GUAN ENG PERNAH SEBUT HUTANG NEGARA SEJAK 2019
Faezuddin Fuad
Pada Jun 2019, Menteri Kewangan pada ketika itu, YB Lim Guan Eng menyatakan hutang negara dan liabiliti mencecah RM1.1 trilion. Justeru, langkah penjimatan perlu dilaksanakan, rasuah dan korupsi perlu dibanteras supaya dapat pulihkan ekonomi dan mengurangkan beban hutang negara.
Orang UMNO melenting, orang PAS terpekik bantah. PH bohong! PH fitnah! Antara suara sumbang yang kita dengar masa itu selepas pahlawan bugis (kononnya) bangkit menepis dakwaan Guan Eng.
Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/02/najib-dakwa-guan-eng-tipu-keadaan-sebenar-hutang-negara/
Asyraf Wajid dan Khairy Jamaludin turut dakwa PH bohong.
Namun, semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu, jumlah keseluruhan liabiliti ditanggung Putrajaya adalah sebanyak RM1.2 trilion sekaligus telah mengesahkan, membenarkan dan juga mematikan hujah dangkal para pendokong UMNO-PAS bahawa PH tipu dan fitnah.
Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/06/jumlah-hutang-liabiliti-kerajaan-kini-rm1-2-trilion-kata-tengku-zafrul/
Sangat menakjubkan kerana apa yang Menteri PN ini dakwa langsung tidak dibantah oleh pendokong UMNO-PAS. Senyap sunyi.
Terima kasih banyaklah saya ucapkan kepada Tengku Zafrul kerana telah memudahkan kerja PH.
Kes Lim GuanEng..Hanya keterangan seorang saksi ?
Jamzuri Ardani
Pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng adalah dibuat sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa iaitu Datuk Zarul Zulkifli.
Pertuduhan ini tidak ada bezanya dengan kes liwat DSAI sebelum ini di mana kes pendakwaan dibuat sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa iaitu Saiful Bukhari. Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DSAI atas alasan, "tiada sebab untuk mahkamah meragui kenyataan saksi pendakwa".
Melalui kenyataan saksi pendakwa iaitu Datuk Zarul, LGE tidak berkata "tidak" dan tersenyum ketika beliau menawarkan 10% dari keuntungan projek itu kepadanya ketika bersamanya di dalam kereta. Bukan LGE yang meminta, tetapi beliau yang menawarkan. LGE juga tidak berkata "Ya", cuma beliau 'gagal berkata tidak' ketika ditawarkan oleh Datuk Zarul.
Tidak ada bukti transaksi, tidak ada wang yang dirampas, dan tidak ada saksi lain yang berada dalam kereta tersebut. Sepenuhnya berdasarkan kenyataan saksi pendakwa.
Bukan untuk membela sesiapa, tetapi nilailah sendiri dan bandingkan dengan kes-kes lain yang sedang dibicarakan.
Semoga Allah tunjukkan kepada kita yang benar sebagai benar, yang bathil sebagai bathil.
Apa ada pada Jepak.
A
Ahmad Shauqi
Nama Jepak kini terkenal dengan kaitan kes skandal melibatkan Rosmah, isterinya Najib.
Dalam PRN Sarawak yang lalu saya telah mengatur satu lawatan penting YB Dr Wan Azizah (Presiden KEADILAN) ke RUMAH PALING MISKIN DI JEPAK.
Adalah menjadi keutamaan saya, apabila berurusan dengan pimpinan, kemiskinan rakyat diberi fokus.
Sebelum itu saya telah meminta kepada penduduk setempat untuk menunjukkan kpd saya, keluarga paling miskin di Jepak Sarawak.
Saya kemudiannya dibawa ke sebuah rumah keluarga nelayan sungai. Rumahnya uzur, biliknya satu. Tak muat untuk menampung ahli keluarga, hingga menyebabkan bila malam ada ahli keluarga yang terpaksa menumpang tidur di rumah jiran yang lain.
Jadual presiden ketat. Peringkat awal cadangan saya ditolak oleh Setiausaha Politik Presiden kerana sudah hampir dengan waktu untuk berangkat ke lapangan terbang. Tapi akhirnya dipersetujui.
Kami terus menuju ke rumah paling miskin di Jepak. Tiba disana, jentera Parti Keadilan Rakyat telah pun sedia menunggu. Saya membantu YB Presiden bertemu dengan ahli keluarga. Kemudian saya mengajak YB Presiden masuk ke dalam rumah memerhatikan tahap kedaifan rakyat. Bagaimana tempat tidur rakyat. Dapurnya bagaimana. Tandasnya pula. Dan bagaimanakah anak-anak keluarga ini belajar dalam rumah yang sempit. Bantuan diberi.
Keluarga ini dan rakyat Jepak hampir setiap hari melihat kekayaan negeri di depan mata. Jumlah batang2 balak-balak disungai berdekatan luar biasa banyaknya.
