Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan





Menjelaskan pertemuan DS Anwar Ibrahim dan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sebelum pertemuan pemimpin PH dimaklumkan, selepas mesyuarat juga dimaklumkan. Tidak timbul mengiktiraf 'kerajaan pintu belakang'. Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan hasil pertemuan 45 minit itu. Pertemuan berkenaan isu-isu kesejahteraan rakyat. Kita tumpukan isu pemulihan ekonomi, sidang khas parlimen, PKP dan sebagainya. Banyak kementerian mendapat peruntukan. Perlukan ketelusan. Misalnya bantuan makanan dengan peruntukan RM100 tetapi nilai yang diperolehi rakyat RM85 sahaja. Isu tender dan sebagainya seolah-olah 'membina mahligai atas sensara rakyat'. Rakyat kurang makan tetapi ada pula syarikat besar yang untung. PM memberitahu sidang parlimen mungkin diteruskan pada 18 Mei atau mungkin ditangguhkan. PH berpendapat buatlah sidang dua hari sekurang-kurangnya. Tetapkan 2 - 3 wakil kerajaan dan pembangkang berbahas agar tidak terlalu panjang.

Saya tidak mahu komen atau kritik Pas kerana saya punya pengalaman dan jasa bersama Pas terutamanya almarhom ustaz Fadzil Noor. Jika kata Pas boleh membawa kehancuran negara, saya tidak setuju, malahan juga jika ke luar negara saya masih menekan kan bahawa Pas bukan sebuah pertubuhan yang ekstrem.Memang kita ada perbezaan,namun bukan masa untuk mengkritik ,dan jika saya dicerca dan dikeji, itu terpulang kepada mereka untuk melahirkan rasa dan kita tidak setuju jika dilakukannya kepada sesiapa pun.

PERTEMUAN ANWAR - MUHYIDIN TIADA RAHSIA



Apa pertemuan Anwar dengan Muhyidin?  Bincang isu COV19 dan tentang sidang Parlimen Mei nanti.  Ada yg kata Anwar yg kemaruk mahu bertemu Muhyidin, mereka silap.  Cuba tanya Muhyidin, siapa jemput siapa.

Sejurus pertemuan, Anwar terus buat kenyataan media dan memaklumkan beberapa perkara akan dibincangkan bersama Majlis Presiden PH dan apa yang diputuskan oleh Majlis Presiden akan dikemukakan kepada Muhyidin.  Tiada rahsia, dan tidak timbul isu pertemuan itu disembunyikan dari PH sepertimana dakwaan Roslan SMS dari Pas.

Beza pertemuan di antara Azmin selaku Menteri Ekonomi di dalam kerajaan PH dan Timbalan Presiden Keadilan dulu yang mengadakan pertemuan dengan beberapa MP dari Umno di rumahnya di waktu malam sebelum berlakunya "Langkah Sheraton" yang menjadi permulaan pengkhianatan.  Ketika itu Azmin tidak memaklumkan kepada Kabinet mahupun kepada parti Keadilan sendiri tentang pertemuan di rumahnya itu.  Hinggalah kita ketahui bahawa pertemuan di rumahnya itu ada menawarkan projek kepada beberapa MP Umno apabila ada MP dari Umno sendiri yang mendedahkannya kepada perwakilan Umno Bahagiannya.

Anwar bersikap telus dan terbuka, boleh bertemu dengan sesiapa sahaja dan jika ianya melibatkan PH, beliau tidak akan membuat keputusan tanpa mandat PH.    Roslan SMS ingat Anwar ini seperti pemimpin mereka yang suka berunding di dalam kelambu.

WFAUZDIN NS

ELOK KALAU TUKAR JADI ALBULOHI


NIZAM AKA

✓ Perangai sewel dan biol puak2 lebai kelarah serba salah pas..Apa sja yg dicadangkan oleh menteri drp kjaan PH dulu,mereka akn bantah..
✓ Walaupun cadangan itu baik utk rakyat,mereka ttp akan bantah..Sbb mereka bkn pembangkang tp lbh kpd pmbangang..
✓ Sbb otak rosak mereka bkn Utamakan Kebaikan Idea Itu tp lbh kpd Siapa Yg Bagi Idea Itu?Asalkan Ph,gila2 mereka bantah..


