana mungkin cacing nak gigit ular?,” soalnya.
PEMIMPIN TAK KUARANTIN, DR ROZAIMI SEDIH, MOHON JANGAN SEKEH KEPALA
Pemimpin tak kuarantin, Dr Rozaimi sedih, mohon jangan sekeh kepala
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Dr Rozaimi Ramle melahirkan rasa sedih dengan tindakan pemimpin negara yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin Covid-19.
Walaupun tidak menyebut pemimpin negara yang dimaksudkan, Rozaimi dipercayai merujuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang didakwa gagal melakukan kuarantin kendiri selepas pulang daripada kunjungan luar negara.
Rozaimi turut menambah bahawa dia hanya menyatakan kesedihannya berhubung perkara itu dan berharap kepalanya tidak “disekeh”.
“Nasihat saya supaya patuhlah SOP untuk kawalan Covid-19. Bila anda tidak patuh, anda mungkin akan menyusahkan kakitangan KKM bila jangkitan berlaku. Ambillah contoh kes kluster Sivagangga. SOP dibuat untuk kebaikan bersama.
“Sedih sungguh apabila pemimpin negara sendiri tidak patuh SOP untuk kuarantin diri.
“Saya hanya menyatakan kesedihan sahaja, jangan sekeh kepala saya pula,” katanya dipetik.
Catatan itu mendapat lebih 50 perkongsian selepas kira-kira 30 minit tulisan itu dimuat naik.
Khairuddin sebelum ini dilaporkan pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai.
Susulan itu, Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa Khairuddin gagal melakukan kuarantin kendiri 14 hari selepas pulang daripada kunjungan ke Turki.
Lebih daripada itu Khairuddin juga hadir ke Dewan Rakyat kurang dari seminggu selepas kembali dari luar negara.
Sumber yang dekat dengan Khairuddin mendakwa menteri itu sudah disahkan negatif Covid-19 selepas kembali dari luar negara, selain menambah bahawa Turki merupakan negara zon hijau.
Untuk rekod Covid-19 mempunyai tempoh inkubasi (pengeraman) selama 14 hari, dan jumlah kes dilaporkan di Turki ketika kunjungan Khairuddin menimbulkan persoalan terhadap dakwaan ia merupakan zon hijau.
Selain itu, terdapat juga kes yang disahkan positif walaupun didapati negatif pada ujian saringan kali pertama. Sebelum ini sudah ada banyak kes dihukum denda dan penjara apabila individu yang diletakkan di bawah pengawasan gagal mematuhi perintah kuarantin wajib.
Ekoran daripada itu, pemimpin Pemuda DAP Seputeh semalam membuat laporan polis terhadap Khairuddin.
Namun dalam maklum balas Khairuddin malam tadi, dia enggan mengulas panjang mengenai isu kegagalannya melakukan kuarantin kendiri selepas pulang daripada kunjungan luar negara.
Sebaliknya anggota Palimen Kuala Nerus itu sekadar meminta agar wartawan yang mengemukakan soalan agar menunggu kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kecaman pengguna media sosial
Bagaimanapun, pengguna media sosial terus menyatakan kritikan berhubung perkara itu.
Pemilik akaun Twitter Sir Zayn mencadangkan agar anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu disebat ekoran kegagalannya mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Cadangan: Sebat ta’zir bagi sesiapa yang melanggar kuarantin,” katanya di Twitter.
Sebat dalam masalah Ta’zir adalah kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, iaitu denda yang menjadi pengajaran.
Sir Zayn adalah seorang blogger kulit putih yang fasih berbahasa Melayu dan sering kali bercakap tentang pantun atau simpulan bahasa selain bersembang tentang Melayu, Islam di laman Twitter miliknya.
Mengulas isu sama, bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik pula berkongsi pautan Twitter Khairuddin sebelum ini yang menyatakan Kluster Sivagangga telah didakwa melanggar perintah kawalan kendiri yang ditetapkan.
“Laaa selama ini ingatkan Sivagangga nama timangan pemilik Nasi Kandar Salleh. Terima kasih @NoorAminAhmad kerana berikan pencerahan melalui artikel dari @UstDrTakiri.
“Penjelasan yang amat membantu marhaen seperti kami untuk lebih menjaga SOP demi negara tercinta,” sindirnya di Twitter.
Pengguna Twitter Afi H pula dalam ciapan kepada pemilik akaun Johnny McNulty pula berkata menteri pelancongan Ireland telah meletakkan jawatan selepas pulang dari percutiannya di Itali.
