MAHATHIR, ANWAR SILA KEMBALI BERUNDING

PAKEJ PENJANA TAK BAWA KE PARLIMEN BOLEH DISELEWENG?

THAILAND, VIETNAM, SINGAPURA NEGARA ASEAN TERBAIK TANGANI COVID 19

TAKDIRRRRRR


NIZAM AKA

Dah puas kutuk PH,akhirnya Razman kutuk diri sendiri dan geng-gang PN sendiri..Sbb tulisan dia tu memang menunjukkan perangai geng-gang PN sendiri..


TAK SAMPAI DUA BULAN NADA DAH BERUBAH


Ramzan Ahmad


Tak sampai 2 bulan dah berubah nada .. sebelum ini kata kewangan negara kukuh, tiba-tiba saja negara mengalami defisit fiskal berganda 6 peratus .. mengapa dua kenyataan Tengku Zafrul ini sangat kontradiksi .. mungkinkah kenyataan terdahulu itu satu penipuan semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong PN atau ada maksud lain di sebaliknya? ..

Apa yang pasti cytro Umno dan Pas telah menggunakan kenyataan tersebut untuk menyerang PH dengan mendakwa bahawa PH telah berdusta mengenai kedudukan kewangan negara .. nampaknya, menteri kewangan telah mengelirukan rakyat Malaysia.😎


ADUN PUN TIDAK,AHLI PARLIMEN PUN TIDAK :KHAIRUDDIN YANG HILANG JAWATAN PERLU BERTENANG




Merujuk kepada apa yang dilaporkan, saya menyedari betapa pahitnya Khairuddin 'otak udang' ini menghadapi situasi hilang segala-galanya apabila kerajaan PH tumbang angkara gerombolan pengkhianat. Semua tahu mamat yang tewas bertanding di Jasin, Melaka pada PRU14 yang lalu hanya bergantung makan pada telapak tangan Tun M yang menjadi PM ketika itu.

Amarah beliau terhadap Anwar bukan baru. Sewaktu PH memerintah lagi sikap dengki dan iri hati beliau kepada Anwar terserlah. Beliau sedaya upaya cuba gagalkan janji peralihan kuasa di antara Tun M dengan Anwar. Emosi beliau bertambah apabila Tun M terduduk dan terkangkang akibat dikhianati oleh Muhyidin dan Azmin iaitu orang yang amat dipercayai sendiri oleh Tun M dan sentiasa disokong juga oleh mamat ini. Yang khianat itu Muhyidin dan Azmin, yang meletakkan jawatan sesuka hati itu adalah Tun M, tetapi Anwar dimangsakannya.

Beliau berkata, tidak akan ada MP yang melompat jika Anwar mencalonkan dirinya sebagai PM. Terdapat dua kebodohan Khairuddin apabila berkata sedemikian. Pertamanya, beliau tidak tahu bahawa selama ini yang menamakan Anwar sebagai PM selepas Tun M itu adalah Majlis Presiden PH, termasuk Tun M sendiri, bukannya Anwar yang calonkan dirinya. Semua rakyat tahu, kecuali mamat otak udang ini sahaja yang lembab. Kedua, betulkah jika Anwar dinamakan sebagai PM maka tiada MP yang akan melompat? Jika begitu, sila namakan Tun M sebagai PM untuk kali ketiga. Kita mahu ihat berapa puluh MP yang akan melompat.

Apa yang pasti, sewaktu Tun M masih hidup lagi, usahkan yang dari luar melompat ke dalam PH, tetapi majoriti yang melompat dan khianat itu datangnya dari parti Tun M sendiri. Itu fakta yang mamat ini lupa agaknya atau sememangnya otak udang ini tidak mampu berfikir. Maksudnya, Tun M sendiri tidak diyakini oleh partinya sendiri bahkan dihina dengan pemecatan. Anwar pula ternyata masih menjadi Presiden Keadilan, dan mereka yang mahu menentangnya gagal membawa lari parti keramat ini keluar, bahkan para pengkhianat di dalam Keadilan ini pula terpaksa lari keluar dari rumah. Anwar memenangi pertarungan di dalam partinya sendiri, berbeza dengan Tun M yang terpaksa berputih mata melihat partinya dilarikan dan beliau dicampak keluar.

Seperkara lagi, adakah Khairuddin sangka Anwar ini umpama Tun M yang mahu mewujudkan kerajaan dengan mengharapkan 'jelmaan katak-katak' ? Prinsip Anwar jelas iaitu sesiapa yang mahu bersama Pakatan Harapan atau Keadilan, mereka mesti terima dasar dan prinsip perjuangan PH atau Keadilan, bukannya hanya kerana mahu tubuh kerajaan semata-mata. Justeru itu, hujah Khairuddin bahawa dengan nama Anwar jadi PM maka tiada yang akan melompat itu ternyata satu hujah orang yang kecewa yang mahu menjadi kerajaan hanya kerana untuk mendapatkan kuasa dan jawatannya yang hilang.