✓ Last2..skrg mereka pula yg jilat sampai licin idea yg mereka bantah dulu..Sbb mereka sbenarnya bkn jenis yg mampu berfikir utk cetuskan idea tp jenis yg berfikir bagaimana utk mngutuk dan menghentam idea org lain..
✓ Kesian sungguh..Last2 idea wanita DAP yg kamu kutuk itu jugak yg kamu cekau..Jauh bijak pimpinan DAP drp otak lebai2 Kelaroh pas..
✓ Bodohlah rakyat M'sia kalau memilih makluk2 berotak bodoh dan bongok mcm ni utk jadi pemimpin negara..


LEPAS TIK TOK KENA HENTAM LAGI PPE...





Selepas Zuraida Kamaruddin dihentam kerana didakwa membazirkan sumber pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sedia kekurangan untuk publisiti politik, kini Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad turut mengalami nasib yang sama.

Di media sosial, ahli parlimen Parit Sulong itu dikecam kerana didakwa membazirkan PPE semasa melawat makmal Covid-19 di Pusat Perubatan Pakar UiTM, Sungai Buloh, bagi melihat proses menguji sampel dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Selain netizen, pakar kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, secara tidak langsung turut menegur tindakan Noraini.

“VIP (orang kenamaan) dan delegasi lawat makmal ujian Covid pakai gown PPE. Mungkin cukup dengan mask biasa dan keep 6 feet (jaga jarak 6 kaki).

“Bukankah lebih elok di reserve kan (disimpan) PPE itu pada frontliner (barisan hadapan) yang merawat pesakit,” ciapnya di Twitter semalam.

Kenyataan itu mendapat reaksi daripada orang ramai. Misalnya @Mutaya2 berpendapat lawatan seumpama itu tidak perlu dilakukan.

“Tak payah lawat. Ganggu nak kerja je. Kalau betul nak lawat, no publicity (tak perlu publisiti), no reporter (tak perlu wartawan),” ciapnya.

Macam rombongan Cik Kiah

Rata-rata pengguna Twitter yang memberikan komen pada ciapan Beni turut mengkritik tindakan Noraini kerana kebanyakannya menganggap lawatan berkenaan bukan satu keperluan, terutama ketika keadaan genting sekarang.

Pengguna @ael_lie berkata: “VIP dan delegasi yang tak berapa berkaitan tak payah nak melawat di makmal, hospital sekarang. Menyusahkan orang nak kena sambut, bagi penerangan. Lagi-lagi hospital, makmal terlibat kes covid. Time and resources are precious (masa dan sumber sangat berharga),” ciapnya.

Bagi @aisha_hairul dia berpendapat kakitangan barisan depan sudah bosan dengan perangai sesetengah pesakit yang menjengkelkan.

“True. We are already tired enough dealing with patients now kena sambut them with big smile urgh.” (Betul. Kami sudah sangat penat berurusan dengan pesakit sekarang perlu sambut mereka dengan senyuman lebar).

Sementara @HRHMBE berkata: "I don't think they need to wear PPE as they are 'immune' from 'everything' and 'anything'. If they have brain and think of the interests of the frontliners and the country they wouldn't do 'rombongan Cik Kiah' in the first place (Saya rasa mereka tak perlu pakai PPE memandangkan mereka “lali” daripada “segala-galanya.” Jika mereka ada otak dan memikirkan kepentingan barisan hadapan dan negara, mereka tidak akan buat rombongan Cik Kiah sama sekali.)





SEMUA INI SALAH MUHYIDDIN, MASIH MENIRU CARA MAHATHIR MANJAKAN AZMIN



Kritikan orang lama UMNO, Shahrir Samad terhadap karektor dan cara kerja Azmin Ali yang mengemudi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI, sambil dalam waktu yang sama beliau turut dianugerahkan jawatan menteri kanan, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sebenarnya.

Sejak awal lagi keberadaan beliau sebagai menteri kanan memang tidak disenangi UMNO, apatah lagi apabila Muhyiddin Yassin memaklumkan Azmin akan mempengerusikan mesyuarat kabinet sewaktu ketiadaannya.

UMNO yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak dalam kerajaan tebuk atap PN ini merasakan kouta nombor dua dalam kerajaan lebih wajar diberikan kepada mereka berbanding Azmin.

