GUAN ENG PERNAH SEBUT HUTANG NEGARA SEJAK 2019


Faezuddin Fuad

Pada Jun 2019, Menteri Kewangan pada ketika itu, YB Lim Guan Eng menyatakan hutang negara dan liabiliti mencecah RM1.1 trilion. Justeru, langkah penjimatan perlu dilaksanakan, rasuah dan korupsi perlu dibanteras supaya dapat pulihkan ekonomi dan mengurangkan beban hutang negara.

Orang UMNO melenting, orang PAS terpekik bantah. PH bohong! PH fitnah! Antara suara sumbang yang kita dengar masa itu selepas pahlawan bugis (kononnya) bangkit menepis dakwaan Guan Eng.

Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/02/najib-dakwa-guan-eng-tipu-keadaan-sebenar-hutang-negara/


Asyraf Wajid dan Khairy Jamaludin turut dakwa PH bohong.

Namun, semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberitahu, jumlah keseluruhan liabiliti ditanggung Putrajaya adalah sebanyak RM1.2 trilion sekaligus telah mengesahkan, membenarkan dan juga mematikan hujah dangkal para pendokong UMNO-PAS bahawa PH tipu dan fitnah.

Rujuk: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/06/jumlah-hutang-liabiliti-kerajaan-kini-rm1-2-trilion-kata-tengku-zafrul/

Sangat menakjubkan kerana apa yang Menteri PN ini dakwa langsung tidak dibantah oleh pendokong UMNO-PAS. Senyap sunyi.

Terima kasih banyaklah saya ucapkan kepada Tengku Zafrul kerana telah memudahkan kerja PH.