Khairuddin perlu bertenang. Carilah rezeki lain sementara waktu ini, jangan asyik mengharapkan makan dari tapak tangan Tun sahaja. Alhamdulillah, Allah tidak beri kemenangan kepada PH di Jasin, jika tidak, satu Kerusi PH pasti hilang dan bersama pengkhianat.

WFAUZDIN NS

HUBUNGAN UMNO DENGAN BERSATU TAK UBAH MACAM ORANG BERNIKAH MUTAAH



Walaupun bersama dalam membentuk kerajaan, pendirian UMNO tentang hubungannya dengan Perikatan Nasional (PN), Bersatu dan Muhyiddin Yassin adalah jelas tidak akan melebihi tempoh PRU15.

Beberapa pemimpin utama UMNO seperti Zahid Hamidi, Mohamad Hasan, Najib Razak, Khaled Nordin, Asyraf Wajdi Dusuki dan yang lain-lain telah lebih awal memberi penegasan mengenai perkara tersebut.

Semuanya senada mengatakan kerjasama mereka dengan Muhyiddin dan Bersatu serta keberadaan dalam PN hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan saja.

Selepas itu, komitmen dan tumpuan UMNO adalah hanya untuk bersama Pas dalam Muafakat Nasional serta akan mengucapkan “bye bye” kepada PN, Bersatu dan Muhyiddin.

Beberapa hari yang lalu, susulan Muhyiddin mahu mendaftarkan PN sebagai sebuah gabungan yang sah, beberapa pemimpin UMNO dengan tegas menolaknya idea tersebut.

Antara mereka ialah Pengerusi UMNO Selangor yang baru dilantik sebagai Pengerusi MISC dan Ahli MT UMNO, Dr. Puad Zarkashi.

Nada kedua-duanya cukup keras dengan gambaran yang sangat jelas bahawa Bersatu tiada dalam pertimbangan UMNO untuk diajak bersama menghadapi PRU15 akan datang.

Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi turut mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa Muafakat Nasional yang dianggotai UMNO dan Pas hanya akan mempertahankan PN sehingga PRU15 saja.

Habis, apa jadi selepas itu dan untuk menghadapi PRU15 nanti?

Berdasarkan rangkuman kenyataan para pemimpin UMNO itu, adalah amat jelas dan tidak diragui bahawa PN, Muhyiddin dan Bersatu akan ditinggalkan terkontang-kanting sendirian dalam menghadapi PRU15 akan datang.

Nampaknya, walaupun diajak bersama membentuk kerajaan, diberikan jawatan menteri, timbalan menteri dan puluhan lagi mengetuai GLC, UMNO langsung tidak mahu mengenang budi Muhyiddin untuk bersama-sama dengan beliau dan Bersatu mengikat kasih melebihi tempoh PRU15.

Ikatan kasih UMNO hanya semata-mata kepada Pas saja.

Sebaik Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan, bermakna ketika itu terlerailah hubungan dan ikatan kasih antara UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu.

Sementara UMNO disertai BN akan bersama dengan Pas dalam MN, Muhyiddin dan Bersatu selepas itu pandai-pandailah membawa diri.

Keadaan ini tak ubah menjadikan hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu seperti orang yang bernikah secara mutaah – cukup tempoh, pasangan mesti diceraikan.

Walau sebaik mana sekali pun layanan diberikan, sedap masakan yang dihidangkan dan kemewahan diberikan, tetapi kerana ia hanya pernikahan mutaah, bila sampai tempohnya, pasangan tetap ditinggal atau diceraikan.

Itulah sebenarnya gambaran tepat hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu ketika ini, hubungan mereka tidak lebih seperti pernikahan mutaah yang sudah diharamkan dalam Islam.

Dalam politik pula, rasanya inilah satu-satunya pernikahan mutaah yang pernah terbentuk di negara kita.

Dengan dicerai dan ditinggalkan, kemudian bertanding sendirian, Bersatu dan Muhyiddin hampir tiada lagi masa depan untuk bersaing dengan PH mahupun MN.

Nak ucapkan apa kepada Muhyiddin dan Bersatu dalam hal ini?

Rasa kesian dan simpati atau padan muka? 

(Shahbudindotcom 08/06/2020)


LEBAI NAK MULA INSAF GAMAKNYA


Ibrahim Mat Isa



Tak pasti Pak Teh twit ayat ini untuk ditujukan kepada siapa. Aku yakin jauh di lubuk hatinya telah terjentik dengan kerakusan pemimpin yang mengheret ramai pengikut ke arah kehancuran.