Sebab itu, UMNO langsung tidak meraikan kehadiran Azmin, malah jika beliau melakukan kesilapan, pihak sebelah UMNOlah yang ternampak ghairah menyerang dan melekehkannya.

Isu kedai gunting rambut dan kebenaran tiga sektor ekonomi meneruskan perniagaan sepanjang tempoh PKP yang melibatkan MITI membuat pengumuman dengan jelas menampakkan bagaimana pemimpin UMNO dan pemain media sosial pro parti itu yang agak ke depan membelasah Azmin.

Kritikan Shahrir barangkali yang paling keras setakat ini daripada UMNO terhadap Azmin sehingga MITI sekarang diumpamakannya sebagai “super ministry” dalam kerajaan PN yang membolehkan kementerian itu campurtangan dalam hal ehwal kementerian lain.

Malah Shahrir juga membangkitkan rasa leganya kerana bukan Azmin, sebaliknya seorang lagi menteri kanan, Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO yang muncul setiap hari memberi sidang media berkaitan kluster keselamatan sepanjang tempoh PKP ini dikuatkuasakan.

Begitu pun, walau kritikan Shahrir diakui ada benarnya, siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?

Secara jujur, sementara Azmin harus diakui masih junior untuk mengendali sebuah kementerian penting seperti MITI yang sewaktu PKP ini semacam diberi tanggungjawab dalam banyak soal besar yang lain, apalagi sebagai menteri kanan yang layak untuk mempengerusikan kabinet sewaktu ketiadaan Perdana Menteri, kesalahan yang sebenar adalah terletak pada Muhyiddin.

Muhyiddin tidak sepatutnya melantik Azmin sebagai menteri kanan yang dalam masa sama diberi keistimewaan mempengerusikan mesyuarat kabinet sewaktu ketiadaannya, sebaliknya kedudukan itu lebih sesuai diberikan kepada UMNO.

Berbanding UMNO yang menyumbang 39 kerusi dalam PN, kumpulan Azmin daripada bekas PKR hanyalah berjumlah 10 Ahli Parlimen saja.

Sudahlah begitu, keahlian bekas Timbalan Presiden PKR itu dalam Bersatu juga masih tidak jelas di mana walaupun Azmin dan kumpulannya diumumkan menyertai parti itu tidak lama selepas beliau dipecat daripada PKR, tetapi bilakah Bersatu pernah bermesyuarat membincangkan kemasukan mereka?

Selain itu, nama Azmin yang sudah sedia tercemar dengan isu “video Haziq” menjadikan apa juga yang dilakukannya, lebih-lebih jika melakukan kesilapan, lebih mudah dipandang serong, diragui dan tidak dipercayai.

Untuk itu, faktor masih junior, hanya mewakili kelompok minoriti, keahlian yang tidak jelas dalam Bersatu dan nama yang sudah tercemar, maka sewajarnya Azmin hanya diberi tanggungjawab menjaga kementerian yang biasa-biasa saja, jauh sekali untuk diberi kedudukan yang membolehkannya berangan-angan seumpama orang nombor dua dalam kerajaan selepas Muhyiddin.

Maka, siapa lagi yang patut dipersalahkan dalam hal ini kalau bukan Muhyiddin?

Muhyiddin seharusnya mengimbas kembali tindakan Tun Mahathir Mohamad ketika era PH yang melantik Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, seterusnya memanjakan beliau seolah-olah anak emas dalam kabinet, walau dianya hanya berpengalaman sebagai Menteri Besar Selangor sekitar tiga tahun saja.

Tetapi, akhirnya Tun Mahathir sendiri pun sanggup dikhianatinya sehingga bekas Perdana Menteri ada menyebut kepada beberapa orang yang menemuinya bahawa Azmin adalah antara orang yang paling membuatkannya berasa sedih dan kecewa.

Mengapakah Muhyiddin tidak mengambil iktibar daripada semua yang berlaku kepada Tun Mahathir itu, malah terus meniru dan memanjakan lagi Azmin selepas beliau menjadi Perdana Menteri?

Masih tidak sedarkah Muhyiddin, sepertimana ketika era Tun Mahathir juga, sebahagian punca masalah dan kemerosotan sokongan kepada kerajaan sekarang adalah berpunca daripada Azmin?