“Ini penanda aras untuk Khairuddin,” katanya di Twitter
Manakala pemilik Twitter Pak Arman Amin mempersoalkan tindakan Khairuddin yang tidak mematuhi SOP ditetapkan.
“Yang Dipertuan Agong pun kuarantin 14 hari. Si Khairuddin ini siapa?” soalnya.
MN PECAH ATAU PN TERPECAH
Kerajaan yang memerintah sekarang adalah Perikatan Nasional atau PN, walaupun ia belum lagi didaftarkan sebagai sebuah gabungan yang sah.
Meskipun UMNO dan BN adalah kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam PN, tetapi ia sudah mengesahkan tidak akan menyertai PN selepas didaftarkan nanti.
Setujunya UMNO dan BN berada dalam PN adalah semata-mata sehingga habis tempoh Parlimen PRU14, manakala untuk PRU15, UMNO dan BN hanya komited untuk bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional atau MN.
MN juga bukan sebuah gabungan yang sah, cuma sebagai hubungan pengikat untuk UMNO dan Pas bekerjasama serta bagi mengelakkan bertembung sesama sendiri.
Melalui MN, UMNO dan Pas akan menggunakan logo masing-masing ketika pilihanraya, tetapi akan saling bertolong bantu antara satu sama lain.
Sementara UMNO tidak mahu menyertai PN, parti itu dan Pas bagaimanapun setuju menjemput Bersatu untuk menyertai MN.
Namun demikian, respon akar umbi UMNO didapati rata-rata menolak kemasukan Bersatu ke dalam MN.
Dalam hal ini, Pas yang berada dalam MN bukan saja setuju Bersatu dibawa masuk ke dalam MN, bahkan mengesahkan akan turut menyertai PN.
PN secara asasnya adalah gabungan yang sudah menjadi kerajaan dan kini ingin dijadikan sebuah gabungan politik tajaan Muhyiddin Yassin.
Dengan Muhyiddin menaja penubuhan PN, sudah tentulah beliau yang akan jadi ketua atau pengerusi gabungan tersebut nanti.
Dalam erti kata lain, ada tiga entiti politik berbeza sekarang iaitu PN, MN dan BN.
Dalam BN, ada UMNO, MCA, MIC dan PBS.
Dalam MN ada UMNO serta Pas dan selepas ini akan turut disertai Bersatu.
Dalam PN, setakat ini hanya ada Bersatu dan satu-satunya parti yang sudah mengesahkan akan menyertainya ialah Pas, manakala UMNO enggan bersamanya, begitu juga lain-lain parti masih belum memberi sebarang komitmen.
Sementara UMNO yang sudah sedia bersama BN hanya komited untuk bersama MN, Pas dan Bersatu ingin berada di dalam lebih daripada satu entiti.
Pas yang sudah bekerjasama dengan UMNO melalui MN ingin pula menyertai PN kerana di situ ada Bersatu yang memberi parti Islam itu banyak jawatan, kedudukan dan nikmat dunia yang mereka tak pernah terbayangkan sebelum ini.
Bersatu pula, meskipun menaja penubuhan PN, dalam waktu yang sama tidak menolak mahu menyertai MN bagi memastikan kedudukan lebih selamat dalam PRU akan datang.
UMNO enggan bersama Bersatu dalam PN adalah kerana tidak mahu berkongsi kerusi, terutama kepada kumpulan pelompat yang diketuai Hamzah Zainuddin dan kumpulan pengkhianat Azmin Ali yang kini mengepung erat Muhyiddin untuk menyelamatkan masa depan politik mereka.
Begitu pun, perkembangan mutakhir ini menampakkan banyak kekeliruan antara UMNO, Pas serta Bersatu dan kedudukan ketiga-tiganya di dalam MN atau PN.
Pas yang sudah berada di dalam MN, kini mahu menyertai PN dan ia sama seperti Bersatu yang menaja penubuhan PN, tetapi setuju juga menyertai MN.
Hanya UMNO yang berbeza iaitu mahu bersama MN, namun enggan menyertai PN.
Lalu, ke mana akhirnya hubungan mereka itu?
Bolehkah ketiga-tiga parti itu bersatu hati, baik di dalam MN atau PN atau salah satu gabungan itu terpaksa dikorbankan?
