LEBAI NAK MULA INSAF GAMAKNYA


Ibrahim Mat Isa



Tak pasti Pak Teh twit ayat ini untuk ditujukan kepada siapa. Aku yakin jauh di lubuk hatinya telah terjentik dengan kerakusan pemimpin yang mengheret ramai pengikut ke arah kehancuran.

Sementara itu, aku juga dihubungi oleh sahabat usrah lama dalam PAS yang masih kekal dan mereka golongan profesional yang masih mahu kekal bersama parti itu. Apa kata mereka?

Semuanya senada, ada yang minta aku dan pendokong PH buat sehabis daya untuk kembalikan mandat rakyat kerana mereka Gerik melihat telatah pimpinan PAS yang tidak peka langsung terhadap dosa bersekongkol dengan pengkhianat serta kleptokrat.

Aku imbau ingatan kepada mereka kisah Parti an-Nur di Mesir yang dipimpin oleh sebahagiannya bermanhaj salaf, tapi menyokong al-Sisi melakukan Kudeta di Mesir.

Selain menyinggung mereka supaya tinggalkan perjuangan PAS yang merapu sekarang, mereka dengan tenang menyatakan tidak punya kekuatan untuk itu dan berjanji untuk menyokong PH dalam PRU kelak. Aku biarkan mereka di dalam PAS untuk menjadi suara teguran dari dalam kepada pemimpin yang gemar buat mungkar.

Barokallahu fikum sahabat!