Adakah sepertimana Tun Mahathir menggunakan Azmin untuk meremehkan Anwar, Muhyiddin juga sedang mempergunakan Azmin untuk memperlekehkan UMNO? (ShahbudinHusin 16/04/2020)

APABILA EGO MENGATASI NAFSU



Tamrin Tun Ghafar
Tarikh : Rabu – 15/04/2020
( 1 – 27 )
1. Apabila ditanya apakah ada perang yang lebih besar dari perang – perang sebelum ini ; Rasulullah menjawab dengan tegas – ‘NAFSU’
2. Setiap makhluk tidak boleh lari dari ini , samada keinginan makan minum, berjalan , malah apa saja yang berada dalam pemikiran sesaorang
3. Ahli politik bernafsu menjadi Wakil Rakyat atau pemimpin , selepas itu nafsunya meningkat mahu jadi Menteri dan akhirnya Perdana Menteri
4. Bagi memenuhi nafsu , orang politik akan lakukan apa saja termasuk memfitnah , menyusun perancangan sulit dan akhirnya menumbangkan sape saja asalkan berjaya
5. Tidak ketinggalan ada yang sanggup berpura – pura sebagai orang yang berilmuan tinggi seperti guru agama , ustaz dan pemimpin parti Agama
6. Tidak ada dalam sejarah Islam dimana wujudnya Parti Islam seperti yang terdapat dinegara kita
7. Samada perjuangan mereka benar – benar ikhlas nak mengembangkan Syiar Islam atau hanya menggunakan Islam bagi memenuhi nafsu , Wallahualam !
8. Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad SAW TIDAK pernah mengajar malah melarang kita berpuak – puak
9. Yang ada pada Islam ialah Iman dan Amalan TANPA kira bangsa dan keturunan
10. Umat Islam dilarang bermusuhan dengan sesiapa pun malah kita diajar berbaik – baik dan menghormati walaupun dengan bukan Islam
11. Malangnya hari ini kita lihat sebahagian Umat Islam secara terang – terangan melakukan perkara yang bertentangan dengan Ajaran Rasullulah walaupun kita tidak meninggalkan Solat, dan menghadiri ceramah – ceramah Agama
12. Oleh kerana SIFAT EGO nya yang terlalu tebal sehingga kini, Hadi yang telah secara sinis mengait dan menuduh UMNO KAFIR kerana mengamalkan Perlembagaan dan undang – undang Barat ( KAFIR ), dan sehingga hari masih TIDAK MAHU meminta maaf SECARA TERBUKA, maka UMNO itu masih lagi Kafir ; tidak hairanlah kini di mana dunia makin tua dan hampir pupus orang Islam boleh ‘menghawani’ orang kafir dan duduk bersama menjamu ‘daging babi’
13. Bukankah Islam menganjurkan kita bermaafan
14. Apakah ‘PERKAHWINAN’ antara PAS dan UMNO ini ikhlas atau setakat kahwin ‘MUTAAH’ saja atau dalam bahasa Inggerisnya ‘ MARRIAGE OF CONVENIENCE’
15. Pesan Tok Guru Nik Aziz ,
“UMNO APABILA LEMAH AKAN CARI KITA , APABILA KUAT SEMULA AKAN TENDANG KITA ( PAS )”
16. Selepas PRU 14 yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 , UMNO tercungap – cungap seperti ikan mencari oxygen ; ahli – ahli nya bertaburan seperti
‘Anak Ayam Kehilangan Ibu’
17. Nasib baiklah beberapa orang pemimpin PAS sudah kekenyangan dedak yang dimakan menjelang PRU itu lagi
18. Bak kata Najib
“I SCRATCH
YOUR BACK ,
YOU SCRATCH
MINE”
19. ‘Ada Budi
Ada Batas
Ada Budi
Ada Balas’
Mungkin itu lah sebabnya terlalu mudah bagi PAS menerima lamaran UMNO ; jestru dengan aluan kompang dan doa mereka ‘BERSANDING’
20. ALLAH SWT MENGUJI kita semasa susah dan MENGUJI kita juga semasa senang
21. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen namun kehadiran mereka amat diperlukan oleh Muhyiddin
22. Sebenarnya kedudukan Muhyiddin begitu ‘PANAS’ ;
‘Nyawa Beliau
Berada
Di Hujung Pedang’
Suka atau tidak, demi menentukan jawatan Perdana Menteri tidak bergoyang, Muhyiddin TERPAKSA MENGHORMATI dan BERSETUJU dengan SEGALA kemahuan PAS, ia tak ubah seperti
‘Menatang Minyak
Yang Penuh’
23. ALLAH SWT Melihat begitu juga umum khususnya ahli – ahli PAS yang cerdik dan mempunyai fikiran waras dan siuman juga menunggu – nunggu apakah pemimpin mereka AKAN MENGGUNAKAN PELUANG KEEMASAN INI BAGI MELAKSANAKAN SEGALA HUKUM ALLAH SWT YANG DIPERJUANGKAN SEJAK 69 TAHUN DAHULU
24. Bak kata Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS yang baru dilantik sebagai Menteri Undang – Undang dan Hal Ehwal Parlimen pada bulan Februari yang baru lalu semasa menjawab isu RUU355 , “Hanya Kerajaan Sahaja Yang Boleh Membawa Usul Sebegini
25. Apakah Hadi dan penganut nya AKAN mengeluarkan ‘fatwa’ baru bagi melewat – lewat kan perlaksanaan HUKUM ALLAH atau melupakan nya sahaja atas alasan itu semua adalah rekaan yang diada – adakan ; dalam lain – lain perkataan
PAS SEMEMANGNYA TIDAK PERNAH BERNIAT DAN BERJUANG BAGI MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH
26. JANGAN SAMPAI SENJATA MAKAN TUAN !!
27. Bacalah Dengan Hati Mu , Bukan Setakat Mulut Mu !
Wassalam
Terima Kasih.