Tapi adakah kekayaan negeri diagihkan dengan adil?
PRU 15: NGO PRO PH SIAP SEDIA LAWAN PN
PRU 15: NGO pro PH siap sedia lawan PN
Gabungan NGO-NGO Reformis Malaysia (GRM) siap sedia membantu Pakatan Harapan (PH) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa.
Menurut Setiausaha Agung Jingga 13 Malaysia, Afzainizam Rahman, bantuan NGO kepada PH pada PRU kali ini akan terus mantap demi memastikan perjuangan rakyat bagi membina Malaysia yang lebih baik diteruskan.
“Kita dengar spekulasi PRU 15 tidak lama lagi, ada yang kata bulan ini, bulan depan. Namun PRU akan pasti berlaku sebelum 2023.
“Persiapan utama yang perlu dilakukan oleh GRM dan NGO-NGO lain ialah memperkemaskan jentera kita. Kita tidak boleh lagi bercakap politik tetapi tidak melakukan tindakan.
“Semua NGO yang menyokong perjuangan rakyat perlu bergerak. Dan kami dalam GRM memang menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar serta mengharapkan beliau menjadi perdana menteri (dalam PRU kali ini).
“Tetapi reform bukanlah laungan semata. Reformasi perlu turun ke bawah. Oleh itu saya mahu kawan-kawan dalam media sosial tolong bantu berkhidmat (kepada masyarakat). Begitu juga kerajaan negeri tolong jalankan perkhidmatan terbaik, tunjuk kebolehan kerajaan negeri kepada rakyat,” katanya dalam forum yang dianjurkan GRM baru-baru ini.
Selain itu, Afzainizam turut menggesa Ahli-Ahli Parlimen PH yang sedang bersidang di Parlimen pada sesi Julai – Ogos agar membangkitkan isu-isu rakyat yang tular di media sosial supaya dilihat proaktif dalam memperjuangkan agenda kemasyarakatan.
Di samping itu, beliau menasihati pejuang-pejuang media sosial agar menghulurkan tangan membantu jentera pilihan raya PH ketika pelbagai pengkhianatan sedang berlaku melemahkan perjuangan Reformasi.
“Saya mengesyorkan di Parlimen, para pembuat dasar kita melihat input yang rakyat bualkan di media sosial. Isu tular perlu diangkat ke Dewan Rakyat supaya rakyat melihat kita boleh menawarkan agenda yang lebih baik serta mengiktiraf kemampuan Ahli Parlimen mendesak kerajaan.
“Dengan itu rakyat akan memberi kepercayaan kepada PH untuk membentuk Malaysia yang lebih baik.
“Manakala bagi kawan-kawan yang masih tertanya-tanya apa perlu mereka lakukan, mereka perlu pergi ke setiap Cabang parti dan mendaftar sebagai sukarelawan. Pimpinan negeri sudah umumkan untuk mengaktifkan jentera pilihan raya. Jadi kita bantu memperkuat gerak kerja peringkat bawahan,” katanya lagi.
Utuk rekod, Jingga 13 yang diasaskan oleh pemimpin KEADILAN Terengganu, Fariz Musa begitu banyak membantu KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 lalu.
Kini Jingga 13 menyertai GRM, membentuk gabungan 10 NGO Reformasi bergerak untuk memastikan kemenangan PH dalam PRU 15.
17 Ogos untuk putuskan sama ada pembubaran DUN Sabah boleh diadili
KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah.
Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata, mahkamah juga menetapkan 10 Ogos ini untuk hujahan bertulis daripada Peguam Besar Negeri Sabah Brenndon Keith Soh dan 12 Ogos bagi pihak beliau (Tengku Fuad) memfailkan hujahan balas.
Beliau berkata, permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu bagi menentukan sama ada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, sebagai responden pertama, telah bertindak mengikut undang-undang semasa membubarkan DUN atas nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, responden kedua.
“Kita akan bersidang semula di sini pada 17 Ogos ini untuk hujahan tambahan atau keputusan,” kata Tengku Fuad yang ditemui di kompleks mahkamah di sini.
Permohonan itu juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan negeri Sabah sebagai responden ketiga dan keempat masing-masing.
Tengku Fuad menjelaskan hujahan yang dikemukakan di hadapan Shim ialah Tun Juhar tidak dinasihati secara betul oleh Mohd Shafie dalam menggunakan kuasanya untuk membubarkan DUN di bawah perlembagaan negeri.
Pada 30 Julai, Mohd Shafie mengumumkan yang beliau menerima kebenaran Tun Juhar untuk membubarkan DUN berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri dalam tempoh 60 hari.
Ketua menteri itu mendapatkan kebenaran membubarkan DUN selepas Musa, pada sidang media, mengumumkan yang beliau mendapat sokongan 33 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri baharu.