Antara MN dan PN, mana yang lebih dulu bakal terpecah? (Shahbudindotcom 21/08/2020)
KALI PERTAMA NEGATIF..KALI KEDUA POSITIF
Rina Hamzah
Khairuddin perlu kuarantin wajib selama 14 hari seperti mana rakyat biasa ‼️
Makcik gelang pink saringan pertama pun negatif tetapi selepas 13 hari menjalani kuarantin beliau didapati positif Covid-19.
Begitu juga dengan kluster Sivagangga. Saringan awal juga pun mendapati dia negatif. Tapi kemudian diuji positif. Akhirnya wujud satu kluster yang besar ‼️
Tinggi betul darjat, martabat menteri tu..
KEBAL UNDANG-UNDANG SANGATKAH MENTERI PAS-PN tu ‼️
#KlusterSyurga
JIKA TIDAK KERANA TUN?
Jika tidak kerana Tun?
Oleh: PentadbiR. BETA
1. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir sanggup lead PH kepada kemenangan.. sampai bila-bila kita anggap janji manis UMNO BN dan agama PAS satu yang realistik…
2. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.. selagi itu ramai ingat UMNO BN adalah pakar ekonomi terbaik dunia…
3. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir mengacah ANTI SULTAN.. kita tak akan nampak betapa beraninya INSTITUSI KESULTANAN itu menyanggah perlembagaan dan sistem Raja Berperlembagaan…
4. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir berjanji ingin memberi kuasa kepada Anwar Ibrahim.. kita TAK AKAN NAMPAK betapa Anwar Ibrahim itu KAKI TEMBERANG.. PUTAR BELIT.. PENIPU yang dikeranakan oleh punya masalah jiwa yang akut.. dan kita kini dapat juga lihat Anwar MENJILAT LUDAH SENDIRI…
5. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir mendiamkan LIBERALISM bersuara.. kita tak akan nampak betapa mereka yang sebelum ini kononnya berfakta rupanya ramai yang CETEK AKADEMIK…
6. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir meletakkan paksinya di dalam PKR.. kita tak akan nampak KEGILAAN KUASA dalam parti tersebut…
7. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir masuk ke dalam PH dan membawa undi Melayu sekadar perlu.. DAP takkan berani menendang PAS dan membantu menubuh serta memberi talian hayat kepada PAN…
8. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir memberi banyak jawatan kepada DAP.. kita tak akan tahu semua KERJA MEREKA TIDAKLAH HEBAT MANA seperti kata-kata mereka sejak 20 tahun lalu…
9. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir membuka talian hayat kepada orang UMNO ke BERSATU.. tidak kita nampak siapa orang UMNO yang opportunists.. talam 2 muka dan SETAN BELEK…
10. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir membuka ruang dan peluang memperoleh kuasa.. tidak akan tertubuhnya PAN dan PAS dapat membersihkan kepimpinannya yang GILA KUASA…
11. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir merealisasikan kejatuhan BN/UMNO.. dah tentu pemimpin2 UMNO BN selamanya makin TAK SEDAR DIRI.. dan lari dari perjuangan politiknya sendiri serta pembersihan sukar dilakukan dalam skala besar…
11a. Parti UMNO BN juga akan terus berada dikayangan kerana menganggap parti mereka TIDAK AKAN KALAH dalam PRU…
12. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir.. mengemukakan agenda penyatuan ummah, sukar untuk kita KENAL ada ramai rupanya bangsa Melayu2 yang KIANAT dan BANGSA2 lain juga tidak seronok dengan kebangkitan Melayu…
13. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir meletakkan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.. tidaklah kita sedar betapa perlunya KASUT HITAM berbanding PUTIH…
14. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir membuka ruang kuasa Timbalan Menteri Pendidikan kepada pendidikan.. tidak kita dapat lihat betapa SAKAINYA mereka bila dapat KUASA dan melihat sendiri CAUVANIS mereka tanpa SELINDUNG…
15. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir meletakkan KULASEGARAN.. GOBIND SINGH.. SAIFUDDIN NASUTION sebagai Menteri Sumber Manusia dan Menteri di SKMM dan menteri KPDNKK .. tidak kita tahu betapa INCOMPETENT dan LEMAUNYA mereka bila mendapat kuasa…
16. Jika tidak kerana tindakan Dr. Mahathir meletakkan BOSS HINDRAF sebagai Menteri Perpaduan.. tidaklah kita dapat lihat betapa PORAK PERANDANYA PERPADUAN kaum diwaktu ini dibawah kepimpinan mereka.. dan kita dibuka hijab untuk melihat hantu2 yang ingin jadi hero dalam masyarakat India…
17. Jika tidak kerana Tun.PH masih lagi memegang kuasa dan dan penyamun sudah tentu layak di Sungai Buloh.
18.Jika tidak kerana Tun, yak ada juga parti dan pengkhianat yang kita kenali.