PANAS!!! KHALID SAMAD JAWAB TEGURAN SINIS NAJIB RAZAK









BICARA SANTAI - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) BERSAMA YB KHALID SAMAD TAJUK: JAWAPAN BALAS SOALAN NAJIB RAZAK TARIKH: 07 APRIL 2020 HARI: SELASA

PERJUANGAN BENTENG MAKANAN NEGARA SALEHHUDIN AYUB SUKAR


Md Zulaimi kazin


YB Salahuddin Ayub sebaik diberi tanggungjawab mengemudi MoA dia terus menyebut tanggungjawabnya menjaga "Food Security" negara. Kalau Mat Sabu jaga Benteng Pertahanan Negara dia pula jaga "Benteng Makanan Negara".

Bukan mudah sebenarnya sebab kengkangan yang besar adalah sistem yang diwarisi dari BN yang membenarkan kartel menguasai rantaian bekalan makanan ini, semua dimonopoli. Antara perkara pertama yg disebut dia nak lihat tiada monopoli dlm mana-mana AP keperluan utama negara... antaranya beras oleh Bernas.

Di awal dia masuk MoA dibelengu dengan harga barang naik. Hari-hari TV mainkan isu ayam, ikan dan telur harga naik semua ini angkara kartel. Rantaian kartel ini sudah berakar di MoA, kalau siapa tahu amat menakutkan... para elsekutif dalam MoA amat kuat dan sukar dirombak bagi membetulkan keadaan... ya warisan kleptokrasi.

Salahuddin berdepan dengan tekanan dari penyokong-penyokong parti minta beliau bertindak buat reformasi dalam MoA bagi tujuan memutuskan rantaian kartel ini taip tidak semudah itu seabb agenda reformasi tidak dibawa secara menyeluruh, pentadbirann
Putrajaya lebih fokus kepada selesaikan masalah yang dibawa oleh bapa kleptokrasi negara seperti isu 1MDB, Felda dll pada masa itu. 

Soal-soal pentadbiran yang melibatkan elsekutif kalangan PTD tidak diberi keutamaan jadi sudah tentu esbagai menteri beliau tidak mendapat mandat penuh unutk buat reform sehingga nak tukarkan KSU pun tunggu ada isu yang benar-benar tidak boleh bertolak ansur... itu pun nasib baik Presiden MCA tunjuk surat sulit di parlimen isu tender baja yang diberi pada NAFAS, surat itu dikatakan didedah oleh KSU maka barulah Tun M mengarahkan KSU di tukar ke JPA.

Dalam kekangan pelbagai masalah dan serangan pembangkang, Salahudin meneruskan perjuangan memjadikan MoA sebagai  Benteng Makanan Negara agar bekalan cukup dan harga stabil. Langkah-langkah berkesan diambil akhirnya isu harga ayam dan telur terus kembali pulih.