DUN yang dibubarkan itu mempunyai 65 ADUN. – Bernama
Jom Suruh dia tumbuk beramai -ramai : Siapa mengata Dr M dan Mukhriz saya tumbuk, kata Peja
Siapa mengata Dr M dan Mukhriz saya tumbuk, kata Peja
Timbalan Presiden Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memberi amaran kepada ahli parti itu supaya tetap menghormati bekas pemimpin mereka, iaitu Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz Mahathir.
Faizal berkata,walaupun Mahathir dan Mukhriz – yang merupakan bekas pengerusi dan timbalan presiden – tidak lagi dalam Bersatu, para ahli tetap perlu menghormati mereka dan pada masa sama memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin Yassin selaku presiden.
“Semua ahli perlu memberi sokongan 100 peratus kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Bukan kita tak sayang pemimpin lama dan saya kata di tempat lain dan banyak orang tak berapa suka saya cakap.
“Kalau ada orang mengata Dr Mahathir, kalau kata orang kata bukan-bukan kepada Mukhriz, saya tumbuk. Saya ini panglima dia. Siapa cakap tak baik tentang dia saya tumbuk, gaduh pun gaduhlah, serius,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Menteri besar Perak itu berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat bahagian-bahagian Bersatu Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mengenepikan saman Mahathir dan empat lagi yang mencabar pemecatan mereka daripada Bersatu.
Pada masa sama Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan sebuah parti baru.
Ahmad Faizal yang mesra dikenali sebagai Peja berkata, tugas ahli parti bukan menjadi pengadu domba antara pemimpin sebaliknya ejen menyatupadukan mereka.
“Hari ini presiden kita adalah perdana menteri, kita patut berbangga. Apakah Tan Sri Muhyiddin seorang yang sempurna? Sudah tentu tidak. Dia ada banyak kelemahan, Peja sebagai menteri besar Perak seorang yang sempurna? Tentu tidak.
“Apakah Dr Mahathir sebagai perdana menteri kita dulu sempurna? Tentu tidak, tetapi hari ini ditakdirkan Allah bahawa Muhyiddin memegang teraju kepimpinan dan tanggungjawab kita sebagai ahli bagi sokongan sepenuhnya.
Pada masa sama dia juga menyuarakan harapan agar Dr Mahathir dan sejumlah lagi yang menyokongnya untuk “dilembutkan hati” dan kembali menguatkan Bersatu.
“Sambil kita selepas solat kalau rajin buat solat hajat dua rakaat. Minta (doa) pada Allah (agar) lembutkan hati Dr Mahathir, lembutkan hati Mukhriz, kembali bertaut semula (dan) kuatkan kembali parti kita. Bukan mengapi-apikan lagi sesama pemimpin,” katanya lagi.
MAHATHIR LANCAR PARTI BARU BELIAU
Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan parti baru petang ini.
Sidang media dijangka akan berlangsung jam 4 petang ini di Yayasan Albukhary manakala pelancaran akan dibuat di sebuah hotel dekat Jalan Pantai Baru.
Ke enam-enam bekas pemimpin Bersatu yang dipecat dan menyertai Tun Dr Mahathir dijangka akan menyertai parti baru ini.
Selain Dr Mahathir, anak beliau Datuk Seri Mukhriz Mahathir (MP Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (MP Kubang Pasu), Dr Mazlee Malik (MP Simpang Renggam), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (MP Sri Gading) dijangka akan menjadi pemimpin utama parti ini selain bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.
Berita angin kini tersebar kononnya sebuah parti yang ditubuhkan di Pulau Pinang, Malaysian United Party (MUP) atau Parti Bersama Malaysia akan diambilalih oleh Tun Dr Mahathir dan rakan-rakannya
HARAM ASAL KAYA....
Norman Radzuan
Kadang-kadang yang dilihat miskin itu mereka begitu mencari keredhaan Allah. Sebab di negara kita ada pilihan mudah untuk menjadi kaya. Sepertimana bangsa kita sejak berpuluh tahun dahulu ditipu dengan skim cepat kaya.
Fahami bangsa baru kita tahu cara menghadapi bangsa. Inggeris tidak seperti Jepun... bertempur dgn kekerasan. Membunuh siapa yg degil akhirnya Jepun mendapat tentangan dari org Melayu, Cina, Istana dan Inggeris.
Inggeris menjajah mereka bukan dgn cara berperang. Mereka jajah minda Melayu. Mereka kaji dimana kelemahan org Melayu. Maka kerja mereka mudah tanpa menggadaikan nyawa samada di pihak musuh atau di pihak Inggeris.
Kita tahu bangsa kita terkenal dgn sikap jika diberi lesen dipajakkan kpd bangsa pendatang, diberi tanah dijual, diberi baja dijual.... pendek kata mencari jalan mudah utk hidup senang lenang di dunia.
Kenapa org Melayu terburu buru menjadi org politik. Nak bela bangsa...?.... Haaaaaaaaaaaa. Rata-rata kerana mahu mendapat laba politik dgn cara yg mudah.