Sementara itu, aku juga dihubungi oleh sahabat usrah lama dalam PAS yang masih kekal dan mereka golongan profesional yang masih mahu kekal bersama parti itu. Apa kata mereka?

Semuanya senada, ada yang minta aku dan pendokong PH buat sehabis daya untuk kembalikan mandat rakyat kerana mereka Gerik melihat telatah pimpinan PAS yang tidak peka langsung terhadap dosa bersekongkol dengan pengkhianat serta kleptokrat.

Aku imbau ingatan kepada mereka kisah Parti an-Nur di Mesir yang dipimpin oleh sebahagiannya bermanhaj salaf, tapi menyokong al-Sisi melakukan Kudeta di Mesir.

Selain menyinggung mereka supaya tinggalkan perjuangan PAS yang merapu sekarang, mereka dengan tenang menyatakan tidak punya kekuatan untuk itu dan berjanji untuk menyokong PH dalam PRU kelak. Aku biarkan mereka di dalam PAS untuk menjadi suara teguran dari dalam kepada pemimpin yang gemar buat mungkar.

Barokallahu fikum sahabat!



Semua tak tahu, malu apa bossku…

AZIZIE AZIZ


1MDB ADALAH SCAMMER SEBENAR






DATO' SERI ANWAR IBRAHIM ADALAH MENTERI KEWANGAN TERBAIK YANG PERNAH DILAHIRKAN OLEH MALAYSIA DENGAN REKOD YANG BAIK DI MALAYSIA, ASIA DAN DUNIA. FAKTA INI TIADA SESIAPA YANG DAPAT MENYANGKALNYA...




ABD LATIF WAN CHIK

Kebijaksanaan dan kejayaan Dato Seri Anwar Ibrahim yang pernah mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia.
1. Anwar Ibrahim adalah mantan Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia.
2. Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1991.
3. Tahun kedua Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia 1992,Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dengan mendapat UNTUNG iaitu ‘ Pendapatan Melebihi Perbelanjaan ‘ atau surplus budget sebagai mana yang telah dibentangkan di parlimen.
4. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia yang membentangkan belanjawan yang mendapat ‘ UNTUNG ‘ iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan atau surplus budget.
5. Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia dan Malaysia boleh berdikari sendiri, akhirnya Anwar Ibrahim menulis surat kepada Bank Dunia untuk menghentikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia sudah mampu berdikari sendiri.
6. Selepas Anwar Ibrahim berjaya mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dan mendapat keuntungan, Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun dan Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan PERTAMA Malaysia membayar hutang luar.
7. Pada tahun 1993 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Euro Money Magazine sebagai Menteri Kewangan yang TERBAIK DI DUNIA.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Dunia.
8. Pada tahun 1996 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Money Magazine sebagai Menteri Kewangan TERBAIK DI ASIA.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Asia.
9. Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim mendapat pengiktirafan dari Asia Weeks Magazine sebagai ‘ The Asian of the year.’
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mendapat pengiktirafan sebagai The Asian Of the Year.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang dilantik sebagai ‘ Pengerusi bahagian pembangunan ‘ di Bank Dunia pada tahun 1995.
10. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, Malaysia di kenali sebagai The Asian Tiger dikalangan negara-negara Asian.
11. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia berada pada kadar 7- 9 % selama 8 tahun berturut-turut.
1. Pertumbuhan ( Growth ) Ekonomi Malaysia Nombor 1 di Asean.
2. Persaingan ( Competitiveness ) Malaysia Nombor 1 di Asean.
3. Pelaburan langsung ( Foreign Direct Investment ) Malaysia Nombor 1 di Asean.
4. Capitalisation Malaysia Nombor 2 di Asean.
12. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang mengurus kewangan dan ekonomi Malaysia yang mendapat ‘ Untung ‘ atau pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama 8 tahun berturut-turut.
Selepas Anwar Ibrahim dan sehingga kini tiada Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan bajet pendapatan melebihi perbelanjaan seperti yang dicapai oleh Anwar Ibrahim selama 8 tahun berturut-turut.
13. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang berjaya menurunkan hutang luar Malaysia keparas paling rendah.
14. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,beliau berjaya menutup kebocoran dan ketirisan.
15. Kejayan Anwar Ibrahim mengurus Kewangan dan Ekonomi Malaysia dengan baik dan cemerlang adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik Malaysia pertama yang diakui sebagai ‘ PAKAR PERUNDING KEWANGAN ‘ oleh Bank Dunia pada tahun 2008.
16. Kejayaan Anwar Ibrahim mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia ketika menjadi Menteri Kewangan adalah kerana kepandaian dan kebijaksanaannya dan terbukti apabila Anwar Ibrahim menjadi tokoh politik pertama Malaysia yang diakui sebagai ‘ PAKAR EKONOMI & KEWANGAN ‘ oleh Bank Kesatuan Eropah ( EU ) pada tahun 2014.
17. Kesimpulan, berdasarkan fakta-fakta di atas Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia dengan trek rekod yang baik di Malaysia, Asia dan Dunia.
DIDOKAN MUDAH-MUDAHAN ALLAH TAALA SENTIASA MERAHMATI DSAI SEKELUARGA..
AMINNN..
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH...
LAWAN TETAP LAWAN...
P/S Sila rujuk Kementerian Kewangan dan Hansard Parlimen Malaysia.