Isu harga ikan, Sallahudin menyerahkan kpd Faiz Fadzil sbg Pengerusi LKIM supaya menstrukturkan sistem pemasaran ikan agar lebih berpihak kpd nelayan. Harga ikan tinggi tp nelayan masih miskin, dimana silapnya?  YB Faiz bekerja keras disamping sedikit demi sedikit cuba merungkaikan rantaian kartel yg menjadi tokey di darat.

Salahuddin meletakkannHj Ishak seorang profesional untuk menjaga FAMA. FAMA adalah agensi yg terpenting utk.menjayakan Food Security dan tanggungjawab ini telah diambil secara berkesan oleh Hj Ishak Ismail. Antara projek yg saya nampak baik adalah memperbanyakkan ladang kontrak bersama rakyat... rakyat ada tanah, FAMA usahakan modal utk petani menjayakan ladang termasuk mempersiapkan kemudahan infra di ladang dan FAMA akan membeli semua hasil petani ini untuk diedarkan ke seluruh negara.

Saya tidak tahu samada usaha2 yg telah dan sedang dilaksanakan oleh Salahuddin Ayub ini diteruskan oleh Menteri dan pegawai2 MoA atau kerajaan PN menghidupkan balik rantaian kartel yg semakin terlerai itu? Saya tidak nampak setakat hari ini polisi2 meyakinkan Menteri MoA PN ini, sebagai orang politik sdh tentu dia akan bawa agenda sendiri... tp apa dia?

Walaupun saya banyak juga menegur dan mengkritik YB DS Salahuddin Ayub namun sikap dan cara beliau yg banyak mendengar serta senang didekati menyebabkan beliau berjaya membawa perubahan dalam peranan MoA dlm menjaga Food Security negara. Andainya PH kembali selepas ini, maka wajar MoA diserahkan kpd beliau utk membuat reform sepenuhnya dlm MoA.



TRY HARDER AND HARDER......


WAN SIDEK

MCA nak naikkan UEC dia langsung takde bunyi.
MCA pertikai YADIM masuk sekolah dia tutup mulut.
MCA bantah RUU 355 dulu dia menyepi.

Alih alih muncul...
Bantai, fitnah organisasi Islam lain, IKRAM.
Dah dapat elaun ke?
Tengah try hard nak melobi jawatan sama macam KaYu ke?
Hahaha
Tiada penerangan foto disediakan.

Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'Mohd Ridhuan Tee Abdullah at 5:39 PM IKRAMISASI WABAK COVID19 MELANDA Tatkala negara sibuk dengan pelbagai strategi untuk mengekang virus COVID19. Tiba-tiba viral pula isu Ikramisasi. Terpanggil saya untuk mengulasnya memandangkan ikramisasi ini tidak kurang bahayanya, pantas menyusup. Nak putuskan COVID19, jarakkan diri, jangkitan. Tetapi virus ikramisasi lain sikit, makin jarak, makin bahaya, sebab susupannya masuk ke dalam. yang proses ikramisasi institusi pendidikan, bahasa pustaka PH memerintah, berjalan, terutama universiti, Ketika PH memerintah, ramai orang politik dan akademik Ikram dibawa masuk Aktiviti-aktiviti yang berkaitan pengikraman berlaku secara aktif, macam cepatnya merebak.'

JANGAN DISIMPAN LAMA LAMA

HAMSINA HAMZAH

Jangan disimpan pengkhianat nanti kita terleka mereka tikam kita dari belakang, buang sekarang demi kesejahteraan akan datang....

Tak mungkin dapat mendidik serigala liar untuk menjadi teman berburu kelak Kita balik dibaham buat mengenyang nafsu yang serakah.

Jika meyimpan pisau yang karat terkena jari bukan sahaja berdarah tetapi racun berbisa bergerak ke dalam darah mengalir masuk kejantung rosak seluruh anggota badan.

Perumpamaan diatas itulah azab bahaya meyimpan kitol didalam parti, jangan didiam kan mulut Dan dipejamkan mata, buang sebelum terlambat.

Kata-kata ini bukan kata-kata azimat tetapi lebih keapda kata-kata beringat sebelum kena dan sebelum terlambat.