Kerjanya mudah bodek-bodek.. minta satu dua projek. Yg bos makan besar yg bawahan makan kecil. Janji tak perlu hari-hari berpanas berhujan,angkat benda berat, bangun pagi2 utk berniaga dan sebagainya.
Minta saja projek berjuta juta... dpt untung 1 juta dan sub saja pada bangsa lain buat kerja tersebut. Kemudian bila menjelang politik dimakinya bangsa Cina kerana monopoli ekonomi. Maka org kampung tertipulah dgn psikologi tersebut.
Bangsa Melayu agamanya suci. Melarang sama sekali memakan benda haram. Kenapa? Kata orang alim jika makan benda haram di dunia tiada keberkatan hidup... maka anak cucu hidup tunggang langgang.
Tapi fahaman org Melayu makan babi itu haram. Dengan alasan dari sudut kesihatan sb ia nampak mudaratnya. Cuba jika makan duit haram sebulan lepas tu mereka akan ditimpa penyakit seperti Covid 19... confirm org Melayu takut makan rasuah.
Sepertimana kaya di dunia dan akhirat... pedulikan kaya di akhirat kerana ia tidak nampak tapi yng penting dlm tempoh 30 tahun ini kita mesti nampak kaya di dunia.
Dari segi hukum keduanya haram. Keduanya memudaratkan. Tapi orang Melayu era moden lebih takut dilihat miskin. Maka mereka akn lakukan apa saja asal jangan dilihat miskin.
Tak salah utk jadi kaya tapi apa terjadi di negara kita bila merompak wang rakyat bukan satu kesalahan. Ia sangat menyedihkan... lihatlah meletakkan ekonomi negara pada bukan orgnya. Contoh Pengerusi atau CEO GLC yang diragui kemampuannya.
Makan minum beribu2 hanya utk makan tgh dgn menggunakan wang GLC. Itu wang GLC belum lagi wang Kementerian. Secara peribadi saya sgt sedih perkara seperti ini menjadi budaya hidup bangsa saya sendiri....
Berbahagialah mereka yg dilihat tidak kaya kerana mempetahankan maruah dan agamanya dari termakan benda-benda haram. Berbahagialah kalian semoga di akhirat esok Allah memberi kekayaan kerana kesabaran dan tawadhuknya kalian yang bermaruah demi Allah...
BERSATU BAKAL BERKUBUR, IKUT JEJAK S46?
Bersatu bakal berkubur, ikut jejak S46?
Oleh: Pentadbir
FB : Mohd Rashidi
1. Perang UMNO 1987 telah mewujudkan Team A (Mahathir, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Sanusi Junid, Najib, Wan Mokhtar) vs Team B (Ku Li, Musa Hitam, Rais Yatim, Harun Idris) yang akhirnya terbentuk Semangat 46.
2. S46 menghadapi kesukaran untuk didaftarkan takdirnya berlakulah prk Teluk Pasu Terengganu pada 1989. Maka dibuat helah kononnya akan berlaku 3 penjuru antara UMNO, Pas dan calon pro Ku Li. Maka terus diluluskan pendaftaran S46 pada 3 Jun 1989 dan kata sepakat dicapai hanya Pas sahaja bertanding melawan UMNO. Calon Pas Ust Harun Taib memenangi prk Teluk Pasu dengan majoriti 121 undi.
3. Melihat momentum itu maka Ku Li berpakat dengan parti pembangkang yang lain bagi menghadapi PRU 1990 maka wujudlah Angkatan Perpaduan Ummah (S46, Pas, Berjasa, Hamim, Kimma) dan Gagasan Rakyat (S46, Dap, PRM, IPF, PBS).
4. Ternyata PRU ini hanya menguntungkan PAS, DAP dan PBS sahaja. PAS berjaya memenangi Kelantan buat kali kedua dan 7 calon heavyweight PAS terpilih ke Parlimen seperti Ust Abd Hadi, Muhd Sabu, Ust Bunyamin dan Ust Nik Abdullah Arsyad. Dap dengan Projek Tanjong 2 hanya kekurangan 3 kerusi Dun (14/33) sahaja untuk menjadi Ketua Menteri P. Pinang yang baru. Sewaktu ini Dap berjaya mengungguli 20 kerusi parlimen. Parti Bersatu Sabah PBS yang baru diwujudkan juga memenangi 14 kerusi parlimen serta menjadi Ketua Menteri disana.
5. Walaupun disokong kuat oleh Tunku dan Tun Hussein ternyata PRU 1990 tidak menguntungkan S46 oleh kerana sigah Kadazan yang dipakai Ku Li menjadi jajaan fitnah kepadanya. S46 hanya mampu menang 8 kerusi parlimen dengan 3 tokohnya sahaja yang menang iaitu Ku Li (Gua Musang), Ibrahim Ali (P.Mas) dan Hajah Ilani (K.Bharu). Manakala ramai tokohnya kecundang seperti Zainal Abidin Zin (Bagan Serai, Kalah 3002 undi), Rais Yatim (Jelebu, Kalah 395 undi), Shabery Cheek (Kemaman, Kalah 9446 undi) dan Harun Idris (Titiwangsa, Kalah 12071 undi).