GUNA DUIT TANPA BAHAS BELANJAWAN


AZURA


Prosedur berkerajaan rakyat wajib faham.
Yang x faham kena belajar untuk faham.
Yg tak tahu, jangan setuju buta tuli.
Ini bukan negara Zimbabwe atau Negara junta. Ia ada soal balas diParlimen. Kita ada parlimen...bukalah sidang parlimen.
...kalau wang tu poket sendiri lain cerita.


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'SR suararakyat GUNA DUIT RAKYAT RM295 BILION TANPA BERBAHAS DI PARLIMEN ? Di Singapura, UK, USA, Jerman dan seluruh dunia, pakej ransangan ekonomi Covid-19 dibentang, dibahas dan diluluskan di parlimen. Di Malaysia, jangankan takut nak bahas di parlimen soalan wartawan pun tak ada..'


BANDUAN YANG AKHIRNYA MENJADI TOKOH NEGARA


YEOP ANTAN

Bekas-bekas  banduan ini semuanya terkenal di dunia dan jadi pemimpin ulung negaranya...

Kenapa mereka dijadikan pemimpin negara mereka?

Jawapannya kerana di sana tak ada MEWAUN & MAHACAI😂😂😂


HAK ORANG YANG DISIASAT ATAU DITAHAN


LYANA MARZUKI

Saya sertakan maklumat daripada Majlis Peguam Malaysia mengenai hak2 anda sekiranya ditahan oleh pihak penguasa sama ada PDRM, SPRM atau lain2 sebagaimana dalam gambar berikut.
Tips yang berguna:

1. Tanya dengan baik dan semak kad kuasa Pegawai yang menahan anda dan kenal pasti warna kad. Kalau warna merah maknanya digantung kerja, maka beliau tiada hak untuk menahan.
2. Sekiranya dipanggil hadir memberi keterangan sangat afdal pergi bersama peguam agar hak anda terjaga. Anda boleh meminta agar peguam berada bersama semasa sesi soal jawab.
3. Sekiranya ada proses ambil keterangan anda, tak kira sebagai saksi atau Orang Kena Siasat (OKS) bawa buku catatan sendiri. Catat semua soalan dan jawapan anda secara terperinci. Baca jawapan anda yang ditulis kepada Pegawai Penyiasat.
4. Jangan sekali melawan (resist) tahanan atau bersuara tinggi atau kurang ajar. Akan jadikan suasana lagi sukar. Sentiasa hormat dan jawap soalan dengan hemat tetapi tegas (firm) dengan jawapan.
5. Ingat, hendak lawan penguasa sekiranya mereka salah bukan dalam tahanan tapi selepas itu. Boleh saman di Mahkamah.
6. Tidak semua penguasa itu gengster dan samseng. Ada ramai polis dan pegawai penguasa yang menjalankan tugas dengan adil. Maka kita jangan rangkum semua.
7. Namun, sekiranya anda rasa anda teraniya, boleh jumpa peguam untuk tahu hak anda dan tindakan seterusnya.
Moga manfaat kepada tuan/ puan.

KEJADIAN AJAIB SEDUNIA


Mat Man Min



Tak pernah berlaku dalam sejarah negara, sebuah kerajaan yg dipilih oleh rakyat melalui PILIHANRAYA bila hendak menggunakan wang rakyat ratusan bilion ringgit utk kemajuan negara & kesejaheraan rakyat TIDAK DIBAHAS DI PARLIMEN..
Kenapa semua tu berlaku sekarang..❓
𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕𝗡𝗬𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗣𝗜𝗟𝗜𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔𝗧 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻𝗿𝗮𝘆𝗮, iaitu ikut pintu belakang atau Hadi Marang kata 'IKUT TEBUK ATAP'.
Kata negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, tapi takut nak masuk parlimen nak bahas atau takut nak mengadap Usul Undi Tidak Percaya PM yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tu knaper..
𝗗𝗘𝗠𝗢𝗞𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗧𝗨..‼ ka demokrasi antara MP-PN suap habuan jawatan..



3 PIHAK SEDANG BERUSAHA MENJADI KERAJAAN KINI

Tiga pihak hangat berunding pujuk, ugut

Tiga pihak hangat berunding pujuk, ugut