HAK ORANG YANG DISIASAT ATAU DITAHAN


LYANA MARZUKI

Saya sertakan maklumat daripada Majlis Peguam Malaysia mengenai hak2 anda sekiranya ditahan oleh pihak penguasa sama ada PDRM, SPRM atau lain2 sebagaimana dalam gambar berikut.
Tips yang berguna:

1. Tanya dengan baik dan semak kad kuasa Pegawai yang menahan anda dan kenal pasti warna kad. Kalau warna merah maknanya digantung kerja, maka beliau tiada hak untuk menahan.
2. Sekiranya dipanggil hadir memberi keterangan sangat afdal pergi bersama peguam agar hak anda terjaga. Anda boleh meminta agar peguam berada bersama semasa sesi soal jawab.
3. Sekiranya ada proses ambil keterangan anda, tak kira sebagai saksi atau Orang Kena Siasat (OKS) bawa buku catatan sendiri. Catat semua soalan dan jawapan anda secara terperinci. Baca jawapan anda yang ditulis kepada Pegawai Penyiasat.
4. Jangan sekali melawan (resist) tahanan atau bersuara tinggi atau kurang ajar. Akan jadikan suasana lagi sukar. Sentiasa hormat dan jawap soalan dengan hemat tetapi tegas (firm) dengan jawapan.
5. Ingat, hendak lawan penguasa sekiranya mereka salah bukan dalam tahanan tapi selepas itu. Boleh saman di Mahkamah.
6. Tidak semua penguasa itu gengster dan samseng. Ada ramai polis dan pegawai penguasa yang menjalankan tugas dengan adil. Maka kita jangan rangkum semua.
7. Namun, sekiranya anda rasa anda teraniya, boleh jumpa peguam untuk tahu hak anda dan tindakan seterusnya.
Moga manfaat kepada tuan/ puan.