6. PRU 1995 ibarat sejarah hitam buat S46 apabila mengalami kekalahan lebih teruk dari sebelumnya. Hanya memenangi 6 kerusi parlimen dengan kemerosotan undi. Mengambil kira kekalahan teruk tersebut maka rundingan diadakan bagi menerima ahli S46 ke dalam UMNO semula. S46 ternyata tidak sanggup selamanya menjadi pembangkang dengan peruntukan dana disekat dan dihentam kiri kanan oleh media massa.
7. Maka bubarlah S46 pada 8 Okt 1996 demi ‘perpaduan Melayu dan Islam’. Ternyata selepas itu bekas pemimpin S46 diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat dan menteri seperti Shabery Cheek, Zainal Abidin Zin dan Rais Yatim.
8. Walaupun PPBM bukanlah pembangkang hari ni, tetap wujud dilema dianggap adik yang bongsu di dalam PN. Berbekalkan 6 MP asal dan 25 MP yang lompat selepas PRU 2018, ternyata UMNO dan PAS kurang senang untuk menghormati.
9. Telah tular berita dan siri video perebutan kerusi antara 3 parti Melayu ini. UMNO mempunyai 37 MP di semenanjung, Pas (18) dan PPBM (23) di semenanjung. Kerusi parlimen di semenanjung hanyalah 166 dimana kerusi Melayu adalah 112 sahaja.
10. Sudah tentu kerusi marginal menjadi rebutan setiap parti disamping mengekalkan kerusi sedia ada. Pas dan UMNO tentunya menguatkan cengkaman di semenanjung terutamanya di malay belt.. PPBM sudah tidak ada pilihan melainkan mengikut jejak langkah S46. UMNO sudah mempelawa, apa kiranya tetamu masuk saja untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru ataupun pergaduhan ketika rundingan kerusi.
SAH HUTANG RM1.2 TRILION, PAK LEBAI KATA APA?
Sah hutang RM1.2 trilion, pak lebai kata apa?
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Kata Menteri Kayangan di parlimen.. Dia Sah kan Hutang Negara RM 1.2 trilion.. dalam maksud yang lain, 1200 Billion.. Sebelum ni punya dok troll Lim Guan Eng kononnya menipu yang hutang Negara RM 1 Trillion..Lim Guan Eng Sebut lebih 1 Trillion jer.. Hat Menteri Tebuk atap terus jujur 1.264 Trilion..
Kata Menteri Kayangan Bankers.. Hutang 1.2 Trillion, tapi Negara tidak bankrap..Sebab masih mampu bayar hutang… Memang lah masih mampu bayar Hutang.. Memang lah mampu, terpaksa tutup Hutang dengan Hutang..
Mudah faham..mcm Bapak Tak Guna kaki Judi lah.. Dia Hutang Bank.. Hutang Bak tak lepas bayar, Dia Hutang Ahlong(Bank China)..Buku Bank dia letak kat Ahlong(1MDB& ECRL)..Dia masih mampu Bayar semua hutang tu.. Tapi habis duit masa depan anak dia dalam Tabung Haji kopak.. habis Barang kemas bini dia..dia gadai.. Rumah terpaksa Refinance.. dan tanah pusak habis gadai.. mcm tu mudah faham..
Tapi dalam bahasa mudah, Orang panggil bapak dia dah Pokai.. Orang PAS dulupun dok cakap mcm tu jugak kat UMNO..Bankrapkan Felda.. Tabung Haji.. Sama jer.. Itu bahasa Politik..
Nak tahu Bapak/Kerajaan tu tanda dah Pokai..Dia pinjam semata mata nak bayar hutang.. Hutang tak berkurang.. Bisnes tak bertambah.. Pendapatan makin kurang..Anak makin terbiar.. Tu orang Pangil bapak tak Guna.. lagi teruk, Bapak dia dah kena tangkap sebab katanya curi duit Syarikat dia..
Kalau Bapak dia jahat takpa lah jugak..Ada Tok Imam dan Bilal, terang2 terbukti bapak dia pakai Duit Ofifice masuk Akaun dia.. Dia dah joli sakan sana sini boleh lagi dok pertahan kan Bapak tak guna tu.. Hanya sebab Bapak tak guna ni dulu bagi duit derma kat Masjid dan rumah anak yatim depa.. walhal Duit Derma tu pun cuma 2% dari hasil dia songlap duit Syarikat buat cuci Dosa ala bani Melayu..
UMNO MAHU NAJIB, ZAHID TIDAK BERTANDING PRU 15?