19.Jika tidak kerana tindakan Tun, kita sedar bahawa beliau amat tamak akan kegilaan kuasa dan dan masih lagi bercita cita menjadi PM.
20 .Jika tidak kerana Tun ,penulis yang puji Tun ni pun kita kak kenal dan tahu kebodohannya.
17. Jika tidak kerana Tun.PH masih lagi memegang kuasa dan dan penyamun sudah tentu layak di Sungai Buloh.
18.Jika tidak kerana Tun, yak ada juga parti dan pengkhianat yang kita kenali.
19.Jika tidak kerana tindakan Tun, kita sedar bahawa beliau amat tamak akan kegilaan kuasa dan dan masih lagi bercita cita menjadi PM.
20 .Jika tidak kerana Tun ,penulis yang puji Tun ni pun kita kak kenal dan tahu kebodohannya.
Oleh itu sahabat-sahabat…
Mungkin anda benci Dr. Mahathir.. tetapi anda tidak boleh MENOLAK REALITI bahawa beliau adalah PUNCA kepada TERBUKANYA ‘HIJAB’ KEPURA-PURAAN dan KECETEKAN PEMIKIRAN serta KEMAMPUAN kepimpinan PH…dan derbuka hijab bahawa Mahathir walau tua nak mampoih masih lagi tergila gilakan jawatan untuk menjadi PM walau telah meletak jawatan.
Realitinya juga…
Dr. Mahathir membukakan HIJAB KITA untuk melihat sendiri.. betapa ramainya PENGKIANAT2 BANGSA melayu terhadap Melayu itu sendiri.. yang kini dapat dilihat mereka2 itu berada dalam PN dan semua GABUNGAN parti2 lain…terutamanya BERSATU dan juga Pas.
Malah kita dibukakan HIJAB.. untuk mengenal SIAPA ANWAR dan PKR.. kita kenal segelintir DAP dan sedikit dari AMANAH dalam kemelut politik sekarang ini…dannjuga kita kita dapat melihat Najib akan merengkok dalam penjara
Mungkin anda pelik mengapa TGHH dan Tok Mat memberi sokongan kepada Mahathir to keep his throne till next PRU…dan kita tahu Pas menggunakan agama dan menipu orang Melayu sama macam penulis
Ini adalah kerana hanya Dr. Mahathir yang berani RIVAL dengan DAP.. PKR.. UMNO dan PPBM.. dan dia cekap bertarung dengan taktik SESUMPAH Anwar dan satu-satunya individu didalam PH yang mempunyai capability dan libeliti memerintah negara…
Do you think Anwar can do so???
He can’t even control his own party!!!
He bullshit all the times…
He can’t even control his own party!!!
He bullshit all the times…
Mari kita melihat segala2nya dengan mata kiri dan kanan kita dengan fikiran terbuka…
InsyaAllah dalam musibah ada rahmatnya…
Sentiasa berdoa semoga Allah SWT masih mengurniakan rahmat dan keberkatan kepada kita dan Allah SWT juga yang menggerakkan hati Dr. Mahathir dalam melakukan segalanya…
Inilah PERANCANGAN dan TAKDIR ALLAH SWT jua…
He Got Weakness…
He Got Strength…
He Got Style…
He Got Strength…
He Got Style…
Bersalawatlah banyak2 kepada Nabi Junjungan kita.. banyakkan Istighfar.. perbaiki solat kita…
Insya Allah.. semua pemimpin SETAN JEMBLEK.. SETAN BELEK dan yang JELEK.. akan musnah dengan sendirinya…
Melawan mereka hanyalah dengan kuasa shalawat.. istighfar dan doa waktu solat.
Kerana mereka sedang berkuasa.. BANYAK DUIT dan banyak kuasa untuk membeli keputusan UNDANG-UNDANG dan HAKIM…
Mereka sudah membena jaringan didalam Jabatan kerajaan dan pihak2 berkuasa…
Mereka2 itu semua sanggup bersubahat untuk menyalah guna kuasa ikut suka hati kerana duit…
Mereka juga membena sistem politik MEMIHAK di luar dan dalam PARLIMEN.. di luar dan dalam Mahkamah…
Sebagai langkah selamat mempergunakan kuasa secara MAHARAJALELA demi untuk kekal berkuasa…
Dengan yang demikian sahabat2…
Lawanlah SETAN2 TERSEBUT dengan Salawat Nabi apabila berdepan dangan meraka.. beristighfar banyak2.. dan perbaiki solat dan berdoalah selepas mereka bukan lagi depan mata…terutamanya setan yang menjentik hadi,muhyiddin dan dan juga pimpinan Umno.