Imej mungkin mengandungi: 22 orang

JANGAN LAGI PERCAYA PADA SI DIA


HAMSINAHAMZAH


Jangan percaya kepada dia ini, madu diberi tuba dibalas. Hormat dipersembah, biadap dibalas. Beri seinci minta sedepa, bagi betis mintanya peha.

Semua orang salah, semua orang berdosa, hanya dia sahaja sesuci wali, dia sahaja betul yang lain senget, dia sahaja benar yang lain beronar.

Jangan percaya manusia ini lembut Gigi dari lidahnya, bersandiwara umpama tok dalang memegang topeng, kadang meyarung topeng baik, selalu memakai topeng munafiq kerap sekali meyarung topeng pencekik.

Jangan terkena kali ke3 Dan ke4 kelak binasa tiada nikmat, potong bersih jangan bertindih potong tali jangan berkait potong terus supaya tidak terpalit.

Muhyiddin, sama ada jadi proksi atau tidak harus hati-hati. Jangan anggap beliau ini diam tidak berkuku lagi. Tapi sangat licik untuk dikenali.


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks mungkin yang mengatakan 'Setelah dia diberi peluang bersama PH, kemudian dia rosakkan PH dari dalam. Setelah berjaya merosakkannya, kini dia panggil semula semua org utk mendepani hasil kerosakan itu. Inikah sikap seorang negarawan? KITA SEHARUSNYA BERUSAHA MENDEPANI DAN MENANGANI KRISIS INI SECARA BERSAMA BUKAN UNTUK CARI SIAPA YANG LEBIH POPULAR'




NAGA APA MACAM NI...




W. Faudzin



Dah macam polong tak bertuan semenjak bini dia dicampak keluar dari Keadilan. 

Terpaksalah melutut merayu dengan umno....lihat, sekejap saja Allah nak tunjuk begitu rendah maruah hang...weyy..umno, cepat kutip pengemis ni..sian dia...ehehh..

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'Ezad Zainal is with hrs Zainal. berjiwa pada tapi saya dengan rela hati menghulur lama UMNO demi depan Saya yakin UMNO dapat dibersihkan kerana masih ramai pemimpin-pemimpin pelapis yang berkerjasama dengan parti-parti dalam Perikatan Nasional. Saya juga yakin kesatuan kita semua dalam satu wadah demi negara dan bangsa juga bakal memperkukuhkan kepercayaan rakyat. Perkara utama sekali yang patut lakukan ialah untuk memastikan Anwar tidak akan jadi perdana menteri dan DAP tidak dapat berkuasa sebagai kerajaan lagi..... Saya menghulurkan salam perdamaian dan salam penyatuan buat sahabat-sahabat lama'


Imej mungkin mengandungi: teks

MALU AKU NAK MINTA TOLONG

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'BULUH MUDA'Legasi Tok Guru

Besarnya jiwa bekas menteri DAP yg dihina oleh walaun dan pentaksub bangsa selama 22 bulan yg lalu. Masih setia menawarkan diri untuk negara...

Sedarlah walaun dan pentaksub bangsa perjuangan anda hanya palsu dan tidak berpaksi kpd situasi sebenar di Malaysia




Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata '26 mins gembira YB Dr Khairuddin Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi meneruskan dasar halatuju penanaman buluh yang ditetapkan oleh saya pihak Lembaga Industri Kayu-Kayan (MTIB) pada tahun lepas. Saya Menteri baru sedar kenyataannya yang membidas cadangan saya pada tahun lepas (3 2019) adalah kurang cerdik kerana beliau tidak dapat gambaran yang jelas berkenaan cadangan penanaman besar-besaran. Selain mungkin tidak bertajuk "Lupakan Tanam Buluh" yang disiarkan di Utusan Malaysia waktu itu sebenarnya diputar-belitkan oleh pihak akhbar pada waktu itu. Sekiranya YB Ust Dr Khairuddin mendapat pandangan cadangan tentang perlaksanaan penanaman buluh ataupun isu-isu di bawah kementeriannya, saya akan sudi membantu.'





Kerajaan Muhyiddin mungkin runtuh menjelang hujung tahun?

APABILA HUDUD BUKAN LAGI NYAWA PAS

BMF: MASA JADI PEMBANGKANG LAIN, JADI KERAJAAN BELI BARANG CINA?