Umno mahu Najib, Zahid tidak bertanding PRU 15?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Sang Kelembai
Jika ikut precedent yang berlaku kepada Chua Tian Chang atau Tian Chua dan Rafizi Ramli. Di Larang bertanding dalam PrU ke 14 kerana sudah ada pertuduhan di Mahkamah. Walau kemudian semua tuduhannya di tarik balik oleh
Maka UMNO yang menjerit terpekik terlolong nak desak bubarkan Parlimen tahu atau tidak bahawa ini adalah senarai 6 Ahli Parlimen UMNO yang tidak boleh bertanding jika berlaku Pilihanraya. Jika hujjah ini digunakan oleh calon yang bertanding.
Nampak ayam dalam reban UMNO macam setuju mereka ini tidak bertanding lagi.
1. Pekan
2. Bagan Datuk
3. Pontian
4. Putrajaya
5. Baling
6. Kinabatangan
2. Bagan Datuk
3. Pontian
4. Putrajaya
5. Baling
6. Kinabatangan
Anda fikirlah sendiri. Buat kerja itu, pakailah otak dan move on.. pandangan jauh.
Siapakah yang tinggal untuk memimpin UMNO.. kena fikirkan sekarang. Sepatutnya UMNO dengan segera membuat permohonan tafsiran Tidak Boleh Bertanding sesaorang yang di tuduh di Mahkamah Perlembagaan.
Sama ada bersalah atau telah merayu ke Mahkamah Tinggi di nafikan hak bertanding.
SETELAH NAJIB DIHUKUM, LGE DIDAKWA DAN PARTI TUN M BARU DITUBUH, INILAH MASA TERBAIK MUHYIDDIN BUBAR PARLIMEN
Pada jam 4 petang hari ini, Tun Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media mengumumkan parti baru yang bakal menjadi wadah baru perjuangannya.
Beliau difahamkan telah mengambil alih sebuah parti yang telah didaftarkan dan akan menukarnya kepada nama Parti Bersatu Rakyat Malaysia.
Keputusan Tun Mahathir menubuhkan parti baru bersama bekas pemimpin-pemimpin Bersatu yang dipecat adalah berikutan keputusan Mahkamah Tinggi pagi tadi yang membenarkan permohonan Muhyiddin Yassin untuk membatalkan saman bekas Pengerusi Bersatu itu yang mempertikaikan kesahihan pemecatannya.
Dengan keputusan mahkamah itu, bererti peluang untuk Tun Mahathir kembali ke dalam Bersatu sudah tertutup dan menubuhkan parti baru adalah satu-satunya peluang yang ada untuknya meneruskan perjuangan.
Pagi tadi juga, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah didakwa di Mahkamah Sesyen KL berhubung pertuduhan meminta suapan dalam projek Terowong Dasar Laut di Pulau Pinang.
Pada Isnin dan Selasa depan, Lim akan didakwa lagi di Mahkamah Pulau Pinang.
Pada 28 Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak telah dihukum bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas kesalahan pecah amanah, rasuah dan penggubahan wang haram terkait dana SRC International, sebuah anak syarikat 1MDB yang kini sudah dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan.
Beliau dihukum 72 tahun penjara dan denda RM210 juta, tetapi oleh kerana hukuman penjara dijalankan serentak, hukumannya hanya menjadi 12 tahun penjara saja.
Walaupun Najib telah merayu terhadap hukuman yang diterimanya, beliau tidak boleh bertanding dalam PRU akan datang sehingga ada keputusan lain daripada Mahkamah Rayuan berhubung sabitannya.
Dengan ketiga-tiga perkara di atas, sekarang adalah peluang terbaik untuk Muhyiddin membubarkan Parlimen bagi diadakan pilihanraya mengejut untuk beliau memperolehi mandat baru sebagai Perdana Menteri.
Muhyiddin wajar membubarkan Parlimen dengan segera sebelum parti Tun Mahathir dapat dilebarkan sayapnya dan berjaya menarik ahli-ahli Bersatu menyertai parti itu.
Sekarang ini pun sudah ramai ahli-ahli Bersatu yang secara terbuka melalui media sosial mengumumkan mereka keluar parti itu untuk menyertai perjuangan Tun Mahathir.
Lagi lama masa dibiarkan berlalu, ia adalah suatu kelebihan untuk Tun Mahathir mengukuhkan parti barunya dan mungkin akhirnya Bersatu akan kurus kering dengan hanya beberapa ribu ahli saja lagi yang tinggal.
Selain itu, dengan membiarkan masa berlaku juga, ia turut membolehkan Tun Mahathir bersama parti barunya bergabung semula dengan PH dan ini tentunya merupakan ancaman kepada Muhyiddin dalam pilihanraya nanti.
Melalui pertuduhan yang belum dibicarakan terhadap Guan Eng pula, Muhyiddin kini boleh menjadikan isu tersebut sebagai modal kempen untuk menarik lagi sokongan rakyat terhadapnya, terutamanya dalam kelompok pengundi Melayu.
Bersama UMNO dan Pas, beliau tidak mustahil mampu mewujudkan gelombang baru orang Melayu untuk menyokongnya, meskipun pertuduhan terhadap Guan Eng ini akan lebih menjauhkan sokongan pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.