InsyaAlla SETAN2 itu pasti musnah dengan sendirinya di tangan TUHAN…termasuk pas.bersatu,umno
Aamiin
DARI PENULIS BANGGANG ABAD INI.
DARI PENULIS BANGGANG ABAD INI.
KALAU IKUT PENYAMUN
W.Faudzin
Semenjak jadi kerajaan tebuk atap dan bersekongkol dengan umno, parti lebai pun ikut stail umno. Guna bilik mesyuarat jkkk untuk mesyuarat parti. Inilah kononnya parti yang bawa nama Islam.
Waktu PH jadi kerajaan dulu, sewaktu PRK, mereka nampak bendera PH yang mereka sendiri lekatkan di kereta kjaan, puak-puak lebai ni terpekik terlolong maki hamun kita kononnya kita guna kereta kjaan. Skrg ni, terang-terang mereka guna pejabat Jkkk. Inikah cara Islam? Beginikah parti yang nak bercakap soal hudud?
Sebab tu, bak kata orang tua-tua, jangan berkawan dengn penyamun nanti sikit sebanyak tahu ilmu menyamun.
PAS BUAT PERANGAI LAGI, MAIN DUA KOLAM
Pas buat perangai lagi, main dua kolam
Oleh: Redzuan RF8 Media
Pas buat lagi lagi dengan perangai ‘king maker’ untuk kekal selamat tidak kira blog Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional yang menang pilihan raya umum akan datang
Menurut sumber, PAS mahu mengimbangkan “kekuatan” Umno dalam Muafakat Nasional (MN) dengan menyertai PN.
“PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dan PPBM. Ini akan menyaksikan Umno bergantung pada PAS melalui MN, dan PPBM berpaut pada parti itu dalam PN,” katanya dipetik FMT.
Semalam setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa parti itu merupakan sebahagian daripada jawatankuasa pro tem dengan PPBM untuk mendaftarkan PN secara rasmi.
Takiyuddin bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) akan turut menyertainya.
Umno sebelum ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkuatkan MN, iaitu gabungan politiknya dengan PAS.
Sumber dalaman itu juga berkata, PPBM bukan ancaman kepada PAS, tidak seperti Umno yang mempunyai lebih ramai ahli Parlimen.
“Ini menjadikan Umno lebih kuat dan mungkin tidak memberikan kerusi mereka kepada PAS dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya.
Justeru, PAS menggunakan PPBM “untuk mengimbangi Umno dan sekali gus menggunakan Umno untuk menekan PPBM.”
Beliau berkata, PAS mahu menjadi pemain utama dalam pilihan raya akan datang.
Umno memerlukan PAS untuk membentuk kerajaan dengan menarik undi orang Melayu, tetapi PAS sedar langkah itu lebih memberi manfaat kepada Umno yang akan memenangi lebih banyak kerusi.
Dalam pada itu katanya, PPBM memerlukan PAS kerana ia tidak mempunyai sokongan di peringkat akar umbi.
“Ketiga-tiga parti Melayu ini mahu mengimbangi satu sama lain. Mereka tidak mahu menyuarakannya secara terbuka, jadi mereka saling ‘bersilat’ secara tidak langsung,” katanya.
Sumber lain berkata, kenyataan Takiyuddin itu juga bertujuan mempersiapkan parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 September depan.
“Mereka tahu Umno tidak akan memberikan bilangan kerusi yang PAS mahu dalam pilihan raya itu. Bagi menghadapi keadaan itu, mereka akan melancarkan logo serta bendera PN tidak lama lagi sebagai ujian dalam PRN Sabah,” katanya.
Beliau berkata, beberapa parti di Sabah dijangka menyertai PN.
“Umno fikir ia kuat, tetapi mereka tidak akan pergi jauh tanpa parti lain.”
Minggu lepas, presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu akan menyertai MN, sekali gus mencetuskan reaksi berbelah bagi dalam kalangan pemimpin Umno.
Sebahagian mereka mengalu-alukan kemasukan PPBM, sementara yang lain mengingatkan parti itu supaya tidak menuntut kerusi.
BN mempunyai 42 kerusi Parlimen, PPBM 32 dan PAS 18.