Tetapi, bukankah Muhyiddin sendiri lebih berbangga dengan kedudukannya sebagai Melayu berbanding rakyat Malaysia?
Hukuman bersalah yang telah dijatuhkan mahkamah terhadap Najib adalah juga suatu kelebihan kepada Muhyiddin dari segi politik.
Ini bukan saja bererti Najib tidak boleh bertanding jika PRU diadakan sebelum rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan, malah merupakan peluang sangat terbuka untuk Muhyiddin menonjolkan dirinya agar diterima sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.
Dalam waktu yang sama, hukuman yang diterima Najib itu juga merupakan tekanan kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes perbicaraan di mahkamah dengan meletakkan dirinya dalam keadaan tiada pilihan selain menyokong Muhyiddin.
Dalam keadaan kesnya sedang dibicarakan, tentulah mustahil Zahid Hamidi berani menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.
Muhyiddin pula, selagi Zahid Hamidi menjadi Presiden UMNO dan sedang berdepan perbicaraan mahkamah inilah satu-satunya kelebihqn untuknya dapat bertegas agar parti itu memilih dan menyokongnya lagi sebagai Perdana Menteri.
Jika selepas pemilihan UMNO tahun depan dan orang lagi menjadi Presiden UMNO, kuasa Muhyiddin untuk bertegas dan menekan UMNO sudah tiada lagi.
Makanya, tiada masa lain selain sekarang yang merupakan masa terbaik untuk Muhyiddin membubarkan Parlimen agar semua pihak dalam MN dan PN terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri untuk berdepan dengan PH dalam pilihanraya mengejut yang akan diadakan. (Shahbudindotcom 07/08/2020)
Ustaz Azhar Idrus tidak dapat tauliah mengajar di Terengganu?
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan sehingga kini gagal memperolehi tauliah mengajar agama di seluruh Terengganu walaupun kerajaan negeri kini di bawah Pas.
Menurut sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), proses pentauliah kepada pendakwah berusia 56 tahun itu pernah dibuat pada 2019 namun sehingga kini tiada kelulusan diberikan kepada Ustaz Azhar Idrus daripada pihak kerajaan negeri, lapor Terengganu Report, sebuah laman web di Terengganu.
Kata sumber berkenaan, perkara itu dalam makluman Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Penerangan Pas Terengganu.
Kegagalan Ustaz Azhar Idrus memperolehi tauliah mengajar di masjid, surau dan majlis ilmu seluruh negeri memberi implikasi undang-undang menurut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) Tahun 2001.
Beliau boleh didakwa mengikut Seksyen 103 enakmen tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Ustaz Azhar sentiasa digunakan oleh Pas untuk menarik penyokongnya ke majlis ceramah dan program mereka.
Sebelum ini, beliau pernah mengkritik Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri kerana tidak mengawal aktiviti yang dianggap beliau sebagai maksiat walaupun telah menjadi kerajaan di negeri itu.
Ketua Armada Bersatu Gerik isytihar keluar parti
Ketua Armada Bersatu Gerik, Dr Ahmad Safwan Mohamad mengisyhtiharkan keluar daripada parti itu.
Bekas calon dan Penyelaras DUN Pengkalan Hulu itu mengambil tindakan tersebut selepas melihat idealisme perjuangan Bersatu tidak lagi sesuai dengan matlamat asal keterlibatan beliau pada awal penubuhan parti tersebut.
“Setelah lama saya memikirkan tentang kedudukan saya di dalam BERSATU, saya akhirnya membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan saya di dalam parti dan semua jawatan lantikan politik.
Saya juga telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi ahli Bersatu atas alasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Saya juga telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi ahli Bersatu atas alasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, keterlibatannya di dalam politik adalah untuk membawa idealisme politik perubahan, daripada budaya ketaksuban kepada budaya kematangan, daripada budaya politik yang bobrok kepada politik yang lebih baik.
Safwan yakin, ini adalah tindakan terbaik untuk mempertahankan pendirian dan idealisme yang beliau dokong.
“Saya mendambakan satu budaya politik yang baik untuk generasi akan datang. Masa depan Malaysia terletak di tangan kita semua.
“Rakyat Malaysia perlu diajar tentang politik yang telus dan tulus. Telus, dengan erti kata tidak ada sandiwara, manakala tulus, dengan erti kata jujur dan baik dalam tindakannya,” katanya.
“Rakyat Malaysia perlu diajar tentang politik yang telus dan tulus. Telus, dengan erti kata tidak ada sandiwara, manakala tulus, dengan erti kata jujur dan baik dalam tindakannya,” katanya.
NAJIB BERI ANAK YATIM MANA, ROSMAH KE?
Najib beri anak yatim mana, Rosmah ke?
Oleh: Pentadbir
Bila pendakwaraya berjaya buktikan elemen jenayah merompak & salahguna kuasa dalam pertuduhan dan Najib dipanggil membela diri, Najib cuma defend dirinya dengan mengatakan SAYA TAK TAHU, JHO LOW TIPU SAYA.
Bila bicara dah selesai, sementara tunggu rayuan, Najib ubah taktik dengan mempermainkan emosi rakyat, kononnya DUIT SRC UNTUK ANAK YATIM.
Apa jadah tak sebut benda ni semasa pembelaan?
– RM3.3 juta beli hadiah kepada isteri bekas PM Qatar
– RM466,330 beli hadiah kepada isteri, Rosmah Mansor
Ohh.. sebab Najib tak boleh buktikan sebab duit SRC tu memang untuk kemewahan diri dan ‘kawan-kawan VVVIP nya’. Dengan mudahnya pendakwaraya akan buktikan pembohongan Najib.
KES MARA DAH KENA DAKWA DI AUSTRALIA, MALAYSIA BILA?
Kes MARA dah kena dakwa di Australia, Malaysia bila?
Oleh: Pentadbir
Hahaaa… Pihak Polis di Melbourne, Australia telah membuat pendakwaan terhadap Boon Lye Teen kerana #MERASUAH Pegawai-Pegawai Malaysia, berkaitan dengan pembelian kompleks pangsapuri berjuta-juta dolar di Melbourne kepada anak syarikat MARAPangsapuri itu ialah blok penginapan pelajar yang dipanggil Dudley House.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Majistret Melbourne, pendakwa Santo De Pasquale dari Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel memberitahu mahkamah bahawa polis Australia akan mendakwa harga jualan asal yang disepakati itu adalah AUD 17.85 juta (RM 53.55 juta) tetapi ia kemudian dijual dengan harga AUD 22.6 juta (RM 67.8 juta), dengan AUD 4.75 juta (RM 14.25 juta) dibayar kepada pegawai Malaysia.
Bukan ke skandal MARA bermula masa zaman Nuor Muso jadi Pengerusi
————————-
– “Australian police have charged a man with bribing a Malaysian official in order to secure the sale of a multi-million-dollar apartment complex in Melbourne to a subsidiary of Majilis Amanah Rakyat (MARA).
– “Australian police have charged a man with bribing a Malaysian official in order to secure the sale of a multi-million-dollar apartment complex in Melbourne to a subsidiary of Majilis Amanah Rakyat (MARA).
The Sydney Morning Herald reported that Boon Lye Teen, also known as Dennis Teen, was charged on July 9 with bribing a foreign official and for four counts of false accounts related to the sale in 2013 of a student accommodation block called Dudley House (above) in Melbourne to MARA Incorporated Sdn Bhd.
Teen, 68, said to be a Malaysian domiciled in Australia, has been charged with bribing a foreign public official on March 8, 2013, in Vermont South, Melbourne.❗
The charges come five years after an investigation by The Age and The Sydney Morning Herald which revealed the price of the property had allegedly been inflated by AUD 4.75 million (RM 14.25 million) to provide kickbacks to a group of Malaysian officials.
Court documents allege that Teen “provided, or promised to provide, a benefit, namely the sum of AUD 4.75 million (RM 14.25 million) to other persons, including one “Zach Zainal” and one “Erwan Azizi”, with the intention of influencing a foreign public official in Malaysia in order to obtain or retain business, namely the sale of a student residential apartment complex”.
During a filing hearing at the Melbourne Magistrates Court, prosecutor Santo De Pasquale from the Commonwealth Director of Public Prosecutions told the court that Australian police will allege the original agreed sale price for the property was AUD 17.85 million (RM 53.55 million) but it was later sold for AUD 22.6 million (RM 67.8 million), with AUD 4.75 million (RM 14.25 million) paid to Malaysian officials.
De Pasquale said that after settlement, there were allegedly discussions between Teen and several “Malaysian agents” who police allege acted on behalf of Malaysian public officials.
“A number of emails, SMS messages, WhatsApp messages and the like disclose about AUD 4.75 million (RM 14.25 million) was provided to foreign officials in Malaysia,” The Sydney Morning Herald quoted him as telling the court.
Pasquale said during the investigation, the Australian Federal Police had requested the assistance of Malaysian authorities who had provided some material to them.
The offence of bribing a foreign public official carries a maximum penalty of 10 years’ imprisonment and or a fine of AUD 1.8 million.
The eight-month investigation by The Age and The Sydney Morning Herald traced suspicious money flows, court files and corporate records across three continents.
The investigations revealed that the Malaysian group demanded an AUD 4.75 million (RM 14.25 million) bribe in return for guaranteeing that the funds would flow from MARA Inc to buy the building.
The bribe was allegedly paid via sham invoices issued to the Australian developers from Malaysian companies. The invoices demanded payment for non-existent services, including “professional advice” and “consultancy and advisory fees”.
Court documents show that Teen was charged with four counts of falsifying accounts relating to a number of invoices made out to the developers of the property for services such as “advertising and promotion fees, marketing and professional advice, and consultancy and advisory fees”.